RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 6 Ogos 2013

ARAB SAUDI IKTIRAF SHIAH JAFARIYAH SEBAGAI SALAH SATU MAZHAB DALAM ISLAM?

Ketika heboh satu Malaysia akan kafirnya puak-puak Shiah sejak akhir-akhir ini, maka aku terkenang beberapa hal yang amat mengelirukan aku. Alim ulamak Malaysia menyatakan dengan beraninya bahawa aliran Shiah itu sesat, malah ada yang begitu sadis sehingga ke tahap mengkafirkan mereka.

Aku teringat beberapa hal.....dalam permohonan visa haji atau umrah kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya Qadiyani saja yang dilarang mengerjakan umrah atau haji, iaitu secara tak langsung mengiktiraf Shia (sama ada Jafariyah, Zaidiyah dan sebagainya) sebagai satu cabang dari Islam dan dibenarkan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Beberapa tahun lalu juga ketika aku mengerjakan haji, kerajaan Arab Saudi mengedarkan borang soal selidik mengenai perkhidmatan haji. Antara perkara yang diminta maklum balas ialah apakah mazhab responden yang terlibat, dan diberi pilihan jawapannya untuk diisi iaitu:   A. Shafie  B. Hanafi  C. Maliki D. Hanbali  E. Jafariyah (Shiah)

Dan kerajaan Arab Saudi juga menyantuni dan melayani akan kelainan atau perbedaan mazhab dalam menjalani ibadah haji. Kerajaan Arab Saudi terpaksa menyediakan bas-bas yang tidak berbumbung kerana mengikut mazhab Jafariyah ketika berihram diharamkan menaiki kenderaan berbumbung. Apakah kerajaan Arab Saudi melayani kerenah puak-puak yang dikatakan "sesat dan kafir" ini?

Dan yang terpenting sekali, pengikut mazhab-mazhab dalam aliran Shiah tidak dilarang sama sekali daripada memasuki Tanah Haram Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah. Apakah kerajaan Arab Saudi begitu lemah dah jahil kerana membenarkan pengikut ajaran "sesat dan kafir" mengerjakan haji? Ahhhhhhhhh....makin buntu aku memikirkannya......

Dan bagaimana pula Malaysia yang saban tahun menjemput Qari dari Negara yang bermazhabkan aliran "sesat dan kafir" iaitu Iran dan Azerbaijan ke Majlis Tilawah Al-Quran! Dan tercatat dalam sejarah, Qari Shiah dari Iran telah beberapa kali menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Kalau mereka kafir bagaimana mereka dijemput? Ahhhhhhhhh.....malas aku nak pikir....LU PIKIR LA SENDIRI...!

3 ulasan:

  1. sila baca Amman Message. adakah 220 ilmuan Islam diseluruh dunia tersilap apabila mengiktiraf syia jafari sbg salah satu mazhab yg boleh dianuti? baca juga fatwa2 syeikh2 al azhar dulu yg mengiktiraf. ilmu kamu lebih tinggi dr mrk?
    firman Allah swt - jgnlah kebencian kamu terhdp sesuatu kaum membuat kamu berlaku zalim thdp mrk.
    jgnlah ambil fatwa mufti Israel dan nato Qardhawi yg ditaja oleh Qatar dan arab Saudi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini adalah salah seorang Shiah Malaysia, jaga jaga !!!!

      Padam