RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Ahad, 11 Oktober 2015

PKR DALAM SITUASI DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA!

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali telah menegas bahawa PKR akan terus menjalin kerjasama dengan PAS. Kita sebenarnya masih belum pasti samada kenyataan ini merupakan pendirian rasmi parti ataupun pendapat peribadi Azmi, sehinggalah presiden sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi.

Sebelum ini juga diberitakan Tian Chua juga ada memberi kenyataan bahawa tanpa kerjasama PAS, PKR boleh melupakan PRU 14 atau menghadapi kekalahan teruk.

Kita boleh memahami akan kebimbangan mereka kerana PAS pasti akan meletakkan calon-calon menentang Pakatan Harapan. PAS pasti tidak akan memikirkan samada menguntungkan BN atau apa sekalipun kesannya asalkan dendam berbalas. Kalau semasa masih sekelambupun mereka sanggup membelot dengan menggunakan 1001 macan alasan, apatah lagi kalau mereka bergerak sendiri!

Kalau begini senarionya pastinya PKR yang paling parah. DAP mungkin tidak terkesan langsung dengan tindakan PAS kalau melihat pola undian komuniti Cina, malahan PAS yang akan kalah teruk jika melawan DAP.

AMANAH sebagai pendatang baru tentunya tidak memikirkan sangat soal kemenangan, soal berapa kerusi boleh menang!

Yang akan mengaut laba yang besar adalah UMNO, bukan MCA atau MIC!

Kalau begini keadaanya apa pilihan yang PKR ada? Azmin sendiri berkata buat masa ini kita tidak ada semua jawapannya!

2 ulasan:

  1. Yang penting PKR mesti telan /biar mati mak,bapa masih ada dan bapa bolih kawin mak baru,jadi PKR terus bersama Pas dan buang Amanah dan DAP .jadi ada gabungan PKR dan PAS nanti Pas akan kawin dengam UMNO (mak Baru) dan tadbirlah Selangor dengan ikut selera mak bapak akau oarng.lah.

    BalasPadam
  2. PKR TK PERLU TELAN APA2 .

    TAKDE PERTARUHAN EMAK ATAU BAPAK

    TINGGALKAN PUAK JAHILIYAH YG PERTARUHKAN ISTERI

    YG NAMANYA PENYAKIT TU MESTI DIBUANG TERUS.

    KECUALI MAHU DITELAN ZAMAN

    BalasPadam