RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 17 April 2012

KALAU GAMBAR VIRGIN MARY BERHIJAB BAGAIMANA KAMU MINTA SAYA TANDATANGAN HARAMKAN HIJAB - MENTERI ITALI


Bukan semua orang Kristian, terutamanya dari Eropah dan Amerika yang amat prejudis kepada Islam. Masih ramai yang berfikiran rasional dan bertoleransi dalam kehidupan beragama di sana. Contoh terbaru, salah seorang menteri kerajaaan Itali, pusat berkembangnya ajaran Roman Katholik, Roberto Maroni. Beliau mempersoalkan, "kalau Virgin Mary muncul dengan memakai hijab dalam kesemua gambar-gambarnya, bagaimana kamu meminta  saya memandatangani undang-undang mengharamkan hijab?"

COUNTDOWN BERSIH 3.0: AYOH KITA RAMAIKAN KSS MALAM INI!

Ayoh warga kota, dan sekelian pejuang demokrasi! Mari kita ramaikan dan sesakkan Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru malam ini sebagai acara pemanas badan sebelum tibanya hari "Bersih 3.0" , iaitu 10 hari lagi.

Butir-butir acara adalah seperti di sini:

Isnin, 16 April 2012

KENAPA SAYA TERPANGGIL UNTUK KE BERSIH 3.0?

Hampeh betul puak-puak BN ni .... demi untuk menang PRU, negara tergadaipun tarak apa.......


Kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini mendedahkan cubaan MCA untuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check up semalam.

Hannah berkata, MCA cuba berselindung disebalik program kemasyarakatan yang dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang berkunjung ke program itu.


“Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.

Adun Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.

” Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad pengenalan dan terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkannya tetapi kerajaan BN memberikan sesuka hati kepada warga asing,” katanya.

Sementara itu, Saari Sungip yang merupakan Adun Hulu Klang berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.

Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 yang meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana Umno-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.

“Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.

- selangorku

JANGAN JADI PENGKHIANAT KEPADA ASPIRASI RAKYAT!

Suatu ketika dulu, setiap kali ada pilihan raya kecil, pastilah Hasan Ali akan muncul membawa seribu satu macam kerenah yang menjatuhkan wibawa Pakatan Rakyat. Beliau kelihatannya begitu bersungguh-sungguh cuba mengucar-kacirkan perpaduan yang terjalin di antara tiga parti tunggak PR, PKR, PAS dan DAP. Akhirnya terbuktilah bahawa beliau adalah seorang parasit yang ingin menghancurkan PR!

Sebulan dua yang lalu muncul pula dua sekawan dari Negeri Jelapang Padi, Ir. Phahrolrazi dan Dr. Ismail Salleh yang bertindak sehingga mencacatkan imej kerajaan PR Kedah, yang pada awalnya kelihatan sebagai kerajaan PR yang paling tenang dari segala kekacauan. Mereka menjustifikasikan tindakan mereka atas alasan tidak sebulu dengan MB, dan menggunakan saluran media perdana kepunyaan musuh sebagai wadah meluahkan segala yang 'termengkelan'. Walaupun kini isu tersebut telahpun reda hasil campur tangan PAS Pusat, namun luka dan kudis masih berbekas dengan parut yang hodoh.

Mutakhir ini, muncul pula dua watak pemusnah dari negeri Darul Iman, Azan Ismail dan Abu Bakar Chik! Abu Bakar entah atas kapasiti sebagai apa telah dengan sewenang-wenangnya mengisytiharkan bahawa PKR hanya layak diberi sekian-sekian banyak kerusi kerana dakwanya PKR tidak cukup kuat di Terengganu. Lantas dijawab pula secara sini oleh Azan, kami terimalah kalau kami ini pengemis! Kita merasa amat hairan, sebagai seorang ahli politik yang begitu matang yang sentiasa bergelumang dengan sepak terajang politik ala Malaysia, bagaimana Abu Bakar Chik boleh bertindak sebegitu rupa? Azan juga tidak sepatutnya bertindak mengikut gentang tari Abu Bakar Chik, kerana luka akan menjadi semakin parah!

Rata-rata rakyat marhaen di bawah yang begitu dambakan perubahan pemerintah seusai PRU 13 merasa amat kecewa dengan tingkah laku badut-badut politik yang berpencak dan menikan sesama sendiri. Kalau mereka yang mati bertikam, biarkanlah! Tetapi jika akibat dari tindakan kurang cerdik mereka sehingga menggagalkan aspirasi rakyat yang ingin menghumbankan UMNO-BN dalam PRU 13, maka merekalah yang berkhianat kepada rakyat!

Jumaat, 13 April 2012

APA PUNYA BANGANG DAN TONGONG KENYATAAN KETUA PEMUDA MCA NI!

Ketua Pemuda MCA WP, Chiew Lian Keng dipetik oleh Malaysiakini menggesa penganjur Bersih 3.0 supaya membatalkan perhimpunan yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 28 haribulan ini kerana kononnya akan menjejaskan hak rakyat Malaysia yang lain.

Kenyataan bangangnya juga menimbulkan soal aliran trafik yang bakal terjejas sekiranya perhimpunan tersebut diadakan dan memberi masalah kepada penduduk Kuala Lumpur. Bagi beliau, BERSIH perlu menumpukan kepada soal pilihan raya yang bersih dan adil dan bukannya berhimpun di Dataran Merdeka. Kenyataan bangang selanjutnya boleh dibaca di sini.

Aduhai...... apa punya bangang dan tongongnya kenyataan seorang pemimpin muda MCA! Selama ini berapa banyak program diadakan di Dataran Merdeka! Berapa banyak acara bersuka ria diadakan di Bukit Bintang! Malahan Chow Kit Roadpun pernah ditutup untuk memberi laluan kepada seorang penghibur untuk mengadakan konsert meganya di sana! Adakah semua itu mengambil kira soal hak rakyat yang lain? Adakah juga mengambil kira soal kesesakan lalu lintas?

Bagaimana pula hak rakyat yang ingin berhimpun sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia?   Apakah Dataran Merdeka hak mak-bapak BN-UMNO?

Memang betul wahai Mr. Chiew ..... memang BERSIH hanya memfokuskan kepada perjuangan bagi menentukan pilihan raya diadakan secara bersih dan adil, sebab itulah perhimpunan tersebut diadakan. 

Khamis, 12 April 2012

BOLEH KE BELASAH DUIT MASJID BAGI AKTIVITI MACAM NI?


Pekeliling yang membuktikan Imam dibayar RM50 untuk ke Majlis Najib..

Kata survey popularity Najib meningkat dan Najib juga dikatakan lebih popular dari Anwar Ibrahim, tapi kenapa perlu dipaksa Masjid menghantar wakil dan membayar upah kepada wakil mereka itu?

Kerana mahu menunjukkan bahawa kehadiran Najib dalam ‘Majlis Pemimpin Bersama Rakyat’ di Batu Pahat baru-baru ini mendapat sambutan rakyat, pihak Masjid telah dikerah membayar RM50 kepada setiap orang yang dihantarnya..

Menurut pekeliling dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat ini setiap Masjid perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 orang wakil ke Majlis itu.

5 orang wakil tersebut ialah Imam 1, Imam 2, Bilal dan Noja ataupun 5 orang wakil dari kariah Masjid diwajibkan hadir (dipaksa).

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu telah berlangsung pada 7 April 2012 di Stadium Pengaram Jalan Ampuan Batu Pahat, Johor.

Selain dari setiap Masjid dipaksa menghantar 5 orang wakil, pihak Masjid juga dikehendaki memberikan wang sebanyak RM50 kepada setiap individu yang mewakili Masjid masing-masing.

Dan wakil Masjid-masjid tersebut dikehendaki melaporkan diri dihadapan Pejabat JKR Batu Pahat..

Ini dah jadi kes menipu diri sendiri ni.. takut tak ramai yang sudi hadir ke majlis Njib itu.. habis dikerah semua Imam untuk hadir ke majlis Najib..

Sudahlah begitu dibelasah pula duit Masjid yang disumbangkan oleh orang ramai kepada Masjid untuk kegunaan Masjid sebagai upah kepada wakil yang dipaksa itu..

Terdesaknya UMNO Johor ya...



dari blog: Anak Sungai Derhaka



Selasa, 10 April 2012

CERAMAH MEGA COUNTDOWN 10 HARI BERSIH 3.0 DI KSS KG BARU



Tarikh : 17 April 2012
Masa : 8.00 malam
Tempat : Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, K.Lumpur

Hadir dan turut berucap :

Hj Mohamad Sabu (Penggerak demokrasi)
Tian Chua (KEADILAN)
Nurul Izzah (KEADILAN)
Antony Loke (DAP)
Teressa Kok (DAP)
Pak Samad Said (BERSIH)
Maria Chin (BERSIH)
Husam Musa (PAS)
Tukar Tiub (Hishamuddin Rais) - NGI
Aziz Bari (bekas Prof. UIA)
Dr. Nasir (PSM)
TS Kadir Sheikh Fadzir
Nyanyian lagu baru "Mentari Kuning Menyalalah" oleh BLACK (Amin Iskandar) - NGI
Kemunculan khas Aisyah
che'GuBard (SAMM)
Adam Adli dan wakil2 mahasiswa
Elizabeth Wong (PKR)
dan ramai lagi pimpinan dan wakil - wakil organisasi massa
Anjuran SAMM, SMM dan 13 organisasi anak muda dan mahasiswa Malaysia.

BILA PENDIDIKAN JADI SAYUR DAN AYAM

Adam Adli | Apr 09, 2012

Sebelum saya dan anda tenggelam lebih jauh dalam tulisan ini, biarlah saya tekankan terlebih dahulu tujuan dan matlamat akhir perkataan dan ayat-ayat dalam tulisan ini disusun. Saya sedang cuba untuk mengolah kembali persetujuan dari semua orang bahawa pendidikan percuma adalah penting, relevan, dan tentu sekali perlu dituntut oleh semua orang tanpa perlu mengambil kira di mana letaknya diri anda dalam sistem masyarakat dan sosial hari ini. Di akhir tulisan ini juga, tidak keterlaluan jika saya katakan objektifnya adalah untuk mengajak anda bersama-sama untuk turun ke Dataran Merdeka pada tanggal 14 April yang akan datang bagi menggenggam hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma. Mesej utamanya; pendidikan bukan barang dagangan.

Umum ketahui, pendidikan adalah elemen penting dalam pembentukan insan dan Negara. Tanpa pendidikan dan kemahiran, kita akan terus mundur dalam pembangunan, tidak mampu bersaing dengan arus dunia, terpaksa bergantung dengan kemahiran orang lain, merencatkan rencana-rencana masa depan Negara, serta yang lebih penting melahirkan lebih ramai golongan yang tidak berfungsi. Rakyat yang tidak mendapat pendidikan secukupnya adalah rakyat yang gagal, dan pada skala lebih besar, Negara ini juga akan jadi Negara yang gagal. Tidak perlu kita jelaskan lebih banyak tentang peri pentingnya pendidikan dan penguasaan ilmu, sudah terang lagi bersuluh. Cuma yang menjadi persoalannya di sini, apabila kita sudah pun memahami keperluan dan kepentingan ilmu, dan kita mampu akui ilmu harus dimiliki oleh semua orang, persoalannya sekarang; berapa besar peluang untuk mendapatkannya dan bagaimana pula ilmu ini dilayan sebagai suatu perkara yang mulia.

Negara kita mempunyai sekurang-kurangnya 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan angka ini sentiasa bertambah. Di samping itu juga, kita turut memiliki ratusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Secara keseluruhan, kita mempunyai seramai hampir sejuta pelajar yang sedang menuntut di universiti. Pada permukaan, angka ini melegakan semua orang dan seolah-olah menjawab persoalan tentang peluang untuk anak-anak kita mendapatkan pendidikan setelah tamat pengajian di peringkat sekolah. Namun hati-hati. Kelegaan itu sebenarnya menjerat persepsi kita semua. Tidak perlu saya mengulas terlalu panjang, cukuplah saya simpulkan bahawa situasi tumbuhnya institusi-institusi ini sebenarnya bukanlah untuk membuka peluang belajar kepada anak-anak yang cerdik sebaliknya adalah peluang untuk membuat keuntungan dari keperluan masyarakat. Ramai yang menganggap, kenyataan ini hanya berkesan kepada kewujudan IPTS yang diakui mengaut keuntungan jutaan ringgit dari poket-poket ibu bapa dan pelajar yang sanggup membayar mahal, namun kita lupa tentang kewujudan lintah darat PTPTN yang menguasai pelajar dari IPTA-IPTA seluruh Negara.

Bagaimana menteri yang tidak hormat siswa dilantik jaga universiti?

Persepsi umum menganggap, IPTA kononnya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dan PTPTN adalah satu rahmat yang harus disyukuri oleh semua hamba rakyat. Namun tidak disedari bahawa, IPTA yang kononnya adalah institusi awam sebenarnya telah lama diswastakan! Fakta mudah untuk diketahui oleh semua orang adalah; PTPTN tidak lagi menerima suntikan dana dari kerajaan, sebaliknya terus-menerus bergantung kepada pusingan keuntungan yang tidak ada bezanya dengan bank-bank dagangan mahupun ceti-ceti haram dan halal yang beroperasi dalam Negara kita. Memakan hasil keuntungan dari faedah dan riba, yang diperah melalui titik peluh graduan yang telah berkerja. Maka yang demikian, adalah tidak adil buat kita untuk mengatakan bahawa PTPTN adalah satu bentuk amal jariah yang disediakan oleh kerajaan kita untuk pelajar-pelajar yang menuntut di universiti. PTPTN hanyalah ceti yang dilesenkan oleh kerajaan untuk menabur hutang kepada pelajar tanpa rasa bersalah. Alangkah terkejutnya bila kita selama ini seolah-olah tidak menyedari bahawa pemberian hutang sebegini adalah amalan yang seharusnya ditentang sejak dulu lagi. Menjadikan anak-anak mahasiswa sebagai hamba kepada PTPTN hanyalah menghina kegigihan mereka yang menuntut ilmu dan sekaligus, menjadikan mereka sebahagian lagi anggota masyarakat yang akan terus menjadi hamba kepada pemodal kaya.

Dengan wujudnya sistem PTPTN ini juga, sekaligus menjadikan ilmu sebagai barang dagangan, bukan lagi entiti suci yang diangkat tinggi dalam kalangan masyarakat. Alangkah hinanya apabila ilmu menjadi barang dagangan, sedangkan kemuliaannya itu melebihi wang kertas. Ilmu sebenarnya tidak mampu dan tidak mungkin boleh diletakkan tanda harga seperti ayam dan sayur di pasar.

Apabila muncul perdebatan dan tawaran mengenai pendidikan percuma oleh orang-orang politik, saya melihat situasi ini sebenarnya mula membuka topeng-topeng pemain politik Negara. Saya terus percaya dan optimis bahawa pendidikan sawajibnya percuma di semua peringkat, yang menggelikan hati adalah kenyataan oleh bapak-bapak menteri dan politikus-politikus yang menentang idea pendidikan percuma ini. Lihat sahaja kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang terus-menerus mendakwa pendidikan percuma tidak relevan, mengurangkan kompetensi antara pelajar, serta merugikan kerajaan. Bagaimana kita boleh melantik orang yang tidak menghormati mahasiswa sebagai menteri yang menjaga universiti? Beliau dengan mudahnya menganggap bahawa pendidikan percuma melemahkan daya saing mahasiswa. Andai sahaja beliau mampu sedar bahawa bukan wang ringgit yang jadi ukuran terhadap daya saing pelajar, sebaliknya adalah minat dan keghairahan menuntut ilmu itu sendiri yang menjadi tanda aras persaingan antara mahasiswa. Tidakkah mahasiswa rasa terhina dengan kenyataan bapak menteri ini yang seolah-olah menganggap pelajar berusaha mendapatkan ijazah kelas pertama hanya untuk melepaskan diri dari hutang? Pelajar bukannya Gladiator yang berlawan di tengah gelanggang orang kaya untuk melepaskan diri dari menjadi hamba. Pelajar adalah penuntut ilmu yang mahu mengembangkan potensi diri.

Lupuskan hutang kroni untungkan kerajaan?

Tidak sah juga jika kita tidak melihat kepada kenyataan Perdana Menteri kita, Najib Razak yang juga berpendapat, membelanjakan wang yang besar untuk menanggung pendidikan di peringkat universiti adalah langkah yang merugikan kerajaan. Saya mula tertanya-tanya, adakah melupuskan hutang kroni sebanyak RM589 juta itu langkah yang menguntungkan kerajaan? Bagaimana pula perbelanjaan besar ketika beliau memegang portfolio pertahanan? Tidak juga ketinggalan, komisyen-komisyen yang dihulur kepada orang-orang tengah dalam pembelian senjata yang memakan belanja hangus jutaan ringgit selama ini; adakah ini juga tidak merugikan kerajaan? Mungkin membeli beg tangan dan barang kemas yang turut berjumlah jutaan ringgit buat isteri tercinta juga tidak merugikan beliau dan kerajaan beliau. Akhir sekali, kenyataan Negara bakal bankrap yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali turut mencuit hati saya. Tidaklah saya perlu mengulas panjang, cukuplah saya bertanya, adakah beliau telah lupa perjuangan beliau ketika zaman beliau bergelar mahasiswa dahulu? Kenyataan dan kewujudan orang-orang politik seperti mereka ini saya kira lebih merugikan Negara dari memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Pendidikan percuma bukanlah amalan yang pelik dan asing dalam kalangan Negara-negara merdeka. Tidak semestinya hanya Negara yang maju sahaja mampu menanggung pendidikan percuma buat rakyatnya. Lihat kepada Negara seperti Venezuela. Pendapatan perkapitanya hampir sama dengan Negara kita, mengapa mereka mampu untuk menyumbangkan dana yang besar kepada sektor pendidikan? Bukan kemampuan ekonomi semata-mata yang menjadi pemangkin kepada idea pendidikan percuma, sebaliknya juga keinginan politik atau "political will" turut memainkan peranan. Keengganan memberi pendidikan percuma buat rakyat Negara ini bukanlah kerana Negara tidak mampu. Hujah mengenai Negara tidak mampu dari segi ekonomi boleh dibakul sampahkan dengan mudah jika kita menyedari bahawa Negara kita kaya hasil bumi. Petronas sahaja mampu menyuntik puluhan billion, ditambah lagi dengan lain-lain sumber pendapatan Negara seperti FELDA, estet-estet getah, kuari-kuari bijih timah, besi, dan emas, lading-ladang tebu, sawit, dan sebagainya. Sektor industri Negara juga bernilai billion ringgit. Tidak mampukah kita menanggung pendidikan anak-anak mahasiswa?

Banyak lagi hujah dan analisa lebih terperinci untuk membuktikan bahawa pendidikan percuma bukan idea karut dan populis. Pendidikan percuma mampu untuk dinikmati oleh semua orang. Cuma yang menjadi penghalangnya bukanlah kemampuan ekonomi, sebaliknya adalah keinginan politik itu sendiri. Ahli politik pasti mempunyai sebab sendiri dengan tidak bersetuju terhadap idea ini. Kita tidak perlu mengusutkan otak untuk memikirkan sebab musabab dan punca keengganan mereka ini. Tugas kita adalah menuntut hak yang seharusnya telah pun kita genggam sekian lama dahulu. Pilihan raya telah dekat, dan ini adalah waktu terbaik untuk kita menuntut segala hak yang sekian lama dinafikan dari kita.

14 April ini, saya akan turun bersama rakan-rakan ke Dataran Merdeka bagi menuntut hak kita untuk mendapatkan pendidikan percuma. Anda bagaimana?

*ADAM ADLI ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). - dari blog Tukar Tiub

Ahad, 8 April 2012

KHIR TOYO BODOH SOMBONG!


Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.

Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.

Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.

Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.

Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan.

Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Datoí Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.

Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.

Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.

Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan?

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.

Faekah Husin.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor

Jumaat, 6 April 2012

MUKA TAK MALU MASIH MENGAKU KETUA PENERANGAN PKR CABANG AMPANG!


'KETUA PENERANGAN' KEADILAN AMPANG MUFLIS, TERLIBAT CBT

Apr 5 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 4 April: Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu.

Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya sebentar tadi.

Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini.
"Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust).

"Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012," kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang.

Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di 'Food Court Station Ampang Waterfront', masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500.

"Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau.

"Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini," ujar Zuraida.

Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998.

Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir.

"Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu.

"Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging," tegas Zuraida.

Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli.

Selasa, 3 April 2012

TIADA APA YANG BARU DAN MENGEJUTKAN DALAM PENDEDAHAN HASAN ALI

Dato' Dr. Hasan Ali, ketua NGO JATI mungkin merasa teruja dengan pendedahan beliau sendiri, yang kita kirakan amat mengejutkan berasaskan kepada tempoh yang begitu lama yang dijanjikan untuk membuat suatu pendedahan ekslusif. Kita yang menunggu juga mungkin merasa sedikit teruja untuk mengetahui akan isi kandungan pendedahan yang dikatakan 'menggemparkan' itu.

Apabila terdedah sahaja video tersebut, ternyata tiada apa perkara baru dan mengejutkan, jauh sekali dari menggemparkan! Kisah bagaimana sekumpulan mubaligh Kristian datang berlegar-legar di negara kita, menghulurkan sedikit bantuan, membuat sedikit kebajikan, beramah mesra, dan akhirnya mengajak kepada Kristian. Apa yang baru? Apa yang mengejutkan? Memang sejak sekian lama, mungkin sejak dari sebelum merdeka lagi usaha ini telah mereka jalankan, bukan saja di Malaysia bahkan di serata pelusuk dunia!

Apa tujuan yang tersirat di sebalik penubuhan sekolah-sekolah seperti St. John, St Mary, Convent dan berbagai lagi jenama sekolah? Apa pula yang ingin ditonjolkan dengan St John Ambulance, Rotary Club dan segala macam lagi?

Bukan saja di Malaysia, di segala ceruk rantau dunia itulah yang mereka lakukan. Terjadi sahaja bencana, sama ada bencana alam atau bencana peperangan siapa yang muncul dulu menawarkan bantuan? Lihat sahaja di Afghanistan, di Somalia dan sebagainya. Atas nama 'charity' pasti mereka dulu yang ke depan, mana pertubuhan Islam, mana dermawan Islam? Amal kebajikan yang diajarkan oleh Islam tidak ternampak di kalangan umat Islam, mereka yang lebih menonjol dalam hal ini. Jangan kata kita nak membantu beramal di negara bukan Islam, di negara Islam sendiripun kita kurang menonjol!

Tambah diburukkan lagi, perlembagaan negara yang kita warisi kini memang membolehkan orang Islam menukar agama alias murtad. Lihat sahaja kes yang terjadi kepada Aishah Haji Bukhari, anak seorang imam masjid dan Hartina Haji Kamaruddin, anak seorang peniaga sate. Undang-undang telah menyebelahi dua orang yang murtad ini.

Apa perlembagaan kata tentang ini? Article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan tanah air kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut  kita sendiri. Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, maka undang-undang syara' akan terbatal, sesuai dengan Article 4 yang menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah   dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum  syara'.

Maksud agama rasmi Malaysia adalah Islam hanyalah kepada acara-acara rasmi yang hendaklah dibuat mengikut tatacara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dan lain-lain. Tak lebih dari itu. Bab  muamalat, politik, ekonomi tidak disentuh langsung!

Sebenarnya banyak lagi kes-kes murtad yang terjadi sejak sekian lama. Bagaimana kisah Joshua Jamaludin, bagaimana kisah seorang perempuan Melayu di Teluk Intan menganut Buddha dan akhirnya menjadi sami, bagaimana kisah seorang perempuan Melayu di Melaka yang berkahwin dengan seorang Cina, telah beranak bercucu dengan menjalani kehidupan sebagai seorang Cina dan mati sebagai seorang penganut Buddha.

Salah siapa sebenarnya gejala ini? Adalah sangat janggal kalau kita ingin menyalahkan pihak bukan Islam kerana pastilah penganut mana-mana agama akan mengatakan dan merasakan agama mereka yang paling betul dan baik dan berusaha menarik orang lain mengikuti agama masing-masing. Dan kalau penganut agama Islam di Malaysia yang dilindungi dengan berbagai undang-undang dan akta, didedahkan dengan segala kemudahan pembelajaran dan ilmu, masih juga ingin berpindah ke agama lain, salah siapa sebenarnya?

Perkara ini sebenarnya pernah disebut oleh Rasulullah SAW dengan berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita". Sahabat lalu bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi."Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ? Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Jadi dalam hal ini, APA KEJADAHNYA Hasan Ali menghalakan pelurunya kepada PAS, PKR dan DAP?

Khamis, 29 Mac 2012

PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DAN NALLA JAHIL MELAMPAU?


KUALA LUMPUR 29 Mac: Ugutan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah dan Senator S. Nallakarupan untuk mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menandakan mereka jahil undang-undang.

Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran (gambar) berkata, kenyataan Shafee dan Nalla menunjukkan kejahilan melampau berkenaan prosedur itu di Parlimen Malaysia dan negara Komanwel.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk.

“Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Bercakap lanjut, Surendran berkata rakyat tidak pernah percaya dengan pembohongan tanpa sebarang rasa malu yang dilakukan oleh Nallakaruppan dan konco-konconya yang sentiasa cuba menyerang peribadi Anwar.

“Mereka (rakyat) memberikan sokongan, kepercayaan, dan simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpin beliau,” kata Surendran.

Memetik laman Malaysiakini, 28 Mac lalu, Shafee dan Nalla, beserta Anuar Shaari, Umi Hafilda Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan penubuhan ‘Gerakan Anti-Anwar’.

Ia kononnya bertujuan menyekat kemaraan politik Anwar, dan salah satu caranya adalah dengan mengusulkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parlimen untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang - KeadilanDaily.com

KOMEN HUSAM MUSA TENTANG PENJUALAN LADANG TABUNG HAJI


RANCANGAN "SPONTAN" DI ASTRO BUAT LAWAK TENTANG KUBUR ORANG ISLAM

Malam semalam (28 mac 2012) aku termenonton siri lawak "Spontan" yang disiarkan oleh Saluran 132 Astro (Astro Warna) kerana siaran yang lain lebih memboringkan aku. Pada mulanya aku tertarikla juga dengan siri yang di hoskan oleh Sharifah Shahirah ni memandangkan artis-artis yang ditampilkan seperti Afdlin Shauki dan Bob Kuman memang aku minat.

Tetapi apabila ada satu segmen tu yang mempermainkan kawasan perkuburan orang Islam, maka aku segera tertanya-tanya....dah kering idea sangat ke engkorang ni ....

Cuba bayangkan, seorang artis jemputan dihadapan background kawasan tanah perkuburan, ditanya oleh para peserta yang lain... Apakah pakaian yang boleh dipakai untuk pergi ke situ? Jawab sang artis bingai tersebut antaranya adalah pakaian mandi kerana kawasan itu panas.... Bertanya pula yang lain nampak batu-batu kat situ (batu nesan le) dijawab pula olehnya...tu batu bersejarah....macam batu-batu di Candi Borobudur....Ditanya lagi....boleh tak buat parti kat situ ... dijawabnya boleh...seperti parti tupperware, parti pirex......

Apa punya idea lawak cam ni......bingai betul........

CERAMAH PERDANA DI WANGSA MAJU SABTU INI