RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 21 Mac 2012

KENAPA PERLU DILAYAN HASAN ALI?

Kelihatannya seolah-olah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Rani begitu menunggu-nunggu peluang untuk membelasah mantan ahli PAS yang terbuang, Dr. Hasan Ali ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Selangor sekarang. Mungkin dia memikirkan inilah sebaik-baik peluang bagi wakil-wakil rakyat PR tertamanya PAS untuk menjawab segala tohmahan Hasan Ali selama ini terhadap PAS serta dakwaan-dakwaan murtad tanpa bukti yang menjadi modal air liur beliau berceramah di serata pelosok negara.

Sedarkah mereka bahawa Hasan Ali bukannya berminat untuk menyelesaikan masalah tersebut (masalah murtad) tetapi digunakan untuk merosakkan imej PAS serta mengganggu-gugat kerajaan PR Selangor semata-mata. Bagi beliau bukti-bukti dan hujah-hujah bernas tidak perlu dibawa untuk menyokong segala dakwaan dan tohmahan yang dihamburkan selama ini. Isu ini hanya beliau gunakan untuk menghalalkan segala tindak-tanduknya sahaja. Jadi perlu apa PAS melayan beliau di DUN Selangor. Pasti Hasan Ali akan menggunakan kepetahan pidato beliau untuk membelasah kembali wakil-wakil rakyat yang membangkitkan isu tersebut. Beliau tidak akan menjawab pertanyaan sebaliknya akan menggunakan kesempatan tersebut untuk membelasah balik orang yang bertanya. Kita harus sedar, beliau kini tidak perlu menjawab dan rasional dalam ucapannya. Fakta tidak lagi penting bagi beliau!

Alangkah baiknya kalau dibiarkan saja Hasan Ali, yang kini hanya sekadar ADUN Bebas, perlu apa cari gaduh dengan beliau. Biarkan saja Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya. Banyak isu-isu lain yang lebih berfaedah untuk rakyat yang perlu dibahaskan!

1 ulasan:

  1. Ada perkara tidak perlu dijawab, tapi ada juga perkara yg mesti dijawab sbb orang ini sudah mula membawa kerosakan apabila ramai yg percaya cakap2nya di luar. Sekurang2nya biarlah rakyat tahu bahawa banyak dusta dan pembohongan yang sudah dilaungkannya. Biar rakyat tahu bahawa Allah tidak menentukan seseorang yg memiliki PhD baru dpt membuat penilaian yg tepat, kerana penilaian dengan hati nurani yg disinari cahaya iman itu lah yg benar-benar dapat membezakan yg buruk dan yg baik, wallahua'lam.

    BalasPadam