RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 21 Jun 2012

BRIG. JEN. (B) DATUK ABD HADI CALON PR DI PARLIMEN SETIAWANGSA?

Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hadi, bakal calon PKR
Parlimen Setiawangsa?
Semakin dekat dengan PRU 13, semakin kencang gosip-gosip dan perkhabaran yang dibawa angin tentang siapakah calon-calon yang bakal dipertaruhkan sama ada oleh PR mahupun BN. Sudah pastilah setiap parti mahukan calon terbaik dan 'winnable' mewakili parti masing-masing.

Beberapa kawasan parlimen dan DUN kelihatannya seolah-olah sudah hampir pasti memuktamatkan calon masing-masing.

Salah sebuah kawasan parlimen yang masih belum kedengaran bakal calon yang akan dipertaruhkan pada PRU 13 nanti ialah Parlimen Setiawangsa. Sama ada PR mahupun BN masih belum menguar-uarkan calon masing-masing. Parlimen ini merupakan satu-satunya yang dimenangi oleh BN daripada sebelas kerusi parlimen Kuala Lumpur. Parlimen ini juga merupakan salah sebuah kawasan parlimen yang mempunya bilangan pengundi pos yang tertinggi iaitu lebih dari 11,000 pengundi, iaitu 8,323 orang tentera, 2,830 polis dan 49 orang pengundi luar negara. Jumlah keseluruhan pengundi berdaftarnya ialah 58,925.

Pada PRU 12 lalu, calon BN, Dato' Seri Zulhasnan Mohd Rafiqe memenangi kerusi tersebut dimana beliau memperolehi undi yang banyak dari peti-peti undi pos, berbanding calon PKR, Ibrahim Yaacob.

Sejak beberapa bulan yang lalu beberapa nama berlegar-legar di kalangan penyokong PR yang dikatakan akan dicalonkan oleh PR bagi mewakili parlimen tersebut iaitu bekas calon PRU 12 Ibrahim Yaacob, Pengerusi MPN WP, Dr. Idris dan terkini Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab.

Sekiranya benar Brig Jen Hadi dicalonkan, sudah pastilah akan membuka peluang kepada PR memberi saingan hebat kepada BN di kerusi yang mempunyai pengundi tentera yang begitu ramai. Pada malam ini (21 Jun 2012) Brig Jen Hadi akan berucap di majlis Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, di Tapak Pasar Malam, Air Panas, Setapak (dalam parlimen Setiawangsa) bersama-sama dengan DSAI. Apakah DSAI akan mengumumkan secara rasmi Brig Jen Hadi sebagai bakal calon Parlimen Setiawangsa bagi mewakili PR? Sama-samalah kita tunggu pada malam ini ....





1 ulasan:

  1. apa punya strategi la.......polis & askar tak kan peduli yg dah tekeluaq ring (pencen) walaupun dulu depi ni berbintang2. pelapis2 baru bukan takdak kot!

    BalasPadam