RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 9 Oktober 2015

KALAU USUL INI DITERIMA, PERGI MAMPUSLAH DENGAN PKR!

Aku merupakan salah seorang ahli PKR yang mendaftarkan diri sejak mula ia dilancarkan, di tengah- tengah iklim politik yang amat membara ketika itu. Aku terus berjuang dalam parti yang aku sanjungi dan pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Cabang, walaupun ketika itu aku masih menjawat jawatan dalam agensi kerajaan.

Namun akhir-akhir ini aku seakan-seakan amat tawar hati dengan parti yang pernah ku sanjungi. Sekian lama aku menjeruk hati.

Tapi bila mendapat berita kononnya ada 'bahlol' yang ingin membawa usul kepada presiden parti untuk meluluskan kerjasama dengan PAS supaya PKR dan PAS tidak bertembung sesama sendiri, namun PAS bebas pula bertanding di mana-mana kerusi yang ditandingi AMANAH dan DAP,  maka aku ingin mrempersoalkan kejujuran parti aku ini terhadap Pakatan Harapan yang PKR sendiri yang menjuarai penubuhannya.

Maka sekiranya usul ini diluluskan aku ingin katakan bahawa PKR adalah pengkhianat dan sama bahlol dengan yang pembawa usul itu, dan aku akan ucapkan SAYONARA PKR, dan aku akan mengetuk pintu AMANAH ataupun DAP!

1 ulasan:

  1. Klu kjaan pimpinan melayu menarik geran sek cina...dah.melalak.semua cina2 xXkira apa parti...tapi kamu semua diam membisu bila kjaan pimpinan dap berbuat demikian? Mana ckp2 jagoh nak pertahan islam dan melayu kamu? Apakah sifat dengki sakit hati terlalu kuat sehingga sanggup mengorban pendidikan anak bangsa? Kamu semua spesis umno ke? Rasis ke klu melayu mempertahan anak bangsa sendiri? Atau nak kene tggu smpi putrajaya jgk dulu? Atau kamu rasa bangga anak bangsa diperlakukan sedemikian...krn dendam politik kamu? Atau kamu tersepit krn terlalu byk mkn budi? Mana jagoan2 kencang disini? Dimana kamu? Tepuk dada tanya iman...

    BalasPadam