RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Isnin, 30 Julai 2012

PENYOKONG PR PATUT BOIKOT SAMBUTAN HARI MERDEKA ANJURAN BN

Rais Yatim - Tokoh Propaganda yang terbilang!
Setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak akhirnya pencipta lagu khas sambutan hari Merdeka, Rais Yatim mengumumkan bahawa logo Hari Merdeka telah digantikan dengan Logo 1Malaysia. Macam tikus baiki labu je tindakan yang diumumkan oleh Pencipta Lagu tersebut, sedangkan logo Janji Ditepatipun orang meluat dan menyampah, inikan pulak logo 1Malaysia yang terang-terang merupakan logo propaganda UMNO-BN!

Memang beginilah natijahnya kalau kerja-kerja sebegini diserahkan kepada kaki bodek dan ampu. Tapi kasihan kepada pencipta lagu tersebut, beliau merasakan bahawa rakyat Malaysia masih berfikiran seperti tahun 50an dulu dimana setiap propaganda pemerintah ditelan dan dihadam oleh segenap lapisan rakyat tanpa banyak soal. Hoi Rais! ni zaman internetlah, rentikanlah kerja-kerja propaganda picisan kamu tu.

Kepada para penyokong PR langkah terbaik yang perlu kita lakukan adalah kita boikot saja sebarang sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh UMNO-BN kerana, apa yang tersirat dan tersurat mereka gunakan sambutan tersebut sebagai medan propaganda untuk meraih undi pilihanraya!

Khamis, 26 Julai 2012

FATHUL BARI, JANGANLAH INGAT ORANG LAIN SEMUA TAK RETI AGAMA DAN JAHIL BELAKA!

Demi mempertahankan sahabat "sekotak" dengannya, seorang yang yang bernama Ahmad Fauzan (ada yang  menggelarnya ulamak dan ustaz, sorry, aku tak tergamak!) telah menulis seperti berikut:

"Terkejut melihat Ketua Pemuda Pas "rela" disolek oleh seorang jurusolek perempuan pihak astro awani..tahniah buat sahabatku Fathul Bari kerana "memilih" utk "menyolek" diri sndiri kerana bimbang tersentuh dgn wanita.apa guna perjuangkan islam andai hal semudah ini tidak dpt dijaga.renung2kan..."


Wah...bukan main seronok sekali si Fauzan ni dok mengutuk orang yang bukan sekandang dengannya, dan memuji melangit orang yang digelarnya sebagai sahabat, tanpa memerhati dan memperdulikan fakta! Itu sebab aku tak tergamak menyebut namanya sebagai ulamak atau ustaz! Ni orang hipokrit dan pembohong!

Akhirnya kenyataan "pembohong" itu telah dikantoikan dengan gambar yang menunjukkan sahabat si-pembohong tersebut yang kononnya sedang "menyolek diri sendiri" (macam kenyataan Cek Det la pulak, tumbuk diri sendiri!). Dan lebih memalukan si-pembohong tersebut (itupun kalaulah dia masih punya kemaluan!) gambar yang mengesahkan dia sebagai pembohong dikirim oleh seorang jurugambar Astro yang bukan Islam. Antara lain, beliau menyatakan walaupun beliau bukan Islam tetapi beliau yakin Tuhan akan menolongnya andai kata beliau dibuang kerja gara-gara gambar yang didedahkannya itu.

Namun yang menyebabkan aku rasa terkejut dan hampir terloncat adalah kenyataan yang amat bangang dari seorang yang kononnya seorang ulamak dan ustaz, iaitu rakan kepada si-pembohong tadi. Cuba kita baca apa yang dituliskannya difacebook miliknya itu:

"Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi..."


Oiiiiii Fathul Bari, apa ingat orang lain bangang dan jahil sangat ke nak memaksumkan tokoh-tokoh parti! Jangan mudah menuduh dan memfitnah orang, dan jangan hipokrit dalam membantu membernarkan sahabat engkau yang pembohong itu. Cuba engkau baca dan fahamilah apa yang ditulis oleh si-pembohong itu (mungkin anta kurang fasih bahasa Melayu kot, sebab anta tersangatlah fasih berbahasa Arab..) Terang-terang si-pembohong itulah yang boleh dilabelkan sebagai pelampau politik yang memaksumkan sahabatnya!


Rabu, 4 Julai 2012

UMNO DIAM MEMBISU DAN TERKEDU BILA ADUNNYA DIKATAKAN HILANG AKAL OLEH MCA

kesian kau Yob.....terkuntang-kanting dibelasah
MCA, kawan-kawan buat dekkkk jer...
Beberapa hari yang lalu, Presiden MCA, Chua Soi Lek membelasah ADUN Kemelah Johor dari UMNO, Datuk Ayob Rahmat kerana 'berani' mengusulkan supaya 'hudud UMNO' dilaksanakan di negeri Johor. Dikatakan hudud UMNO kerana Datuk Ayob ni tidak bersetuju dengan hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Begitu berangnya Soi Lek terhadap YB UMNO ini sehingga tergamak dia mengungkapkan bahawa ADUN tersebut hilang akal! Hilang akal tu lebih kurang gilalah.

Dan terbaharu, Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong pula mendesak Ayub supaya meninggalkan UMNO dan menyertai PAS jika ingin melaksanakan hudud di Johor seperti yang dicadangkannya itu.

Hoi!!!!!!! mana dia pemuda UMNO songkok tinggi yang kononnya pejuang bangsa dan agama! Mana dia hulubalang PERKASA yang begitu lantang dan bengis dihadapan Lim Guan Eng! Mana dia pejuang akidah Hasan Jati? Takkanlah kamu semua hanya berpeluk tubuh bila orang kamu dibelasah teruk oleh MCA? Takkan EXCO Agama Johorpun tak boleh nak pertahankan YB Ayob? Muftipun terdiam dan kelu untuk memberi komen.

Ahhhhhhh.......betullah UMNO ni hanya "bikin tak serupa cakap...." Hanya pandai berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.....



Adiossss UMNO....

LIM GUAN ENG: SAYA BUKAN SOI LEK!

Akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang terpaksa bersuara; ".....Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek..."! Begitulah keadaannya, UMNO dan MCA bagaikan aur dengan tebing, bagaikan lagu dan berirama. Mereka menari dan bertandak seiringan. Bagaimana UMNO begitulah juga MCA! Kalau UMNO juara menfitnah pemimpin-pemimpin Melayu di dalam PKR dan PAS, MCA pula diamanahkan untuk menganyang peribadi pemimpin DAP!

Laporan dari Malaysiakini:


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akhirnya bersuara berhubung dakwaan isterinya Betty Chew menyerang bekas kakitangannya.

Sambil menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan bekas kakitangan serta menafikan Betty menyerangnya, Lim berkata, dakwaan itu hasil daripada pembunuhan watak oleh BN dan MCA.

"Biar saya dan isteri buktikan di mahkamah bahawa MCA menipu, bahawa Lim Guan Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek," kata Lim, merujuk kepada hubungan sulit Chua pada Disember 2008.

Merujuk kepada dakwaan Anggota Dewan Undangan (ADUN) Negeri Duyong Gan Tian Loo dalam dewan pada Isnin, Lim berkata ia menyalahguna kekebalan dewan.

Beliau mendakwa Gan, ketua MCA Melayu, untuk mengulangi dakwaan itu di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya beliau dan isteri boleh mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah.

"Gan menyalahguna keistimewaan dan kekebalan dengan membuat dakwaan palsu berhubung skandal moral peribadi terhadap saya dan isteri," kata Lim, membaca kenyataan akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Ahad, 24 Jun 2012

BRIG JEN (B) HADI MULA JADI SASARAN PENCACAI UMNO

SEJAK BILA PULA WARGA TENTERA NI PANDAI MAIN SEPANDOK NI?

Sejak tercetusnya khabar-khabar yang menyatakan bahawa Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi bin Khatab akan dipertaruhkan oleh Pakatan Rakyat bagi merampas kerusi parlimen Setiawangsa puak-puak pencacai UMNO-BN tidak membuang masa terus memulakan langkah menyerang beliau.

Ketika melalui Jalan Gurney terlihat sepanduk telahpun terpasang di jejantas, "Kami Warga Tentera Menolak Pengkhianat dan Pembelot Seperti Brig Jen (B) Datuk Hadi"

Alahai....sejak bilalah pula anggota tentera ni pandai main dengan sepanduk-sepanduk politik ni......ataupun ni kerja puak-puak pencacai UMNO-BN yang menyamar jadi tentera...?

Khamis, 21 Jun 2012

BRIG. JEN. (B) DATUK ABD HADI CALON PR DI PARLIMEN SETIAWANGSA?

Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hadi, bakal calon PKR
Parlimen Setiawangsa?
Semakin dekat dengan PRU 13, semakin kencang gosip-gosip dan perkhabaran yang dibawa angin tentang siapakah calon-calon yang bakal dipertaruhkan sama ada oleh PR mahupun BN. Sudah pastilah setiap parti mahukan calon terbaik dan 'winnable' mewakili parti masing-masing.

Beberapa kawasan parlimen dan DUN kelihatannya seolah-olah sudah hampir pasti memuktamatkan calon masing-masing.

Salah sebuah kawasan parlimen yang masih belum kedengaran bakal calon yang akan dipertaruhkan pada PRU 13 nanti ialah Parlimen Setiawangsa. Sama ada PR mahupun BN masih belum menguar-uarkan calon masing-masing. Parlimen ini merupakan satu-satunya yang dimenangi oleh BN daripada sebelas kerusi parlimen Kuala Lumpur. Parlimen ini juga merupakan salah sebuah kawasan parlimen yang mempunya bilangan pengundi pos yang tertinggi iaitu lebih dari 11,000 pengundi, iaitu 8,323 orang tentera, 2,830 polis dan 49 orang pengundi luar negara. Jumlah keseluruhan pengundi berdaftarnya ialah 58,925.

Pada PRU 12 lalu, calon BN, Dato' Seri Zulhasnan Mohd Rafiqe memenangi kerusi tersebut dimana beliau memperolehi undi yang banyak dari peti-peti undi pos, berbanding calon PKR, Ibrahim Yaacob.

Sejak beberapa bulan yang lalu beberapa nama berlegar-legar di kalangan penyokong PR yang dikatakan akan dicalonkan oleh PR bagi mewakili parlimen tersebut iaitu bekas calon PRU 12 Ibrahim Yaacob, Pengerusi MPN WP, Dr. Idris dan terkini Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab.

Sekiranya benar Brig Jen Hadi dicalonkan, sudah pastilah akan membuka peluang kepada PR memberi saingan hebat kepada BN di kerusi yang mempunyai pengundi tentera yang begitu ramai. Pada malam ini (21 Jun 2012) Brig Jen Hadi akan berucap di majlis Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, di Tapak Pasar Malam, Air Panas, Setapak (dalam parlimen Setiawangsa) bersama-sama dengan DSAI. Apakah DSAI akan mengumumkan secara rasmi Brig Jen Hadi sebagai bakal calon Parlimen Setiawangsa bagi mewakili PR? Sama-samalah kita tunggu pada malam ini ....





Rabu, 13 Jun 2012

RAFIZI RAMLI AKAN TENTANG ONG TEE KIAT DI PANDAN?

Desas-desus semakin kencang bertiup bahawa tokoh muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Pandan bagi berdepan dengan bekas presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Kiat, yang juga merupakan penyandang jawatan bagi kerusi tersebut.

Ketika berlangsungnya ceramah 'Merdeka Rakyat' yang diadakan di Taman Seraya, Pandan malam tadi, beberapa orang penceramah telah beberapa kali memberi bayangan bahawa tokoh muda yang terkenal dengan pembongkaran kes 'lembu duduk kondo' sehingga membawa kepada pengunduran Shahrizat Jalil dari jawatan menteri, akan dicalonkan bagi kerusi tersebut. Bahkan Datuk Dr. Tan Kee Kwong secara terang-terangan mengumumkan bahawa Rafizi sah akan dicalonkan oleh Pakatan bagi merampas kerusi Pandan dari tangan Tee Keat. Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan dan laungan gembira dari ribuan hadirin yang memenuhi tapak pasar malam Taman Seraya.


Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan tokoh muda yang kian menyerlah dan terkenal di kalangan para penyokong pembangkang di negara ini.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1977 di Besut, Terengganu tetapi membesar di Kemaman dan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992, Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh, Pembahas Terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

Ketika di sekolah, Rafizi aktif dalam persatuan dan menjadi Presiden Badan Revolusi Agama, Presiden Pancaragam Tentera, Presiden Persatuan Bahasa Melayu, dan Ketua Pengarang The Malay College Magazine. Oleh kerana itu Rafizi Ramli dianugerahkan biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran jurusan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dan daripada ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan.

Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.

Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di Leeds University , London (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ; Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Selepas tamat belajar, Rafizi bekerja di firma Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Beliau lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun dan diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003.
Selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan , beliau diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

Seterusnya Rafizi bekerja di Petronas / MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005) dan menjadi Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant .Beliau menjadi Pengurus termuda semasa dilantik Petronas di Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007).

Kerjaya beliau menapak ke Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) dan menjadi Pengurus Kanan termuda semasa dilantik. Beliau dipertangungjawabkan menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia Petronas dengan aset melebihi RM30 bilion. Semasa di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009), beliau menjadi Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa) .Ketika ini beliau menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

Pada 2009 beliau pindah ke Pharmaniaga Berhad sebelum meletakkan jawatan dan menjadi ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sejak di MCKK beliau telah berminat dengan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau antara tokoh yang diminta bertanding dalam pilihan raya 2008 tetapi beliau menolak.

Debat Sinar: Rafizi vs Khairy 2012

Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin menerima jemputan berdebat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 22 Mei 2012. Mereka membicarakan tentang isu PTPTN, pendidikan percuma, IPTA dan kelangsungan IPTS dan beban hutang mahasiswa di Malaysia. Kira-kira 400 orang hadir mendengar perdebatan selama 1.30 jam itu. Rumusannya, sudah sampai masa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)

Pendedahan Isu NFC dan Saman daripada Shahrizat

Pada 8 November 2011, beliau telah mendedahkan isu National Feedlot Corporation Berhad (NFC) di dalam blog beliau, memperincikan penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat Abdul Jalil. Akibat daripada itu, Pada 19 Januari 2012, beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin telah disaman fitnah oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Jika gagal mempertahankan diri, Rafizi kemungkinan muflis , sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak. Ketua wanita Umno itu menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Isnin, 11 Jun 2012

KES BUKIT KEPONG: PENGADU MENGAKU FITNAH DAN MINTA MAAF KEPADA MAT SABU


"He is now my brother, saya mahu Mat Sabu dibebaskan."

Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan  beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

dipetik dari: Harakahdaily

SAH LEMAN RAJA LAWAK SERTAI PAS SEBAGAI AHLI SEUMUR HIDUP

Leman Raja Lawak akhirnya sah menjadi ahli seumur hidup PAS apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Yang Dipertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin dalam satu majlis ceramah yang diadakan di Padang Bola PPR Kampung Batu Muda sebentar tadi.

Leman yang diberi peluang berucap menegaskan bahawa akhirnya beliau dengan penuh yakin dan berani mengikuti langkah yang dirintis oleh 'sifu' nya, Bob Lokman, walaupun ada yang memandang sinis dan memberikan komen-komen negatif kononnya dengan menyertai politik pembangkang rezekinya akan disekat.

Walaubagaimanapun Leman dengan tegas menyatakan bahawa rezeki ditentukan oleh Allah dan bukannya oleh UMNO-BN. Oleh itu beliau dengan yakin memilih PAS sebagai wadah politik untuk beliau menyumbang kepada masyarakat.

Jumaat, 8 Jun 2012

Leman Raja Lawak akan serah borang PAS kepada Salahuddin Ayob di PPR Batu Muda, 10 Jun



Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim dari Kuala Nerang, Kedah akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam satu ceramah mega di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves pada Ahad 10 Jun ini.

Demikian disahkan Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi. Leman yang dihubungi beliau jam 4.25 petang ini, setuju untuk berbuat demikian pada program berkenaan. Beliau antara peserta Raja Lawak Musim Ke-5 yang diminati terutama pengundi wanita dalam rancangan anjuran Astro, yang kini "lawak" menjadi produk utama stesen tv berbayar tu. Leman adalah bekas peguam kerajaan.

Pada 10 Jun ini, PAS Batu menganjurkan Ceramah "Ubah BN! Tawan Putrajaya" bersama Salahuddin Ayob, Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba, Aishah Ariffin, Surianarayanan, Pyan Habib, seniman rakyat Nikbinjidan dan Leman Raja Lawak.


dari blog: SanggahToksago

Penyanyi Aishah, Dr Aziz Bari dan Leman Raja Lawak Gegar Taman Dato' Senu, 11 Jun 2012





Juara Lagu 1990, Aishah Ariffin bersama Leman Raja Lawak akan menggegarkan Padang Bola Taman Dato' Senu pada Isnin 11 Jun 2012 jam 9.30 malam. Ia adalah majlis penerangan PAS Kawasan Batu kepada rakyat berkenaan pelbagai isu politik tanahair. Aishah akan memberikan ceramah khas bersama Prof Dr Aziz Bari, Ishak Surin dan Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) Suria Narayanan. Moderator pada malam ini Bloggers Sanggahtoksago, Dato' Tarmizi Mohd Jam.

Orang ramai dijemput hadir, maklumkan kepada rakan taulan, jiran tetangga. Leman Raja Lawak akan mempersembahkan sketsa menarik, dan penyajak tersohor negara, Pyan Habib pastiknya mendeklamasikan sajak. Seorang lagi seniman rakyat, Nikjidan akan mendendangkan lagu-lagu rakyat untuk para hadirin. Ayuh kita lakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama.


Selasa, 5 Jun 2012

AYOH KITA BERHIMPUN DI STADIUM KAJANG PADA 9 JUN


Jangan lupa 9 Jun nanti, luangkan masa anda untuk sama-sama memenuhkan stadium Kajang dengan membawa semangat membara ABU!

Selasa, 15 Mei 2012

APALAH NAK DIHAIRANKAN, SULTAN KEDUAPUN MEREKA PERNAH NAK TABALKAN


Diberitakan ada puak-puak (yang sudah pasti akan disokong UMNO-BN) ingin menubuhkan satu lagi badan yang seumpama Majlis Peguam atau Bar Council di Malaysia ini atas alasan kononnya badan tersebut telah tersasar arah tujunya yakni menentang kerajaan. Bagi mereka Bar Council haruslah menjadi Pak Angguk dan menyokong segala tindakan pihak pemerintah membuta tuli seumpama PERKASA, JATI dan sebagainya!


 Majlis Peguam ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976). Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai.

Profesion undang-undang Malaysia mempunyai lebih kurang 12,000 ahli dan keahliannya sedang bertambah sebanyak 10-15% setahun. Setiap peguam bela dan peguam cara adalah ahli Badan Peguam Malaysia secara automatik asalkan mereka memegang perakuan amalan yang sah.

Berita ura-ura menubuhkan badan alternatif kepada Majlis Peguam Malaysia dicetuskan bukanlah oleh orang tepi jalan atau mamak mee, tetapi oleh seorang menteri yang berlatar-belakangkan undang-undang, Nazri Aziz! Alasan beliau adalah kerana Majlis Peguam tidak lagi bebas dan berpihak. Bagi Nazri segala tindakan tidak memihak kepada mereka adalah tindakan tidak bebas.

Kitapun hairan dengan tindakan puak-puak ini. Majlis peguam adalah sebuah badan bebas yang mempunyai keahlian yang terdiri dari golongan cerdik pandai dan amat arif dengan undang-undang. Kalau ada ahli-ahli yang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara kan boleh dipanggil mesyuarat agung tergempar untuk diusulkan undi tidak percaya kepada pemegang jawatan sekarang. Asalkan usul anda mendapat sokongan yang mencukupi untuk bertindak sebegitu.

Kalau ada ahli Majlis Peguam yang bertindak berlainan daripada amalan orang berpesatuan bagi melahirkan rasa tidak puas hatinya, bermakna orang sedemikian adalah bodoh dan bangang dalam memahami undang-undang tubuh badan yang dianggotainya, walaupun beliau seorang peguam.

Kita tidak hairan dengan tindakan pantas pihak pemerintah yang mengusulkan penubuhan sebuah badan alternatif bagi menyaingi Majlis Peguam kerana selama inipun mereka sering menubuhkan badan kedua apabila badan yang asal tidak lagi berpihak kepada mereka seperti penubuhan JKKK Persekutuan, Penyelia Pembangunan Mukim, dan seumpamanya. Malahan Sultanpun mereka cuba tabalkan apabila Sultan yang sedia ada kelihatannya tidak condong kepada kehendask mereka!

Apalah yang nak dihairankan kerana mereka berjaya memerintah Malaysia atas dasar PECAH DAN PERINTAH!


Jumaat, 4 Mei 2012

CATATAN CHEGUBARD DIBERSIH 3.0: DIPUKUL, DIMAKI, DIHINA!


CHEGUBARD DIPUKUL DAN DIHINA!
Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya sampai saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan lagi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihkan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalannya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Khamis, 3 Mei 2012

WAH! JABATAN PEGUAM NEGARA DAN PDRM BEGITU CEKAP MENJALANKAN TUGAS

Diberitakan oleh Malaysiakini seorang lelaki akan didakwa dimahkamah kerana Jabatan Peguam Negara mempunyai bukti yang mencukupi terhadap pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu. Pihak polis juga telah diminta untuk membawa lelaki yang terlibat ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bagi tujuan tersebut.

Kita boleh kasi tabik spring kepada Jabatan Peguam Negara dan PDRM kerana begitu cepat bertindak menyiasat, membuka kertas siasatan dan seterusnya mendakwa pihak yang dikatakan terlibat. Begitu cepat dan cekap mereka bertindak, tidak sampai seminggu! Hebat!

Tetapi cuba bandingkan 'samseng gemuk' yang dikatakan memukul para pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka. Konon beritanya samseng berkenaan telah ditahan polis, tetapi sehingga sekarang sunyi sepi tanpa berita. Aduhai !!!!!!

Keadilan apakah ini?