RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 7 Mei 2013

KALAU DAP BOLEH BERJIWA BESAR, PAS JUGA PERLU MENUNJUKKAN CONTOH YANG SAMA

TIDAK DAPAT DINAFIKAN SUMBANGAN
TAN SRI KHALID SEBAGAI MB TURUT MENJADI
FAKTOR KEJAYAAN PR SELANGOR DALAM PRU 13
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan tegas memberi jaminan bahawa walaupun partinya mendapat lebih kerusi di Dewan Rakyat, parti itu akan tetap menyokong DSAI sebagai Ketua Pembangkang sepertimana mereka telah menyatakan persetujuan bahawa mereka menyokong DSAI sebagai Perdana Menteri.

"Memandangkan Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan, maka DAP tetap akan menyokong Saudara Anwar sebagai Ketua Pembangkang, sebagaimana kami menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri," tegas beliau.

Sebelum PRU 13 berlangsung, DAP Perak turut menegaskan bahawa sekiranya PR Perak berjaya membentuk kerajaan mereka tetap akan menyokong DS Nizar Jamaludin dari PAS sebagai Menteri Besar tanpa mengambil kira berapa kerusi yang mereka perolehi!

DAP telahpun melahirkan keikhlasan mereka terhadap perjuangan dan aspirasi PR tanpa memikirkan kepentingan diri. Dan kini giliran PAS pula menunjukkan contoh yang sama dengan tidak menuntut kerusi MB Selangor hanya disebabkan mereka mempunyai lebihan satu kerusi dari PKR. PAS haruslah ingat bahawa antara sebab pengundi memilih PR untuk memerintah Selangor, sedikit sebanyak adalah juga berdasarkan faktor kecemerlangan Tan Sri Khalid Ibrahim memimpin negeri tersebut.

Dan harus diingat juga bahawa kekurangan satu kerusi PKR itu juga adalah hasil sumbangan (pengkhianatan)   PAS Kota Damansara yang telah meletakkan calonnya di kerusi yang pasti menang untuk PKR!

Rasanya formula terbaik untuk Selangor adalah MB untuk PKR, Speaker DUN untuk DAP dan Timbalan MB untuk PAS. Selangor memang pernah mempunyai Timbalan MB antaranya ialah Dato' Abu Sujak Mahmood dan Allahyarham Dato' Zainal Abidin Ahmad. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, PAS perlu diberi tambahan kuota EXCO.



9 ulasan:

  1. sebaiknya macam tu la.kekal TS Khalid sbg MB.ini kerana trade record dia sblm ni mamang baik.

    BalasPadam
  2. Kalau aku senang saja... MB tetap TanSri Khalid.. PKR akan dapat 2 exco dan Speaker manakala Pas dan Dap akan dapat 4 exco setiap parti habis cerita...Mat Taib pun kata Khalid adalah MB terbaik pernah dilahirkan Selangor.... Azmin kalau gamak dia gatai sangat suruh dia jadi Speaker Dun....

    BalasPadam
  3. tak yah bg kat pas, nanti bergaduh mb ngan exco macam kat kedah

    BalasPadam
  4. Diharap ada pihak yang mengambil inisiatif untuk buat petition online supaya Tan Sri Khalid dapat dikekalkan

    BalasPadam
  5. Pada mulanya aku sedih sgt bila keputusan PR kalah dlm pilihanraya. Tapi hari ini aku merasakan disebalik kesedihan tersembunyi hikmah ALLAH dari kekalahan ini. Bayangkan jika PRU13 lepas PR menang, tidak ke huru-hara berebut jawatan PM seperti apa terjadi diSelangor? Pemimpin2 PAS yg tamak haloba seperti Ust Azizan penyebab utama Kedah terlepas ketangan UMNO. Jika Selangor melantik MB dari kalangan PAS pasti PRU14 Selangor akan jatuh ketangan UMNO melainkan YB Khalid Samad, dialah yg sesuai dikalangan PAS utk jawatan MB diSelangor tapi dia bukan anak Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan pandangan dan pendapat saudara. Pemimpin2 Pas sudah mula bersikap seperti Umno berebut2 mengejar jawatan. Sudah lupa amanat Allahyarham Ust Fadzil, sudah lupa pengajaran dari Peperangan Uhud. Calon2 Pas menang bukan kerana rakyat memilih Pas tapi memilih Pakatan Rakyat.Di Selangor Pas berjaya kerana tidak ada Hassan Ali yang mengacau. Tapi, apabila menang Pas janganlah pula jadi pengacau. Rakyat Selangor mahukan seorang Menteri Besar yang cekap, bersih dan mempunyai visi. Kualiti ini ada pada Khalid Ibrahim. Selama 5 tahun rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan berbanding negeri2 lain, sehinggakan dicemburui oleh rakyat luar Selangor. Kenapa semua ini ingin diganggu gugat? Lihat apa jadi pada Pas Kedah yang MB nya jenis keras kepala. Sekarang menonggeng tersungkur, tersembam. Pas Selangor mahu kerajaan Selangor jadi macam itu???? Fikirkan. Jangan nanti rakyat Selangor jadi meluat dan menendang Pas tersembam ke bumi.

      Padam
  6. YB Khalid Samd tidak boleh menjadi MB sebab dia bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen.

    BalasPadam
  7. Semasa PRU 12 - Perak, PKR dapat lebih kerusi dari PAS tapi PKR bagi PAS jadi MB. Oleh itu tiada masalah kiranya PAS Selangor mengambil pendirian yang sama seperti PKR Perak 2008 lalu.TSKI telah terbukti berkemampuan melawan asakan barisan pembangkang Selangor dan membawa keamanan serta keharmonian negeri Selangor

    BalasPadam
  8. sye sokong TSKI jd MB Selangor..sbb beliau rumah kwsan setinggan mak sye akhirnya siap jugak..kalo nk harapkan yg dulu2 punye MB berjanggut la..sye nk TSKI jd MB Selangor

    BalasPadam