RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Sabtu, 16 Januari 2016

SIKAP DOUBLE STANDARD DUA PEMIMPIN PAS, DIA JER YANG BOLEH BUAT!

BACA DUA BERITA DIBAWAH INI, DAN NILAI SENDIRI SIKAP DUA ORANG ULAMAK INI.

DIA BUAT SEMUA BOLEH. DIA BEBAS BERKAWAN DENGAN SIAPA SAJA. KALAU ORANG LAIN MESTI IKUT CAKAP DIA KALAU NAK BERKAWAN DENGAN ORANG LAIN!

PAS berhak jalin kerjasama demi syiar Islam, kata Hadi 


PAS tidak akan berhenti bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini. Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam program Nadwah Ulama 2016 bertajuk “Politik Terkini & Hala Tuju PAS” di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) di Batu Enam di Kuala Nerus, hari ini. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Datuk Hussin Awang, dan Ketua Penerangan PAS Negeri Mohd Nor Hamzah. 

Kata Hadi, beliau sendiri pernah mewakili umat Islam di negara ini suatu ketika dahulu untuk menjadi orang tengah dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman. "Pada waktu itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut. 

"Dengan urusan diplomatik itu, saya berjumpa dengan para pemimpin puak-puak bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian. Maknanya pada masa itu kita (PAS) jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya Umno," katanya. 

Hadi juga berkata beliau pernah berkongsi pandangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa. "Antaranya saya beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh Islam negara itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama. 

"Kita juga sedang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalin, takkan tak boleh. "Takkanlah nak bersalam pegang tangan pun tak boleh," jelasnya. – Bernama, 16 Januari, 2016.

Kerjasama putus jika PKR khianati Pas


PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa. "(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor. [ARTIKEL BERKAITAN: PKR tetap jalin kerjasama DAP, Pas]

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah. Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya. "Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi.

1 ulasan:

  1. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
    Telephone..Number:[+60]1123759663
    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia
    [[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    BalasPadam