RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 18 April 2013

TERHANGAT: NAIB KETUA WANITA UMNO NAK "PECAHKAN PINTU KALAU TAK DIBUKA"!

CIANNNN DIA....

Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon
dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.

WARGA PUTRAJAYA JANGAN TAKUT MENGGUNAKAN HAK MEMILIH ANDA!


Kepada semua warga Putrajaya ketahuilah anda bahawa Pakatan Rakyat telah menyediakan ruang untuk membuat aduan sekiranya berlaku ugutan daripada sesiapa sahaja termasuk ketua jabatan masing-masing. Pakatan Rakyat telah mewujudkan Biro Pengaduan Awam yang diwakili oleh lima orang peguam.

Penjawat Awam yang diugut boleh menghubungi talian 013 6350971 atau 013 6710027 untuk membuat aduan.


Rabu, 17 April 2013

PR SELANGOR AKAN UMUM CALON DAN LANCAR MANIFESTO 18 APRIL DI SHAH ALAM


Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan manifesto pilihan raya serentak dengan pengumuman calon-calon Pakatan Rakyat pada 18 April ini, bermula jam 8 malam bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Manifesto Pakatan Rakyat Selangor ini selari dengan manifesto Pakatan Rakyat ke Putrajaya dan pada masa yang sama meneruskan polisi dan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang lima tahun lalu.

Kami yakin barisan calon-calon yang dipilih pucuk pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS untuk mempertahankan Negeri Selangor menyokong penuh komitmen kerajaan negeri yang mengutamakan pentadbiran telus dan bertanggungjawab.

Manifesto Pakatan Rakyat Selangor yang akan dilancarkan ini terbahagi kepada empat komponen penting iaitu ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat, persaudaraan rakyat dan kerajaan rakyat.

Untuk ekonomi rakyat, matlamat utama kita adalah memberi kebajikan kepada 5.2 juta rakyat Selangor dengan mengembalikan hak air kepada rakyat melalui pemilikan saham air.

Kita juga fokus kepada keperluan perumahan rakyat dimana sejumlah RM100 juta diperuntukkan kepada Lembaga Perumahan untuk memastikan pemaju swasta membina rumah mampu milik untuk menampung permintaan yang kian meningkat.

Pendidikan juga diantara yang menjadi keutamaan manifesto dimana kita akan memperkasakan sekolah maahad tahfiz di Selangor dan menubuhkan tabung bagi membantu sekolah jenis kebangsaan termasuk sekolah persendirian.

Golongan belia dan wanita juga tidak akan ketinggalan dalam manifesto ini dimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menyediakan dana RM100 juta untuk mereka bagi memperhebatkan kemahiran serta bidang keusahawanan yang mereka ceburi.

Kami menjemput rakyat Selangor datang pada majlis ini bagi menyaksikan barisan calon kerajaan rakyat dan manifesto Pakatan Rakyat. Bagi mereka yang tidak berkesempatan, boleh menyaksikan majlis ini secara langsung di laman web www.selangorku.com

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
PENGERUSI PAKATAN RAKYAT SELANGOR

ZUL NORDIN BAKAL JAUHKAN PENGUNDI HINDU DARI BN

Sah tiada orang UMNO yang layak
bertanding di Shah Alam
Dengan tercalonnya salah seorang jaguh lompat, Zulkefli Nordin, mewakili BN di kerusi panas Shah Alam, maka melopong sakanlah puak-puak UMNO Shah Alam untuk melihat jaguh mereka bertarung kali ini. Penat sajalah segala lobi dan ampu, bak menuang garam ke dalam lautan sahaja!

Lebih malang lagi, usahkan UMNO Shah Alam tidak dipandang sebelah mata, mana-mana calon UMNO juga tidak ada yang layak untuk dicalonkan menentang penyandang, YB Khlaid Samad, maka terpaksalah mereka memilih seorang yang bukan ahli UMNO, atau ahli mana-mana komponen BN, tetapi memilih seorang yang tidak berparti (tidak perprinsip?) untuk bertanding sebagai calon "mesra BN".

Zul Nordin yang baru sahaja dilanda kontroversi kerana dikatakan membuat kenyataan yang menghina kepercayaan penganut agama Hindu dipilih mewakili BN di kerusi parlimen Shah Alam, atas alasan kononnya seorang calon "winnable" berbanding calon UMNO sendiri.

Apakah penganut agama Hindu di Selangor, dan juga di seluruh Malaysia boleh memaafkan Najib kerana mencalonkan seorang yang telah mencerca agama mereka?

Lu worang pikir....lu worang jawab la sendiri ....!

Jumaat, 12 April 2013

PERISYTIHARAN CALON PKR SELANGOR DI AU2 AHAD INI


AYOH! KITA SESAKKAN PADANG BOLA AU2 SEBAGAI TANDA SOKONGAN SUPAYA SELANGOR KEKAL DI TANGAN PR!

Rabu, 10 April 2013

KALAU TAK MAU PILIH SAYAPUN, PILIHLAH ISTERI SAYA - RAYU GOBALA KEPADA NAJIB

Berita di bawah betul-betul buat ramai yang gelak berguling-guling, dan ada juga yang termuntah. Apa beritanya, anda baca sendirilah sumber berita dari Malaysiakini:

Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.
 
“Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.

Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya  M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.

Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim.

Bernama

Jumaat, 5 April 2013

ANWAR PERLU DIBERIKAN KERUSI SELAMAT JIKA TIDAK BERTANDING DI PERMATANG PAUH

Semalam ketika berceramah di program Merdeka Rakyat di Gerik, Perak, Dato' Seri Anwar Ibrahim memohon supaya beliau diberikan tempoh selama 24 jam bagi menimbang semasak-masaknya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh ataupun berhijrah ke kerusi baru di negeri Perak.

Sehingga kini, cakap-cakap kedai kopi hangat memperkatakan bahawa Anwar akan bertanding sama ada di Ipoh Timur, Tapah ataupun Bagan Datuh, jika beliau memilih untuk beradu nasib di negeri Perak.

Apapun pilihannya, Anwar perlu diberikan kerusi selamat, bukan untuk menyelamatkan dirinya, tetapi bagi membolehkan beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenangkan calon-calon PR dan seterusnya berarak megah ke Putrajaya!

Sekiranya beliau memilih Parlimen Ipoh Timur (milik DAP, ikut status-quo), memang amat mudah beliau mencapai kemenangan berdasarkan senario dan sentimen politik semasa. Namun risikonya, beliau akan ditohmah dan dimomok-momokkan oleh parti perkauman sebelah sana bahawa Anwar sudah tidak mendapat sokongan orang Melayu menyebabkan beliau terpaksa bertanding di kerusi majoriti Cina. Dan sudah pasti akan ditokok-tambahkan pula sebagai menjadi boneka DAP-Cina.

Sekiranya ini berlaku sudah pastilah Anwar terpaksa menghabiskan masa dan tenaga melayan tohmahan tersebut dan terpaksa berhempas-pulas berkempen untuk mendapatkan kepercayaan pengundi Melayu di kawasan-kawasan yang lain. Nampaknya pilihan ini tidak boleh diterima.

Jika beliau memilih Bagan Datuh, iaitu berdepan dengan Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi, juga merupakan satu pertarungan yang berat. Anwar akan terpaksa berkampung di Bagan Datuh dan terpaksa melupakan kawasa-kawasan lain untuk berkempen, kerana Bagan Datuh bukanlah kawasan mudah menang bagi PR. Namun kalau mengikut congakan daripada keputusan PRU-12 kerusi ini juga berpotensi untuk diberi kepada Anwar.


Jumlah Pengundi: 34,670
Peratusan Kaum: M: 56.97% C: 19.31% I: 23.68% L: 0.04%
1. Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN) (13,115)
2. Madzi Hasan (PKR) (10,423)
Majoriti: 2,692
Jumlah undi: 24,352
Peratus mengundi: 70.24%
Undi rosak: 814


Pilihan seterusnya adalah Parlimen Tapah. Pada PRU-12 keputusannya adalah seperti berikut:


Jumlah Pengundi: 38,236
Peratusan Kaum: M: 47.27% C: 31.70% I: 20.66% L: 0.37%
1. Datuk M. Saravanan (BN) (14,084)
2. Tan Seng Toh (PKR) (11,064)
Majoriti: 3,020
Jumlah undi: 26,810
Peratus mengundi: 70.12%
Undi rosak: 1,662
Penyandang: Datuk S. Veerasingam (BN)
(Majoriti: 9,586 undi)

Kalau mengikut komposisi pengundi, parlimen ini boleh dikategorikan sebagai kawasan bercampur dengan majoriti pengundi Melayu. Majoriti kemenangan calun BN pada PRU-12 juga hanyalah 3,020. Dengan senario politik semasa serta ketokohan Anwar sendiri parlimen Tapah bolehlah dikatakan berpotensi menang buat PR.

Sementelahan pula komposisi tiga kaum utama Melayu, Cina dan India yang hampir seimbang akan melambangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin untuk semua kaum!

Jadi pilihan terbaik buat Anwar adalah bertahan di Permatang Pauh atau berhijrah ke Tapah dan pilihan terakhirnya adalah Bagan Datuh. Ataupun mungkin beliau mengintai kerusi Hulu Selangor? Kita tunggu berakhirnya tempoh 24 jam!

Adios!
Tulisan: Papablues


Khamis, 4 April 2013

AMAT MENARIK SEKIRANYA ANWAR BERTANDING DI IPOH TIMUR!

Mampukah beliau bertarung di Ipoh Timor?
Sebagaimana yang semua sudah maklum, supremo DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU-13 nanti, meninggalkan gelanggang selamatnya Ipoh Timur. Sementara Ketua Pembangkang, yang juga Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula telahpun mengumumkan pendiriannya untuk beralih angin keluar dari kubu kuatnya Permatang Pauh.

Ketika mengumumkan perkara tersebut Anwar tidak pula menyatakan secara jelas kerusi manakah yang diintainya dan juga tidak menamakan mana-mana tokoh yang bakal menggantikannya di Permatang Pauh.

Kini timbul desas-desus dibawa angin dari utara bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda bakal dibawa ke Permatang Pauh menggantikan Anwar dan Anwar sendiri akan menguji nasib di kawasan parlimen majoriti Cina, Ipoh Timur!

Pengundi di Parlimen Ipoh Timor terdiri daripada Cina (81.07 %), Melayu (13.09 %), India (5.27 %) dan lain-lain 0.57 % berbeza dengan Parlimen Permatang Pauh, Melayu (69.4 %), Cina (24.5 %), India (6 %) dan lain-lain (0.1 %).

Sekiranya khabar ini benar maka satu senario menarik bakal tercipta di arena politik negara di mana seorang pemimpin politik Melayu yang mewakili parti dominasi Melayu bertarung di kawasan majoriti Cina menentang calon BN yang sudah pasti dari MCA. Apakah tindakan ini sebagai tindakan kamikazi atau satu strategi politik PR?

Tentulah amat menarik sekiranya Anwar bertanding dan menang di situ kerana dapat membuktikan bahawa beliaulah sebenarnya pemimpin yang diterima oleh semua kaum, tidak seperti para pemimpin UMNO yang lebih selesa berkokok dalam kepompong halaman sendiri, tetapi berdegar-degar mencabar orang beradu kekuatan dengannya seperti Datuk Ahmad Maslan.

Kalau betullah khabar ini, tidakkah perlu kita mencabar Najib supaya berani pula beradu nasib di gelanggang luar dan majoriti Cina seperti Bukit Bintang, Kepong, Cheras atau sewaktu dengannya? Takkanlah Najib tidak berani sedangkan kamu seorang PM Sementara?


Rabu, 3 April 2013

KITA SAMBUT PEMBUBARAN PARLIMEN DI TAMAN MELEWAR ATAU USJ 1 MALAM INI!



Sempena pembubaran parlimen yang telahpun diumumkan oleh Najib Razak sebentar tadi, ayoh kita ramai-ramai menyambut dan meraikannya sebagai Pesta Demokrasi malam ini sama ada di Taman Melewar ataupun di USJ 1.

Kita sampaikan mesej kepada semua bahawa kita menanti saat untuk menguburkan politik kuno!

PAKATAN TELAH BERSEDIA JIKA PARLIMEN BUBAR HARI INI - DSAI





Pakatan Rakyat sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih teragak-agak membubarkan Parlimen.

Pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat tiada sebarang masalah jika pembubaran berlaku seawal hari ini.
“Ada orang jangka (bubar) esok (hari ini), tapi dengarnya mungkin tidak.

“(Tetapi sama ada) Esok atau minggu depan, kita akan bagi anda (Najib) jawatan baru, (iaitu) Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia,” katanya disambut sorakan 2,000 hadirin di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee.

Najib dilaporkan akan berucap secara langsung di RTM 1 pada jam 11.30 pagi ini. Beliau dijangka akan membuat pengumuman penting, dipercayai berkaitan PRU 13. Sebelum itu, terdapat khabar angin Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, ia disangkal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang turut mengatakan pembubaran akan berlaku selewat-lewatnya hujung bulan ini, seperti dilapor berita Astro Awani.

Sebuah akhbar berbahasa Malaysia semalam turut membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan PRU 13 diadakan. Akhbar berkenaan dipetik membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir pada mesyuarat Kabinet hari ini lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher merah untuk sesi bergambar. – NS


APAKAH DENGAN BERLAGAK SAMSENG DAPAT MEMBANTUTKAN SUARA KEBANGKITAN RAKYAT?

Samseng taik minyak sedang beraksi di Majidee


Dalam keadaan terdesak dan nanar melihat akan sambutan rakyat terhadap program-program yang dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, UMNO-BN telah menggunakan penyokong mereka (yang diupah) bagi membuat kacau yang kadang-kala berkelakuan seperti gerombolan samseng jalanan.

Mereka seolah-olah kumpulan samseng berlesen yang bebas bergerak dan beraksi disiang bolong melakukan onar. Bebas berlagak samseng mencaci maki, membuat bising, melontar objek atau mengadakan program segera di sebelah tapak program yang dirancang terlebih dahulu oleh PR.

Terkini mereka menggunakan tektik yang amat menjijikkan dengan memutar lagu Negaraku berulang kali bagi mengganggu rentak ceramah para pemimpin PR seperti yang berlaku pada program Jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee, Johor Bahru, yang dikatakan kubu kuat mereka. Mungkin mereka berharap para pemimpin dan penyokong PR akan meneruskan program tanpa menghiraukan lagu Negaraku yang mereka permainkan dan bolehlah dicanangkan keseluruh pelosok negara bahawa pemimpin PR tidak menghormati lagu Negaraku! Memang tektik yang menjijikkan dan berpemikiran bangsat!

Mereka mungkin beranggapan pemikiran rakyat masakini masih lagi setahap pemikiran kuno dan purbakala mereka dimana siapa yang lebih samseng akan disokong seperti dalam cerita-cerita purbakala!

Sebenarnya ramai yang meluat dan jijik dengan kelakuan samseng-samseng taik minyak tersebut dan memendam dalam hati dan hanya akan diluahkan di peti undi PRU-13. Semalam aku berjumpa dan bersembang dengan dua orang rakan lama yang merupakan orang kuat Wanita UMNO di bahagian masing-masing. Diakhir "perbahasan" tidak rasmi kami mereka dengan tegas berkata, "I jamin PR dapat dua undi dari kita orang, satu di Batu dan satu di Bangi!"

Selasa, 2 April 2013

SETAKAT INI 24 CALON PKR TELAH DISAHKAN BERTANDING



1. Mohamed Azmin Ali
P98 Gombak
Timbalan Presiden, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya
Pertahan kerusi

2. Datuk Saifuddin Nasution Ismail
P18 Kulim-Bandar Baharu
Setiausaha Agung
Pindah kawasan

3. Tian Chua
P115 Batu
Naib Presiden
Pertahan kerusi

4. N Surendran
P17 Padang serai
Naib Presiden
Calon baru

5. Fuziah Salleh
P83 Kuantan
Naib Presiden
Pertahan kerusi

6. Nurul Izzah Anwar
P121 Lembah Pantai
Naib Presiden
Pertahan kerusi

7. Datuk Dr Mansor Othman
P47 Nibong Tebal
Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang
Pindah kawasan

8. Rafizi Ramli
P100 Pandan
Pengarah Strategi
Calon baru

9. Dr Muhammad Nur Manuty
P58 Bagan Serai
Ketua Penerangan, Pengerusi KEADILAN Perak
Calon baru

10. William Leong
P97 Selayang
Bendahari Agung
Pertahan kerusi

11. Onn Abu Bakar
P153 Sembrong
Ketua KEADILAN Cabang Putrajaya
Calon baru

12. Dr Abdul Aziz Bari
P92 Sabak Bernam
Bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Calon baru

13. Datuk Dr Tan Kee Wong
P116 Wangsa Maju
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
Calon baru

14. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
P124 Bandar Tun Razak
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Menteri Besar Selangor
Pertahan kerusi

15. Shamsul Iskandar Mohd Akin
P137 Bukit Katil
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Pengerusi KEADILAN Melaka
Pindah kawasan

16. Gooi Hsiao Leung
P9 Alor Setar
Ketua Biro Perundangan KEADILAN Kedah
Bertanding semula

17. Dr Azman Ismail
P10 Kuala Kedah
Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah
Calon baru

18. Datuk Fauzi Abdul Rahman
P82 Indera Mahkota
Pengerusi KEADILAN Pahang
Calon baru

19. Baru Bian
P221 Limbang
Pengerusi KEADILAN Sarawak
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menang DUN

20. Murnie Hidayah Anuar
P084 Paya Besar
Peguam Hak Asasi Manusia
Calon baru

21. Ali Biju
P205 Saratok
Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak menang DUN

22. Abang Zulkifli Abang Engkeh
P1201 Batang Lupar
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak tanding DUN

23. Abun Sui Anyit
P216 Hulu Rajang
Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, pejuang hak tanah adat
Calon baru

24. Roland Engan
P220 Baram
Peguam, pejuang melawan pembinaan empangan Baram
Calon baru

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48955
     

GUAN ENG, USAH DILAYAN CABARAN PEMUDA UMNO P. PINANG!

Selepas dicabar oleh Pengerusi BN Pulau Pinang (yang dipegang oleh orang Gerakan), terbaru, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin pula melontarkan cabarannya kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng seperti DI SINI.

Di antara cabarannya ialah supaya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang perlu bertanding di kawasan pengundi bercampur bagi membuktikan dirinya tidak rasis dan diterima oleh semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, kononnya.

Kalau sebelum ini, Pengerusi BN Pulau Pinang dari parti Gerakan mencabar Guan Eng menentangnya di
Wakil puak desperado
kerusi di mana beliau "jatuh" iaitu kerusi Padang Kota demi menegakkan falsafah kononnya beliau akan bangun di tempat dimana beliau jatuh, tapi akhirnya ternyata pencabar tersebut "tidak bertelur" apabila menetapkan syarat lain pula dan di kawasan lain pula!

Guan Eng tidak perlu melayan karenah puak-puak desperado tersebut. Guan Eng tidak perlu membuktikan apa-apa kepada UMNO, apa yang penting adalah beliau dipilih oleh rakyat Pulau Pinang.

Kenapa tidak UMNO sendiri yang mendabik dada sebagai parti yang diterima oleh seluruh warga Malaysia, termasuk oleh warganegara "segera", bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, para pemimpin mereka di peringkat nasional seperti Najib, Muhyiddin, Ahmad Maslan dan sebagainya bertanding di kawasan majoriti Cina!

Ada berani ka?

Isnin, 1 April 2013

SIAPA YANG BERBOHONG, NURUL IZZAH ATAU TAN SRI AZIZ SPR?

SIAPAKAH YANG BERBOHONG?
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mendakwa MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah
memaklumkan kepada SPR berkaitan dengan permohonan pembatalan seramai 4,600 orang pemilih di parlimen berkenaan.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi, seperti yang boleh dibaca di SINI.

Namun Nurul Izzah dalam kenyataan balasnya hari ini telah menunjukkan bukti bahawa beliau telahpun mengutus surat serta menerima balasan daripada Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria seperti DISINI.



Kalau berdasarkan bukti yang dikemukakan tentulah kita akan mengakui bahawa Nurul Izzah bercakap benar, jadi siapakah yang berbohong?

Mungkin juga Tan Sri Aziz akan samada menafikan beliau berkata demikian dan menyalahkan akhbar memutarbelitkan kenyataannya, ataupun beliau akan bermadah berhelah dengan mengatakan bahawa beliau telah diberikan maklumat yang salah oleh pegawai bawahannya.

Sudah tentu bukan Tan Sri Aziz yang menyemak sendiri butiran tersebut di sebalik kata-katanya, "Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR."

Oleh itu untuk membuktikan siapakan sebenarnya adalah PEMBOHONG maka amat wajar kes ini diteruskan di mahkamah!

AHMAD MASLAN TUNJUK "JANTAN"!

DATUK AHMAD MASLAN
Maka bermadahlah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan demi menunjukkan kejantanannya, "Wahai Anwar Ibrahim, kalau kamu berani marilah lawan aku di Parlimen Pontian!"

Wah! memang jantan sungguh anak Wak Maslan ini. Pembangkang jangan berharap di Johor, Cina Johor bukan macam Cina lain, mereka dah sebati dengan UMNO-BN, tambah beliau lagi.

Kalau dah pengundi Johor semua begitu sebati dengan politik UMNO-BN apa perlu Ahmad Maslan berteriak gegak gempita akan mempertahankan Johor habis-habisan!

Bagaimana pula kalau pihak PR mencabar Najib untuk bertanding di Permatang Pauh, Bukit Bintang, Kepong atau Cheras. Takkanlah pemimpin peringkat nasional dok terperuk di kangpong halaman sendiri! Sekurang-kurangnya pemimpin PR berani juga keluar dari kerusi selamat masing-masing! Takkan PM takut kot?

Ataupun Ahmad Maslan sendiri sebagai Ketua Penerangan parti yang memerintah beradu nasib di gelanggang luar dari kampung halamannya? Ada berani ka?