RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Isnin, 30 Julai 2012

PENYOKONG PR PATUT BOIKOT SAMBUTAN HARI MERDEKA ANJURAN BN

Rais Yatim - Tokoh Propaganda yang terbilang!
Setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak akhirnya pencipta lagu khas sambutan hari Merdeka, Rais Yatim mengumumkan bahawa logo Hari Merdeka telah digantikan dengan Logo 1Malaysia. Macam tikus baiki labu je tindakan yang diumumkan oleh Pencipta Lagu tersebut, sedangkan logo Janji Ditepatipun orang meluat dan menyampah, inikan pulak logo 1Malaysia yang terang-terang merupakan logo propaganda UMNO-BN!

Memang beginilah natijahnya kalau kerja-kerja sebegini diserahkan kepada kaki bodek dan ampu. Tapi kasihan kepada pencipta lagu tersebut, beliau merasakan bahawa rakyat Malaysia masih berfikiran seperti tahun 50an dulu dimana setiap propaganda pemerintah ditelan dan dihadam oleh segenap lapisan rakyat tanpa banyak soal. Hoi Rais! ni zaman internetlah, rentikanlah kerja-kerja propaganda picisan kamu tu.

Kepada para penyokong PR langkah terbaik yang perlu kita lakukan adalah kita boikot saja sebarang sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh UMNO-BN kerana, apa yang tersirat dan tersurat mereka gunakan sambutan tersebut sebagai medan propaganda untuk meraih undi pilihanraya!

1 ulasan:

  1. TERBAEEK BRO..KITA BOIKOTTT..IANYAA PAAASSTIII,BOYKOOT.pun begitu kena ucapkan timakase pd si raisyatim tu kerna bijaknya dia naikan kebencian rakyat pd umno/bn tahap gaban...umno silap pilih kaki bodek jd mentri,nmpk sume mntri pendek akal(bodo).ini komen ikhlas.

    BalasPadam