RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 21 Februari 2013

MASIH ADA YANG BERAHI UNTUK MENJADIKAN TENGKU RAZALEIGH SEBAGAI PM PAKATAN?


Al-kisah maka berpuputlah sang bayu membawa berita, yang kadang kala kencang dan terkadangnya pula berpuput lembut sepoi-sepoi bahasa, akan kononnya terdapat sekelompok firqah kecil di dalam salah sebuah komponen PR (bukan PKR atau DAP) begitu berahi untuk menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM baru sekiranya PR Berjaya menumbangkan UBN. Bagi mereka Anwar Ibrahim kurang layak menduduki kerusi panas tersebut!

Sang bayu juga mengkhabarkan bahawa maudhu’ ini bukanlah sekadar berita angin atau cakap-cakap kosong di Papan Utama Bursa Politik Malaysia, kerana puak-puak dalam firqah ini telahpun mengirin delegasi bagi memujuk Ku Li untuk menerima jawatan tersebut. Malahan yang lebih menyolok mata, mereka tergamak mengirim seorang ulamak kanan bagi menyampaikan hasrat hati sanubari mereka kepada DSAI, sehingga menyebabkan DSAI berkecil hati dengan sang ulamak ini yang pernah beliau sanjungi!

Kadang-kala kita merasa amat hairan, pelik, keliru dan entah apa lagi perkataan yang sesuai  digunakan, bila memikirkan akan tingkah laku firqah ini. Bagaimana cara berfikir merekapun begitu amat mengelirukan.

Bagaimana mungkin mereka masih terliur dan berahi dengan Ku Li, seorang pemimpin yang masih setia bergelumang di dalam UMNO dan BN? Malahan Ku Li pernah belot dan meninggalkan pengikutnya di dalam Semangat 46, dan rakan gabungannya di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat, untuk kembali mendakap UMNO. Ku Li juga tidak menyumbang apa-apa dalam perjuangan rakyat terkini. Kalau hanya sekali sekala mengusik-usik nakal menghentam UMNO-BN di dalam tulisan dan ucapannya, bukan bermakna beliau menyokong PR.

Malahan, sebagaimana penulis nyatakan sebelum ini, Ku Li adalah lebih teruk dari pemimpim-pemimpin UMNO-BN yang lain kerana beliau menghentam UMNO tetapi masih setia dan selesa duduk di dalamnya. Beliau tahu dan sedar UMNO-BN itu “busuk” tetapi beliau masih menjunjung tinggi parti cap keris tersebut. Ibarat orang yang tahu “tong taik” itu kotor, najis dan busuk tetapi masih setia berenang dan berguling di dalamnya!

Kepada puak-puak ini kita ingin bertanya, apakah sumbangan Ku Li terhadap perjuangan rakyat masakini? Apakah sumbangan Ku Li terhadap perjuangan Pakatan Rakyat? Apakah sumbangan Ku Li terhadapat penyatuan rakyat dari perbagai bangsa dan suku kaum itu yang kini begitu selesa dan gembira di bawah panji-panji PR? Apakah sumbangan Ku Li terhadap kebangkitan rakyat masakini?

Ah……mereka tidak dapat berfikir lagi….fikiran mereka telah berjerubu….sehingga tergamak menggores hati DSAI……Sedangkan DSAI lah pemimpin yang berjaya menyatukan parti-parti penentang UBN dari berbagai ideologi, DSAI lah pemimpin yang berjaya menyemarakkan api perjuangan rakyat dari berbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama, DSAI lah yang saban hari menjelajah ke seluruh pelusuk Negara termasuk Sabah dan Sarawak demi mengangkat martabat rakyat!

Ahhhhhhh….kalaulah khabar ini benar……….!!!!!!!

2 ulasan:

  1. Tindakan Bangang dan Bodoh puak dalam parti yang tidak menggunakan ilmu. Sah ini jenis munafik politik!!!!

    BalasPadam
  2. PENGORBANAN ANWAR TERLALU BESAR BERBANDING KU LI. TANPA ANWAR, MAMPUKAH PR ADA DI TAHAP INI ?? SESETENGAH ULAMAK2 HANYA TINGGI DLM ILMU AGAMA TAPI AMAT DANGKAL DLM SENI POLITIK. SIAPA KU LI YANG SENANG2 NAK DIANGKAT MENJADI KETUA DLM PR ?? SEWAKTU RAKAN2 LAIN BERTUNGKUS LUMUS DLM USAHA MAHU MENGKAFANKAN UMNO, KU LI MASIH SELESA DIKELILINGI BANGSAWAN. ADILKAH INI KEPADA ANWAR ?? LUPAKAN HASRAT YG MENGARUT INI KERANA IANYA HANYA AKAN MELEMAHKAN IKATAN DALAM PR ITU SENDIRI. SEBULAT SUARA KITA DEMI SELANGKAH LAGI KE PUTRAJAYA !!!

    BalasPadam