RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 13 Jun 2012

RAFIZI RAMLI AKAN TENTANG ONG TEE KIAT DI PANDAN?

Desas-desus semakin kencang bertiup bahawa tokoh muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Pandan bagi berdepan dengan bekas presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Kiat, yang juga merupakan penyandang jawatan bagi kerusi tersebut.

Ketika berlangsungnya ceramah 'Merdeka Rakyat' yang diadakan di Taman Seraya, Pandan malam tadi, beberapa orang penceramah telah beberapa kali memberi bayangan bahawa tokoh muda yang terkenal dengan pembongkaran kes 'lembu duduk kondo' sehingga membawa kepada pengunduran Shahrizat Jalil dari jawatan menteri, akan dicalonkan bagi kerusi tersebut. Bahkan Datuk Dr. Tan Kee Kwong secara terang-terangan mengumumkan bahawa Rafizi sah akan dicalonkan oleh Pakatan bagi merampas kerusi Pandan dari tangan Tee Keat. Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan dan laungan gembira dari ribuan hadirin yang memenuhi tapak pasar malam Taman Seraya.


Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan tokoh muda yang kian menyerlah dan terkenal di kalangan para penyokong pembangkang di negara ini.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu tetapi membesar di Kemaman dan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992, Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh, Pembahas Terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

Ketika di sekolah, Rafizi aktif dalam persatuan dan menjadi Presiden Badan Revolusi Agama, Presiden Pancaragam Tentera, Presiden Persatuan Bahasa Melayu, dan Ketua Pengarang The Malay College Magazine. Oleh kerana itu Rafizi Ramli dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan daripada ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.

Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.

Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di Leeds University , London (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ; Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Selepas tamat belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun dan diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003.
Selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan , beliau diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

Seterusnya Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant .Beliau menjadi Pengurus termuda semasa dilantik Petronas di Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007).

Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) dan menjadi Pengurus Kanan termuda semasa dilantik. Beliau dipertangungjawabkan menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia Petronas dengan aset melebihi RM30 bilion. Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) .Ketika ini beliau menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

Pada 2009 beliau pindah ke Pharmaniaga Berhad sebelum meletakkan jawatan dan menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sejak di MCKK beliau telah berminat dengan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau antara tokoh yang diminta bertanding dalam pilihan raya 2008 tetapi beliau menolak.

Debat Sinar: Rafizi vs Khairy 2012

Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isu PTPTN, pendidikan percuma, IPTA dan kelangsungan IPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Rumusannya, sudah sampai masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)

Pendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat

Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil. Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Jika gagal mempertahankan diri, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

1 ulasan:

  1. tapi gua lebih setuju kalau
    rafizi menentang khairi di pru13 nanti.
    gua cukup yakin rafizi boleh menang.
    berdasarkan debat rafizi vs khairi baru2 ini.

    BalasPadam