AYOH INI KALILAH!

AYOH INI KALILAH!

BALLIGHU ANNI WALAU AAYAH

SAMPAIKANLAH (APA YANG KAMU DAPAT) DARIPADAKU WALAU SATU AYAT - ALHADIS

Khamis, 23 Mei 2013

TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS SOKONG PERHIMPUNAN AMAN!


SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri - Datuk Dr Haron Din


Aslani M

KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala
Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.

“SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.

Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.

Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut.

“Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinama dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan sebagai dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan menipu pengundi.

“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau menyokong mana-mana perrhimpunan aman yang tidak mengundang kepada malapetaka. Lagi pun kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada provokasi.

“Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan.

“Saya juga telah membuat komen secara peribadi menerima keputusan pilihan raya dengan protes kerana ada kelemahan yang nyata berlaku. Dan ia hendaklah diperbaiki dan perlu diberi penjelasan segera oleh SPR,” katanya.

Selasa, 21 Mei 2013

FENOMENA ADAM ADLI, IKON BARU ANAK MUDA MALAYSIA!

BIARKAN GAMBAR BERBICARA..........







Isnin, 13 Mei 2013

WARNA WARNI PRU13: GAMBAR PALING MENYAYAT HATI DI LEMBAH PANTAI!


JANGAN BERSEDIH BANG....HAPUSKAN LAH AIR MATAMU....DUNIA BELUM KHIAMAT....PRU 14 KAN BOLEH DICUBA LAGI.....!!!!!

Rabu, 8 Mei 2013

HIMPUNAN MALAM INI DI STADIUM KELANA JAYA DITERUSKAN, PIHAK POLIS TELAHPUN DIMAKLUMKAN


KENYATAAN OLEH YB RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI PKR

Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan.

Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis.

Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula.

Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat.

Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut.
 
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

Selasa, 7 Mei 2013

KALAU DAP BOLEH BERJIWA BESAR, PAS JUGA PERLU MENUNJUKKAN CONTOH YANG SAMA

TIDAK DAPAT DINAFIKAN SUMBANGAN
TAN SRI KHALID SEBAGAI MB TURUT MENJADI
FAKTOR KEJAYAAN PR SELANGOR DALAM PRU 13
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan tegas memberi jaminan bahawa walaupun partinya mendapat lebih kerusi di Dewan Rakyat, parti itu akan tetap menyokong DSAI sebagai Ketua Pembangkang sepertimana mereka telah menyatakan persetujuan bahawa mereka menyokong DSAI sebagai Perdana Menteri.

"Memandangkan Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan, maka DAP tetap akan menyokong Saudara Anwar sebagai Ketua Pembangkang, sebagaimana kami menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri," tegas beliau.

Sebelum PRU 13 berlangsung, DAP Perak turut menegaskan bahawa sekiranya PR Perak berjaya membentuk kerajaan mereka tetap akan menyokong DS Nizar Jamaludin dari PAS sebagai Menteri Besar tanpa mengambil kira berapa kerusi yang mereka perolehi!

DAP telahpun melahirkan keikhlasan mereka terhadap perjuangan dan aspirasi PR tanpa memikirkan kepentingan diri. Dan kini giliran PAS pula menunjukkan contoh yang sama dengan tidak menuntut kerusi MB Selangor hanya disebabkan mereka mempunyai lebihan satu kerusi dari PKR. PAS haruslah ingat bahawa antara sebab pengundi memilih PR untuk memerintah Selangor, sedikit sebanyak adalah juga berdasarkan faktor kecemerlangan Tan Sri Khalid Ibrahim memimpin negeri tersebut.

Dan harus diingat juga bahawa kekurangan satu kerusi PKR itu juga adalah hasil sumbangan (pengkhianatan)   PAS Kota Damansara yang telah meletakkan calonnya di kerusi yang pasti menang untuk PKR!

Rasanya formula terbaik untuk Selangor adalah MB untuk PKR, Speaker DUN untuk DAP dan Timbalan MB untuk PAS. Selangor memang pernah mempunyai Timbalan MB antaranya ialah Dato' Abu Sujak Mahmood dan Allahyarham Dato' Zainal Abidin Ahmad. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, PAS perlu diberi tambahan kuota EXCO.



WALAUPUN PR MENANG UNDI POPULAR, TAPI KALAH KERUSI KERANA SISTEM YANG DITERIMA PAKAI!


Ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua. Hakikat sebenarnya gabungan 13 parti yang membentuk Barisan Nasional sebenarnya ditolak oleh lebih dari separuh rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan dan latar belakang hidup! Sebenarnya gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyatlah yang sepatutnya menerima mandat membentuk kerajaan baru di negara ini berdasarkan undi popular yang diterimanya. Namun sayang! berdasarkan sistem pilihan raya yang diterima pakai di negara ini menyebabkan golongan yang menerima undi yang lebih rendah mendapat lebih banyak kerusi.

Sebenarnya perkara ini pernah penulis perbincangkan lama dulu, bahawa suatu hari nanti bakal berlaku pihak yang menerima undi lebih rendah akan dapat mandat untuk memerintah berdasarkan sistem ini. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan persempadanan kawasan pilihan raya. Bayangkan kawasan parlimen di kota-kota besar jumlah pengundinya sehingga 80 ribu atau lebih lagi, iaitu bersamaan dua atau tiga kawasan parlimen di bandar-bandar kecil. Keadaan ini menyebabkan PR yang mendapat sambutan yang begitu besar di bandar-bandar besar mendapat kurang kerusi daripada BN yang mendapat sambutan di kampung-kampung. (Kini BN bolehlah dianggap "jaguh kampung" atau parti kampung!)


Keputusan PRU 13 jelas menunjukkan fenomena ini. Bagi kerusi Parlimen, BN mendapat 5,237,699 undi berbanding parti Pakatan Rakyat yang mendapat 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP juga mendapat lebih banyak undi di DUN, mendapat 4,879,699 berbanding 4,513,977 undi diterima oleh gabungan 13 parti itu.

Isnin, 6 Mei 2013

AYOH KITA JANGAN BERPUTUS ASA, RAMAI-RAMAI HADIR KE STADIUM KELANA JAYA RABU 8 MEI!


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam raya 5 Mei.

"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.

"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang  kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya.

Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bSPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.

"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," katanya lagi.

KEPUTUSAN TERPERINCI PRU-13 BAGI SEMUA KERUSI

Jumaat, 3 Mei 2013

LIHAT LAH ... BIARLAH GAMBAR SAJA YANG BERBICARA!



MESEJ DARI DSAI SEMPENA PRU 13 - INI KALI LAH!













Selamat mengundi Malaysia – Ini Kali Lah


MAY 5, 2013

Ini adalah yang paling penting semenjak 56 tahun kemerdekaan. Ia adalah masa untuk rakyat Malaysia membentuk Malaysia Baru. Memang benar, negara kita sudah merdeka, tetapi kemerdekaan yang lebih besar adalah kemerdekaan daripada sebuah kerajaan yang zalim di bawah pemerintahan BN.

Menjelang hari-hari terakhir kempen, kita akan dihidangkan dengan insiden-insiden buruk pada hari pengundian, kekecohan semasa pengiraan undi dan pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dicemari oleh muslihat kotor BN dan agensi-agensi kerajaan yang mahu merampas kemenangan pilihan raya daripada tangan kita. Anggota keselamatan negara dan agensi yang seharusnya bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka secara jujur, bebas dan saksama akan bertindak dengan cara yang sangat berpihak, seterusnya menjadikan pilihan raya ini tidak lagi bebas dan adil.

Namun semangat pengundi Pakatan Rakyat yang berkobar-kobar untuk mengambil alih pemerintahan tidak harus dipadamkan. Semangat pengundi Pakatan Rakyat ini perlu diperkukuhkan lagi dengan kesungguhan yang jitu untuk memastikan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kuasa dan menang dalam pilihan raya umum ke-13.

Jentera Pakatan Rakyat di seluruh negara perlu berusaha keras untuk memastikan kehadiran mengundi yang tinggi. Jika 85 peratus daripada 13.3 juta pengundi keluar mengundi, bermaksud lebih daripada 11 juta rakyat Malaysia mengundi pada hari itu. Setiap undi amat penting. Keluarlah mengundi lebih awal.

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan warga asing mengundi secara tidak sah, setiap pengundi Malaysia yang tulen mesti peka dengan persekitaran semasa mengundi. Semua pengundi tulen perlu memerhatikan secara teliti pengundi yang berhampiran mereka di tempat mengundi, berbual dengan mereka dan jika mereka berkelakuan aneh, laporkan segera kepada ejen parti dan pemantau yang berada di pusat mengundi.

Bagi pengundi yang celik teknologi, rakamkan segala yang mencurigakan dan hantarkan segera ke Facebook atau YouTube mereka. Jutaan rakyat Malaysia mesti merakam pengalaman mereka pada hari Ahad ini. Ia merupakan sejarah dalam pembuatan.

Jangan sekali-kali takut dengan ketakutan yang dijaja oleh BN. Menakutkan dan mengancam rakyat Malaysia telah menjadi dasar pilihan raya BN. Untuk 44 tahun, ketakutan yang sering diingatkan adalah tentang rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Hari ini, dua lagi ancaman baru telah dimomokkan. Pertama, kononnya Bursa Malaysia akan runtuh dan ekonomi akan rosak jika Pakatan Rakayat menang. Kedua, bahawa hudud akan diperkenalkan. Jangan takut dengan ancaman ini kerana berjuta-juta rakyat Malaysia yang akan mengundi untuk membawa Pakatan kuasa akan menyokong Bursa, jika harga menjunam.

Berkenaan hudud, PAS telah menerima bahawa ia hanya sebahagian daripada agenda parti itu, tetapi bersetuju bahawa hudud bukan matlamat Pakatan Rakyat dan tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini. Majoriti dua pertiga Parlimen diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hudud, PAS, sedar bahawa mereka tidak boleh mencapainya secara bersendirian. Pas juga menyedari hakikat bahawa mereka perlu akur dengan matlamat bersama Pakatan Rakyat dan mesti bersama-sama dengan Pakatan Rakyat jika mahu mengambil alih kuasa dari BN.

 Jelas, semua ancaman rekaan BN ini adalah dangkal.

Untuk mengurangkan kesan-kesan pembelotan dan gejala lompat parti oleh mana-mana ahli parlimen yang tidak berprinsip dan tamak di dalam Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku di Sabah pada tahun 1991 dan Perak pada tahun 2009, rakyat Malaysia yang mahukan perubahan mesti memilih jumlah ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mencukupi. Majoriti mudah dicapai apabila 112 kerusi diperolehi daripada 222 kerusi. Tetapi mana-mana kemenangan Pakatan di bawah 130 kerusi tidak memberikan kusyen yang mencukupi jika lompat parti berlaku.

Saya yakin, jika jumlah rakyat Malaysia yang berfikiran waras boleh bertindak seperti ini, sudah pasti kita akan dapat memerintah negara ini dan mengambil alih kuasa daripada Umno dan BN.

Kita akan mempunyai kerajaan persekutuan baru yang akan membawa kita kepada Malaysia Baru:Malaysia yang lebih bebas, plural, liberal di mana semua individu, etnik, kaum dan agama adalah sama dari segi kedudukan dan hak mereka. Kedua, dan lebih penting Merdeka. Semoga Allah SWT memberkati kita dengan memastikan keputusan ini.

Ini Kali Lah!

ANWAR IBRAHIM

AYOH WARGA PUTRAJAYA, ANDA BOLEH ABAIKAN NOTIS "TAIK KUCING" INI, DAN ANDA BOLEH TERLIBAT DENGAN AKTIVITI PEMBANGKANG!


Jika dibaca kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM, bermakna anda warga Putrajaya telah disahkan boleh terlibat dengan aktiviti pembangkang, kerana mereka telah menafikan mengeluarkan sebarang notis yang melarang warga perkhidmatan awam di Putrajaya dari terlibat dengan sebarang aktiviti pembangkang.

Sila baca kenyataan di bawah yang diterbitkan oleh Malaysiakini:


JPM nafi halang penjawat awam sertai aktiviti politik Pakatan


Bernama
7:05AM Mei 3 2013

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di bawah jabatan itu, mengeluarkan notis melarang warga perkhidmatan awam yang tinggal di Putrajaya melibatkan diri dalamsebarang aktiviti politik Pakatan Rakyat.
    
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Othman Mahmood berkata notis itu, yang menggunakan nama serta logo BPH, mendakwa tindakan akan diambil ke atas penghuni Putrajaya yang berbuat demikian.
    
"Pihak JPM ingin menegaskan bahawa BPH tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau Notis Peringatan tanpa pengesahan cap rasmi jabatan, dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lambang serta logo rasmi BPH seperti yang disebar dalam media massa dan media sosial, serta ditampal di beberapa tempat di kuarters Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.
    
Beliau berkata JPM sudah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya petang ini agar perkara itu disiasat.
    
Othman turut mengingatkan warga perkhidmatan awam, terutama yang tinggal di Putrajaya, agar berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu menggunakan nama serta logo jabatan dan agensi di bawah JPM oleh pihak tidak bertanggungjawab.
    
- Bernama

DEMOKRASI "TAIK KUCING" DI PUTRAJAYA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...