RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 3 Mei 2013

MESEJ DARI DSAI SEMPENA PRU 13 - INI KALI LAH!













Selamat mengundi Malaysia – Ini Kali Lah


MAY 5, 2013

Ini adalah yang paling penting semenjak 56 tahun kemerdekaan. Ia adalah masa untuk rakyat Malaysia membentuk Malaysia Baru. Memang benar, negara kita sudah merdeka, tetapi kemerdekaan yang lebih besar adalah kemerdekaan daripada sebuah kerajaan yang zalim di bawah pemerintahan BN.

Menjelang hari-hari terakhir kempen, kita akan dihidangkan dengan insiden-insiden buruk pada hari pengundian, kekecohan semasa pengiraan undi dan pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dicemari oleh muslihat kotor BN dan agensi-agensi kerajaan yang mahu merampas kemenangan pilihan raya daripada tangan kita. Anggota keselamatan negara dan agensi yang seharusnya bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas mereka secara jujur, bebas dan saksama akan bertindak dengan cara yang sangat berpihak, seterusnya menjadikan pilihan raya ini tidak lagi bebas dan adil.

Namun semangat pengundi Pakatan Rakyat yang berkobar-kobar untuk mengambil alih pemerintahan tidak harus dipadamkan. Semangat pengundi Pakatan Rakyat ini perlu diperkukuhkan lagi dengan kesungguhan yang jitu untuk memastikan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kuasa dan menang dalam pilihan raya umum ke-13.

Jentera Pakatan Rakyat di seluruh negara perlu berusaha keras untuk memastikan kehadiran mengundi yang tinggi. Jika 85 peratus daripada 13.3 juta pengundi keluar mengundi, bermaksud lebih daripada 11 juta rakyat Malaysia mengundi pada hari itu. Setiap undi amat penting. Keluarlah mengundi lebih awal.

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan warga asing mengundi secara tidak sah, setiap pengundi Malaysia yang tulen mesti peka dengan persekitaran semasa mengundi. Semua pengundi tulen perlu memerhatikan secara teliti pengundi yang berhampiran mereka di tempat mengundi, berbual dengan mereka dan jika mereka berkelakuan aneh, laporkan segera kepada ejen parti dan pemantau yang berada di pusat mengundi.

Bagi pengundi yang celik teknologi, rakamkan segala yang mencurigakan dan hantarkan segera ke Facebook atau YouTube mereka. Jutaan rakyat Malaysia mesti merakam pengalaman mereka pada hari Ahad ini. Ia merupakan sejarah dalam pembuatan.

Jangan sekali-kali takut dengan ketakutan yang dijaja oleh BN. Menakutkan dan mengancam rakyat Malaysia telah menjadi dasar pilihan raya BN. Untuk 44 tahun, ketakutan yang sering diingatkan adalah tentang rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Hari ini, dua lagi ancaman baru telah dimomokkan. Pertama, kononnya Bursa Malaysia akan runtuh dan ekonomi akan rosak jika Pakatan Rakayat menang. Kedua, bahawa hudud akan diperkenalkan. Jangan takut dengan ancaman ini kerana berjuta-juta rakyat Malaysia yang akan mengundi untuk membawa Pakatan kuasa akan menyokong Bursa, jika harga menjunam.

Berkenaan hudud, PAS telah menerima bahawa ia hanya sebahagian daripada agenda parti itu, tetapi bersetuju bahawa hudud bukan matlamat Pakatan Rakyat dan tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini. Majoriti dua pertiga Parlimen diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan hudud, PAS, sedar bahawa mereka tidak boleh mencapainya secara bersendirian. Pas juga menyedari hakikat bahawa mereka perlu akur dengan matlamat bersama Pakatan Rakyat dan mesti bersama-sama dengan Pakatan Rakyat jika mahu mengambil alih kuasa dari BN.

 Jelas, semua ancaman rekaan BN ini adalah dangkal.

Untuk mengurangkan kesan-kesan pembelotan dan gejala lompat parti oleh mana-mana ahli parlimen yang tidak berprinsip dan tamak di dalam Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku di Sabah pada tahun 1991 dan Perak pada tahun 2009, rakyat Malaysia yang mahukan perubahan mesti memilih jumlah ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mencukupi. Majoriti mudah dicapai apabila 112 kerusi diperolehi daripada 222 kerusi. Tetapi mana-mana kemenangan Pakatan di bawah 130 kerusi tidak memberikan kusyen yang mencukupi jika lompat parti berlaku.

Saya yakin, jika jumlah rakyat Malaysia yang berfikiran waras boleh bertindak seperti ini, sudah pasti kita akan dapat memerintah negara ini dan mengambil alih kuasa daripada Umno dan BN.

Kita akan mempunyai kerajaan persekutuan baru yang akan membawa kita kepada Malaysia Baru:Malaysia yang lebih bebas, plural, liberal di mana semua individu, etnik, kaum dan agama adalah sama dari segi kedudukan dan hak mereka. Kedua, dan lebih penting Merdeka. Semoga Allah SWT memberkati kita dengan memastikan keputusan ini.

Ini Kali Lah!

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan