RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seni. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Mac 2013

MALAM SENI UNTUK PERUBAHAN DI KSS 16 MAC DEPAN!


JANGAN LUPA MALAM MINGGU DEPAN DI KSS ... HIMPUNAN TERBESAR ANAK-ANAK SENI DALAM PAKATAN! AYOH SEMUA.....!!!!!

Rabu, 27 Februari 2013

AKU DAH MULA BOIKOT SINAR FM SEBAB "DJ DARI LONGKANG"!


Mulai pagi ini, aku dah mula boikot dari mendengar siaran dari SINAR FM. Masuk jer kereta, aku cepat-cepat menukar siaran radio, mula-mula dengar HOT FM, tapi bila tersedar yang Hot FM itu kepunyaan syarikat media yang sama mengendali TV3 cepat-cepat aku tutup dan aku pasang saja MP3 lagu-lagu nyanyian DAYANGKU INTAN, YASIN BROTHER, BLANK dan ITO.

Anak perempuan aku menjadi hairan, "Hai baba, sejak bila pulak tak suka Sinar FM ini, kan selalu sampai bergaduh ngan kita berebut nak dengar Sinar FM." Perli akulah tu....

Alahai anakku, baba bukan tak suka Sinar FM yang menjadi stesen nombor satu pilihan baba, tapi baba dah  boikot sebab ada DJ bertaraf "Longkang" dok merapu kat situ ... sapa tu baba....ala...SY la...aik...kan dulu baba minat sangat...tak baik tau panggil dia longkang...Apalak tak baik...dia yang menggelarkan dirinya longkang dalam video "Bangkang dari Longkang", baba rasa tak ada kelas la dengar DJ Longkang ni!

Anak ku ketawa mengilai.......!!!! setuju.....!!!!

RUPANYA AKU TIDAK KESEORANGAN BOIKOT DJ LONGKANG TERSEBUT! CUBA BACA DI BAWAH INI:


KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Rajalawak yang didakwa secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan para pendengar radio Sinar FM.

Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk "Bangkang Dari Longkang".

Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Video tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=IK7x2-oUodY.

Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .

Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.

Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot radio tersebut.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

"Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa tukar," komen Abbad Muhammad.

"sbelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd.

"Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad.

"salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi.

"Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar sangat," komen Eyka Farhana.

Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob dan Nabil meminta maaf secara terbuka.

"Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku.

"Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad.

NABIL, SALEH YAACOB, BOLEH MERAPU TAPI JANGAN MERAPU-RAPU - LEMAN RAJA LAWAK


Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga


Leman Raja Lawak Original

Saya minta sahabat saya saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sebelum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tapi biar berfakta kerana anda berdua pelawak yang hebat di Malaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.

Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.

Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS

Isnin, 11 Jun 2012

SAH LEMAN RAJA LAWAK SERTAI PAS SEBAGAI AHLI SEUMUR HIDUP

Leman Raja Lawak akhirnya sah menjadi ahli seumur hidup PAS apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Yang Dipertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Padang Bola PPR Kampung Batu Muda sebentar tadi.

Leman yang diberi peluang berucap menegaskan bahawa akhirnya beliau dengan penuh yakin dan berani mengikuti langkah yang dirintis oleh 'sifu' nya, Bob Lokman, walaupun ada yang memandang sinis dan memberikan komen-komen negatif kononnya dengan menyertai politik pembangkang rezekinya akan disekat.

Walaubagaimanapun Leman dengan tegas menyatakan bahawa rezeki ditentukan oleh Allah dan bukannya oleh UMNO-BN. Oleh itu beliau dengan yakin memilih PAS sebagai wadah politik untuk beliau menyumbang kepada masyarakat.

Jumaat, 8 Jun 2012

Leman Raja Lawak akan serah borang PAS kepada Salahuddin Ayob di PPR Batu Muda, 10 Jun



Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim dari Kuala Nerang, Kedah akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam satu ceramah mega di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves pada Ahad 10 Jun ini.

Demikian disahkan Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Leman yang dihubungi beliau jam 4.25 petang ini, setuju untuk berbuat demikian pada program berkenaan. Beliau antara peserta Raja Lawak Musim Ke-5 yang diminati terutama pengundi wanita dalam rancangan anjuran Astro, yang kini "lawak" menjadi produk utama stesen tv berbayar tu. Leman adalah bekas peguam kerajaan.

Pada 10 Jun ini, PAS Batu menganjurkan Ceramah "Ubah BN! Tawan Putrajaya" bersama Salahuddin Ayob, Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba, Aishah Ariffin, Surianarayanan, Pyan Habib, seniman rakyat Nikbinjidan dan Leman Raja Lawak.


dari blog: SanggahToksago

Khamis, 2 Februari 2012

SAYA AKAN MASUK BILA ROH DAN JASAD SAYA BERSATU KE DALAM PAS - CATRIONA ROSS

Seorang lagi selebriti dijangka akan bersama-sama dengan PAS dan kali ini ialah artis Catriona Norhayati Rose Bahrain Ross ataupun lebih dikenali sebagai Catriona Ross atau Cat.

Menurut beliau, ke mana-mana beliau pergi beliau sering ditanya sama ada beliau telah menjadi ahli PAS berikutan dengan perubahan keterampilan dirinya yang menonjolkan imej Islamik.

"Saya tidak kisah untuk menjawabnya, saya akan masuk bila roh dan jasad saya bersatu ke dalam PAS. Saya akan masuk PAS apabila saya yakin untuk menyumbang sesuatu kepada parti, saya tak nak sekadar isi borang kemudian tak buat apa-apa, itu tak guna juga," tegas pelakon jelita ini dalam satu majlis forum bersama dengan seorang lagi selebriti yang kini telah menjadi ahli PAS, Bob Lokman.

Kenyataan beliau itu lantas disambut Bob Lokman, "Saya sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar serta seluruh ahli PAS yang hadir pada hari ini menjemput Catriona Ross untuk masuk PAS."

"Insya Allah, insya Allah," balas Cat.

Mudah-mudahan hasrat Catriona Ross akan menjadi kenyataan dan beliau tidak diganggu dan difitnah lagi.


Selasa, 20 September 2011

ISU HANTU BONCENG - KUPASAN AL-BAKISTANI AMAT MEYAKINKAN

Salah satu isu sensasi ataupun cuba disensasikan di persekitaran dunia cyber yang terkini ialah isu terdapat unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhamad s.a.w. dalam adegan sebuah filem terbaru "Hantu Bonceng".

Filem arahan Ahmad Idham dikatakan terselit dialog yang mempersendakan syahadah.  Sudah menjadi lumrah kita di kalangan umat Islam negara ini, khususnya orang Melayu, apabila dikhabarkan saja ada pihak yang menghina Islam mereka akan bingkas melahirkan reaksi, yang kadang-kala tanpa usul periksa. Malahan orang yang jarang atau tak pernah sembahyang pun akan bingkas melenting, kalau boleh akan menghunuskan keris.

Kita seharusnya berbangga dengan semangat cintakan Islam sebegini. Namun kalau kita semberono atau membabi-buta bertindak, tentu natijahnya menjadi lain..... Tinta Tajam amat tertarik dengan kupasan blog Al-Bakistani mengenai isu ini. Ulasannya penuh dengan hujah-hujah akademik yang meyakinkan.


DI MANA SALAHNYA UNGKAPAN ZIZAN DARI HANTU BONCENG ITU?



dalam filem hantu bonceng. Dikatakan ada unsur menghina Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menyuruh aku mendengar dan melihat sendiri. tetapi, pada malam ini baru ada kesempatan untuk melihat..

dari klip video yang dikepilkan, padaku, dialog tersebut adalah seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad.......... Syaitan !!!!"

bukan seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad Syaitan.".

Kalau kita perhatikan, ia sebenarnya mempunyai dua ayat. Ayat pertama adalah, "Wa Asyhadu Anna Muhammad...... " iaitu ayat yang tidak sempurna.. atau dalam pengajian ilmu balaghah, ia disebut kalam naqis, iaitu kalam yang ada kalimah mahzuf. Kalam naqis ini, perlu ditaqdirkan kalam sahaja. iaitu, jika dilihat pada ayat ini, hanya perlu ditambah "Rasulullah".

Kalam Naqis ini, ia boleh berlaku dalam penulisan dan perkataan. tetapi, dalam perkataan adalah yang kerap berlaku. Ini kerana, dalam perkataan ini sering kali berlaku keguguran kalimah, dengan berfaktorkan banyak faktor; seperti terlalu cepat bercakap.

adapun ayat kedua adalah "Syaitan !!!".. Dalam pengajian balaghah, ia boleh diistilahkan sebagai kalam Iijaz hazf (ringkasan yang dibuang. dalam ilmu Balaghah, Kalam Iijaz ini ada dua, iaitu Iijaz Hazf dan Iijaz Qasr). Ia seperti seseorang yang melihat harimau dalam keadaan takut, lalu dia hanya menyebut "harimau!!!", walhal yang dikehendaki oleh orang yang takut itu adalah, "seekor harimau telah datang kepadaku".

kesimpulannya, jeritan Zizan dari filem Hantu Bonceng itu sebenarnya mengandungi dua ayat, atau dalam istilah pengajian nahu disebut sebagaia dua jumlah, iaitu 1- "asyhadu Anna Muhammad....." dan 2- "Syaitan...!!!!".

jadi, ia tidak sepatutnya menjadi isu. namun begitu, sepatutnya bagi pihak pengarah filem, perlu juga berhati-hati dalam perkara ini, agar tidak terjadi seperti yang sedang dibisingkan pada hari ini..

Rabu, 10 Ogos 2011

UNGGUN BERSIH DARI A. SAMAD SAID


Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

— samadsaid.wordpress.com
* A. Samad Said adalah Sasterawan Negara Malaysia.