Ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua. Hakikat sebenarnya gabungan 13 parti yang membentuk Barisan Nasional sebenarnya ditolak oleh lebih dari separuh rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan dan latar belakang hidup! Sebenarnya gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyatlah yang sepatutnya menerima mandat membentuk kerajaan baru di negara ini berdasarkan undi popular yang diterimanya. Namun sayang! berdasarkan sistem pilihan raya yang diterima pakai di negara ini menyebabkan golongan yang menerima undi yang lebih rendah mendapat lebih banyak kerusi.
Sebenarnya perkara ini pernah penulis perbincangkan lama dulu, bahawa suatu hari nanti bakal berlaku pihak yang menerima undi lebih rendah akan dapat mandat untuk memerintah berdasarkan sistem ini. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan persempadanan kawasan pilihan raya. Bayangkan kawasan parlimen di kota-kota besar jumlah pengundinya sehingga 80 ribu atau lebih lagi, iaitu bersamaan dua atau tiga kawasan parlimen di bandar-bandar kecil. Keadaan ini menyebabkan PR yang mendapat sambutan yang begitu besar di bandar-bandar besar mendapat kurang kerusi daripada BN yang mendapat sambutan di kampung-kampung. (Kini BN bolehlah dianggap "jaguh kampung" atau parti kampung!)
Keputusan PRU 13 jelas menunjukkan fenomena ini. Bagi kerusi Parlimen, BN mendapat 5,237,699 undi berbanding parti Pakatan Rakyat yang mendapat 5,623,984 undi. Gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP juga mendapat lebih banyak undi di DUN, mendapat 4,879,699 berbanding 4,513,977 undi diterima oleh gabungan 13 parti itu.
tengok jasa MB T.S. Khalid sifat amanah terpuji, beri dia peluang wahai saudara saudara ku. Yang komen banyak nampak datang dari bekas pemimpin Pas yang kena buang. Jangan termakan komentat komenta meroyan itu. T.S. Khalid tak minta jawatan, ramai percaya kebolehannya menerajui korperat korperat besar dan berjaya.Lihat ASN masa dia pegang pulangan lebih 12% tengok sekarang tak sampai 9%, dia betul betul nak tolong rakyat bawah.Masa dia jaga pernah dengar korperat rugi.Pada pandangan saya Dia patut jadi penasihat kewangan Malaysia daripada bagi pada penipu dan perasuah sampai berhutang 500 billion lebih. Tengok duit lebihan Selangor 2.5 billion. Buka mata, dia membenarkan mengimarakkan masjid, jemput penceramah ugama yang memikat orang muda dekati Islam, itu sudah baik bang.
BalasPadamBiar betul betul memahami Islam agar di lihat rakyat lain ia nya indah.Saya bersyukor ke hadrat Allah, kerana mengurniakan pemimpin ini.