RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Sabtu, 16 Januari 2016

BILA PEMUJA UMNO MEMUJI PAS, ADA SESUATU YANG TIDAK KENA!

Seorang penganalisis politik yang selama ini begitu pro-UMNO, Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari USM, berkata PAS akan menjadi parti yang paling kuat berbanding parti-parti lain termasuk UMNO, jika ia kekal solo, tidak bergabung dengan PH mahupun UMNO.

Andaian beliau bersandarkan kepada keupayaan PAS yang kononnya pernah menawan Perak, Kedah, Terengganu dan kekal memerintah Kelantan.

Malahan beliau begitu optimis para penyokong UMNO yang keciwa dengan parti mereka akan beralih arah menyokong PAS jika parti ini kekal bersendirian.

Namun apa yang sengaja dilupakan oleh Prof Atory, senario politik ketika kemenangan besar BA, dan selepas itu PR adalah disebabkan beberapa perkara yang berlaku seperti seruan reformasi dengan ikonnya Anwar Ibrahim, dan tsunami politik serta slogan ABU (Asal Bukan UMNO, Anything But UMNO).

Ketika itu, terutamanya masyarakat Cina dan Indian dengan slogan Makkal Sakhti beralih menyokong pembangkang,  tidak kira parti manapun asalkan bukan dari BN.

Keadaan inilah yang menyebabkan parti-parti pembangkang termasuk PAS meraih labanya.

Cuba kita renung kembali sejarah, ketika PAS bersendirian mereka hanya berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu buat seketika sebelum dikalahkan oleh BN.  PAS hanya berupaya bangkit semula bila bergabung dengan Semangat 46.

Kemenangan besar yang diraih PAS, terutama di pantai barat bukanlah atas kekuatan mereka semata-mata. Hal ini kita tidak perlu ulaspun semua orang tahu, kecuali Prof Atory yang sengaja buat-buat terlepas pandang!

Kita sendiri tidak tahu apa motif beliau sengaja mengutarakan analisis dangkal ini? Samada untuk membuaikan PAS supaya mereka syok sendiri, atau supaya PAS kekal bersendirian untuk melemahkan pakatan pembangkang dan menguntungkan UMNO-BN!

1 ulasan: