Jika dibaca kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM, bermakna anda warga Putrajaya telah disahkan boleh terlibat dengan aktiviti pembangkang, kerana mereka telah menafikan mengeluarkan sebarang notis yang melarang warga perkhidmatan awam di Putrajaya dari terlibat dengan sebarang aktiviti pembangkang.
Sila baca kenyataan di bawah yang diterbitkan oleh
Malaysiakini:
JPM nafi halang penjawat awam sertai aktiviti politik Pakatan
Bernama
7:05AM Mei 3 2013
Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di bawah jabatan itu, mengeluarkan notis melarang warga perkhidmatan awam yang tinggal di Putrajaya melibatkan diri dalamsebarang aktiviti politik Pakatan Rakyat.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Othman Mahmood berkata notis itu, yang menggunakan nama serta logo BPH, mendakwa tindakan akan diambil ke atas penghuni Putrajaya yang berbuat demikian.
"Pihak JPM ingin menegaskan bahawa BPH tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau Notis Peringatan tanpa pengesahan cap rasmi jabatan, dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lambang serta logo rasmi BPH seperti yang disebar dalam media massa dan media sosial, serta ditampal di beberapa tempat di kuarters Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata JPM sudah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya petang ini agar perkara itu disiasat.
Othman turut mengingatkan warga perkhidmatan awam, terutama yang tinggal di Putrajaya, agar berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu menggunakan nama serta logo jabatan dan agensi di bawah JPM oleh pihak tidak bertanggungjawab.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan