RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Ahad, 8 November 2015

ALLAH ADALAH SAKSI MAHA AGUNG - HUSAM

"Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya. Allah adalah saksi yang Maha Agung!" tegas Datuk Husam Musa apabila ada pihak yang mempertikaikan pendedahan beliau berkaitan pengakuan Presiden PAS bahawa beliau pernah mengusahakan penubuhan kerajaan Selangor dengan penglibatan UMNO ketika memuncaknya krisis MB Selangor dengan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Maka apabila Husam mendedahkan perkara tersebut maka dengan penuh bersemangat dijawab oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad dan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim. Jawapan mereka bernada yang sama, tiada keperluan untuk menubuhkan kerajaan dengan UMNO di Selangor!

Ini bukan soal keperluan atau tidak! Ini persoalan benar atau tidak Tok Guru Haji Haji pernah cuba mengkhianati Pakatan Rakyat ketika krisis MB Selangor itu? Jawab "Ya" atau "Tidak" saja kata Husam.

Memang semua orang tahu tiada keperluan mengheret UMNO masuk untuk menubuhkan kerajaan di Selangor ketika itu, tetapi rakyat ingin tahu samada Haji Hadi pernah terlibat atau tidak dalam sandiwara tersebut?

Jawablah dengan jujur kerana Allah!

Ini adalah keratan catatan Datuk Husam:

Sebagai seorang muslim yang wara' dan alim, semua pimpinan Pas tahu bahawa berbohong adalah amat ditegah oleh Islam.

Fakta bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan.

Antara 'ya' dan 'tidak' sahaja yang diperlukan. Adakah 'ya' atau 'tidak' Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?

Saya tahu, pendedahan ini akan mengundang risiko kepada saya.

Saya sanggup menerima semua risiko berdasarkan:

- Apa yang saya sebutkan adalah benar.
- Saya mahu sandiwara yang telah menghancurkan parti selama ini dihentikan.
- Saya ingin melaksanakan kewajipan saya memaklumkan kepada ahli dan masyarakat umum sandiwara belakang tabir yang telah berjalan sekian lama.

Sehubungan itu, siaran di laman web rasmi Pas dengan tajuk 'Jawapan Fitnah Terhadap Presiden PAS' - saya harap dapat ditarik balik serta merta.

Saya tegaskan di sini, saya tidak memfitnah sesiapa.

Kenyataan saya adalah benar dan saya bertanggungjawab dunia akhirat.

Saya sanggup mempertahankan kenyataan saya. Allah adalah saksi Maha Agung.


HUSAM MUSA
25 Muharram 1437
7 November 2015 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan