RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Isnin, 14 Disember 2015

NAMPAKNYA GAYUNG TELAH BERSAMBUT, MACAM NAK JADI JER PAS DENGAN UMNO NI

Salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terus mendapat perhatian dan ulasan dari pentadbiran PAS dan kali ini giliran Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula mengeluarkan kenyataan.  Beliau jelas berlapang dada dan bersyukur, akhirnya pemimpin tertinggi UMNO berani menghulurkan tali silaturahim kepada mereka demi kesejahteraan ummah dan kesepaduan umat Islam dan Melayu hari ini. 

Ujar beliau, jika UMNO untung, PAS rugi. Jika PAS untung, UMNO rugi. Tapi jika Islam untung, PAS dan UMNO tidak akan rugi.  Ujar beliau, ada pihak yang menuduh UMNO akan mengambil keuntungan daripada kerjasama dengan PAS tetapi pada beliau UMNO akan tetap mengaut keuntungan tanpa PAS kerana melaksanakan syariat Islam. Beliau juga menegaskan, PAS tidak akan rugi apabila Islam semakin kukuh di Malaysia. Nik Mohamad Abduh seterusnya berkata, Islam bukan pada kata-kata dan janji tetapi keikhlasan, kesungguhan dan keberanian.  

Justeru, katanya, UMNO dan PAS terikat dan tergadai pada ketiga-tiga itu dan bakal menjalani hukuman Allah S.W.T jika tidak melaksanakannya. Sehubungan itu, kata beliau, PAS akan membantu UMNO jika itu yang ditawarkan oleh UMNO atas dasar syariat Islam. Menurutnya, PAS kekal membantu UMNO untuk melaksanakan Islam di negara ini.  

Beliau mengulas atas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menjelaskan parti itu bersedia bekerjasama dengan PAS demi agama Islam dan kaum Melayu. Tawaran kerjasama itu disambut baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menegaskan kepentingan Islam menjadi agenda utama parti berkenaan sejak ditubuhkan.  

Namun, kata Abdul Hadi, PAS masih perlu meneruskan kerjasama dengan PKR berdasarkan keputusan yang dibuat majlis syura parti itu sebelum ini. Pada masa yang sama, sebarang keputusan berhubung masa depan parti berkenaan bergantung kepada Majlis Syura dan sebarang keputusan dari majlis berkenaan pastinya akan diikut oleh PAS secara total tanpa ada sebarang dakwa dakwi lagi. 

Mengulas tentang perkara berkenaan, Nik Abduh dilaporkan berkata, ia sememangnya amalan PAS sejak dari dahulu dan berhubung perkara ini, beliau tidak nampak dimana salahnya PAS dan UMNO kembali bergabung. Ini kerana, PAS dilahirkan dari dalam UMNO dan pernah bergabung dengan UMNO satu ketika dahulu.  

Apa yang beliau harapkan, kesatuan ummah dan penyatuan semua umat Islam demi memastikan Malaysia kekal diperintah oleh umat Islam berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam. Namun begiitu, beliau enggan mengesahkan PAS menerima sepenuhnya perlawaan ini. Semuanya masih tertakluk kepada Majlis Syura PAS dan pentadbiran tertinggi PAS. ~ sumber 

2 ulasan:

  1. Fening walaon2 dibuatnya.
    Banyak sangat kena kencing.

    BalasPadam
  2. Terlajak cerdik bertingkat-tingkat kepimpinan PAS dan para walaun. Seronok digula-gulakan sampai lupa sejarah.

    BalasPadam