RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Memaparkan catatan dengan label giler publisiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label giler publisiti. Papar semua catatan

Rabu, 8 Februari 2012

KEPALSUAN PERJUANGAN "HASAN JATI" MAKIN TERSERLAH!


Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor. Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti. 

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya. Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno. 

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang. 

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan. 

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno."Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan. 

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam. Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim - Malaysiakini

Jumaat, 3 Februari 2012

KITA + JATI = KATI = DACING?

Diberitakan orang kuat parti pimpinan Zaid Ibrahim, KITA, bagi negeri Kedah, Zamil Ibrahim berang dengan tindakan bossnya itu untuk membubarkan parti mereka sebaliknya beliau menawarkan diri untuk mengambil-alih kepimpinan parti itu.

Bukan setakat mengambil-alih kepimpinan, malahan beliau bercadang untuk berdialog dengan orang buangan PAS, Dato' Dr. Hasan Ali bagi menjalin hubungan dengan NGO yang bakal ditubuhkan kelak, JATI. Beliau berkata, dengan itu mereka akan dapat memperkuatkan "kuasa ketiga" yang diuar-uarkan dewasa ini.

Beliau yang tidak bersetuju KITA dibubarkan, meminta Zaid Ibrahim meletakkan jawatan dan keluar darpada parti itu.

Eloklah tu..... sama-sama tungang-menunggang! KITA campaur JATI, jadi KATI dan bersamaan pula dengan DACING! Matlamat mereka hanya satu, iaitu mengganggu gugat Pakatan  Rakyat.

Ahad, 16 Oktober 2011

RASMI LAMPU JALAN LAWAK JENAKA TERBARU BN PERAK

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/306374_151488558281016_100002596173017_235098_2141102674_n.jpg



Bila tengok je gambar ni..... aku terus terkedu! dok terfikir setinggi mana tahap pemikiran dan otak pemimpin-pemimpin BN.  Ataukah mereka pikir otak rakyat Chemor sama bengap dengan otak mereka!

Rasa-rasanya di Papua New Guinea, Zimbabwe, Togo atau setaraf dengannya pun dah tak rasmikan projek lampu jalan. Kalau 50 tahun dulu mungkin la.

Apa yang boleh aku katakan.......... hahahahahahahaahahaahahahaah...... gelak sampai terkentut!
Boleh jalan la nak rasmi projek lampu jalan!

Isnin, 22 Ogos 2011

RUSLAN KASIM JADI JURUCAKAP MARINA MAHATHIR?

Sekonyong-konyong bermadahlah dengan penuh beremosi akan seorang politikus yang semakin layu dan dilupakan, Ruslan Kasim yang melahirkan gundah-gulananya terhadap perlakuan anak kepada mantan PM, Mahathir Mohamad yang sejak akhir-akhir ini dikatakan sedikit condong kepada citarasa pembangkang.

Semua ini gara-gara anak perempuan mantan PM itu yang turut hadir ke perhimpunan BERSIH 2.0 yang baru lalu, serta mencoretkan pula sekelumit kenangan pahit manis beliau menyertai demo mega tersebut, kemungkinan pengalamannya yang julung-julung kali.

Di awal temubual dengan stesen TV tersebut (jijik nak sebut nama TV ini) Ruslan kelihatannya amat beriya-iya meyakinkan para audian bahawa sang putri Mahathir itu tidak menyokong pembangkang tetapi beliau hanya menyokong tuntutan BERSIH. Hanya para pemimpin pembangkang saja yang terhegeh-hegeh menyatakan Marina menyokong pembangkang, ujar beliau penuh yakin.

Untuk pengetahuan engkau Ruslan, kami di pihak pembangkang ni tidak ambil pot langsung akan pendirian politik Marina, lantak pi la dia nak sokong pihak mana! Kan ni negara demokrasi. Yang kau sibuk-sibuk kenapa? Heran juga ya macam mana si Ruslan ni tau akan isi hati Marina, yang Marina ni hanya sokong tuntutan BERSIH 2.0 tetapi tak sokong pembangkang? Apakah dia dilantik sebagai jurucakap Marina?

Tapi yang peliknya diakhir temubual tersebut beliau dengan lantang serta sedikit nada kecewa, menyeru serta mengingatkan Marina supaya tidak terperangkap dengan tektik pembangkang yang ingin MEMPERGUNA DAN MEMPERKUDAKAN Marina (hebat rupanya pembangkang ni sampai boleh memperkudakan seorang anak mantan PM yang terpelajar!).

Ini membawa maksud yang tersirat bahawa Ruslanpun berkeyakinan bahawa Marina kini telah mulai menyokong pembangkang!

Sabtu, 20 Ogos 2011

PENDEMO PERKASA SAMA RAMAI DENGAN PEMBERITA


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pemimpin Melayu dalam pelbagai parti yang didakwanya "kebulur" terhadap undi Kristian sehingga "menggadaikan maruah Islam".

NONESetiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, sikap itu kelihatan apabila pemimpin Melayu Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

"Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian. 

"Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam?" soalnya.

Bercakap dalam sidang media di perkarangan Masjid Negara, Syed Hassan berkata, bermula dengan kontroversi penggunakan kalimah Allah, penganut Kristian mengasak umat Islam dengan pelbagai isu, sehingga kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

NONEJusteru, PERKASA memohon supaya Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam menitahkan supaya pemimpin Islam bersidang bagi membincangkan isu murtad.

Bagaimanapun, tambahnya, PERKASA tidak perlu menjadi orang tengah kerana pemimpin politik itu "masing-masing pandai dan ada otak".

Ditanya tentang asas kebimbangannya sedangkan jumlah orang Kristian di negara ini cuma 9 peratus, Syed Hassan berkata:

"Itulah yang kita pelik, 9 peratus sahaja, kenapa hendak kejar sangat undi mereka?"

30 anggota berdemo

Beliau juga berharap JAIS mempercepat siasatan terhadap isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dengan dibantu pasukan polis.

NONESebelum itu, Syed Hassan mengetuai hampir 30 anggota PERKASA berhimpun di masjid itu selepas solat Jumaat bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemimpin dalam tiga parti Melayu terbesar itu.

Dalam acara ringkas tidak sampai 30 minit itu, mereka membawa pelbagai poster mengecam pemimpin Islam dan meminta supaya guru Kristian diharamkan di sekolah kebangsaan.

Bagaimanapun, ditanya tentang cadangan itu, Syed Hassan berkata pihaknya cuma berharap pihak berkuasa memantau guru-guru itu kerana dibimbangi menyampaikan ajaran Kristian kepada murid Islam.

"Kalau mereka boleh janji tidak buat perkara itu tidak mengapalah," katanya lagi.Sementara itu, ditanya tentang sambutan tidak menggalakkan apabila tidak ramai menyertai perhimpunan itu, Syed Hassan mengaku kecewa dengan keadaan itu.

"Ini kita buat ad hoc sahaja. Semalam baru cetak poster," jelasnya kepada kira-kira 30 pemberita dan jurugambar.

Jumaat, 19 Ogos 2011

KALAU BEGITULA, MAKA ATM LAH YANG GAGAL LAHIRKAN TENTERA YANG BERWIBAWA!

Maka menjawab serta membidaslah Panglima ATM terhadap pihak yang mempertikai undi pos, seraya mempertahankan bahawa undi pos adalah telus dan suci murni, tak ada cacat celanya.

Pihak yang mempertikaikannya adalah PENGKHIANAT! Dan bekas-bekas tentera yang mendedahkannya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik.

Hairan juga memikirkan kenyataan orang nombor satu angkatan tentera ni, masakan bekas tentera yang terlatih dengan segala macam disiplin dan sentiasa taat setia kepada ketuanya dan negara, serta berpengalaman (mereka dah bekas, tentulah dah lama dalam perkhidmatan) boleh dipergunakan oleh parti politik (sayap pemuda pulak tu). Cikai sangat ke bekas tentera tu senang-senang dipergunakan, sedangkan antara yang terlibat mendedahkan kepincangan tersebut termasuklah seorang bekas pegawai berpangkat Major (dah kira pegawai kanan tentera tu) dan seorang bekas komando (yang terkenal dengan disiplin yang paling kental!).

Maka sekiranya mereka yang terlibat itu telah dipergunakan, bolehlah disimpulkan bahawa ATM sebenarnya yang gagal melahirkan anggota tentera (termasuklah pegawai kanan dan komando) yang bewibawa sehingga mereka mudah di "kuda-kayukan"!

Selasa, 16 Ogos 2011

TEE BENG, LU PUN SAMA TAK TAU MALU!

"Dia kata tidak mahu terima jawatan Senator, tetapi yang berlaku sebaliknya. Dia sanggup menjadi menteri atas tiket Senator. Orang ini memang tidak tahu malu," ujarnya.


Kata-kata di atas adalah petikan racauan daripada beberapa siri racauan sejak beberapa hari lalu oleh Sang Katak, Tan Tee Beng dalam misinya untuk membuatkan Koh Tsu Koon berundur dari politik Pulau Pinang. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini ada pulak orang yang minat sangat kat ahli politik cap ayam ni... Ada agenda tersembunyi la tu! Tak kan tak faham kot. Bab tu lantak pi hampa la. 


Yang aku nak kata ialah ... Oi Tee Beng! Lu pun sama muka tadak malu punya .... lu cabut pi, tapi itu kerusi Nibong Tebal lu tak mau kasi lepas.....

Isnin, 15 Ogos 2011

DATO' MAHFUZ, HANG JANGAN DOK BUAT LECEH LAYAN PERKASA!

“Jika Umno mempertahankan Islam, maka sudah tentu Perkasa akan mengatakan bahawa ia akan menggantikan Umno,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Senan ini memberitahu kenyataan Perkasa semalam juga satu pengesahan ke atas kerja-kerja PAS dalam mempertahankan prinsip Islam selama ini tetapi menekankan hak untuk mempertahankan Islam bukan sesuatu yang eksklusif dan mana-mana pihak yang berhasrat boleh berbuat demikian. 



YB Dato Mahfuz Omar tersayang! hang jangan la dok buat leceh dan merendahkan mertabat hang dok ulas pasai PERKASA! PERKASA yang dah tak relevan hang boleh angkat sebagai KAYU PENGUKUR dan PENGESAHAN ke atas kerja-kerja PAS dalam mempertahankan Islam.


Ini kenyataan yang paling LECEH (dan paling bodoh) yang aku dengar dari mulut hang sebagai salah seorang Naib Presiden PAS!