RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Ahad, 24 Jun 2012

BRIG JEN (B) HADI MULA JADI SASARAN PENCACAI UMNO

SEJAK BILA PULA WARGA TENTERA NI PANDAI MAIN SEPANDOK NI?

Sejak tercetusnya khabar-khabar yang menyatakan bahawa Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi bin Khatab akan dipertaruhkan oleh Pakatan Rakyat bagi merampas kerusi parlimen Setiawangsa puak-puak pencacai UMNO-BN tidak membuang masa terus memulakan langkah menyerang beliau.

Ketika melalui Jalan Gurney terlihat sepanduk telahpun terpasang di jejantas, "Kami Warga Tentera Menolak Pengkhianat dan Pembelot Seperti Brig Jen (B) Datuk Hadi"

Alahai....sejak bilalah pula anggota tentera ni pandai main dengan sepanduk-sepanduk politik ni......ataupun ni kerja puak-puak pencacai UMNO-BN yang menyamar jadi tentera...?

Khamis, 21 Jun 2012

BRIG. JEN. (B) DATUK ABD HADI CALON PR DI PARLIMEN SETIAWANGSA?

Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hadi, bakal calon PKR
Parlimen Setiawangsa?
Semakin dekat dengan PRU 13, semakin kencang gosip-gosip dan perkhabaran yang dibawa angin tentang siapakah calon-calon yang bakal dipertaruhkan sama ada oleh PR mahupun BN. Sudah pastilah setiap parti mahukan calon terbaik dan 'winnable' mewakili parti masing-masing.

Beberapa kawasan parlimen dan DUN kelihatannya seolah-olah sudah hampir pasti memuktamatkan calon masing-masing.

Salah sebuah kawasan parlimen yang masih belum kedengaran bakal calon yang akan dipertaruhkan pada PRU 13 nanti ialah Parlimen Setiawangsa. Sama ada PR mahupun BN masih belum menguar-uarkan calon masing-masing. Parlimen ini merupakan satu-satunya yang dimenangi oleh BN daripada sebelas kerusi parlimen Kuala Lumpur. Parlimen ini juga merupakan salah sebuah kawasan parlimen yang mempunya bilangan pengundi pos yang tertinggi iaitu lebih dari 11,000 pengundi, iaitu 8,323 orang tentera, 2,830 polis dan 49 orang pengundi luar negara. Jumlah keseluruhan pengundi berdaftarnya ialah 58,925.

Pada PRU 12 lalu, calon BN, Dato' Seri Zulhasnan Mohd Rafiqe memenangi kerusi tersebut dimana beliau memperolehi undi yang banyak dari peti-peti undi pos, berbanding calon PKR, Ibrahim Yaacob.

Sejak beberapa bulan yang lalu beberapa nama berlegar-legar di kalangan penyokong PR yang dikatakan akan dicalonkan oleh PR bagi mewakili parlimen tersebut iaitu bekas calon PRU 12 Ibrahim Yaacob, Pengerusi MPN WP, Dr. Idris dan terkini Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab.

Sekiranya benar Brig Jen Hadi dicalonkan, sudah pastilah akan membuka peluang kepada PR memberi saingan hebat kepada BN di kerusi yang mempunyai pengundi tentera yang begitu ramai. Pada malam ini (21 Jun 2012) Brig Jen Hadi akan berucap di majlis Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, di Tapak Pasar Malam, Air Panas, Setapak (dalam parlimen Setiawangsa) bersama-sama dengan DSAI. Apakah DSAI akan mengumumkan secara rasmi Brig Jen Hadi sebagai bakal calon Parlimen Setiawangsa bagi mewakili PR? Sama-samalah kita tunggu pada malam ini ....





Rabu, 13 Jun 2012

RAFIZI RAMLI AKAN TENTANG ONG TEE KIAT DI PANDAN?

Desas-desus semakin kencang bertiup bahawa tokoh muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Pandan bagi berdepan dengan bekas presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Kiat, yang juga merupakan penyandang jawatan bagi kerusi tersebut.

Ketika berlangsungnya ceramah 'Merdeka Rakyat' yang diadakan di Taman Seraya, Pandan malam tadi, beberapa orang penceramah telah beberapa kali memberi bayangan bahawa tokoh muda yang terkenal dengan pembongkaran kes 'lembu duduk kondo' sehingga membawa kepada pengunduran Shahrizat Jalil dari jawatan menteri, akan dicalonkan bagi kerusi tersebut. Bahkan Datuk Dr. Tan Kee Kwong secara terang-terangan mengumumkan bahawa Rafizi sah akan dicalonkan oleh Pakatan bagi merampas kerusi Pandan dari tangan Tee Keat. Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan dan laungan gembira dari ribuan hadirin yang memenuhi tapak pasar malam Taman Seraya.


Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan tokoh muda yang kian menyerlah dan terkenal di kalangan para penyokong pembangkang di negara ini.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu tetapi membesar di Kemaman dan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992, Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh, Pembahas Terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

Ketika di sekolah, Rafizi aktif dalam persatuan dan menjadi Presiden Badan Revolusi Agama, Presiden Pancaragam Tentera, Presiden Persatuan Bahasa Melayu, dan Ketua Pengarang The Malay College Magazine. Oleh kerana itu Rafizi Ramli dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan daripada ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.

Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.

Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di Leeds University , London (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ; Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Selepas tamat belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun dan diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003.
Selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan , beliau diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

Seterusnya Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant .Beliau menjadi Pengurus termuda semasa dilantik Petronas di Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007).

Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) dan menjadi Pengurus Kanan termuda semasa dilantik. Beliau dipertangungjawabkan menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia Petronas dengan aset melebihi RM30 bilion. Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) .Ketika ini beliau menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

Pada 2009 beliau pindah ke Pharmaniaga Berhad sebelum meletakkan jawatan dan menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sejak di MCKK beliau telah berminat dengan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau antara tokoh yang diminta bertanding dalam pilihan raya 2008 tetapi beliau menolak.

Debat Sinar: Rafizi vs Khairy 2012

Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isu PTPTN, pendidikan percuma, IPTA dan kelangsungan IPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Rumusannya, sudah sampai masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)

Pendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat

Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil. Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Jika gagal mempertahankan diri, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Isnin, 11 Jun 2012

KES BUKIT KEPONG: PENGADU MENGAKU FITNAH DAN MINTA MAAF KEPADA MAT SABU


"He is now my brother, saya mahu Mat Sabu dibebaskan."

Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan  beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

dipetik dari: Harakahdaily

SAH LEMAN RAJA LAWAK SERTAI PAS SEBAGAI AHLI SEUMUR HIDUP

Leman Raja Lawak akhirnya sah menjadi ahli seumur hidup PAS apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Yang Dipertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Padang Bola PPR Kampung Batu Muda sebentar tadi.

Leman yang diberi peluang berucap menegaskan bahawa akhirnya beliau dengan penuh yakin dan berani mengikuti langkah yang dirintis oleh 'sifu' nya, Bob Lokman, walaupun ada yang memandang sinis dan memberikan komen-komen negatif kononnya dengan menyertai politik pembangkang rezekinya akan disekat.

Walaubagaimanapun Leman dengan tegas menyatakan bahawa rezeki ditentukan oleh Allah dan bukannya oleh UMNO-BN. Oleh itu beliau dengan yakin memilih PAS sebagai wadah politik untuk beliau menyumbang kepada masyarakat.

Jumaat, 8 Jun 2012

Leman Raja Lawak akan serah borang PAS kepada Salahuddin Ayob di PPR Batu Muda, 10 Jun



Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim dari Kuala Nerang, Kedah akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam satu ceramah mega di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves pada Ahad 10 Jun ini.

Demikian disahkan Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Leman yang dihubungi beliau jam 4.25 petang ini, setuju untuk berbuat demikian pada program berkenaan. Beliau antara peserta Raja Lawak Musim Ke-5 yang diminati terutama pengundi wanita dalam rancangan anjuran Astro, yang kini "lawak" menjadi produk utama stesen tv berbayar tu. Leman adalah bekas peguam kerajaan.

Pada 10 Jun ini, PAS Batu menganjurkan Ceramah "Ubah BN! Tawan Putrajaya" bersama Salahuddin Ayob, Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba, Aishah Ariffin, Surianarayanan, Pyan Habib, seniman rakyat Nikbinjidan dan Leman Raja Lawak.


dari blog: SanggahToksago

Penyanyi Aishah, Dr Aziz Bari dan Leman Raja Lawak Gegar Taman Dato' Senu, 11 Jun 2012





Juara Lagu 1990, Aishah Ariffin bersama Leman Raja Lawak akan menggegarkan Padang Bola Taman Dato' Senu pada Isnin 11 Jun 2012 jam 9.30 malam. Ia adalah majlis penerangan PAS Kawasan Batu kepada rakyat berkenaan pelbagai isu politik tanahair. Aishah akan memberikan ceramah khas bersama Prof Dr Aziz Bari, Ishak Surin dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) Suria Narayanan. Moderator pada malam ini Bloggers Sanggahtoksago, Dato' Tarmizi Mohd Jam.

Orang ramai dijemput hadir, maklumkan kepada rakan taulan, jiran tetangga. Leman Raja Lawak akan mempersembahkan sketsa menarik, dan penyajak tersohor negara, Pyan Habib pastiknya mendeklamasikan sajak. Seorang lagi seniman rakyat, Nikjidan akan mendendangkan lagu-lagu rakyat untuk para hadirin. Ayuh kita lakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama.


Selasa, 5 Jun 2012

AYOH KITA BERHIMPUN DI STADIUM KAJANG PADA 9 JUN


Jangan lupa 9 Jun nanti, luangkan masa anda untuk sama-sama memenuhkan stadium Kajang dengan membawa semangat membara ABU!