RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Memaparkan catatan dengan label cerita dongeng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita dongeng. Papar semua catatan

Rabu, 27 Januari 2016

BUAT RENUNGAN TOK GURU HAJI HADI DAN PARA WALAUNNYA, DANA RM2.6 BILION TU UNTUK MEMERANGI SIAPA AGAKNYA?

Salam hormat buat para pemimpin dan pendokong PAS terutama Tok Guru Haji Hadi. Kalau berdasarkan berita terbaru yang disiarkan oleh BBC, pihak Arab Saudi mendedahkan bahawa derma RM2.6 bilion tu bukanlah untuk memerangi Yahudi, ISIS jauh sekali DAP!

Yang didedahkan oleh sumber Kerajaan Arab Saudi, kononnya dana tersebut adalah untuk memerangi IKHWANUL MUSLIMIN!

Dalam konteks Malaysia, pihak manakah yang boleh dianggap daripada acuan Ikhwanul Muslimin atau paling mirip dengannya? Takkan PKR atau DAP dan tentulah jauh sekali AMANAH, kerana dia belumpun lahir!

Jadi apa yang tersirat, pihak yang ingin 'diperangi' adalah PAS!

Cuba baca berita di bawah ini:

Satu sumber Arab Saudi yang tidak dinamakan mengesahkan hari ini negara itu memberikan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, mengatakan ia untuk membantu perdana menteri memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia. 
Sumber kuat yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu BBC, derma itu diluluskan bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah – daripada poketnya sendiri dan wang negara itu. 
“Derma rahsia kepada Najib yang didakwa dipindahkan melalui transaksi bank di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, tidak berapa lama menjelang pilihan raya pada 5 Mei,” menurut laporan BBC itu. 
Menurut sumber Arab Saudi itu, derma itu diberikan disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, lapor BBC hari ini. 
BBC menyatakan pada masa itu, pakatan pembangkang termasuk PAS, yang "pengasasnya mengambil ilham daripada Ikhwan Muslimin, bagaimanapun, tidak terdapat bukti kuat menunjukkan pergerakan berasal dari Mesir itu mempunyai banyak sokongan di Malaysia". 
Sumber Arab Saudi itu juga memberitahu BBC, sumbangan itu adalah untuk membantu Najib dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya, mengupah pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial melalui kempen parti. 
"Tetapi mengapa Arab Saudi perlu ambil berat tentang pilihan raya terhadap bukan negara Arab yang terletak lebih 6,000 km (3,700 batu) jauhnya? 
"Jawapannya kata sumber itu, ia berhubung kebimbangan mereka terhadap kuasa Ikhwanul Muslimin yang semakin meningkat, yang dianggap sebagai organisasi pengganas," lapor BBC yang berpangkalan di United Kingdom itu. 
BBC melaporkan, Arab Saudi kecewa dengan beberapa kejadian di Mesir, di mana Presiden Mohammed Morsi sibuk menyatukan Ikhwan Muslimin di negara itu. 
"Ada 3 bulan lagi sebelum Morsi digulingkan tentera, dan Arab Saudi yakin pembangkang itu sedang disokong Ikhwan dan Qatar, yang menyokong Ikhwan dan kumpulan Islam lain di Timur Tengah, "katanya. 
Sumber Arab Saudi itu menyatakan bukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga Diraja Arab Saudi menyerahkan sejumlah wang tunai sebagai sumbangan peribadi kerana "Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan pernah mendapat manfaat lebih AS$100 juta derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi ". 
"Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia," katanya kepada BBC, "Ia serupa dengan bagaimana Arab Saudi beroperasi di beberapa buah negara." 
BBC melaporkan Arab Saudi dengan segera menyokong penggulingan Morsi di Mesir, memberikan kerajaan yang disokong tentera berbilion-bilion dolar bagi bantuan dan pinjaman. 
Jordan mendapat manfaat lebih daripada AS$1 bilion pembiayaan pembangunan Arab Saudi, sementara Riyadh mendepositkan lebih AS$1 bilion dalam bank pusat Sudan dan menandatangani urus niaga membiayai empangan di Sungai Nil. 
Maghribi dibekalkan dengan minyak, pembiayaan, pelaburan dan pekerjaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 
"Bagaimanapun, soalan masih ditanya mengenai kerahsiaan dan aliran berbelit pemindahan wang serta hakikat perdana menteri memulangkan 91% daripadanya hanya 4 bulan kemudian. 
"Baki AS$61 juta tidak diambil kira," kata BBC, menyatakan peguam negara mengisytiharkan fail penyiasatan ditutup. 
Seorang penyiasat korporat British dengan pengalaman luas dengan Timur Tengah memberitahu BBC AS$681 juta dibayar melalui bank Switzerland cawangan Singapura yang dimiliki para pemerintah Abu Dhabi. 
"Ia sangat keruh," katanya kepada BBC dalam laporan hari ini. 
"Kes ini tidak akan dibersihkan sepenuhnya sehingga Arab Saudi dan rakyat Malaysia melepaskan semua data transaksi, dan ia tidak berlaku. " ~ The Malaysian Insider

Selasa, 15 Disember 2015

ORANG YANG PERNAH MIMPI BERTEMU RASULULLAH SAWW SAHKAN TIADA KERJASAMA PAS-UMNO!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu anggota bukan Islamnya bahawa parti Islam itu tidak mempunyai niat untuk bekerjasama dengan Umno.  

Perkara itu dimaklumkan oleh ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam dalam sidang media di ibu negara hari ni.  “Saya telah sahkan dengan presiden (tiada kerjasama politik),” katanya di sini  

Komen al-Husseyn :  Tak ada apa yang nak dikomen... cuma teringatkan orang ni pernah cerita :   Saya belajar Islam dari pimpinan PAS. Saya belajar syahadah. Bahkan saya sudah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad (SAW). Bukan sekali. Sudah berkali-kali. Dan Dato’ Tuan beritahu kepada saya, ya benar awak bertemu Nabi Muhammad kerana nabi Muhammad tidak mengira bangsa. - senyum

Ciluk dari blog Al-Husseyn

Selasa, 17 November 2015

WALAUPUN INTIM, UMNO DAN PAS TAK AKAN NIKAH SECARA SAH!

Lim Guan Eng dalam satu program di Taman Templer telah mencadangkan supaya UMNO dan PAS menikah saja sementelah memang telah menjadi sekufu mengikut kata Tok Mufti MAZA.

Pernikahan dua sejoli yang sekufu memang digalakkan oleh Islam, yang mungkin Guan Eng juga maklum hasil keakraban beliau dengan Abang Mat Sabu.

Namun begitu amat mustahil perkahwinan dua sejoli ini akan menjadi kenyataan, paling tidak sebelum PRU 14.

UMNO pastinya tidak mahu ianya terjadi kerana wakil-wakil BN yang lain seperti MCA dan GERAKAN pasti membantah kecuali PAs menggugurkan agenda HUDUDnya. Sanggupkan PAS? Kalau begitu sama jugalah PAS berkawan dengan DAP!

Bakal-bakal calon UMNO di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS juga pastinya membantah kerana menutup periuk nasi mereka. Bukanlah disebabkan mereka yakin menang tetapi yang penting dana mencurah-curah masuk! Masyukkkkkk .....

Pastinya UMNO tidak mahu mengorbankan semua ini dengan menikahi PAS! Tetapi mereka akan terus membuaikan si dara yang perasan jelita itu supaya terus hanyut dengan impian sebuah pernikahan.

Yang penting bagi UMNO, PAS amat diperlukan bagi mencetuskan fenomena pertandingan tiga penjuru di semua kerusi DUN dan Parlimen, yang mana pastinya menguntungkan UMNO dan mungkin juga sekutu lainnya seperti MCA, GERAKAN dan MIC, jika PAS sanggup di perlembukan supaya meletakkan calonnya di kerusi-kerusi yang ditandingi DAP.

Kita boleh lihat contoh bagaimana pertandingan tiga penjuru hanya menguntungkan BN semata seperti kerusi Kota Damansara, Semenyih, Sungai Aceh dan Cameron Highland.

Bagi PAS pula, mereka juga sebenarnya tidak mahukan pernikahan yang tergesa-gesa ini, kerana jika berlaku pastinya menguntungkan AMANAH. Pastinya sekurang-kurang 50 peratus ahlinya, terutama yang 'harum manis' akan menyeberang titian termasuklah ADUN dan MP mereka!

Jadi kalau kita mengharapkan berlakunya 'Wedding of The Year' dalam waktu terdekat ini usah bermimpilah!

Jumaat, 13 Januari 2012

ISU DAKWAT KEKAL, KENAPA KERAJAAN BERDOLAK-DALIK?


Nazri dan Rashid dah mengaku. Rashid kata ada orang yang menghalang SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal masa PRU 12 lalu. Nazri pula telahpun mengaku bahawa beliaulah orangnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal tersebut kerana kononnya bercanggah dengan perlembagaan negara. Rashid menyanggah, kerana menurut beliau penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya tidak bersangkut-paut dengan perlembagaan, cukup diperingkat SPR sahaja. Macam mana ni? siapa yang menipu ni? Tapi kalau kita masih ingat pembatalan penggunaan dakwat kekal dikaitkan dengan kononnya ada pihak yang menyeludup masuk dakwat tersebut dan dikhuatiri akan digunakan bagi tujuan sabotaj.

Mungkin kerajaan UMNO-BN menganggap rakyat mudah lupa di atas pembohongan mereka.

Sila baca petikan berita dari Malaysiakini:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.

"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.
Turut terlibat dalam forum anjuran kerajaan Kelantan itu bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kanan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.

"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.

"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."

Jumaat, 6 Januari 2012

NAJIB ATAU KHALID YANG BERBOHONG?


SHAH ALAM 6 Dis: Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata, kerajaan negeri tidak pernah menerima cadangan untuk membangunkan projek perumahan kepada generasi kedua felda seperti yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan  permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.
“Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu,” kata beliau.
Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di Felda-felda di Hulu Selangor.
Khalid berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an iaitu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa.
Bagaimanapun katanya, ia ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya.
Khalid juga kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan Umno-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor.
“Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.
“Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun,” katanya.

Sabtu, 17 September 2011

YANG JUMPA HISHAMUDIN TU HASAN PUTU MAYUNG - HASAN ALI

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.

"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.



dari Malaysiakini


Komen TINTATAJAM


Saya kadang heran dengan sikap sesetengah daripada kita suka menabur fitnah dan menyebarkan khabar-khabar angin. Saya secara peribadi masih menyanjung Dato' Hasan Ali. Sedikit sebanyak beliau amat berjasa dalam menumbangkan kerajaan BN di Selangor. Jangan kita mudah melupakan jasa orang. Kita yang kononnya pejuang ISLAM dan KEADILAN hendaklah menunjukkan sikap kita selaras dengan perjuangan tersebut.


Kepada Dato' Hassan Ali ramai lagi di antara kami yang tetap bersama Dato' selagi Dato' beristiqomah di dalam perjuangan.