RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Memaparkan catatan dengan label berita gembira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita gembira. Papar semua catatan

Rabu, 3 Februari 2016

ZAID IBRAHIM FAILKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP PEGUAM NEGARA

KENYATAAN AKHBAR OLEH DATUK ZAID IBRAHIM

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA UNTUK TIDAK MENDAKWA NAJIB

Pada Selasa, 2 Februari 2016 saya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk relief, melalui semakan kehakiman, ke atas perkara-perkara berikut:
  1. Keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah peruntukan Kanun Keseksaan yang sepatutnya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009); dan 
  2. Keputusan Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup fail penyiasatan mereka ke atas kesalahan-kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. 
Alasan substantif bagi permohonan saya adalah: Keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara adalah tidak munasabah dan merupakan pelaksanaan budi bicara yang tidak berpatutan. Peruntukan yang diberikan oleh Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab ke atas Peguam Negara untuk melaksanakan budi bicaranya dengan pertimbangan yang sewajarnya, dengan munasabah demi kepentingan rakyat dan dengan pertimbangan keadilan.

Saya juga berpuas hati — berdasarkan laporan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SPRM and agensi-agensi lain yang menyiasat keadaan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International — bahawa terdapat keterangan dan bukti yang kuat tentang kemungkinan adanya salahlaku dari pihak Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, yang berkemungkinan juga melibatkan Pecah Amanah Jenayah dan lain-lain kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. 

Berdasarkan keadaan ini, saya memohon pelepasan dari pihak Mahkamah untuk mendengar permohonan saya untuk menyemak semula kedua-dua keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan arahan kepada SPRM untuk menutup fail penyiasatan mereka. 

Sekiranya Mahkamah bersetuju untuk memberikan relief yang saya mohon, maka saya meminta Mahkamah untuk melakukan 3 perkara:
  1. Mengeluarkan Perintah yang bersifat Certiorari untuk mengenepikan keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Najib Razak dan arahan yang diberikan kepada SPRM untuk menutup penyiasatan mereka. 
  2. Membuat Perintah selanjutnya yang bersifat Mandamus untuk mengarahkan Peguam Negara menggunakan budi bicaranya di bawah Artikel 145(3) untuk mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Dato’ Sri Najib Razak. 
  3. Mengisytiharkan bahawa keputusan Peguam Negara mengarah SPRM untuk menutup penyiasatan mereka adalah ultra vires kepada bidang kuasanya di bawah Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan. 
Saya terpaksa memulakan prosiding ini kerana saya terus-terang merasai khuatir tentang akibat teruk yang mungkin melanda kedaulatan undang-undang di negara ini sekiranya keputusan yang dilakukan oleh seorang individu tidak boleh dipertikaikan, tidak mengira fakta dan keadaan bagi sesuatu kes.

Sepanjang yang telah dinasihatkan kepada saya, konsep “budi bicara mutlak” tidak wujud di dalam undang-undang. Tanggapan budi bicara yang tidak terbatas ini adalah pada asasnya bertentangan dengan kedaulatan undang-undang, dan berdasarkan sebab inilah saya terpaksa bertindak.

Zaid Ibrahim
Kuala Lumpur
2 Feb 2016

Isnin, 22 April 2013

TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN, SELAIN KHABAR PERTINDIHAN KERUSI PR TELAH DISELESAIKAN!

Mogok politik aku tamatkan hari ini bila saja mendapat khabar sahih bahawa masalah pertindihan kerusi antara komponen PR telah diselesaikan. PKR serah kerusi DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera (semuanya di Terengganu) kepada PAS, sementara PAS pula menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Acheh Pulau Pinang dan DUN Panti Johor kepada PKR, sementara kerusi Kota Damansara sedang dirundingkan oleh Timbalan Presiden PAS Abang Mat Sabu dengan calon PSM yang memakai logo PKR Dr. Nasir Hashim.

Walaupun terlambat, namun penyelesaian menang-menang telah diperolehi, kini tumpukanlah usaha dan tenaga untuk menumbangkan BN. Bagi PSM pula, sekiranya anda jujur untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlulah menarik diri di kerusi-kerusi Semenyih, Cameron Highland dan Jelapang.

Sebenarnya aku telahpun melancarkan mogok politik mulai semalam akibat kecewa yang amat sangat bila masalah pertindihan kerusi tidak diselesaikan. Aku yang mulanya berasa amat gembira bila mengetahui calon-calon DAP telah berjaya mencalonkan diri di bawah logo Roket, tiba-tiba mendapat berita berlakunya pertindihan kerusi sesama komponen PR di tujuh kerusi Semenanjung! Sedangkan jangkaan awal kemungkinan berlaku pertindihan kerusi di Sabah dan Sarawak sebagaimana biasa!

Apapun yang berlaku diharap kesemua para pendokong PR rapatkan saf perjuangan, bersatu hati dan tenaga, kita humbankan UMNO-BN ke dalam tong sampah sejarah!

Selasa, 29 Januari 2013

SELAMAT JALAN NASHA ...


Selamat jalan diucapkan kepada mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pergilah kamu ke dakapan UMNO, kerana memang anda dari spesis yang sama, maka sudah sewajarnya anda kembali ke habitat anda demi survival anda.

Pergi anda tidak akan kami tangisi, ibarat orang tua yang telah lama sakit tua dan terlantar, sudah pasti kematiannya sudah dijangkakan.

Sedu sedan menagih simpati dari anda juga pasti tidak memberi bekas kepada kami kerana sesungguhnya memang kami sudah lama berharap anda dinyahkan! 

Semoga anda bersemadi dengan aman dipusara UMNO.

Isnin, 11 Jun 2012

SAH LEMAN RAJA LAWAK SERTAI PAS SEBAGAI AHLI SEUMUR HIDUP

Leman Raja Lawak akhirnya sah menjadi ahli seumur hidup PAS apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Yang Dipertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Padang Bola PPR Kampung Batu Muda sebentar tadi.

Leman yang diberi peluang berucap menegaskan bahawa akhirnya beliau dengan penuh yakin dan berani mengikuti langkah yang dirintis oleh 'sifu' nya, Bob Lokman, walaupun ada yang memandang sinis dan memberikan komen-komen negatif kononnya dengan menyertai politik pembangkang rezekinya akan disekat.

Walaubagaimanapun Leman dengan tegas menyatakan bahawa rezeki ditentukan oleh Allah dan bukannya oleh UMNO-BN. Oleh itu beliau dengan yakin memilih PAS sebagai wadah politik untuk beliau menyumbang kepada masyarakat.

Khamis, 2 Februari 2012

SAYA AKAN MASUK BILA ROH DAN JASAD SAYA BERSATU KE DALAM PAS - CATRIONA ROSS

Seorang lagi selebriti dijangka akan bersama-sama dengan PAS dan kali ini ialah artis Catriona Norhayati Rose Bahrain Ross ataupun lebih dikenali sebagai Catriona Ross atau Cat.

Menurut beliau, ke mana-mana beliau pergi beliau sering ditanya sama ada beliau telah menjadi ahli PAS berikutan dengan perubahan keterampilan dirinya yang menonjolkan imej Islamik.

"Saya tidak kisah untuk menjawabnya, saya akan masuk bila roh dan jasad saya bersatu ke dalam PAS. Saya akan masuk PAS apabila saya yakin untuk menyumbang sesuatu kepada parti, saya tak nak sekadar isi borang kemudian tak buat apa-apa, itu tak guna juga," tegas pelakon jelita ini dalam satu majlis forum bersama dengan seorang lagi selebriti yang kini telah menjadi ahli PAS, Bob Lokman.

Kenyataan beliau itu lantas disambut Bob Lokman, "Saya sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar serta seluruh ahli PAS yang hadir pada hari ini menjemput Catriona Ross untuk masuk PAS."

"Insya Allah, insya Allah," balas Cat.

Mudah-mudahan hasrat Catriona Ross akan menjadi kenyataan dan beliau tidak diganggu dan difitnah lagi.


Jumaat, 13 Januari 2012

SULTAN PERKENAN HASAN ALI DIGUGURKAN SEBAGAI EXCO

Akhirnya Dr. Hasan Ali digugurkan sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda pagi tadi.

Menurut Tan Sri Khalid, baginda Sultan telah bersetuju dengan pendapat beliau bahawa memandangkan Hasan Ali tidak lagi mewakili PAS maka beliau tidak boleh lagi menjadi ahli EXCO dan baginda turut menurunkan kuasa kepada beliau untuk melantik ahli EXCO yang baru.

Menurut Khalid lagi, beliau akan menghubungi PAS Pusat bagi bagi membincangkan perlantikan ahli EXCO yang baru bagi mengisi kuota PAS, dan majlis perlantikannya akan disempurnakan Rabu depan di Istana Kayangan.

Ekoran pengguguran tersebut maka hak keistimewaan Hasan Ali sebagai ahli EXCO turut digugurkan, tambah Khalid.

Alangkah baiknya kalau Hasan Ali menunjukkan jiwa besarnya dengan secara sukarela melepaskan jawatan tersebut dan bukannya dengan cara digugurkan begini. Saya sebagai salah seorang dari BEKAS PENGAGUM Hasan Ali juga turut merasa terkilan dengan PERANGAI BURUK yang ditunjukkan oleh pakar motivasi ini.

Semoga dengan berakhirnya kemelut yang sengaja direka ini, Tan Sri Khalid akan dapat menumpukan segala usaha dan tenaga bagi mentadbir Negeri Selangor tanpa sebarang gangguan lagi, dan dapat pula mengetuai PR Selangor memertahankan Negeri Selangor dalam PRU 13.

Ahad, 1 Januari 2012

SAYA KINI SUDAH HAMPIR SERTAI DAP - ASPAN ALIAS


Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP? Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapan pendek saya senang sahaja: Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP
Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP ini dimomokkan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh UMNO.
Ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat diperdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasannya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikkan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

Menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

 
Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika dikeluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikkan transparency, beretika dan tidak rasuah.

Adilkah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah lama ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.
- Aspan Alias
Dipetik daripada entri ruangan komen Blog Aspan Alias: Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat

Khamis, 15 Disember 2011

UTUSAN KENA LAGI .... TAK LAMA LAGI BANGKRAP LA TU!



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta mendapati
dia tidak antiMelayu atau antiIslam tetapi itu adalah niat buruk Utusan.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, "Jika menang, apa-apa wang yang diterima akan kami dermakan kepaada program membasmi kemiskinan.”

Lim Guan Eng pada 6 Januri lalu mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.

Lim memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember lalu yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.

Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng'.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘antiMelayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu.

Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.

Kehadiran Lim hari itu diiringi peguam yang juga ADUN Dato Keramat, Jagdeep Singh Deo dan juga beberapa ahli EXCO dan ADUN yang lain.

Mengenai jumlah pampasan yang dituntut, Lim berkata beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada mahkamah untuk menentukkannya.


Berita Lengkapnya:

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab” dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

"Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,” kata Lim.

"Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP.”

sumber...malaysiaKini