RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 21 Februari 2013

JADIKANLAH SEBAGAI IKTIBAR!

Akhirnya Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi membuat penjelasan berkaitan dengan sekeping gambar yang berlegar ligat di persada maya, yang merakamkan beliau berserta dengan dua orang pemimpin UMNO dan MCA dan beberapa orang lagi menunjukkan isyarat jari telunjuk yang bersamaan dengan simbol popular yang diperkenalkan oleh PM Najib "1Malaysia".

Menurut penjelasan tersebut, mereka sebenarnya menunjukkan simbol "One Nation Political Parties" yang menjadi trademark persidangan yang mereka hadiri di Phnom Penh, Cambodia.

Kita berlapang dada dan menyambut baik akan penjelasan yang mereka berikan itu, namun diharap kejadian ini seharusnya menjadi iktibar kepada mereka dan juga kepada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya pemimpin di peringkat tinggi supaya sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan. Musuh sentiasa menggunakan segala peluang dan helah untuk mengkucar-kacirkan PR.

Kita harus ingat, dengan menguasai rangkaian media arus perdana, gambar-gambar sebegitu amat mudah mereka eksploit, menyebabkan orang awam yang di atas pagar mudah terpedaya dan keliru. Kita jangan bercakap soal penyokong tegar PAS, PKR atau DAP. Mereka dengan mudah akan menerima penjelasan yang dibuat, tetapi bagi golongan atas pagar sudah tentu tergoyah pendirian mereka.

Rasanya semasa persidangan tersebut berlangsung iaitu di sekitar tahun 2010, PM Najib sudahpun mempopularkan simbol telunjuk sebagai "1Malaysia" dan menjadi sinonim dengan UMNO-BN. Nik Zawawi atau mana-manapun pemimpin PR rasanya juga sudah tahu akan hakikat ini. Salahkah rakyat bawahan penyokong PR merasa agak marah dengan tingkah laku pemimpin yang dengan gembira menunjukkan simbol yang sama di samping dua orang pemimpin BN yang begitu dikenali?

Contoh mudah, katalah seorang pemimpin Islam memegang tanda + (tanda campur) bergambar di sebelah seorang paderi yang juga memegang simbol yang sama iaitu sempena "Persidangan Campur Tolak Sedunia" yang diadakan di Zimbabwe, sudah pasti akan timbul anggapan dan fitnah bahawa pemimpin Islam tersebut memegang tanda salib!

Makanya, untuk terjun ke kancah politik, bukan sekadar cekap dalam ilmu agama, tetapi hendaklah cekap juga mempelajari akan sepak terajang dunia politik!


MASIH ADA YANG BERAHI UNTUK MENJADIKAN TENGKU RAZALEIGH SEBAGAI PM PAKATAN?


Al-kisah maka berpuputlah sang bayu membawa berita, yang kadang kala kencang dan terkadangnya pula berpuput lembut sepoi-sepoi bahasa, akan kononnya terdapat sekelompok firqah kecil di dalam salah sebuah komponen PR (bukan PKR atau DAP) begitu berahi untuk menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM baru sekiranya PR Berjaya menumbangkan UBN. Bagi mereka Anwar Ibrahim kurang layak menduduki kerusi panas tersebut!

Sang bayu juga mengkhabarkan bahawa maudhu’ ini bukanlah sekadar berita angin atau cakap-cakap kosong di Papan Utama Bursa Politik Malaysia, kerana puak-puak dalam firqah ini telahpun mengirin delegasi bagi memujuk Ku Li untuk menerima jawatan tersebut. Malahan yang lebih menyolok mata, mereka tergamak mengirim seorang ulamak kanan bagi menyampaikan hasrat hati sanubari mereka kepada DSAI, sehingga menyebabkan DSAI berkecil hati dengan sang ulamak ini yang pernah beliau sanjungi!

Kadang-kala kita merasa amat hairan, pelik, keliru dan entah apa lagi perkataan yang sesuai  digunakan, bila memikirkan akan tingkah laku firqah ini. Bagaimana cara berfikir merekapun begitu amat mengelirukan.

Bagaimana mungkin mereka masih terliur dan berahi dengan Ku Li, seorang pemimpin yang masih setia bergelumang di dalam UMNO dan BN? Malahan Ku Li pernah belot dan meninggalkan pengikutnya di dalam Semangat 46, dan rakan gabungannya di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat, untuk kembali mendakap UMNO. Ku Li juga tidak menyumbang apa-apa dalam perjuangan rakyat terkini. Kalau hanya sekali sekala mengusik-usik nakal menghentam UMNO-BN di dalam tulisan dan ucapannya, bukan bermakna beliau menyokong PR.

Malahan, sebagaimana penulis nyatakan sebelum ini, Ku Li adalah lebih teruk dari pemimpim-pemimpin UMNO-BN yang lain kerana beliau menghentam UMNO tetapi masih setia dan selesa duduk di dalamnya. Beliau tahu dan sedar UMNO-BN itu “busuk” tetapi beliau masih menjunjung tinggi parti cap keris tersebut. Ibarat orang yang tahu “tong taik” itu kotor, najis dan busuk tetapi masih setia berenang dan berguling di dalamnya!

Kepada puak-puak ini kita ingin bertanya, apakah sumbangan Ku Li terhadap perjuangan rakyat masakini? Apakah sumbangan Ku Li terhadap perjuangan Pakatan Rakyat? Apakah sumbangan Ku Li terhadapat penyatuan rakyat dari perbagai bangsa dan suku kaum itu yang kini begitu selesa dan gembira di bawah panji-panji PR? Apakah sumbangan Ku Li terhadap kebangkitan rakyat masakini?

Ah……mereka tidak dapat berfikir lagi….fikiran mereka telah berjerubu….sehingga tergamak menggores hati DSAI……Sedangkan DSAI lah pemimpin yang berjaya menyatukan parti-parti penentang UBN dari berbagai ideologi, DSAI lah pemimpin yang berjaya menyemarakkan api perjuangan rakyat dari berbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama, DSAI lah yang saban hari menjelajah ke seluruh pelusuk Negara termasuk Sabah dan Sarawak demi mengangkat martabat rakyat!

Ahhhhhhh….kalaulah khabar ini benar……….!!!!!!!

Rabu, 20 Februari 2013

WAHAI PARA PENYOKONG PAS, TAFSIR DAN KOMEN SENDIRILAH GAMBAR SADIS INI!


NAK KOMEN BANYAK-BANYAKPUN BUAT RUGI TENAGA MENAIP JER.....LU ORANG PIKIR DAN TAFSIRLAH SENDIRI...... TAK TAU NAK CAKAP APA DAH.....KALAU MAKI NANTI ADA PULAK YANG MARAH....

Isnin, 18 Februari 2013

INILAH ANTARA WAJAH-WAJAH PEMIMPIN PAS YANG MUDAH DIPERBODOHKAN KERANA 'BANGANG' DENGAN STRATEGI POLITIK PIHAK LAWAN



Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Mohd. Zawawi Salleh kelihatan begitu ceria menunjukkan jari kanannya (jari yang sama digunakan semasa baca tahayat) sebagai simbol 1Malaysia, bersebelahan dengan orang nombor satu MCA yang begitu lantang menentang hudud.

Gambar ini dirakamkan semasa Centrist International Conference yang telah diadakan di Phnom Penh, Cambodia pada 3 Disember 2010. 

Gambar ini kini digunakan sebagai salah satu strategi memporak-perandakan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat.

Rasanya malas dah nak bercakap soal ini, beliau mungkin akan mengeluarkan beraneka hujah untuk menyatakan bahawasanya tindakan beliau itu betul dan benar belaka, tapi aku akan mengatakan dengan tegas bahawa kamu adalah salah seorang yang begitu 'BANGANG' dalam sepak terajang strategi politik!

Rabu, 13 Februari 2013

BEKAS JENERAL/LAKSAMANA TIGA CABANG ATM BERGABUNG DI PENTAS PR DI KERAMAT WANGSA


16 Februari 2013 (Sabtu)

8.30 – 12.00 malam – Ceramah Perdana Anwar Ibrahim Bersama Barisan Jeneral (B) Angkatan Tentera
Lokasi: Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa,

Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (DARAT)
iii. Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Al-Khatab (UDARA)
iv. Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (LAUT)
v. Brig. Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad (KAGAT)

SIAPA YANG TAK TAHU BEZAKAN HARAM DAN HALAL WAHAI TUAN SYEEED?





Ahhhhhh...kononnya akulah seorang pemimpin hebat yang berpegang teguh dengan cara hidup Islam, menentang segala kemungkaran! Kononnya kami ini adalah penyelamat bangsa dan negara! Puak-puak lain adalah orang yang tidak tahu hukum-hakam agama.

Adeiiiii pooooooooodah!!!!! Kalau hukum batasan aurat dan sentuhan bukan mahrampun masih tak paham, toksah bercakap soal agama, baik pergi belajar lagi wahai Tuan Syeeeeed!!!!

Khamis, 31 Januari 2013

YANG BERSALAH TUNKU, YANG BERSALAH ANWAR, MAHATHIR TAK BERSALAH LANGSUNG!


Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC, dakwa Dr M


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

dari Malaysiakini

JAMIL KHIR TERPINGGIR DEK KERANA USTAZ NASHA?

GAMBAR MENGUKIR SERIBU MAKNA!
Apabila mantan Timbalan Presiden PAS yang terbuang, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi mengekori DS Najib Razak dalam lawatan antarabangsanya, maka timbullah desas-desus dan gembar-gembur yang kononnya Nasha akan dipilih menggantikan Jamil Khir Baharum sebagai menteri yang jaga agama, iaitu dengan cara BN akan membuka laluan untuk Nasha bertanding kerusi parlimen.

Mungkin itu hanya sekadar gosip-gosip nakal di kedai kopi sebagai bahan penghibur di kala negara sedang menuju PRU 13.

Namun apa yang jelas dari gambar yang dirakamkan ketika lawatan PM ke Gaza, Nasha telah diberikan kedudukan yang tinggi dari segi protokol lawatan rasmi seorang PM. Lihat sajalah, Nasha betul-betul bersebelahan PM, sehinggakan Menteri Luarpun terkuis ketepi, apatah lagi Jamil Khir dengan muka mencukanya nun jauh di hujung sana.

Kalaulah nak dikatakan Nasha sebagai penterjemah bahasa Arab untuk PM maka perlu beliau berdiri bersebelahan, apakah Jamil Khir kurang fasih berbahasa Arab untuk berdiri di sebelah PM? 

Apapun...... LU PIKIR LA SENDIRI!



Selasa, 29 Januari 2013

SELAMAT JALAN NASHA ...


Selamat jalan diucapkan kepada mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pergilah kamu ke dakapan UMNO, kerana memang anda dari spesis yang sama, maka sudah sewajarnya anda kembali ke habitat anda demi survival anda.

Pergi anda tidak akan kami tangisi, ibarat orang tua yang telah lama sakit tua dan terlantar, sudah pasti kematiannya sudah dijangkakan.

Sedu sedan menagih simpati dari anda juga pasti tidak memberi bekas kepada kami kerana sesungguhnya memang kami sudah lama berharap anda dinyahkan! 

Semoga anda bersemadi dengan aman dipusara UMNO.

SAYA TIDAK MOHON MAAF, JUMPA DI MAHKAMAH - RAFIZI RAMLI


Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013 [wm.kl.8:34 pm 27/01/13]

Selasa, 22 Januari 2013

BETAPA HINANYA WADAH PENYEBAR FITNAH!

TAK KAN NAK BAYAR DUIT LOYAR PUN DAH TAK MAMPU?  

BAGI FREE PUN ORANG TAK MAU .... LIHATLAH LAMBAKAN SURAT KHABAR FREE DI UIAM, ORANG TAK AMBIL POT PUN.....

SAMM AKAN EDAR RISALAH 7 BAHASA PERINGATAN KEPADA PENDATANG!



Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara.

Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata.

Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau.

Memetik semula kata - kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan.

Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini.

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya.

Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor.

Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkausa mula menjual kedaulatan seluruh negara.

Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa.

Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya mati dalm lahir di sini.Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka.

Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia.

Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas.

Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan menccetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa.

SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU.

Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai.

Bangkit, Bangkit, Bangkit ! Selamatkan negara.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

SELEPAS UTUSAN, KINI GILIRAN NALLAKARUPPAN!


Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.

Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.

Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.

Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.

Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".

Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili R.Sivarasa. - Bernama

Sabtu, 19 Januari 2013

MAHATHIR KE, TUNKU KE, SAMA-SAMA UMNO!

Ketika mengakui akan berlakunya pemberian kad pengenalan secara besar-besaran kepada pendatang asing di Sabah, Tun Mahathir turut mengakui bahawa Tunku Abdul Rahman turut melakukan perkara yang sama ketika SEBELUM MERDEKA dulu, yang mana kononya melibatkan lebih dari 1 juta orang.

Hari ini pula, dalam majlis yang dianjurkan oleh PERKASA, beliau mencadangkan supaya diwujudkan RCI untuk menyiasat perkara yang terjadi sebelum Merdeka itu, supaya adil kepada beliau yang dituduh (sebenarnya telahpun dibuktikan) mengarahkan pemberian kad pengenalan kepada kira-kira 200 ribu orang pendatang di Sabah.

Menurut Mahathir lagi, apa yang beliau lakukan adalah menurut undang-undang. Namun kita ingin bertanya, adakah menurut undang-undang apabila kerja-kerja tersebut dilakukan di rumah Tan Sri Aziz Shamsuddin? Adakah menurut undang-undang ada yang dibagi resit yang ada tarikh luput semata-mata untuk membolehkan para pendatang tersebut mengundi?

Apapun kuntau-muntau yang Mahathir cuba lakukan, yang pastinya baik Mahathir mahupun Tunku adalah sama-sama presiden UMNO, jadi memang UMNO terbukti khianat kepada negara ini!



Jumaat, 18 Januari 2013

CHE DET BERALASAN MACAM PAK PANDIR!

Ketika ditanya orang, betulkah kamu yang mengarahkan pemberian kad pengenalan kepada para pendatang asing, lalu dijawabnya, memang betul aku yang arahkan, tetapi Tunku Abdul Rahman lebih teruk lagi buat kerja tu, kenapa nak marah kat aku sorang?

Kah kah kah .... memang lawak betul jawapan yang diberikan oleh seorang "Negarawan Ulung" ini!  Soal orang lain buat benda kotor ke tak buat, itu tidak penting, yang kita nak tahu sekarang ni betul ke engkau buat kerja tu? Dan ternyata memang beliau terlibat! Tak bolehlah nak jawab, aku berak tengah jalan, orang lainpun berak tengah jalan juga, malah tahinya lebih busuk lagi!

Jawapan yang beliau berikan betul-betul bertaraf jawapan Pak Pandir dalam cerita mitos Melayu. "Anak orang lainpun mati juga, bukan anak aku saja...." kata Pak Pandir ketika terjumpa mayat anaknya yang tercicir yang disangkakannya anak orang lain. Anak Pak Pandir mati akibat kepandirannya memandikan anaknya dengan air yang menggelegak!