RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 31 Disember 2015

TUNGGU DETIK 12 MALAM BESOK, PASTIKAN PAS NASIHAT NAJIB TUNAIKAN JANJI!

Tahun 2015 akan melabuhkan tirai tak berapa jam saja lagi. Kita semua pasti ingat janji Najib dan juak-juak hulubalangnya bahawa kes 1MDB bakal selesai.

Dan kita minta PAS melakukan tugas penasihat supaya menasihat Najib supaya memenuhi janji tersebut demi kebahagiaan rakyat jelata, dan atas kepentingan MELAYU dan ISLAM juga!


Ahad, 27 Disember 2015

APA HUKUMNYA PAS MEMBERI 'NYAWA' KEPADA UMNO UNTUK BUAT JAHAT LAGI?

PAS nak bergabung ke, nak menyokong ke, atau nak menasihat ke, lantak dia oranglah, sebab dia dah menduda, bergerak solo, buat apapun tiada yang melarang!

Tuan presidennya berhujah itu adalah tugas suci mereka untuk memimpin tangan UMNO menuju jalan ke 'syurga'.

Tak ada salahnya bukan? Sementelah pula atas sifat mereka sebagai sebuah badan siasah yang berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam, memang menjadi tugas merekalah menyeru kepada semua orang berpegang kepada ajaran Islam.

Tetapi bagaimana pula sekiranya dengan kemesraan PAS mendampingi UMNO menghasilkan sebuah UMNO yang lebih kuat? Umum sedia maklum, UMNO kini dilanda pelbagai masalah dan imej yang cukup negatif di mata rakyat, dengan berdampingan dengan PAS, sudah pasti UMNO akan menjadi lebih kuat dan memanjangkan jangka hayat mereka. PAS seakan membekalkan oksigen kepada UMNO untuk terus bernafas!

Bagaimana pula hukumnya, sekiranya dengan member kekuatan kepada UMNO mereka akan terus bermaharalela memfaraid khazanah negara dan mengekalkan kezaliman mereka? Dengan kekuatan baru mereka akan terus berlaku zalim.

Bagaimana hukumnya ye? Pasti ada yang menjawab.... Kita kena bersangka baik!

Sabtu, 26 Disember 2015

AMANAH AKAN KEKAL LAMA - DR AGUS

Ramai menyifatkan tidak boleh. Alasannya sejarah menunjukkan parti yang lahir sebagai serpihan PAS seperti Berjasa dan Hamim tidak kekal lama.  Sejarah dari serpihan parti UMNO juga begitu. Pada tahun 1950-an, IMP dan Parti Negara berkubur dan pada tahun 1996 pula S46 berkubur.  Atas hujah di atas, ramai yang pesimis tentang keupayaan Amanah untuk bertahan lama. Kata kawan saya, “selepas PRU-14 nanti, berkuburlah Amanah.”   

 Saya berpendapat tidaklah semudah itu untuk Amanah berkubur. Mengapa?   

 i. Amanah ditubuhkan bukan atas alasan kecewa dalam pemilihan parti, tetapi tidak bersetuju dengan dasar dan arah tuju pucuk pimpinan parti.   

 ii. Amanah dipimpin oleh pemimpin yang tahan uji dan komited dalam perjuangan untuk mewujudkan Malaysia yang progresif.   

 iii. Amanah mendapat sokongan anak muda dan kelas pertengahan yang kecewa dengan perjuangan Umno dan Pas. Mereka teruja dengan sistem dua parti dan mahu melihat adanya sistem semak dan imbang dalam politik Malaysia.   

 iv. Semua parti saingan Amanah sedang menghadapi masalah krisis kepimpinan dan keyakinan membolehkan Amanah memberikan persaingan yang kompetitif dalam politik negara, biarpun Amanah masih baru.   

 v. Amanah memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat—keadilan sosial, hubungan kaum yang harmoni, kemiskinan dan lainnya.    

 vi. Amanah masih membawa konsep Islam sepertimana PAS, tetapi dengan wajah yang sederhana dan lebih inklusif.  

 Begitulah hujah saya kenapa Amanah boleh kekal lama dalam politik negara. Tetapi alasan saya di atas tertakluk kepada kaveat berikut.   

 i. Pemimpin Amanah perlu lebih jelas dari segi hala tuju perjuangannya. Apakah Amanah sebagai alternatif kepada Pas, atau Amanah ada ‘produk baru’ yang ditawarkannya untuk rakyat?  

 ii. Amanah tidak boleh berdiri sendiri. Amanah perlu bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain sama ada itu dalam Pakatan Harapan atau lainnya.

Di akhir analisisnya, Kedudukan Amanah seterusnya dalam politik negara adalah bergantung kepada pencapaian Amanah dalam PRU-14. Sekiranya Amanah gagal membawa impak dalam PRU-14 nanti, maka jalan ke arah Amanah terkubur itu jelas.   

 Justeru, ke depannya Amanah memerlukan tindakan strategik yang penuh taktikal untuk mendapat sokongan rakyat dan kekal lama dalam politik negara. ~ Dr Mohamad Agus Yusoff

Khamis, 24 Disember 2015

ISKANDAR, BUKAN SALAH ORANG LAIN, TAPI PEMIMPIN KAMU YANG KLUK-KLEK!

Seperti biasa para pemimpin PAS akan cuba 'mengcover' tindakan salah yang dilakukan oleh para pemimpin yang lain. Macam Najib katalah, You help me, I help you!

Wahai Iskandar kalau bukan kerana pemimpin seperti Haji Hadi, Cikgu Pa, Takiyuddin, Nik Abduh, yang baru muncul Zuhdi dan yang sefikrah dengan mereka, para pemimpin UMNO dan media penjilat takkan boleh nak putar belit.

Kerana pemimpin 'gatai pungkoq' inilah yang membolehkan UMNO bernafas kembali dari sesak nafas akibat pelbagai isu.

Nak kata mereka bangang terasa kasar, tapi mereka memang bangang!

Hati-hati dengan cubaan pecahbelahkan Pas -Iskandar Samad


Ahli Pas digesa berhati-hati terhadap usaha cubaan memecahbelahkan parti Islam itu.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar A Samad, berkata perkembangan baru dalam senario politik negara membentuk perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, Presiden Pas hanya menghadiri Multaqa Alcazar, tetapi ada pihak yang menjadikannya seolah-olah mereka sudah pun berada `sekapal’ dengan Umno.

“Mereka menjadikannya dilihat seolah-olah kami sudah bersama Umno dan kami mahu menubuhkan kerajaan perpaduan bersama mereka.

“Pemimpin Umno menjadikannya kelihatan seperti mereka sudah cuba mencadangkan kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, media yang menjadi musuh Pas selama ini menjadikannya sebagai isu utama mereka.

“Mereka membuatkannya kelihatan seperti kedua-dua parti ketika ini sedang membuat pelbagai rancangan.

“Mereka mendakwa ada dua kumpuan, satu yang mengokong kerjasama dengan Umno dan satu lagi yang menentang.

“Ini yang diperkatakan supaya ahli Pas bergaduh sesama sendiri.”

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli Pas supaya berhati-hati dengan taktik berkenaan.

“Hati-hati dengan tindakan politik oleh Umno kerana mungkin ada motif tersembunyi di sebaliknya.”  TRPost


Rabu, 23 Disember 2015

KENAPA KEBAIKAN UMNO SAHAJA KITA SOKONG, KEBAIKAN PROGRAM PARTI LAIN KITA TAK SOKONG? - FATAH HARON

Jangan cuba belajar menari dihadapan orang yg sudah mahir menari. Sepanjang sejarah perjuangan Pas diMalaysia Pas tidak pernah menentang sabrono kebaikan yg dibuat olih umno.

TAPI apa yg terjadi sebaliknya umnolah yg sentiasa menentang dan membangkang segala program Pas walau pun paling baik disisi Allah Taala, contoh yg terbaru ialah mempermain mainkan Kanun Jenayah Syariah 11(HUDUD).

Pemimpin Pas tak perlu menyusahkan diri mengarah ahli dan penyukung Pas supaya menyukung kebaikan yg dibuat olih parti lawan(umno). 

ARAHLAH ahli dan penyukung Pas supaya patuh dan taat serya memberi tumpuan dan kerjasama segala program yg dibuat dan dianjurkan oleh parti kita(PAS) disetiap peringkat.

 Kenapa hanya kebaikkan yg dibuat olih umno kita hendak beri kerjasama sedangkan kebaikan yg dibuat olih parti2 politik yg lain kita tolak bulat2.

 Apakah parti yg ada kepentingan dengan kita sahaja kita memberi kerjasama dalam kebaikan sedang parti2 politik lain yg tidak ada kepentingan dengan kita kita abaikan mereka diatas segala urusan walau pun terdapat sekangkang kera kebaikan. 

Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas olih orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq.

 Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan agenda peribadi(BERBODEK). 

Perubahan landskap politik Pas bukan terletak diatas perubahan uslub/aproach/pendekatan yg dibuat olih Pas tetapi sikap dan pandangan politik pemimpin pas itu sendiri menjadi asas perubahan landskap politik sebenarnya. 

Maju mundur sesuatu parti tinggi rendah marwah dan martabat pemimpin terletak diatas stratiji yg tepat didalam mengatur sesuatu perancangan kehadapan. 

Sekali lagi saya terpanggil untuk menyeru pemimpin Pas supaya menyatu tenaga menumpu kekuatan Pas dan jangan cuba membuat sesuatu yg bolih melemahkan semangat juang ahli dan penyukung Pas diperingkat akar umbi.

 Kepada Pemimpin kerajaan teruskanlah usaha pendekatan dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan(G TO G). Selagi bolih menguntungkan rakyat. - Abdul Fatah Haron

MAHFUZ PUN NAIK PENING DENGAN PERANGAI PEMIMPIN PAS SEKARANG NI!

SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO? 

1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak. 

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka  percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti. 

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas. 

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas. 

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli. 

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan  kepastian dan kesudahannya nanti. 

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU. 

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR 
Ahli Parlimen Pokok Sena. 
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H

AWAL TAHUN BARU NANTI KITA PAKAT-PAKAT TAGIH JANJI WAHID OMAR


Hari tu, kira-kira dalam bulan Oktober, maka bermadahlah akan abang Wahid dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa arang yang terpalit ke wajah negara iaitu skandal 1MDB bakal diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh dua bulan, iaitu menjelang tahun baru.

Wahai Abang Wahid, tahun baru bakal menjelang kira-kira seminggu sahaja lagi, jalan-jalan penyelesaian 1MDB tak nampak bau dan bayang lagi!

Kalau tak terjadi sebagaimana yang kamu katakan maka dengan ini kamu adalah PEMBOHONG!


Isnin, 21 Disember 2015

MASIH ADA SENATOR BN YANG BOLEH BERFIKIR!

Seorang senator BN dari Sarawak tidak bersetuju bahawa perdana menteri diberi kuasa untuk mengisytiharkan 'kawasan keselamatan' mengikut rang undang-undang Keselamatan Negara 2015.

Sebaliknya, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Profesor Datuk Dr Sim Kui Hian mahu hanya Yang di-Pertuan Agong diberi peranan membuat perisytiharan itu.

"Saya cadangkan ayat berbunyi 'perdana menteri' digantikan dengan 'Yang di-Pertuan Agong’, yang akan bertindak atas nasihat Majlis Keselamatan Negara," katanya ketika membahaskan rang undang-undang MKN di peringkat dasar di Dewan Negara, hari ini.

"Kami tidak mahu wujudkan tanggapan salah bahawa kuasa Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan keadaan darurat) diambil oleh eksekutif.

"Walaupun ini hanya berkaitan dengan persepsi, tetapi dalam politik, persepsi adalah lebih penting daripada realiti," kata Sim.

Menurutnya, kerajaan juga perlu menggubal rang undang-undang yang merangkumi elemen semak dan imbangi untuk mengelakkan salah guna kuasa pada masa akan datang.

Sim juga menggesa kerajaan untuk memasukkan ketua menteri Sabah dan Sarawak sebagai ahli MKN kerana kedua-dua negeri Borneo adalah sebahagian daripada penubuhan Malaysia.

"Ketiadaan wakil-wakil dari Sarawak dan Sabah dalam MKN adalah sangat menyedihkan. Kami merasakan bahawa kepentingan Sarawak dan Sabah perlu dilindungi pada setiap peringkat kerajaan persekutuan," katanya.

TAKIYUDIN MALU-MALU! KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK KAMI TERTAMPI-TAMPI ...

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam.

Takiyuddin berkata, beliau tidak “mendengar atau atau menjawab” soalan berbunyi atau membawa maksud “adakah PAS memaafkan Umno…” pada 1 sidang media selepas menghadiri program Perkasa di Kuala Lumpur semalam.

Ahli Parlimen Kota Baru itu menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit.

"Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud ‘adakah PAS memaafkan Umno…’

"Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya,” katanya dalam 1 kenyataan awal pagi ini.

Menurut Takiyuddin, sidang akhbar diadakan di sebuah dewan dalam suasana bising selepas beliau menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa semalam.

Katanya, kenyataan sikap terbuka dan murah hati PAS terhadap orang lain apabila mereka memeluk parti dan perjuangan untuk menegakkan Islam, dan ia bukan bermakna “PAS mahu menyertai Umno”.

"Apabila ditanya kepada saya apakah langkah yang diambil oleh PAS terhadap isu yang dibangkitkan, iaitu kononnya ‘PAS akan bekerjasama dengan Umno’, saya menyatakan bahawa PAS akan memberikan penerangan ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul dan juga menangkis tohmahan terhadap PAS dalam isu ini.

"Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah ‘kerjasama dengan Umno akan dilaksanakan,’”katanya.

Selain The Malaysian Insider, portal berita lain seperti Sinar Harian Online, The Malay Mail Online, Malaysiakini dan Mstar Online turut melaporkan perkara sama.

Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.

Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini. 

Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas. 

Pemberita: So maknanya PAS bersedia “forgive and forget”?

Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita. 

Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri. 

Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan “apply” perkara yang sama. 

Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini. 

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing. 

Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah “collective decision” daripada parti lapor The Malaysian Insider

DENGAN PERKASA PUN PAS DAH SEMAKIN MESRA!

Nampaknya keinginan PAS untuk menukar haluannya semakin terserlah.

Selepas kena 'mengorat' dengan parti kebangsaan UMNO, PAS kelihatan tersipu-sipu gembira macam anak dara kena pinang dengan anak tok penghulu.

Kini tanpa segan silu dan berselindung, dua orang wakil PAS, SU Dato' Takiyudin dan bekas SU Dato' Mustafa Ali telah berani muncul di sebuah program kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Kalau macai-macai tukang tampal poster masih kurang jelas akan maksud gambar ini cuba baca kenyataan di bawah ini:

PAS sedia maaf, lupakan kesalahan Umno

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha agung PAS itu berkata ini kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.

"Ini bukan perkara baru, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS, mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," kata Takiyuddin.

Beliau berkata kepada pemberita pada mesyuarat agung tahunan PERKASA ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.

Proses penjelasan 
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada anggota parti itu berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambah Takiyuddin lagi, prinsip perjuangan PAS adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.

"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."

Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan PERKASA, hari ini. -mk


Khamis, 17 Disember 2015

#SHUTDOWN JALAN DUTA BAKAL SAMBUT MALAM TAHUN BARU DI TOL JALAN DUTA!

#ShutdownJalanDuta bantah kenaikan kos sara hidup

KUALA LUMPUR: #ShutdownJalanDuta hasil gabungan NGO anak muda, reformis, mahasiswa dan pejuang rakyat berikrar menyambut tahun baru 2016 di perkarangan plaza Tol Jalan Duta bagi membantah kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa bertindak #ShutdownJalanDuta, Shazni Munir berkata pihaknya memilih Plaza Tol Jalan Duta sebagai bantahan langsung berhubung kenaikan tol yang akan berkuatkuasa awal tahun depan.

“Rakyat sudah tidak tahan dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan menggila dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Lebih menyedihkan apabila sebahagian besar pemilik dan pemegang saham utama syarikat-syarikat konsensi ini ialah kroni-kroni yang amat rapat dengan Barisan Nasional,” katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya bantahan tersebut dibuat bukan sahaja untuk kenaikan kadar tol tetapi melibatkan semua kenaikan kos sara hidup termasuklah perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), serta kenaikan kadar tambang pengangkutan awam yang mencecah lebih 100 peratus.

Sementara itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali che,Gubard berkata perhimpunan ini merupakan wahana terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan selepas bantahan mereka sebelum ini tidak dipandang.

Malah beliau menyeru seluruh rakyat negara ini untuk turut serta dalam bantahan tersebut yang akan berlangsung pada 31 Disember ini bermula jam 9 malam.

“Kita sambut tahun baharu dan berpesta rakyat di Plaza Tol Jalan Duta dengan mambawa pandangan dan suara rakyat,” katanya.

Link: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/16/anak-muda-ikrar-sambut-tahun-baru-di-tol-jalan-duta-bantah-kenaikan-kos-sara-hidup/

Selasa, 15 Disember 2015

ORANG YANG PERNAH MIMPI BERTEMU RASULULLAH SAWW SAHKAN TIADA KERJASAMA PAS-UMNO!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu anggota bukan Islamnya bahawa parti Islam itu tidak mempunyai niat untuk bekerjasama dengan Umno.  

Perkara itu dimaklumkan oleh ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam dalam sidang media di ibu negara hari ni.  “Saya telah sahkan dengan presiden (tiada kerjasama politik),” katanya di sini  

Komen al-Husseyn :  Tak ada apa yang nak dikomen... cuma teringatkan orang ni pernah cerita :   Saya belajar Islam dari pimpinan PAS. Saya belajar syahadah. Bahkan saya sudah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad (SAW). Bukan sekali. Sudah berkali-kali. Dan Dato’ Tuan beritahu kepada saya, ya benar awak bertemu Nabi Muhammad kerana nabi Muhammad tidak mengira bangsa. - senyum

Ciluk dari blog Al-Husseyn

DIKIR RAPU DARI NIK ABDUH

Korang boleh paham tak apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Nik Abduh dalam madah berhelah terbarunya ini?

Dia kata UMNO bukanlah satu-satunya anasir dalam negara ini, banyak lagi anasir lain... Ok kita boleh faham. Jadi PAS boleh membantu UMNO untuk menghapuskan anasir yang lain itu? Yang ini aku tak boleh faham!

Apakah PAS ingin membantu UMNO untuk nenghapuskan anasir lain supaya UMNO boleh menjadi anasir tunggal? Habis siapa pulak yang nak menghapus anasir tunggal sahabat PAS ini?

NIK ABDUH AKU TAK SANGGUP MAKI MU SEBAB AKU HORMAT KE AYAH MU!

Cuba korang pahamkan sendiri apa sebenarnya yang dimahukan oleh Nik Abduh ni!

‎Umno bukanlah satu-satunya anasir yang merosakkan negara, malah selain dari parti itu, masih terdapat banyak anasir lain yang merosakkan negara, kata Pemuda Pas.

Menurut Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menerusi kerjasama antara Pas dan Umno, partinya boleh membantu Umno untuk menghapuskan anasir yang boleh merosakkan masa depan negara.

"Saya tak kata Umno itu bukan anasir. ‎Tetapi selain Umno, masih banyak lagi anasir lain. Kita tahu Umno adalah parti memerintah kerajaan, kita boleh bantu Umno hapuskan anasir yang boleh rosakkan negara," katanya menerusi sidang media di sini, hari ini. 

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerjasama itu merupakan kerjasama politik. ‎Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh Pas hanyalah demi kepentingan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi rakyat. "Bergabung atau kerjasama politik sehingga membentuk sebuah pakatan seperti Pakatan Rakyat adalah tidak benar sama sekali.

 "Pas akan kekal sebagai pembangkang dan Umno sebagai kerajaan. Hari ini Umno berkuasa, kita tolong Umno untuk bawa Islam dalam masyarakat. Kalau esok Pas diberi mandat untuk ambil alih kerajaan, kita akan bawa Islam itu sendiri ke dalam masyarakat," katanya lagi.

Isnin, 14 Disember 2015

NAMPAKNYA GAYUNG TELAH BERSAMBUT, MACAM NAK JADI JER PAS DENGAN UMNO NI

Salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terus mendapat perhatian dan ulasan dari pentadbiran PAS dan kali ini giliran Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula mengeluarkan kenyataan.  Beliau jelas berlapang dada dan bersyukur, akhirnya pemimpin tertinggi UMNO berani menghulurkan tali silaturahim kepada mereka demi kesejahteraan ummah dan kesepaduan umat Islam dan Melayu hari ini. 

Ujar beliau, jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi. Tapi jika Islam untung, PAS dan UMNO tidak akan rugi.  Ujar beliau, ada pihak yang menuduh UMNO akan mengambil keuntungan daripada kerjasama dengan PAS tetapi pada beliau UMNO akan tetap mengaut keuntungan tanpa PAS kerana melaksanakan syariat Islam. Beliau juga menegaskan, PAS tidak akan rugi apabila Islam semakin kukuh di Malaysia. Nik Mohamad Abduh seterusnya berkata, Islam bukan pada kata-kata dan janji tetapi keikhlasan, kesungguhan dan keberanian.  

Justeru, katanya, UMNO dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga itu dan bakal menjalani hukuman Allah S.W.T jika tidak melaksanakannya. Sehubungan itu, kata beliau, PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam. Menurutnya, PAS kekal membantu UMNO untuk melaksanakan Islam di negara ini.  

Beliau mengulas atas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menjelaskan parti itu bersedia bekerjasama dengan PAS demi agama Islam dan kaum Melayu. Tawaran kerjasama itu disambut baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menegaskan kepentingan Islam menjadi agenda utama parti berkenaan sejak ditubuhkan.  

Namun, kata Abdul Hadi, PAS masih perlu meneruskan kerjasama dengan PKR berdasarkan keputusan yang dibuat majlis syura parti itu sebelum ini. Pada masa yang sama, sebarang keputusan berhubung masa depan parti berkenaan bergantung kepada Majlis Syura dan sebarang keputusan dari majlis berkenaan pastinya akan diikut oleh PAS secara total tanpa ada sebarang dakwa dakwi lagi. 

Mengulas tentang perkara berkenaan, Nik Abduh dilaporkan berkata, ia sememangnya amalan PAS sejak dari dahulu dan berhubung perkara ini, beliau tidak nampak dimana salahnya PAS dan UMNO kembali bergabung. Ini kerana, PAS dilahirkan dari dalam UMNO dan pernah bergabung dengan UMNO satu ketika dahulu.  

Apa yang beliau harapkan, kesatuan ummah dan penyatuan semua umat Islam demi memastikan Malaysia kekal diperintah oleh umat Islam berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Namun begiitu, beliau enggan mengesahkan PAS menerima sepenuhnya perlawaan ini. Semuanya masih tertakluk kepada Majlis Syura PAS dan pentadbiran tertinggi PAS. ~ sumber 

Isnin, 7 Disember 2015

KES JURURAWAT CUBA MENUTUP AURAT: DARIPADA LAPORAN INI JELAS ADA PIHAK CUBA TEGAKKAN BENANG BASAH!

KUALA LUMPUR - Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd akan mengambil tindakan saman terhadap seorang bekas jururawatnya, Naziah Sauni Samat dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam tempoh terdekat.

Tindakan saman itu, susulan kenyataan media yang dikeluarkan Naziah di Pejabat PPIM kelmarin.

Naziah dalam kenyataannya berkata, beliau diberhentikan oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta kerana memakai baju lengan panjang dan tudung. Perbuatan itu dianggap kesalahan besar.

Susulan tindakan Naziah, Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd, Regina Sundram berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kerana perbuatan Naziah telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

“Sejak semalam (kelmarin), pihak hospital tidak berhenti menerima panggilan telefon bertanyakan hal berkenaan sehingga ada pihak yang mahu memboikot serta mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

“Bahkan laman sosial Facebook hospital turut dihujani pelbagai dakwaan dan kata-kata yang tidak baik sehingga memaksa kami menapis setiap komen pengguna sebelum disiarkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut Regina, orang luar hanya membuat tuduhan berdasarkan kenyataan sebelah pihak tanpa merujuk dan mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak hospital.

“Kami akan berbincang dan mendapatkan menasihatkan peguam Isnin ini, sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita juga sedang mengumpul segala dokumen termasuk laporan akhbar dan komen pengguna laman sosial yang menjurus kepada merosakkan dan menjatuhkan imej hospital dan kakitangan kami,” katanya.

Jelasnya, hospital berkenaan sudah beroperasi sejak 1989 dan kini mempunyai seramai 120 kakitangan, 41 daripadanya beragama Islam.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan Naziah diberhentikan tugas kerana faktor pakaian, Regina menafikannya.

“Pihak hospital tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya. Sebaliknya beliau diberi surat yang mana kami memberi tempoh untuknya mematuhi peraturan hospital.

“Naziah bagaimanapun tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan dan kami dianggap beliau berhenti secara sukarela,” katanya.

Regina berkata, pihak hospital turut memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

"Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan. Ia masih melanggari peraturan pemakaian hospital.

“Teguran dibuat, tetapi Naziah tidak mematuhinya sehingga tamat waktu bertugas. Kalau benar kami berhentikan Naziah, gajinya masih dibayar mengikut jadual,” katanya.

Mengenai larangan memakai baju lengan panjang dan tudung, Regina akui peraturan hospital tidak membenarkan jururawat mengenakan pakaian seragam berlengan panjang.

“Peraturan ini telah diguna pakai sejak hospital beroperasi. Jururawat tidak dibenarkan memakai lengan panjang kerana dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan kuman ketika mengurus pesakit.

“Ia juga atas faktor keselamatan dan demi memudahkan tugas jururawat. Jadi tidak perlulah jururawat menyingsing lengan baju sehingga mengganggu tugas yang memerlukan tindakan segera dan pantas,” katanya.

Berkenaan, Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) milik Naziah yang digantung, pihak hospital tiada kuasa berbuat demikian, sebaliknya ia hanya boleh dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun kami memutuskan untuk tidak memperbaharui sijil berkenaan, atas faktor keselamatan pesakit,” katanya.

Bagi Regina, Naziah seharusnya bersemuka dan berbincang dengan pengurusan hospital dan bukannya hanya berhubung melalui aplikasi WhatApps atau membuat aduan kepada PPIM.

“Tindakan Naziah hanya membunuh profesion jururawat itu sendiri. Beliau hanya memburukkan keadaan. Ini bukan isu perkauman atau agama. Kami hormati setiap kaum dan agama mereka,” katanya. Laporan Sinar Harian.

Khamis, 3 Disember 2015

Sabtu, 21 November 2015

MELAMPAU! SEORANG USTAZ PAS SERANG RUMAH ORANG!


Disahkan rumah ayah Ust Miqdad (Ketua Amanah Kwsn Marang/anak saudara Hadi) diserang di Rusila.  Ustaz akan buat repot di Balai Polis Marang.  Mohon semua hadir ke Balai Polis Marang pukul 1215 pagi ini 21.11.2015 tanda sokongan AMANAH kepada Ust Miqdad....Info daripada Ketua Pemuda Amanah Terengganu. Berlaku kecederaan kepada mangsa dan berlaku kerusakan harta benda Penyerang adalah anak kepada Zakaria Dagang Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu - Reformis CML via WhatsApp





Selasa, 17 November 2015

WALAUPUN INTIM, UMNO DAN PAS TAK AKAN NIKAH SECARA SAH!

Lim Guan Eng dalam satu program di Taman Templer telah mencadangkan supaya UMNO dan PAS menikah saja sementelah memang telah menjadi sekufu mengikut kata Tok Mufti MAZA.

Pernikahan dua sejoli yang sekufu memang digalakkan oleh Islam, yang mungkin Guan Eng juga maklum hasil keakraban beliau dengan Abang Mat Sabu.

Namun begitu amat mustahil perkahwinan dua sejoli ini akan menjadi kenyataan, paling tidak sebelum PRU 14.

UMNO pastinya tidak mahu ianya terjadi kerana wakil-wakil BN yang lain seperti MCA dan GERAKAN pasti membantah kecuali PAs menggugurkan agenda HUDUDnya. Sanggupkan PAS? Kalau begitu sama jugalah PAS berkawan dengan DAP!

Bakal-bakal calon UMNO di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS juga pastinya membantah kerana menutup periuk nasi mereka. Bukanlah disebabkan mereka yakin menang tetapi yang penting dana mencurah-curah masuk! Masyukkkkkk .....

Pastinya UMNO tidak mahu mengorbankan semua ini dengan menikahi PAS! Tetapi mereka akan terus membuaikan si dara yang perasan jelita itu supaya terus hanyut dengan impian sebuah pernikahan.

Yang penting bagi UMNO, PAS amat diperlukan bagi mencetuskan fenomena pertandingan tiga penjuru di semua kerusi DUN dan Parlimen, yang mana pastinya menguntungkan UMNO dan mungkin juga sekutu lainnya seperti MCA, GERAKAN dan MIC, jika PAS sanggup di perlembukan supaya meletakkan calonnya di kerusi-kerusi yang ditandingi DAP.

Kita boleh lihat contoh bagaimana pertandingan tiga penjuru hanya menguntungkan BN semata seperti kerusi Kota Damansara, Semenyih, Sungai Aceh dan Cameron Highland.

Bagi PAS pula, mereka juga sebenarnya tidak mahukan pernikahan yang tergesa-gesa ini, kerana jika berlaku pastinya menguntungkan AMANAH. Pastinya sekurang-kurang 50 peratus ahlinya, terutama yang 'harum manis' akan menyeberang titian termasuklah ADUN dan MP mereka!

Jadi kalau kita mengharapkan berlakunya 'Wedding of The Year' dalam waktu terdekat ini usah bermimpilah!

Isnin, 16 November 2015

SELEPAS DIUGUT SAMAN OLEH PAK MENTERI, NOW MELEPASKAN TEMBAKAN KEDUA!

BENARKAH WANG YaPEIM RM 290,000 DIGUNAKAN UNTUK PENGANJURAN KURSUS PERKAHWINAN DI PARIS YANG DIRASMIKAN OLEH DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM?

Saya terkilan dengan keengganan YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan sebaliknya masih meneruskan ugutan untuk menyaman saya.

Maka, disini saya tampil untuk pendedahan berikutnya mengenai bagaimana wang YaPEIM telah digunakan untuk penganjuran program di Paris, Perancis yang tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.

Berdasarkan bukti yang diterima oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), terdapat 2 buah program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pada hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.

Aktiviti pertama dibiayai menggunakan wang YaPEIM dikenali sebagai ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 20 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014 dengan jumlah kos RM 176,500.00.

Pembiayaan kedua pula dibuat atas nama ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 29 Disember 2014 sehingga 3 Januari 2015 dengan jumlah kos RM 113,500.00.

Kedua-dua program ini dikatakan hanya melibatkan 100 orang peserta iaitu terdiri rakyat Malaysia yang belajar atau menetap di Paris.

Manakala, jumlah keseluruhan wang YaPEIM yang telah diambil dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) untuk kedua-dua program ini adalah RM 290,000.00.

Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan,

1. Benarkah kedua-dua program ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom?

2. Apakah kewajaran menggunakan wang YaPEIM bagi penganjuran Kursus Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan di Paris dengan kos RM 290,000 yang berlangsung selama 14 hari atau 2 minggu di Paris, Perancis?

3. Mengapa dana YaPEIM digunakan untuk penganjuran kursus ini dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)?

4. Tidak adakah anak yatim atau miskin di Malaysia ini yang lebih layak dan memerlukan untuk dibantu oleh YaPEIM?

Jika Dato’ Seri Jamil Khir beranggapan penggunaan wang YaPEIM RM 290,000 untuk penganjuran program di Paris dan sebelum ini RM 590,000 di Amerika Syarikat tidak salah kerana mengikut prosedur, ini akan menimbulkan persoalan mengenai intergriti dan moral beliau yang membiarkan pembaziran ini berlaku sedangkan beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab.

Saya yakin lebih setengah juta rakyat Malaysia yang membuat potongan gaji tiap-tiap bulan untuk didermakan kepada YaPEIM adalah untuk tujuan amal jariah dan kebajikan, bukan dibelanjakan untuk penganjuran program-program di luar negara.

Nasihat saya kepada beliau selaku Menteri Hal Ehwal Islam, jawablah persoalan-persoalan ini dengan rakyat di luar sana dan bukan dengan saya di mahkamah.

16 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR

Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)
www.facebook.com/NOWMalaysia

UMNO MEROMPAK BERJEMAAH KATA ZAHARIN YASIN!


Bak kata Allahyarham AR Tompel dalam Keluarga 69... Ini kalimat baru! He he .... Apapun yang membuka pekung ni bukan ahli PKR atau DAP ataupun AMANAH... Tapi adalah ahli totok UMNO.SIAL BETUL MEREKA INI kata Zaharin.

Ahad, 15 November 2015

CATATAN PANJANG LEBAR DARI TUN M, TAPI PEMBANGKANG LAMA DAH RASAKAN BENDA NI!

1. Terdapat sebilangan besar wartawan menunggu untuk menemubual saya mengenai soal siasat oleh pihak polis yang Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri telah janjikan.

2. Saya kurang pasti bagaimana untuk mengendalikan wartawan-wartawan ini. Saya tahu polis adalah sebuah institusi profesional. Ia berfungsi untuk Kerajaan yang dipilih. Namun saya masih tidak cukup pasti mengapa polis, iaitu Kerajaan mahu menyoal saya. Adakah saya telah melakukan suatu jenayah atau adakah mereka mahu beberapa maklumat dari saya untuk mendakwa orang lain.

3. Saya pernah ditemu ramah oleh pihak polis dan Pejabat Peguam Negara sebelum ini. Mereka mahu jadikan saya saksi Kerajaan. Saya mendengar mereka dan membuat kesimpulan bahawa tidak ada kes bagi orang yang dituduh untuk menjawab. Jadi saya enggan menjadi saksi pendakwaan.

4. Kali ini ia bukan mengenai menjadikan saya sebagai saksi. Mereka mahu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan. Peguam-peguam saya menasihatkan saya supaya tidak menjawab kebanyakan soalan-soalan. Jadi saya tidak membuat demikian.

5. Mengimbas kembali kemudiannya, saya membuat kesimpulan bahawa mereka cuba menjadikan apa yang saya lakukan atau berucap di khalayak ramai sebelum ini sebagai sejenis salah laku, atau beberapa kesalahan jenayah. Walaupun mereka tidak mengatakan saya akan didakwa, tetapi terdapat tanda-tanda bahawa saya mungkin didakwa.

6. Saya memikir semula soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak polis dan saya tidak dapat melihat bagaimana apa yang saya lakukan atau berkata adalah bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

7. Saya menghadiri perhimpunan yang tidak dibenarkan oleh polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan itu. Jika saya telah melakukan sesuatu yang salah maka 50,000 orang pada perhimpunan itu juga melakukan sesuatu yang salah.

8. Untuk berlaku adil, undang-undang perlu dikenakan kepada semua orang sama rata. Untuk mempastikan saya seorang sahaja bagi kesalahan menghadiri perhimpunan haram itu adalah tidak adil. 
 
Ini sejenis penganiayaan. Melainkan jika Kerajaan ingin menjadi tidak adil, ia tidak boleh mengambil tindakan terhadap saya seorang sahaja.

9. Satu lagi soalan adalah mengenai permintaan saya untuk Najib berundur. Saya telah menggesa rakyat menggulingkan Najib. Saya telah pun suruh Tunku dan Abdullah Badawi meletak jawatan.

10. Saya tidak menyokong keganasan. Dalam demokrasi penggulingan seorang Perdana Menteri atau Kerajaan adalah satu perkara yang biasa. Baru-baru ini PM Australia digulingkan oleh partinya sendiri. 
 
PM Romania meletak jawatan kerana kelab malam terbakar dan beberapa orang meninggal dunia. Najib sendiri menggulingkan Abdullah yang merupakan seorang PM yang dipilih.

11. Menumbangkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan juga normal.

12. Oleh itu, apakah salahnya saya menghadiri demonstrasi untuk menuntut Najib digulingkan sebagai PM. Menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau pun tidak salah kecuali dalam pemerintahan diktator.

13. Apakah yang boleh dianggap salah adalah mengambil jalan keganasan, perang saudara atau revolusi. Tetapi Najib sedang cuba menjadikan permintaan untuk beliau meletakkan jawatan itu sebagai tidak demokratik dan melanggar undang-undang. Soalan-soalan oleh pihak polis seolah-olah membayangkan ini.

14. Saya sering merujuk kepada kehilangan wang oleh 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib. Saya secara terbuka mengisytiharkan bahawa saya tidak percaya 2.6 bilion Ringgit kepunyaan Najib adalah sumbangan dari Arab. Saya percaya ia adalah dari 1MDB. 
 
Najib tidak membuktikan ianya tidak wang 1MDB. Apabila anda mengambil sesuatu yang bukan hak anda, ianya adalah sejenis pencurian.

15. Semasa saya PM saya dituduh rasuah, kronisme, autokratik dan lain-lain. Saya tidak mengambil tindakan untuk menjadikan sebarang tuduhan terhadap saya satu jenayah. Saya percaya ia adalah perkara biasa bagi dakwaan sebegitu dibuat. 
 
Jika rakyat benar-benar percaya perkara-perkara itu mengenai saya mereka boleh membuang saya. Tetapi walaupun terdapat percubaan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, rakyat memberi saya sokongan kukuh pada lima pilihan raya. Mereka seolah-olah tidak mahu membuangkan saya. 
 
Walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh, saya mempunyai lebih banyak sokongan daripada dia. Saya menghidupkan semula UMNO dan ia memenangi sokongan dan pilihan raya selanjutnya.

16. Jika saya dikalahkan saya akan menerimanya. Itulah cara yang demokratik.

17. Dengan mengatakan bahawa Najib telah mencuri wang Kerajaan, ia hanya boleh menjadi fitnah jika beliau boleh membuktikan beliau tidak melakukannya. Setakat ini, beliau gagal memberi bukti yang meyakinkan bahawa 2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak datang dari 1MDB dan oleh itu tidak datang daripada Kerajaan. 
 
Beliau telah menghentikan siasatan ke atas 2.6 bilion pada akaunnya. Itu membuktikan bahawa dia takut siasatan mungkin membuktikan dakwaan terhadapnya mempunyai kepastian. 
 
Melantik orang lain untuk menggantikan pegawai asal adalah campur tangan dalam kerja-kerja penyiasat. Penggantian ini tidak mewujudkan kredibiliti.

18. Fitnah itu adalah suatu fitnah jika anda mengatakan sesuatu yang palsu mengenai seseorang. Buktikan bahawa apa yang saya katakan itu adalah palsu, kemudian dakwalah saya kerana memfitnah. Itu adalah caranya.

19. Pada pandangan saya dan mungkin saya salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau mengatakan segala perkara-perkara yang saya lakukan. 
 
Jika saya berhenti maka Najib akan bebas daripada pendedahan perkara-perkara yang salah yang telah beliau lakukan atau akan lakukan. Rakyat mungkin lupa selepas itu.

20. Mahkamah boleh memutuskan bahawa saya telah melakukan suatu jenayah bagi apa yang saya telah lakukan atau berkata. 
 
Tetapi sehingga saya disabitkan salah oleh mahkamah, saya akan terus mempercayai dan menyatakan bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang salah dan tidak demokratik.

21. Oleh itu, saya akan terus meminta Najib untuk meletakkan jawatan, tidak mempercayai beliau tentang bagaimana beliau mendapat 2.6 bilion Ringgit, mengkritik pinjaman yang diambil oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung olehnya.

22. Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara. Untuk menafi saya hak-hak ini adalah sesuatu yang tidak demokratik.

Sumber: http://chedet.cc/?p=1913