RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 2 Mac 2012

SYABAS DATO' IR. AMIRUDDIN TIDAK IKUT TELUNJUK PHAHROLRAZI YANG SEMAKIN BONGKAK!

Syabas diucapkan kepada Dato' Ir. Amiruudin Hamzah kerana bertindak membelakangi ketuanya di Kuala Kedah, demi mempertahankan ketua yang lebih besar di peringkat negeri. Amiruddin telah menerima perlantikan sebagai ahli EXCO negeri Kedah, bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh PAS Kuala Kedah yang melarang kesemua ADUNnya menerima tawaran dilantik sebagai EXCO.

Diberitakan Yang Dipertua PAS Kuala Kedah, Dato' Ir. Phahrolrazi telah memberi kata-dua kepada Ir. Amiruddin sama ada melepaskan jawatan EXCO atau tidak boleh terlibat sama sekali dengan PAS Kuala Kedah.

Kemelut antara Phahrolrazi dengan MB Kedah yang pada mulanya kelihatan sebagai hanya perbezaan pendapat dan pendekatan di antara kedua-dua pemimpin kanan PAS Kedah kini semakin terserlah kebusukannya. PAS Kawasan telah diheret sama dalam menunjukkan kekuatan ketuanya. Kita amat sangsi dengan tindakan Phahrolrazi yang diberi kepercayaan sebagai timbalan kepada Ustaz Azizan dalam menerajui kepimpinan PAS Kedah. Kalau sekadar beliau mengundur diri sebagai EXCO kerana dikatakan berbeza pendapat dengan Ustaz Azizan kita amat menghormati pendirian beliau. Namun apabila beliau kelihatannya bertindak melebihi batas dengan 'mengancam' Ir. Amiruddin pula supaya melepaskan jawatan tentulah tindakan ini sudah keterlaluan dan kalau bahasa kasarnya adalah 'kurang ajar' kepada ketuanya, iaitu MB dan juga Peseruhjaya PAS Negeri.

Phahrol! bagaimana anda ingin supaya timbalan anda di Kuala Kedah supaya menyokong pendirian anda sedangkan anda sendiri tidak menyokong ketua anda di peringkat negeri? Sedarkah anda dengan bertindak seperti ini ada kemungkinan anda bakal meruntuhkan Kerajaan PR Negeri Kedah? Bayangkan kalau ingin menyokong anda, pemimpin PAS Kuala Kedah dikehendaki tidak menyokong MB (dengan tidak menerima jawatan EXCO), tidakkah ada kemungkinan kerajaan Kedah bakal tumbang apabila UMNO-BN pula mula masuk daun!

Aduhai Phahrol! anda sebagai golongan terpelajar dan profesional tidakkah dapat menilai dimana keutamaan tindakan anda ketika ini? Perlukah demi memuaskan ego anda, orang lainpun diheret sama? Demi memuaskan ego anda, sanggup melihat sebuah kerajaan rakyat bakal runtuh?

Kepada Ir. Amiruddin, syabas! Tindakan Dato' adalah tepat! Menghormati dan menyokong MB merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri adalah lebih aula berbanding menyokong ketua anda di Kuala Kedah, yang kelihatannya sudah mulai riak dan ego!

5 ulasan:

  1. Ingatkan dia undur diri dari esco dgn sukarela la sbb dah tak sehaluan dgn ketuanya ie MB Ustaz Azizan dan demi menjaga kepimpinan PAS. Tapi rupanya, mempunyai hati yang BUSUK. Menikam dari belakang ketuanya dan menghasut orang lain supaya tidak menyokong MB Azizan. Lepas tu dgn egonya MENGUGUT esco lain yang dipilih dan menyokong ustaz Azizan.

    Inikah rupa bentuk pemimpin PAS yang hendak ditonjolkan???? Amat JELEK perbuatan Phahrolrazi ini di mata rakyat.

    Ugutan beliau bukan sahaja utk esco tersebut malah secara tidak langsung dari kata2 beliau seolah2 jika wakil PAS yg di ugut itu dicalonkan semasa PRU-13 nanti, pasti akan diboikot mereka? Maka secara tidak langsung memboikot PAS.

    Tidakkah BODOH tindakan Phahrolrazi ini dimata rakyat????

    BalasPadam
  2. Pemimpin gila kuasa tu......
    Tak sabaq nak jadi MB.

    Tapi kalau macam ni la perangai orang yang nak jadi MB, mampos aku tak sokong dah.

    Ego dgn kuasa dan tak pandai hormat ketua. Bila pendapat tak di terima ketua, langsung berdendam dan terus nak jatuhkan ketua.
    Macam ni ka sifat pemimpin islam????

    BalasPadam
  3. Ingat PAS..
    Lain kali JANGAN sesekali lantik pemimpin yg suka mengugut orang & tak hormat ketua.

    Kalau tidak...BUNGKUS masa PRU-13 nanti.

    AMARAN DARI RAKYAT BAWAHAN

    BalasPadam
  4. Jenuh sampai tak dak suara kami pekik utk menangkan hampa masa PRU-12 lalu, bila dah angkat jadi pemimpin, hampa berebut kuasa pulak. Tikam menikam sesama hampa. Buruk memburuk sesama hampa. Jadi pemimpin dah tak pandai hormat pemimpin atasan. Dah tak suka jadi exco letak jawatan saja lah . Buat apa bising-bising. Dah tak boleh kerja dengan YB Azizan, berhenti lah! Duduk senyap-senyap. Jangan buat kacau boleh tak?

    Apa ni hahhhhhh...!!!!
    Dah gila kuasa ka???
    Haprak punya pemimpin...!!!

    BalasPadam
  5. Pecat saja Pahrol dan pengikutnya.

    BalasPadam