RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Memaparkan catatan dengan label bikin tak serupa cakap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bikin tak serupa cakap. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2016

TIDAK NAMPAK AKHLAK ISLAM, RAFIZI TEMPELAK PAS!



Memang dua ekor ni sah bermulut longkang, suka sangat memperlekeh dan mempersendakan orang lain. Tak nampak langsung akhlak pemimpin parti Islam!

Syabas Rafizi yang berani mempertahankan Pakatan Harapan dari dipersendakan oleh rakan tahaluf siyasi PKR sendiri. Yang PKR bangang sangat dok berkawan dengan PAS tu pasal apa?

Harap-harap PKR berani mengkaji semula hubungan mereka dengan PAS yang nampaknya setiap hari tanpa segan silu membelasah Pakatan Harapan terutamanya Amanah dan DAP.

PKR sebagai ahli gabungan PH sepatutnya mempertahankan dan mengutamakan rakan-rakan dalam gabungan, bukannya berkawan dengan PAS. Tak serik-serik lagi ke?

Khamis, 31 Disember 2015

TUNGGU DETIK 12 MALAM BESOK, PASTIKAN PAS NASIHAT NAJIB TUNAIKAN JANJI!

Tahun 2015 akan melabuhkan tirai tak berapa jam saja lagi. Kita semua pasti ingat janji Najib dan juak-juak hulubalangnya bahawa kes 1MDB bakal selesai.

Dan kita minta PAS melakukan tugas penasihat supaya menasihat Najib supaya memenuhi janji tersebut demi kebahagiaan rakyat jelata, dan atas kepentingan MELAYU dan ISLAM juga!


Ahad, 8 November 2015

BETUL APA YANG DATO HUSAM CAKAP, RAMAI YANG JADI SAKSI - SUHAIZAN KAYAT

Dakwaan Datuk Husam Musa berhubung dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencuba untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor turut disokong bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat.

“Betullah apa Dato Husam sebut tu. Ramai yang jadi saksinya. Melainkan semua dah hilang kelayakan jadi saksi kerana kononnya kini adalah ‘Pengkhianat’,” katanya di Facebook merujuk kepada pemimpin Pas terdahulu yang kini berada dalam Amanah.

Dalam pada itu Khalid Samad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat juga memberitahu kepada The Rakyat Post bahawa dakwaan Husam tersebut ‘ada kebenarannya’.

Menurut Khalid, apa yang dikatakan Husam bahawa Abdul Hadi mengaku membuat tawaran kepada beberapa ADUN PKR untuk menyertai Pas, bagi mencukupkan bilangan untuk menubuhkan kerajaan negeri, sememangnya berlaku.

 “Apabila ditanya nak tubuh kerajaan dengan siapa, Hadi diam tidak menjawab. Pas hanya ada 15 kerusi, campur Azmin dan tiga lagi Adun PKR tetap tidak cukup untuk membentuk kerajaan.

 “Di sini, semua memahami yang dimaksudkan adalah dengan Umno,” katanya.

Rabu, 4 November 2015

KAMU RASA KAMU LEBIH BAIK DARI AKP, DUIT CARUMAN PEKERJA KAMUPUN TERTUNGGAK! (ATAU LESAP?)

Nik Abduh mungkin rasa PAS lebih Islamik dari AKP melalui ulasan terbarunya berkaitan kemenangan parti AKP dalam pilihanraya Turki.

Aku tak mau ulas panjang nanti para pak lebai marah. Cuma nak tanya satu jer. Hebat sangatkah PAS, Islamik sangatkah mereka?

Bagaimana parti yang sangat Islamik itu boleh memotong gaji pekerjanya untuk berbagai caruman tetapi wang yang dipotong itu entah pergi ke mana? Menurut jawapan Exco kerajaan negeri Kelantan tunggakan itu berlaku kerana berbagai masalah dan yang terakhir kononnya akibat pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia?

Bagilah jawapan apapun, MACAI bolehlah percaya. Bagaimana mungkin gaji pekerja dipotong untuk caruman Tabung Haji contohnya tetapi wang tersebut tidak sampai ke Tabung Haji? Wang tersebut sudah tentulah dari gaji pekerja, bukan duit kwrajaan negeri. Jadi tidak ada kena mengena dengan apa alasanpun yang diberi oleh Exco berkenaan!

Nak marah, marahlah... Adiossss.

PAS TAK PAYAH SEMBANGLAH, DUIT CARUMAN TABUNG HAJI PUN TERTUNGGAK!

Kelantan akui tidak bayar caruman, potongan gaji guru YIK RM14.6 juta Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas. Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

 "Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai masalah guru YIK yang mendakwa berlakunya tunggakan caruman kepada agensi pencarum.

Fadzli berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan bagi mengatasi masalah tunggakan itu, namun setakat ini masih gagal dilaksanakan. "Kerajaan negeri masih belum menerima keuntungan pelaburan sebanyak RM10 juta daripada anak syarikat milik kerajaan negeri, namun kami ambil tindakan terhadap pihak yang bekerjsama dengan kita itu. "Selain itu, kerajaan negeri membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada pihak berkaitan bagi mengurangkan jumlah tunggakan," katanya

 Dalam pada itu, Alwi ketika ditemui di luar dewan berkata alasan dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah meragukan kerana kerajaan persekutuan sentiasa memberi bantuan terhadap Kelantan terutama dari segi belanja mengurus

 "Alasan yang diberi itu agak meragukan saya kerana dia kata duit pembangunan tiba-tiba jadi tinggi, kemudian kerana pelaburan tak menjadi. "Sudah 10 tahun kerajaan persekutuan beri bantuan kepada Kelantan untuk belanja mengurus. Tahun ini sahaja sebanyak RM85 juta (untuk belanja mengurus)," katanya. Beliau turut menyarankan agar kesemua 16 sekolah agama di bawah seliaan YIK didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri, sekaligus membela nasib guru di sekolah berkenaan. – Bernama

Ahad, 18 Oktober 2015

ADAKAH ANDA TIDAK BERASA MALU DENGAN DIRI SENDIRI? - HUSAM MUSA

Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dlalam senarai saya untuk dibangkitkan. Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.

Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015! Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan.

Ia menjadi tertunggak. Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014! Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381! Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)

Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak. Senarainya terlalu panjang. Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi. Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat. Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya? Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?

Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan. Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja? Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.

KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan. Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu?

Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya? Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun. Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan. Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?

Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu. Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus. Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?

Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini.

Adakah anda tidak terasa malu dan segan dengan diri sendiri?

Husam Musa
Adun Salor
4 Muharam 1437/17 Oktober 2015

Isnin, 12 Oktober 2015

KITA TERPAKSA AKUI BN LEBIH KUKUH!

Walaupun kelihatan pada zahirnya MCA, terutama melalui sayap pemudanya, marah-marah kepada PM, marah-marah kepada UMNO atas beberapa isu yang berlaku mutakhir ini, tetapi akhirnya bila Ajib Gor datang bawak "gula-gula" semuanya balik asal... Cuma gertak sambal saja!

Walaupun dihina macam mana sekalipun akhirnya MCA atau MIC akhirnya akan akur kepada Big Brothernya. BN kelihatannya begitu kukuh sekukuh Tembok Besar Negara China!

Bagaimana pula PR? Asas penggabungan sejak dari awal lagi amat disangsikan. Bagaimana mungkin nak ada satu gabungan yang kompak kalau asas gabungannya adalah "bersetuju untuk tidak bersetuju?" Amat lucu sekali. Namun atas semangat untuk melihat wujudnya satu gabungan yang dapat nencabar keegoan BN maka majoriti rakyat jelata menyambut baik gabungan ini demi masa depan negara tercinta.

Akhirnya apa yang dikatakan "bersetuju untuk tidak bersetuju" akhirnya membuahkan hasil. DAP dan PAS saling bercakaran. PAS boleh bertanding melawan rakan sendiri atas "takwil" mereka sendiri. Rakyat jadi terpinga-pinga!

Kini diusahakan pula gabungan baru dengan nama yang begitu molek, Pakatan Harapan! Betullah kata Mahfuz, jangan jadi Menaruh Harapan, lagu Zaiton Sameon!

Belum apa-apa lagi sudah terserlah akan kepincangan gabungan ini apabila PKR awal-awal lagi sudah berlagak Abang Besar dengan membuat resolusi bagi pihak PH. Yang paling menyolok hati adalah PKR boleh mengadakan sebarang hubungan dua hala dengan mana-mana pihak yang mereka sukai!

Sepatutnya sebarang resolusi dan arahtuju PH mestilah lahir daripada perbincangan wakil-wakil gabungan PH, PKR, DAP dan AMANAH!

Apakah gabungan ini juga berpegang kepada prinsip asas "bersetuju untuk tidak bersetuju?" Kalau begini keadaannya maka dengan berat hati kita terpaksa mengakui bahawa BN adalah satu gabungan yang amat kukuh untuk ditewaskan!

Adiossss...

Rabu, 29 Mei 2013

KALAU BETUL CERITA NI KITA MEMANG PATUT KUTUK PRESIDEN PAS!



MENJAWAB MENANTU PRESIDEN PAS, DIN AYAM

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.
HAJI HADI 

Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

DIN AYAM
Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Islam cara Din Ayam laksanakan hudud dan Qisas sahaja. Masa PAS perintah Kedah dia tak pernah pun paksa laksana hudud dan Qisas. Berjuta-juta alasan dia bagi nak kata Kedah terkecuali laksanakan hudud dan Qisas. Din ayam nak bagitau kita, wajib itu bila dia kata wajib. Kalau dia tak kata wajib, ia tak jadi wajib. Islam kroni cara Islam Din Ayam sang menantu Hadi.

Mungkin Din Ayam nampak islam itu hanya hudud dan Qisas. Rasuah, tindas, ISA itu bukan larangan islam. Mungkin bila PAS perintah nanti, Din Ayam akan digunakan seribu satu dalil nak halalkan rasuah kot? Nak halalkan tindas kot? Nak halalkan ISA kot? Almaklumlah, Islam hanya sah dari tafsiran Din Ayam. Selain Din Ayam adalah Islam tak benar (?)

PSM yang lawan ISA itu tidak sah pada pandangan Islam cara Din Ayam. PSM lawan Rasuah itu tidak sah. Dr Jayakumar gunakan duit AP-nya untuk buat jambatan rakyat itu tidak sah. Tetapi yang sah adalah Hashim Jasin ambil AP-nya buat beli kereta pocher untuk anak. Hebat Islam cara Din Ayam ni rupa-rupanya.

Din ayam kata UMNO menang itu lebih baik dari PSM menang. Mungkin menantu presiden tu nak kata bahawa rasuah itu lebih baik, ISA itu lebih baik, tipu duit rakyat itu lebih baik. UMNO yang lansakan benda ni. PSM konsisten lawan semua ni.

Sebenarnya Kota Damansara tu kerusi PKR. Bukan kerusi PAS. Tahun 2004 PKR bertanding di DUN Paya Jaras. Kota Damansara pula PAS bertanding. Haji Arif calon PAS Kota Damansara masa tu. Tp tahun 2008 PAS minta tukar kerusi Paya Jaras dengan PKR. PAS nak bertanding di DUN Paya Jaras. Dun Kota Damansara pula PAS bagi kepada PKR. Tahu-tahu PKR menang di DUN kota Damansara. PAS kalah di DUN Paya Jaras.

Kalau Din ayam nak PAS bertanding di kerusi Kota Damansara. Kenapa Din ayam tak bagi kerusi Paya Jaras kepada PKR? Oh, Din Ayam amalkan islam kroni. Islam Hadi dan menantu.

Bila tahun 2008 PKR menang di Dun Kota Damansara, Din Ayam dah mula merepek. Dia duduk di seksyen 8 Kota Damansara. Dia mula kata orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Orang itu tidak Islam, orang ini tidak Islam. Yang islam hanya datang dari dia sahaja. Dia mula buat fitnah macam-macam kat Dr Nasir. Geng dia tukang sebar. Dorang kata Dr Nasir tak sembahyang. Dorang kata Dr Nasir tak puasa. Islam cara Din Ayam ni boleh tuduh orang. Fitnah orang dapat pahala pada Din Ayam.

Din ayam semakin tamak. Masa isu ADUN Bukit Lanjan. Gambar Elizabert wong tersebar. Menantu presiden PAS tu buat kenyataan minta DUN Bukit Lanjan itu diberikan kepada PAS.

Bila datang tahun 2013. Din ayam sekali lagi pamerkan tamak. PAS kawasan Subang dah buat keputusan dah yang PKR bertanding di kerusi itu. masalah PKR nak bubuh calon PSM atau tidak, itu PKR punya pasal la. Sebab itu kerusi PKR. Macam PAS letak hasan ali dulu kat DUN Gombak setia. Kalau PKR masuk juga bertanding, mesti PAS pun marah. PAS nak letak hasan ali ke kat DUN Gombak tu, PAS punya pasal la.

Bila PAS Kawasan Subang dah tau bahawa Dr Nasir bertanding di DUN Kota Damansara atas tiket PKR. Lawyer Razlan asalnya calon PKR pun dah tarik diri. Dia bagi laluan kepada Dr Nasir Hashim. PAS kawasan subang pun buat keputusan tak akan bertanding.

Tp, malam penamaan calon lain pula jadinya. Watikah calon PAS pun sampai. Hadi yang tandatangan. PAS selangor dan PAS pusat tak tau. Timbalan presiden kata itu kerusi PKR. Semua Naib presiden pun kata benda sama. PAS selangor pun kata benda sama. SU Agong PAS pun kata benda sama.

Tp Hadi sahaja yang diam. Rupa-rupanya Hadi dipengaruhi Din Ayam untuk tandatangan watikah. Lebih-lebih lagi Calon PAS Kota Damansara itu kawan baik Din Ayam masa belajar di Mesir dulu. Sama-sama dalam PMRAM.

Masa hari penamaan calon. Dorang sekali lagi licik. Dorang tak datang awal. Dorang datang lewat. Bila dah selesai semua calon-calon DUN dalam Parlimen Subang masuk dewan penamaan calon baru dorang masuk. Selepas Khairuddin masuk. Selepas Sivarasa Masuk. Selepas Elizabert wong masuk. Tiba-tiba dengar takbir.

Orang-orang PAS yang berada di bahagian hadapan terkejut. Dorang tengok calon PAS dah masuk dah. Ni calon mana pula. Dorang ingat calon ISMA. Rupa-rupanya calon PAS. Riduan Ismail. Pandai dorang buat strategi. Kalau dorang datang awal. Nanti sempat Khairuddin selesaikan lebih awal sebab Khairuddin tu setiausaha PAS Selangor. Tp dorang datang lambat supaya Khairuddin tak sempat nak selesaikan benda ni. Memang kerja dorang licik. Din ayam mastermindnya. Tahniah hadi ada menantu macam Din Ayam.

Bila Din Ayam berhujjah. Dia guna hujjah lawak. Alasan dia 7 ribu undi PAS itu tak akan undi calon PKR. Kata Din Ayam 7 ribu tak akan keluar mengundi kalau PAS tak bertanding. Mungkin Din ayam nak pakai logik. Kalau PKR tak bertanding mungkin 14 ribu undi tak akan undi PAS. Hujjah intelek Din Ayam lebih hebat dari hujjah seekor kambing.

Din Ayam ni sesuai sangat jadi penasihat Hizbut Tahrir atau ISMA. Din Ayam ni salah seorang Ahli majlis Syura Ulama. Dia buat keputusan. Dia dilantik sebab dia menantu Hadi. Kalau dia bukan menantu dia tak akan jadi Ahli Majlis Syura Ulama PAS punya. Majlis Syura Ulama PAS ni penentu dasar dan keputusan parti. Dia boleh buat desakan supaya PAS keluar dari PR dengan fatwa-fatwa dia. Islam Din Ayam, Islam kroni anak menantu Hadi.



Yang benar;

KD (Kambing Din)

Selasa, 23 April 2013

TINDAKAN UMNO SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM - BEKAS EXCO AGAMA BN

Alahai Ustaz, kami semua pendokong PR dah lama dah tau pasai UMNO dok hina Islam, cuma hang ja tak
ketahuan hala dok pi sokong UMNO. Bila dah tak terpilih baru hang tau yang UMNO tu menghina Islam. Daripada hang dok berjuang sorang-sorang lagi baik hang perkuatkan jemaah PAS!

Entahlah ustaz oiiii......nak tahu apa ustaz ni kata, baca berita di bawah yang dipetik daripada Malaysiakini


Fadzil Hanafi: Umno Kedah tak banyak 'calon agama'

Abdul Rahim Sabri
11:38AM Apr 23 2013

Bekas anggota exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi yang disingkirkan daripada Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas di DUN Alor Mengkudu berkata beliau kecewa dengan BN yang menurutnya tidak banyak mengetengahkan calon dengan latar belakang agama di peringkat DUN kali ini.
Beliau yang pernah memegang portfolio hal ehwal agama Kedah itu berpendapat, tindakan berkenaan "tidak menampakkan bahawa Umno memperjuangkan agama" dan beliau menganggap ia satu "penghinaan" kepada Islam.

Fadzil juga berpendapat, Umno tidak mengambil pengajaran daripada kekalahan dalam "tsunami 2008" supaya memilih calon yang dikehendaki rakyat.

Katanya, masyarakat di kampung khususnya di Alor Mengkudu amat menyukai calon yang mempunyai latar belakang agama khususnya bagi mengendalikan majlis berkaitan Islam seperti tahlil, kenduri kesyukuran, membelah mulut anak dan menjadi imam.

"Sepatutnya parti ambil (calon) yang terbaik daripada baik. Ikut pemilihan kali ini, tidak ada tokoh agama. Tak ada tokoh agama seorang pun, menjadi calon yang dipilih oleh perdana menteri. Adakah ini dikatakan Umno memperjuangkan agama?.

"Kalau dia (Umno) memperjuang agama, sudah tentu dia meletakkan orang agama lebih daripada kepada orang lain, kerana negeri ini berada di tangan pembangkang," katanya petang ini.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila BN mencalonkan semula individu yang telahpun tewas sebanyak dua kali sebelum ini, selain individu yang pernah dikenakan tindakan disiplin oleh parti.

Sedangkan, rakannya, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim sebagai tokoh agama juga tidak dicalonkan bertanding kali.

"Saya tengok kerakusan mereka ini, jangka masa hayat mereka akan lebih singkat. Apabila jangka hayat semakin singkat, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu, kerana selama ini yang mempejuangkan orang Melayu adalah Umno.

"Sekiranya sesebuah parti yang memperjuangkan agama, tetapi dari segi pelaksanaannya, mengetepi tokoh agama, satu musibah akan melanda parti tersebut," katanya.

Satu-satunya calon dari kalangan tokoh agama yang diketengahkan di Kedah adalah menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanding di parlimen Jerai.

Beliau juga berpendapat, masyarakat masih lagi memerlukan khidmatnya di kawasan yang pernah dimenanginya dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Pada pilihan raya umum 1999, beliau menang di kerusi DUN Tanjong Seri – sebelum persempadanan semula – dengan majoriti 440 undi. Manakala pada 2008 undi majoriti beliau meningkat kepada 2,827 undi. Beliau digugurkan pada 2008.

Fadzil berkata beliau memenuhi semua ciri perkara berkenaan. Selain itu, beliau juga seorang anak tempatan yang merendah diri, mesra dengan orang kampung, mudah didekati, dan berpengalaman.

Beliau berdepan dengan persaingan tiga penjuru antara ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya dan ketua Wanita Umno Alor Setar Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah.

Fadzil yakin, pengundi yang "waras" akan memilih beliau berbanding Sharifah Maznah.

"Kalau dia (rakyat) kata Sharifah, tak apa kita terima. Kalau rasa dia waras, dia mesti terima (calon) agama... Sebagai contoh, siapa nak baca doa.

"(Betul), dia boleh (panggil) orang pejabat agama tapi tidak ada ke di kalangan calon-calon (BN) yang bertanding (yang berupaya mengetuai bacaan doa)?" soalnya lagi.

Beliau yang ditemui di kediamannya semalam berkata, beliau merancang untuk menguasai persaingan ini dengan hubungan baiknya dengan pengundi di kawasan tersebut.

"Saya selesa (berkempen) bersendirian dan tidak perlu mengadakan ceramah yang lebih besar. Saya menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

"(Bahan kempen seperti) risalah dan bendera pun ada. Saya memerlukan dua hari lagi sebab masih tidak siap lagi.

"Kalau buat ceramah besar-besar, kalau yang hadir tidak ramai, ia memberi imej yang tidak elok dan dikatakan tidak dapat sambutan. Saya lebih kepada personal touch," katanya.

Fadzil juga berkata, beliau juga tiada masalah untuk menyampaikan ceramah di pentas PAS atau PKR memandangkan beliau kini telah dipecat daripada Umno.

Katanya, beliau telah mendapat jemputan ceramah daripada Pakatan Rakyat khususnya PAS di DUN Kubang Rotan pada 27 April ini dan akan memikirkan untuk memenuhi jemputan tersebut.

Sabtu, 19 Januari 2013

MAHATHIR KE, TUNKU KE, SAMA-SAMA UMNO!

Ketika mengakui akan berlakunya pemberian kad pengenalan secara besar-besaran kepada pendatang asing di Sabah, Tun Mahathir turut mengakui bahawa Tunku Abdul Rahman turut melakukan perkara yang sama ketika SEBELUM MERDEKA dulu, yang mana kononya melibatkan lebih dari 1 juta orang.

Hari ini pula, dalam majlis yang dianjurkan oleh PERKASA, beliau mencadangkan supaya diwujudkan RCI untuk menyiasat perkara yang terjadi sebelum Merdeka itu, supaya adil kepada beliau yang dituduh (sebenarnya telahpun dibuktikan) mengarahkan pemberian kad pengenalan kepada kira-kira 200 ribu orang pendatang di Sabah.

Menurut Mahathir lagi, apa yang beliau lakukan adalah menurut undang-undang. Namun kita ingin bertanya, adakah menurut undang-undang apabila kerja-kerja tersebut dilakukan di rumah Tan Sri Aziz Shamsuddin? Adakah menurut undang-undang ada yang dibagi resit yang ada tarikh luput semata-mata untuk membolehkan para pendatang tersebut mengundi?

Apapun kuntau-muntau yang Mahathir cuba lakukan, yang pastinya baik Mahathir mahupun Tunku adalah sama-sama presiden UMNO, jadi memang UMNO terbukti khianat kepada negara ini!



Rabu, 4 Julai 2012

UMNO DIAM MEMBISU DAN TERKEDU BILA ADUNNYA DIKATAKAN HILANG AKAL OLEH MCA

kesian kau Yob.....terkuntang-kanting dibelasah
MCA, kawan-kawan buat dekkkk jer...
Beberapa hari yang lalu, Presiden MCA, Chua Soi Lek membelasah ADUN Kemelah Johor dari UMNO, Datuk Ayob Rahmat kerana 'berani' mengusulkan supaya 'hudud UMNO' dilaksanakan di negeri Johor. Dikatakan hudud UMNO kerana Datuk Ayob ni tidak bersetuju dengan hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Begitu berangnya Soi Lek terhadap YB UMNO ini sehingga tergamak dia mengungkapkan bahawa ADUN tersebut hilang akal! Hilang akal tu lebih kurang gilalah.

Dan terbaharu, Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong pula mendesak Ayub supaya meninggalkan UMNO dan menyertai PAS jika ingin melaksanakan hudud di Johor seperti yang dicadangkannya itu.

Hoi!!!!!!! mana dia pemuda UMNO songkok tinggi yang kononnya pejuang bangsa dan agama! Mana dia hulubalang PERKASA yang begitu lantang dan bengis dihadapan Lim Guan Eng! Mana dia pejuang akidah Hasan Jati? Takkanlah kamu semua hanya berpeluk tubuh bila orang kamu dibelasah teruk oleh MCA? Takkan EXCO Agama Johorpun tak boleh nak pertahankan YB Ayob? Muftipun terdiam dan kelu untuk memberi komen.

Ahhhhhhh.......betullah UMNO ni hanya "bikin tak serupa cakap...." Hanya pandai berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.....



Adiossss UMNO....

Isnin, 23 April 2012

SEJARAH! PARTI YANG KALAH SEMUA KERUSI DILANTIK PENGERUSI BN NEGERI PP

Akhirnya setelah berteka-teki sejak sekian lama, PM Najib akhirnya melantik Setiausaha Agung dan bekas EXCO Pulau Pinang, Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN negeri tersebut.

Perlantikan tersebut dilihat mencatat sejarah baru dalam politik Malaysia dimana parti yang mengalami kekalahan kesemua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang, dilantik menjadi ketua sekaligus menyingkirkan UMNO yang melalak melolong sejak selepas PRU 12 lalu bagi mendapatkan kerusi panas tersebut. Malahan Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Zahid Hamidi tanpa segan silu pernah mendesak supaya jawatan tersebut seharusnya diberi kepada UMNO yang memenangi lebih banyak kerusi.

Perlantikan ini juga sebagai satu "penampar Jepun" ke muka segala pencacai yang saban hari melancarkan serangan demi serangan terhadap Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang berbangsa Cina, dan juga merupakan "flying kick" kepada PERKASA dan yang sewaktu dengannya yang bergitu beriya-iya mempertahankan ungkapan "ketuanan Melayu."

Kita juga ingin mendengar ulasan bernas dari suara sumbang Hasan Ali pemimpin JATI terhadap isu ini. Tak kanlah isu besar sebegini yang begitu mencalar maruah umat Melayu Pulau Pinang boleh didiamkan begitu saja? Kamu sebagai 'third force' sudah tentu bebas bersuara tanpa kekangan dan halangan politik daripada UMNO-BN.

Tapi yakinlah .... tak akan ada suara yang menentang perlantikan ini kerana sudah pastilah mereka akan akur 100 peratus terhadap apa saja tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin agung mereka!

Ahad, 8 April 2012

KHIR TOYO BODOH SOMBONG!


Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.

Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.

Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.

Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.

Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan.

Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Datoí Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.

Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.

Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.

Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan?

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.

Faekah Husin.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor

Selasa, 27 Mac 2012

BERHENTILAH BERHARAP KEPADA KU LI!

Ramai daripada kalangan penyokong PR sama ada dari PAS, PKR malahan daripada DAP, yang begitu terpesona dan amat mengharapkan supaya tokoh politik daripada BN, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, keluar UMNO dan berhijrah kepada kem Pakatan Rakyat.

Harapan mereka begitu membuak-buak berikutan dengan perkembangan pendirian politik Ku Li yang kelihatannya begitu kritis terhadap parti dukungannya sejak sekian lama, dan serentak dengan itu juga seolah-olah senada dan seirama dengan irama tari dan gendang politik yang dipalu oleh barisan pembangkang di peringkat nasional. Malahan pernah juga anak raja Kelantan tersebut berdiri megah sepentas dengan tokoh-tokoh penentang UMNO-BN dalam beberapa isu.

Melihat kepada situasi ini, ramai yang begitu ghairah dan terngiur dengan kelok dan lenggong politik Ku Li, dan pernah pula dikhabarkan kononnya beliaulah pilihan yang tepat untuk memimpin PR andai kata sesuatu berlaku kepada DSAI.

Dalam keghairahan 'memuja' Ku Li yang kononnya seorang politikus yang begitu teguh pendiriannya menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi, mereka terlupa bahawa Ku Li adalah seorang penyokong dan ahli politik tegar UMNO-BN. Dulu Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46 bukanlah kerana bencikan atau tidak percaya lagi kepada UMNO, akan tetapi adalah demi cintanya kepada UMNO! Inilah sepatutnya para pendokong PR harus halusi dan faham.

Dalam beberapa kesempatan, saya beberapa kali 'bertengkar' dengan rakan-rakan sesama pendokong PR mengenai Ku Li. Saya menyatakan, dalam banyak-banyak pemimpin UMNO, saya paling tidak 'hormati' pendirian politik Ku Li, dan saya tidak menganggap beliau hebat!

Wah bukan main marah lagi penyokong Ku Li dalam PR terhadap kenyataan saya tersebut sambil menghamburkan segala 'kebaikan' dan kehebatan Ku Li.

Setelah penat mereka bermadah, lalu giliran saya menjawab, di manakah hebatnya Ku Li? Seorang pemimpin politik yang tahu dan mengakui segala honar dan tidak betulnya tindakan UMNO, tahu akan kezaliman UMNO-BN terhadap isu petrolium Kelantan dan Terengganu (dulu), banyak bertentangan pendirian dengan UMNO-BN dalam banyak hal, dipinggirkan dari barisan kepimpinan, tetapi masih tegar mendokong perjuangan UMNO-BN, tidakkah pendirian tersebut bercanggah dengan tindakan beliau sendiri? Tidakkah boleh dianggap tindakan yang 'bikin tak serupa cakap'?

Malahan kata saya, beliau adalah lebih 'teruk' dari pemimpin UMNO-BN yang lain kerana terus mendokong UMNO-BN dalam keadaan beliau sedar sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti sanjungannya itu berbanding pemimpin yang lain yang belum celik dan sedar akan keburukan UMNO.

Oleh itu, wahai para pendokong dan penyokong Ku Li dalam PR, berhentilah dari bermimpi!

Khamis, 9 Februari 2012

DR. ABDUL MU'TI, MUHAMMADIYAHPUN PERNAH DITUDUH KERJASAMA DENGAN ISRAEL, JADI JANGAN TERLALU "BIADAP"!

Mungkin kehabisan modal dan tenaga untuk menyerang DSAI maka dibawalah "tokoh ilmuan" import dari tanah seberang, Dr. Abdul Mu'ti, setiausaha sebuah organisasi Islam berpengaruh di Indonesia, Muhammadiyyah, untuk turut sama menibai dan menghentam Anwar. Pertubuhan ini amat dikenali oleh rakyat Malaysia ketika dipimpin oleh Dr. Amin Rais pada zaman reformasi republik itu.

Kitapun tidak tahu apa maksud Dr. Mu'ti bertindak sebegitu? Malahan ada penulis Malaysia menganggap tindakan Abdul Mu'ti itu boleh dianggap "biadap" seperti yang dInukilkan oleh MSO seperti di sini.

Sebagai seorang "cendekiawan" dan bukannya cendawan, Abdul Mu'ti seharusnya bersikap lebih berhati-hati dalam memberi komentar terhadap individu muslim yang lain, lebih-lebih lagi kamu adalah cendekiawan muslim. Apakah kamu faham sepenuhnya pokok pembicaraan Pak Anwar? Kita tidak mengira kamu telah dipergunakan oleh pihak media Malaysia yang memusuhi Pak Anwar, kerana mana bisa seorang yang tinggu ilmunya seperti kamu bisa dipergunakan!

Pak Abdul Mu'ti, lebih baik anda perhatikan apa yang berlaku di negara anda. Mengapa sampai ada sebuah pertubuhan yang sudah berusia sepuluh tahun khusus untuk mengadakan hubungan dengan Israel iaitu Indonesia Israel Public Affairs Committee (IIPAC)? Dan sehingga ada pula sambutan HUT Kemerdekaan Israel di Jakarta sebagaimana yang diberitakan di sini.

Dan harus juga diingat wahai saudaraku Pak Abdul Mu'ti! Sedangkan Muhammadiyah juga pernah difitnah mengadakan hubungan dengan Israel sehingga membuatkan ketua kamu terpaksa mempertahankan diri sebegitu rupa. Apakah Pak Anwar juga tidak difitnahkan sebagaimana kamu difitnahkan?

Cuba lihat berita di bawah ini:


Din Bantah Muhammadiyah Kerjasama Dengan Israel

muh_trans2
Merebaknya pemberitaan tentang kerjasama Muhammadiyah dengan Israel, membuat Din Syamsudin angkat bicara. Dikatakan dalam Situs Resmi Muhammadiyah, “Berita itu tidak benar. Tidak ada MoU antara Muhammadiyah dengan Israel dan tidak ada bantuan Israel kepada Muhammadiyah” tutur Presiden Asian Conference of Religions for Peace (ACRP) ini.
Din Bantah Muhammadiyah Kerjasama Dengan Israel.
Din yang juga penerima Award sebagai Ambassador for Peace atas prakarsa perdamaian yang dilakukan mengatakan bahwa penyebaran berita itu oleh pihak-pihak tertentu sangat tendensius.
Pernyataan Din ini menanggapi berita yang merebak di dunia maya, diantaranya yang dikeluarkan oleh Eramuslim.com dengan judul Muhammadiyah Jalin Kerjasama dengan Israel, dan beberapa media online lainnya.
Eramuslim sendiri mengangkat berita itu dari islamonine.com “Situs Islamonline melaporkan, lembaga Rescue and Emergency yang berada dibawah naungan Muhammadiyah telah menandatangani kesepakatan kerjasama di bidang kesehatan dengan Magen David Adom (MDA) sebuah organisasi layanan kesehatan nasional Israel. Kerjasama itu senilai 200.000 dollar dan penandatanganannya dilakukan oleh delegasi Muhammadiyah di Tel Aviv, ibukota Israel pada bulan Oktober 2007.”
Berikut ini adalah artikel yang diangkat oleh islamonline.com mengenai kerjasama muhammadiyah dengan israel:
Muhammadiyah divided on Israel ties
Israel Ties Divides Indonesians
Gaza’s Scary Nights
Referensi:
Muhammadiyah.or.id – Din : Tidak Ada Kerjasama Muhammadiyah dengan Israel
Eramusli.Com – Muhammadiyah Jalin Kerja Sama Dengan Israel



Isnin, 6 Februari 2012

KITA PANGGIL DIA TIGA KALI TAK DATANG, TV3 PANGGIL DATANG PULAK!


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.

“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.

Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.


Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.



Sabtu, 28 Januari 2012

PENGAJARAN BUAT USTAZ NASA, TIADA BEBAN BATU DIGALAS!

Diberitakan mantan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah membuat laporan polis semalam berikutan penggunaan gambar beliau pada poster dan banner satu program ceramah politik yang dianjurkan Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat yang menampilkan Hasan Ali sebagai penceramah utama.

Ustaz Nasa menafikan penglibatan beliau dalam program tersebut dan turut menegaskan akan terus bersama PAS. Kita hargai usaha Ustaz Nasa dalam membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan program yang bertujuan menyediakan platfom kepada Hasan Ali untuk membelasah PAS dan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, sekiranya bukan kerana kelakuan pelik Ustaz Nasa sejak akhir-akhir ini termasuk hadir ke rumah Hasan Ali ketika beliau dipecat serta memberikan pula beberapa komen selepas itu, pastilah tidak semudah itu orang akan mempergunakan gambar beliau di sisi Hasan Ali. Apa yang ada dalam hati Ustaz Nasa orang tidak nampak, tetapi apa yang beliau ucap dan lakukan itu menjadi perhatian orang.

Oleh itu kepada Ustaz Nasa, kalau betul anda masih sayang dengan PAS dan PR, berhati-hatilah dalam segala tindak tanduk dan tutur kata anda! Ini merupakan satu pengajaran, tiada angin masakan pohon bergoyang! Janganlah bersikap tiada beban batu digalas!

Jumaat, 27 Januari 2012

PERSATUAN PERAJURIT ANJUR CERAMAH POLITIK?


Diberitakan beberapa poster ceramah yang melibatkan individu terbuang dari PAS dan rakan-rakan barunya tersebar di sekitar Bandar Baru Bangi. Poster ceramah "Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama ....." itu turut memaparkan wajah mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin walaupun tidak dinyatakan beliau sebagai salah seorang penceramah. Ustaz Nasha diberitakan telahpun membuat laporan polis terhadap poster penipuan dan fitnah terhadap beliau.

Penganjur program tersebut ditulis sebagai "Persatuan Perajurit Daerah Huklu Langat". Persoalannya di sini sejak bila pula PERAJURIT mempunyai persatuan? Kalau BEKAS PERAJURIT itu mungkin juga. Bila disebut persatuan perajurit bermakna persatuan yang melibatkan anggota tentera yang masih berkhidmat? Sejak bila pula anggota tentera dibenarkan berpesatuan? Kalau betulpun ada persatuan tersebut boleh kah anggota tentera melibatkan diri dalam aktiviti politik? Diharap pihak-pihak yang terlibat membuat penjelasan sewajarnya.

Kepada penceramah-penceramah yang bergelar USTAZ itu pula, istighfarlah banyak-banyak! Kalau anta melibatkan diri dalam program yang bermula dengan penipuan dan fitnah ini bermakna anta berdua tidak layak menggunakan gelaran ustaz dipangkal nama anta berdua kerana bersekongkol dengan golongan kaki tipu dan fitnah! 

Jumaat, 13 Januari 2012

ISU DAKWAT KEKAL, KENAPA KERAJAAN BERDOLAK-DALIK?


Nazri dan Rashid dah mengaku. Rashid kata ada orang yang menghalang SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal masa PRU 12 lalu. Nazri pula telahpun mengaku bahawa beliaulah orangnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal tersebut kerana kononnya bercanggah dengan perlembagaan negara. Rashid menyanggah, kerana menurut beliau penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya tidak bersangkut-paut dengan perlembagaan, cukup diperingkat SPR sahaja. Macam mana ni? siapa yang menipu ni? Tapi kalau kita masih ingat pembatalan penggunaan dakwat kekal dikaitkan dengan kononnya ada pihak yang menyeludup masuk dakwat tersebut dan dikhuatiri akan digunakan bagi tujuan sabotaj.

Mungkin kerajaan UMNO-BN menganggap rakyat mudah lupa di atas pembohongan mereka.

Sila baca petikan berita dari Malaysiakini:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.
Turut terlibat dalam forum anjuran kerajaan Kelantan itu bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kanan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.

"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.

"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."