PETALING JAYA: Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dicabar untuk bertanding mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac ini.
Pengerusi AMANAH Kelantan itu dicabar oleh PAS Putrajaya dengan tujuan untuk melihat sama ada parti itu diterima oleh rakyat di negeri berkenaan atau sebaliknya. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, PAS kawasan itu menyatakan PRN Sarawak akan menjadi penentu kepada masa depan parti tersebut.
“AMANAH pernah menyatakan hanya akan bertanding di negeri Pantai Barat Semenanjung sahaja. Tetapi, hari ini telah membayangkan akan bertanding di Kelantan, Terengganu dan Kedah pula.
“Kalau rasa kuat sangat, masuklah lawan di Sabah dan Sarawak. PRN Sarawak tidak sampai tiga bulan lagi,” kata kenyataan itu yang turut menuduh AMANAH ditubuhkan bagi membantu UMNO.
Baru-baru ini sebuah laman portal melaporkan Wan Abdul Rahim sebagai berkata, beliau bakal bertanding di Kelantan sekiranya tidak mencapai kata putus menerusi rundingan dengan kerajaan negeri itu. Bagaimanapun katanya, keputusan muktamad untuk meletakkan calon atau tidak hanya akan dibuat oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan sebelum ini berjuang selama 30 tahun dalam PAS dan kemudian keluar dari parti berkenaan untuk menyertai AMANAH dan kini dilantik sebagai pengerusi parti itu di Kelantan.
memang cabaran bodoh
BalasPadamkita pun nk cabar pas sila nasihatkan najib
yg sepatutnya.. nk tgk berjaya atau akhirnya
jadi balaci juga
PAS....alahaiii jangan mimpi la nak menang di sarawak...di penang pun hanya dapat satu kerusi...
BalasPadam