Walaupun kelihatan pada zahirnya MCA, terutama melalui sayap pemudanya, marah-marah kepada PM, marah-marah kepada UMNO atas beberapa isu yang berlaku mutakhir ini, tetapi akhirnya bila Ajib Gor datang bawak "gula-gula" semuanya balik asal... Cuma gertak sambal saja!
Walaupun dihina macam mana sekalipun akhirnya MCA atau MIC akhirnya akan akur kepada Big Brothernya. BN kelihatannya begitu kukuh sekukuh Tembok Besar Negara China!
Bagaimana pula PR? Asas penggabungan sejak dari awal lagi amat disangsikan. Bagaimana mungkin nak ada satu gabungan yang kompak kalau asas gabungannya adalah "bersetuju untuk tidak bersetuju?" Amat lucu sekali. Namun atas semangat untuk melihat wujudnya satu gabungan yang dapat nencabar keegoan BN maka majoriti rakyat jelata menyambut baik gabungan ini demi masa depan negara tercinta.
Akhirnya apa yang dikatakan "bersetuju untuk tidak bersetuju" akhirnya membuahkan hasil. DAP dan PAS saling bercakaran. PAS boleh bertanding melawan rakan sendiri atas "takwil" mereka sendiri. Rakyat jadi terpinga-pinga!
Kini diusahakan pula gabungan baru dengan nama yang begitu molek, Pakatan Harapan! Betullah kata Mahfuz, jangan jadi Menaruh Harapan, lagu Zaiton Sameon!
Belum apa-apa lagi sudah terserlah akan kepincangan gabungan ini apabila PKR awal-awal lagi sudah berlagak Abang Besar dengan membuat resolusi bagi pihak PH. Yang paling menyolok hati adalah PKR boleh mengadakan sebarang hubungan dua hala dengan mana-mana pihak yang mereka sukai!
Sepatutnya sebarang resolusi dan arahtuju PH mestilah lahir daripada perbincangan wakil-wakil gabungan PH, PKR, DAP dan AMANAH!
Apakah gabungan ini juga berpegang kepada prinsip asas "bersetuju untuk tidak bersetuju?" Kalau begini keadaannya maka dengan berat hati kita terpaksa mengakui bahawa BN adalah satu gabungan yang amat kukuh untuk ditewaskan!
Adiossss...
BN bukan lebih kukuah tetapi Paskatan makin lemah disebabkan Pas buat perangai bodoh sombong.
BalasPadamBN tak kuat semana tetapi kebodohan dan kesombongan pemimpin PAS proulamak membantu menguat dan memperkasakan UMNO/BN.
Padam