RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 17 Disember 2015

#SHUTDOWN JALAN DUTA BAKAL SAMBUT MALAM TAHUN BARU DI TOL JALAN DUTA!

#ShutdownJalanDuta bantah kenaikan kos sara hidup

KUALA LUMPUR: #ShutdownJalanDuta hasil gabungan NGO anak muda, reformis, mahasiswa dan pejuang rakyat berikrar menyambut tahun baru 2016 di perkarangan plaza Tol Jalan Duta bagi membantah kenaikan kos sara hidup dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa bertindak #ShutdownJalanDuta, Shazni Munir berkata pihaknya memilih Plaza Tol Jalan Duta sebagai bantahan langsung berhubung kenaikan tol yang akan berkuatkuasa awal tahun depan.

“Rakyat sudah tidak tahan dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan menggila dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Lebih menyedihkan apabila sebahagian besar pemilik dan pemegang saham utama syarikat-syarikat konsensi ini ialah kroni-kroni yang amat rapat dengan Barisan Nasional,” katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya bantahan tersebut dibuat bukan sahaja untuk kenaikan kadar tol tetapi melibatkan semua kenaikan kos sara hidup termasuklah perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), serta kenaikan kadar tambang pengangkutan awam yang mencecah lebih 100 peratus.

Sementara itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali che,Gubard berkata perhimpunan ini merupakan wahana terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan selepas bantahan mereka sebelum ini tidak dipandang.

Malah beliau menyeru seluruh rakyat negara ini untuk turut serta dalam bantahan tersebut yang akan berlangsung pada 31 Disember ini bermula jam 9 malam.

“Kita sambut tahun baharu dan berpesta rakyat di Plaza Tol Jalan Duta dengan mambawa pandangan dan suara rakyat,” katanya.

Link: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/16/anak-muda-ikrar-sambut-tahun-baru-di-tol-jalan-duta-bantah-kenaikan-kos-sara-hidup/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan