RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Memaparkan catatan dengan label rasuah dan penyelewengan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rasuah dan penyelewengan. Papar semua catatan

Rabu, 23 Disember 2015

AWAL TAHUN BARU NANTI KITA PAKAT-PAKAT TAGIH JANJI WAHID OMAR


Hari tu, kira-kira dalam bulan Oktober, maka bermadahlah akan abang Wahid dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa arang yang terpalit ke wajah negara iaitu skandal 1MDB bakal diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh dua bulan, iaitu menjelang tahun baru.

Wahai Abang Wahid, tahun baru bakal menjelang kira-kira seminggu sahaja lagi, jalan-jalan penyelesaian 1MDB tak nampak bau dan bayang lagi!

Kalau tak terjadi sebagaimana yang kamu katakan maka dengan ini kamu adalah PEMBOHONG!


Isnin, 16 November 2015

UMNO MEROMPAK BERJEMAAH KATA ZAHARIN YASIN!


Bak kata Allahyarham AR Tompel dalam Keluarga 69... Ini kalimat baru! He he .... Apapun yang membuka pekung ni bukan ahli PKR atau DAP ataupun AMANAH... Tapi adalah ahli totok UMNO.SIAL BETUL MEREKA INI kata Zaharin.

Rabu, 28 Oktober 2015

KES PEMBALAKAN KELANTAN - MOHD AFIQ SERAHKAN 50 HELAIAN BUKTI KEPADA SPRM

Kenyataan media.
27 Oktober 2015
Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.
Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan
· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri
· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya
· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan
· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri
· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.
· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)
· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.
Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.
Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.
Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.
Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.
Sekian.
Mohd Afiq Bin Ayob

Isnin, 5 Ogos 2013

SIASAT JUGA PEGAWAI PERINGKAT TERTINGGI FELDA - RAFIZI RAMLI

Saya mengalu-alukan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga ke peringkat pendakwaan kes penyelewengan melibatkan satu unit anak syarikat FELDA. Pendakwaan yang dibuat pada hari ini adalah satu perkembangan baik yang perlu diteruskan oleh SPRM.

Walau bagaimana pun, siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola (good governance) dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda.

KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang-barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara melalui projek Gedung Makanan Negara yang diilhamkan dan dilancarkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Semasa pelancarannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek Gedung Makanan Negara akan melibatkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun.
Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan khusus mengenai tata kelola yang diamalkan oleh kerajaan:

1.      Bagaimanakah penilaian mengenai kesesuaian projek dibuat sebelum sesuatu keputusan pelaburan dan usahasama dengan swasta dibuat memandangkan beberapa skandal setakat ini (termasuk NFC dan sekarang KPFQ) membayangkan jika projek dinilai dengan objektif, projek atau usahasama ini mungkin tidak diluluskan;

2.      Apakah peranan wakil-wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan penyelewengan tidak berlaku, memandangkan di dalam kedua-dua kes NFC dan KPFQ penyelewengan berlarutan dalam satu tempoh yang panjang; dan

3.      Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat.

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka.

Apatah lagi apabila kes ini membabitkan usahasama dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Tabung Haji. Selain projek-projek yang melibatkan Gedung Makanan Negara dan KPFQ Sdn Bhd, SBGB mempunyai beberapa projek usahasama yang serupa dengan Tabung Haji.

Malah, pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan.Saya berharap siasatan SPRM telah pun mengambil kira semua perkara ini.

Buat masa ini, sebagai pimpinan yang bertanggungjawab mengilham dan melancarkan projek Gedung Makanan Negara yang membabitkan KPFQ Sdn Bhd ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu membuat kenyataan menjawab ketiga-tiga soalan yang saya nyatakan di atas mengenai longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama agensi kerajaan dengan pihak swasta.

Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini melibatkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini melibatkan kebajikan penternak miskin!
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
2 OGOS 2013