RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Sabtu, 27 Jun 2015

ALANGKAH BAIKNYA KALAU MURSYIDUL AM TURUT BUAT TEGURAN KEPADA GEROMBOLAN BARU

Kalau benarlah beliau bimbangkan perpecahan di dalam PAS, beliau bimbangkan sangat akan untung nasib G-18, khuatir sangat musuh akan untung, alangkah baiknya kalau beliau awal-awal lagi memberi teguran kepada gerombolan muda yang suka menjebon, mencaci maki, dah segala label jelik lagi .......


Terima Kasih Atas Ingatan Dan Teguran Dari Kalian

Kenyataan Media.
TERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN INGATAN
Saya dan kami mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada Mursyidul Am PAS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa PAS dalam hal memperingati saya dan rakan-rakan jikalau berhasrat untuk menubuhkan parti baru di Malaysia ini.
Sebarang peringatan, teguran dan kecaman, saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam hal untuk samada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil langkah-langkah yang lain ke arah untuk mempertahankan Islam dan masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya.
Hj Mohamad Sabu
09 Ramadan 1436H
26hb Jun 2015‎

TSKI TAWAR DIRI JADI MB, APAKAH PERUNDINGAN GELAP SEDANG BERJALAN?

Tak semena-mena, disebalik Haji Hadi menyeru semua ADUN PAS menyokong Azmin Ali sebagai MB Selangor, mantan MB TSKI menawarkan diri menjadi MB semula!

Tiada angin masakan pohon bergoyang, kecuali ada beruk dan monyet menggoyangkan pokok tersebut.

Apakah disebalik seruan Presiden PAS tersebut, membawa makna yang sebaliknya? Umum mengetahui bagaimana Haji Hadi bermati-matian mempertahankan TSKI sewaktu krisis MB Selangor tercetus sedikit masa lalu. Begitu juga dengan Majlis Syura Ulamak turut memberi restu kepada TSKI untuk terus menjadi MB.

Maka adalah tidak mustahil suatu pusingan U-Turn mungkin berlaku! Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya berlangsung.

ALAHAI RUPANYA TSKI MASIH TERLIUR LAGI NAK JADI MB

SAYA terpanggil untuk memberikan respon balas kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan bersedia untuk menjadi Menteri Besar Selangor semula sekiranya menerima kepercayaan Dewan Negeri Selangor dengan majoriti mudah.

Tidak berbangkit sebarang isu berkenaan kehilangan sokongan majoriti ke atas YAB Mohamed Azmin Ali pada ketika ini kerana majoriti Ahli Dewan Negeri daripada KEADILAN, DAP dan PAS telah memberi sokongan kepada beliau. Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS yang menyokong Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan KEADILAN melalui YAB Mohamed Azmin. Muafakat yang terhasil ini diterjemah kepada kepercayaan terhadap YAB Mohamed Azmin untuk terus memimpin kerajaan Negeri Selangor berpandukan semangat Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang semakin mengambang sepertimana diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN.

Amat hairan bagaimana Tan Sri Khalid boleh menyangka beliau dapat memegang semula jawatan MB kerana beliau telah dipecat dari KEADILAN dan sekarang hanya merupakan seorang ADUN bebas. Saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid bahawa beliau telah dipilih sebagai ADUN atas kerusi KEADILAN dan oleh itu beliau tidak harus beranggapan rakyat Selangor telah memilih beliau atas namanya semata-mata.

Jelas, Tan Sri Khalid hanya boleh menjadi MB semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh UMNO. Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor kerana mereka telah menolak parti dan kepimpinan UMNO di dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Tan Sri Khalid perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai remedi kepada permasalahan ini. Ini kerana gaya kepimpinan beliau sewaktu menjadi Menteri Besar yang sering tidak seiring dengan keputusan-keputusan penting kepimpinan Pakatan melibatkan rakyat dan dilihat hanya bergantung kepada penasihat beliau semata-mata menyebabkan beliau hilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor lantaran dipecat KEADILAN.

Adalah lebih utama untuk Tan Sri Khalid memfokuskan kepada persoalan bagaimana hutang Bank Islam beliau berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba dan juga bagaimana penyelesaian dapat diambil khususnya melibatkan pampasan sejumlah RM2.6 juta buat bekas pegawai beliau yang masih berlarutan sehingga kini.

YB Shamsul Iskandar Mohd Akin
Naib Presiden KEADILAN

26 Jun 2015



Jumaat, 26 Jun 2015

KINI AKU KEMBALI, KEMBALI UNTUK MENYOKONG G-18 DAN PasMa!

Aku kini kembali kerana ada keperluan untuknya. Suasana politik makin panas, makin bercelaru, dengan munculnya GEROMBOLAN BARU yang semakin mengganas!

Selasa, 6 Ogos 2013

ARAB SAUDI IKTIRAF SHIAH JAFARIYAH SEBAGAI SALAH SATU MAZHAB DALAM ISLAM?

Ketika heboh satu Malaysia akan kafirnya puak-puak Shiah sejak akhir-akhir ini, maka aku terkenang beberapa hal yang amat mengelirukan aku. Alim ulamak Malaysia menyatakan dengan beraninya bahawa aliran Shiah itu sesat, malah ada yang begitu sadis sehingga ke tahap mengkafirkan mereka.

Aku teringat beberapa hal.....dalam permohonan visa haji atau umrah kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya Qadiyani saja yang dilarang mengerjakan umrah atau haji, iaitu secara tak langsung mengiktiraf Shia (sama ada Jafariyah, Zaidiyah dan sebagainya) sebagai satu cabang dari Islam dan dibenarkan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Beberapa tahun lalu juga ketika aku mengerjakan haji, kerajaan Arab Saudi mengedarkan borang soal selidik mengenai perkhidmatan haji. Antara perkara yang diminta maklum balas ialah apakah mazhab responden yang terlibat, dan diberi pilihan jawapannya untuk diisi iaitu:   A. Shafie  B. Hanafi  C. Maliki D. Hanbali  E. Jafariyah (Shiah)

Dan kerajaan Arab Saudi juga menyantuni dan melayani akan kelainan atau perbedaan mazhab dalam menjalani ibadah haji. Kerajaan Arab Saudi terpaksa menyediakan bas-bas yang tidak berbumbung kerana mengikut mazhab Jafariyah ketika berihram diharamkan menaiki kenderaan berbumbung. Apakah kerajaan Arab Saudi melayani kerenah puak-puak yang dikatakan "sesat dan kafir" ini?

Dan yang terpenting sekali, pengikut mazhab-mazhab dalam aliran Shiah tidak dilarang sama sekali daripada memasuki Tanah Haram Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah. Apakah kerajaan Arab Saudi begitu lemah dah jahil kerana membenarkan pengikut ajaran "sesat dan kafir" mengerjakan haji? Ahhhhhhhhh....makin buntu aku memikirkannya......

Dan bagaimana pula Malaysia yang saban tahun menjemput Qari dari Negara yang bermazhabkan aliran "sesat dan kafir" iaitu Iran dan Azerbaijan ke Majlis Tilawah Al-Quran! Dan tercatat dalam sejarah, Qari Shiah dari Iran telah beberapa kali menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Kalau mereka kafir bagaimana mereka dijemput? Ahhhhhhhhh.....malas aku nak pikir....LU PIKIR LA SENDIRI...!

Isnin, 5 Ogos 2013

YUSOF QARDAWI PUN TURUT HADIR KE PERHIMPUNAN INI, TETAPI KENAPA MASIH ADA YANG HIPOKRIT!

The Amman Message (Arabic: رسالة عمان‎) is a statement which was issued on 9 November 2004 (27th of Ramadan 1425 AH) by King Abdullah II bin Al-Hussein of Jordan, calling for tolerance and unity in the Muslim world.[1] Subsequently, a three-point ruling was issued by 200 Islamic scholars from over 50 countries, focusing on issues of: defining who a Muslim is; excommunication from Islam (takfir), and; principles related to delivering religious edicts (fatāwa).[2]


The Amman Message was delivered in Amman as a Ramadan sermon by Chief Justice Sheikh Iz-al-Din al-Tamimi in the presence of King Abdullah II and a number of Muslim scholars. According to a report issued by the International Crisis Group, "The sermon stressed the need to re-emphasise Islam's core values of compassion, mutual respect, tolerance, acceptance and freedom of religion." The next year, in July 2005, an Islamic convention brought together 200 Muslim scholars from over 50 countries who issued a three-point declaration (later known as 'Three Points of the Amman Message'). This declaration focused on:

The recognition of eight legal schools of thought (madhāhib) and the varying strains of Islamic theology viz.
Sunni Hanafi
Sunni Hanbali
Sunni Maliki
Sunni Shafi'i
Shia Ja`fari - which includes the Ithna 'Ashariyyah and the Isma'iliyyah
Shia Zaydi
Ibadi
Zahiri

Forbade declaring an apostate of followers of following creeds/practices/thoughts:
Ash`ari creed
real Tasawwuf practices
true Salafi thought

The forbiddance from pronouncing disbelief (Takfir) upon (or excommunicating) others recognized as Muslims

The stipulations placed as preconditions to the issuing of religious edicts, intended to prevent the circulation of illegitimate edicts

Explaining why the message was issued, King Abdullah stated: "[W]e felt that the Islamic message of tolerance was being subjected to a fierce and unjust attack from some in the West who do not understand Islam's essence, and others who claim to be associated with Islam and hide behind Islam to commit irresponsible deeds."

Following are conferences & declarations:

The International Islamic Conference: True Islam and Its Role in Modern Society, (Amman, 27-29 Jumada II 426 ah / 4–6 July 2005 ce)
Forum of Muslim 'Ulama' and Thinkers, (Mecca, 5-7 Sha'ban 1426 ah / 9–11 September 2005 ce)
First International Islamic Conference Concerning the Islamic Schools of Jurisprudence and the Modern Challenges, (Al al-Bayt University, 13-15 Shawwal ah /15–17 November 2005 ce)
The Third Extraordinary Session of the Organization of the Islamic Conference, (5-6 Dhu'l-Qa'da 1426 ah / 7–8 December 2005 ce)
The Second International Conference of the Assembly for Moderate Islamic Thought and Culture, (25-27 1 Rabi' 1427 ah / 24–26 April 2006 ce)
The International Islamic Fiqh Academy Conference Seventeenth Session, (Amman, 28 Jumada I - 2 Jumada II 1427 ah / 24–28 June 2006 ce)
Muslims of Europe Conference, (Istanbul, 1–2 July 2006 ce)
The ninth session of the council of the Conference of Ministers of Religious Endowments and Islamic Affairs, (Kuwait, 20-21 1426 AH / 22–23 November 2005 CE)
Amman Message in the Eyes of Others: Dialogue, Moderation, Humanity, (The Hashemite University, September 20–21, 2006)

SIASAT JUGA PEGAWAI PERINGKAT TERTINGGI FELDA - RAFIZI RAMLI

Saya mengalu-alukan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga ke peringkat pendakwaan kes penyelewengan melibatkan satu unit anak syarikat FELDA. Pendakwaan yang dibuat pada hari ini adalah satu perkembangan baik yang perlu diteruskan oleh SPRM.

Walau bagaimana pun, siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola (good governance) dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda.

KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang-barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara melalui projek Gedung Makanan Negara yang diilhamkan dan dilancarkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Semasa pelancarannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa projek Gedung Makanan Negara akan melibatkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun.
Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan khusus mengenai tata kelola yang diamalkan oleh kerajaan:

1.      Bagaimanakah penilaian mengenai kesesuaian projek dibuat sebelum sesuatu keputusan pelaburan dan usahasama dengan swasta dibuat memandangkan beberapa skandal setakat ini (termasuk NFC dan sekarang KPFQ) membayangkan jika projek dinilai dengan objektif, projek atau usahasama ini mungkin tidak diluluskan;

2.      Apakah peranan wakil-wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan penyelewengan tidak berlaku, memandangkan di dalam kedua-dua kes NFC dan KPFQ penyelewengan berlarutan dalam satu tempoh yang panjang; dan

3.      Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat.

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka.

Apatah lagi apabila kes ini membabitkan usahasama dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuklah Tabung Haji. Selain projek-projek yang melibatkan Gedung Makanan Negara dan KPFQ Sdn Bhd, SBGB mempunyai beberapa projek usahasama yang serupa dengan Tabung Haji.

Malah, pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan.Saya berharap siasatan SPRM telah pun mengambil kira semua perkara ini.

Buat masa ini, sebagai pimpinan yang bertanggungjawab mengilham dan melancarkan projek Gedung Makanan Negara yang membabitkan KPFQ Sdn Bhd ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu membuat kenyataan menjawab ketiga-tiga soalan yang saya nyatakan di atas mengenai longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama agensi kerajaan dengan pihak swasta.

Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini melibatkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini melibatkan kebajikan penternak miskin!
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
2 OGOS 2013

Jumaat, 19 Julai 2013

HANCURRR! PEGAWAI TENTERAPUN BOLEH KECUT TELUR DAN DICUCUK HIDUNG!

Petikan berita dari: Malaysiakini


NGO: Nik Aziz dihalang solat di masjid kem TUDM

Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.

Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas.

Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi.

Jumaat, 28 Jun 2013

SPESIS ANEH SEDANG BERDEMO DI PULAU PINANG!


KALAULAH AKU BOLEH MENCARUT KAT SPESIS KAT GAMBAR ATAS TU, BERBAKUL KALIMAT CARUT AKAN AKU HAMBURKAN KAT MUKA MAMAT TU!  KALAULAH MELUDAH MUKA ORANG DIBENARKAN, AKAN AKU LUDAH MUKANYA HINGGA BASAH LENCUN!

INILAH JENIS SPESIS TAK TAHU MALU! TELUS SANGATKAH AKHBAR YANG ENGKAU WAKILI TU? PIIIIIIIIIRAH MABUK.......

Isnin, 17 Jun 2013

Rabu, 29 Mei 2013

SAH, SENARAI EXCO SELANGOR YANG AKAN ANGKAT SUMPAH BESOK JAM 9 PAGI


Speaker: YB Hannah Yeo (DAP)
DR DAROYAH ... ANTARA EXCO BARU YANG
AKAN DILANTIK BESOK

Exco: (1)YB Us Sallehen Mukhyi (PAS)
          (2)YB Iskandar Samad (PAS)
          (3)YB Dr Ahmad Yunus (PAS)
          (4)YB Dr Halimah Ali (PAS)
          (5)YB Rodziah (PKR)
          (6)YB Elizabeth Wong (PKR)
          (7)YB Dr Daroyah Alwi (PKR)  
          (8)YB Dato Teng Chang Khim (DAP)
          (9)YB Ean Yong Hian Wah (DAP)
          (10)YB Ganabathirau (DAP)

Upacara Mengangkat Sumpah serta Akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang 9.00 pagi esok 30hb Mei 2013.

KALAU BETUL CERITA NI KITA MEMANG PATUT KUTUK PRESIDEN PAS!



MENJAWAB MENANTU PRESIDEN PAS, DIN AYAM

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.
HAJI HADI 

Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

DIN AYAM
Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Islam cara Din Ayam laksanakan hudud dan Qisas sahaja. Masa PAS perintah Kedah dia tak pernah pun paksa laksana hudud dan Qisas. Berjuta-juta alasan dia bagi nak kata Kedah terkecuali laksanakan hudud dan Qisas. Din ayam nak bagitau kita, wajib itu bila dia kata wajib. Kalau dia tak kata wajib, ia tak jadi wajib. Islam kroni cara Islam Din Ayam sang menantu Hadi.

Mungkin Din Ayam nampak islam itu hanya hudud dan Qisas. Rasuah, tindas, ISA itu bukan larangan islam. Mungkin bila PAS perintah nanti, Din Ayam akan digunakan seribu satu dalil nak halalkan rasuah kot? Nak halalkan tindas kot? Nak halalkan ISA kot? Almaklumlah, Islam hanya sah dari tafsiran Din Ayam. Selain Din Ayam adalah Islam tak benar (?)

PSM yang lawan ISA itu tidak sah pada pandangan Islam cara Din Ayam. PSM lawan Rasuah itu tidak sah. Dr Jayakumar gunakan duit AP-nya untuk buat jambatan rakyat itu tidak sah. Tetapi yang sah adalah Hashim Jasin ambil AP-nya buat beli kereta pocher untuk anak. Hebat Islam cara Din Ayam ni rupa-rupanya.

Din ayam kata UMNO menang itu lebih baik dari PSM menang. Mungkin menantu presiden tu nak kata bahawa rasuah itu lebih baik, ISA itu lebih baik, tipu duit rakyat itu lebih baik. UMNO yang lansakan benda ni. PSM konsisten lawan semua ni.

Sebenarnya Kota Damansara tu kerusi PKR. Bukan kerusi PAS. Tahun 2004 PKR bertanding di DUN Paya Jaras. Kota Damansara pula PAS bertanding. Haji Arif calon PAS Kota Damansara masa tu. Tp tahun 2008 PAS minta tukar kerusi Paya Jaras dengan PKR. PAS nak bertanding di DUN Paya Jaras. Dun Kota Damansara pula PAS bagi kepada PKR. Tahu-tahu PKR menang di DUN kota Damansara. PAS kalah di DUN Paya Jaras.

Kalau Din ayam nak PAS bertanding di kerusi Kota Damansara. Kenapa Din ayam tak bagi kerusi Paya Jaras kepada PKR? Oh, Din Ayam amalkan islam kroni. Islam Hadi dan menantu.

Bila tahun 2008 PKR menang di Dun Kota Damansara, Din Ayam dah mula merepek. Dia duduk di seksyen 8 Kota Damansara. Dia mula kata orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Orang itu tidak Islam, orang ini tidak Islam. Yang islam hanya datang dari dia sahaja. Dia mula buat fitnah macam-macam kat Dr Nasir. Geng dia tukang sebar. Dorang kata Dr Nasir tak sembahyang. Dorang kata Dr Nasir tak puasa. Islam cara Din Ayam ni boleh tuduh orang. Fitnah orang dapat pahala pada Din Ayam.

Din ayam semakin tamak. Masa isu ADUN Bukit Lanjan. Gambar Elizabert wong tersebar. Menantu presiden PAS tu buat kenyataan minta DUN Bukit Lanjan itu diberikan kepada PAS.

Bila datang tahun 2013. Din ayam sekali lagi pamerkan tamak. PAS kawasan Subang dah buat keputusan dah yang PKR bertanding di kerusi itu. masalah PKR nak bubuh calon PSM atau tidak, itu PKR punya pasal la. Sebab itu kerusi PKR. Macam PAS letak hasan ali dulu kat DUN Gombak setia. Kalau PKR masuk juga bertanding, mesti PAS pun marah. PAS nak letak hasan ali ke kat DUN Gombak tu, PAS punya pasal la.

Bila PAS Kawasan Subang dah tau bahawa Dr Nasir bertanding di DUN Kota Damansara atas tiket PKR. Lawyer Razlan asalnya calon PKR pun dah tarik diri. Dia bagi laluan kepada Dr Nasir Hashim. PAS kawasan subang pun buat keputusan tak akan bertanding.

Tp, malam penamaan calon lain pula jadinya. Watikah calon PAS pun sampai. Hadi yang tandatangan. PAS selangor dan PAS pusat tak tau. Timbalan presiden kata itu kerusi PKR. Semua Naib presiden pun kata benda sama. PAS selangor pun kata benda sama. SU Agong PAS pun kata benda sama.

Tp Hadi sahaja yang diam. Rupa-rupanya Hadi dipengaruhi Din Ayam untuk tandatangan watikah. Lebih-lebih lagi Calon PAS Kota Damansara itu kawan baik Din Ayam masa belajar di Mesir dulu. Sama-sama dalam PMRAM.

Masa hari penamaan calon. Dorang sekali lagi licik. Dorang tak datang awal. Dorang datang lewat. Bila dah selesai semua calon-calon DUN dalam Parlimen Subang masuk dewan penamaan calon baru dorang masuk. Selepas Khairuddin masuk. Selepas Sivarasa Masuk. Selepas Elizabert wong masuk. Tiba-tiba dengar takbir.

Orang-orang PAS yang berada di bahagian hadapan terkejut. Dorang tengok calon PAS dah masuk dah. Ni calon mana pula. Dorang ingat calon ISMA. Rupa-rupanya calon PAS. Riduan Ismail. Pandai dorang buat strategi. Kalau dorang datang awal. Nanti sempat Khairuddin selesaikan lebih awal sebab Khairuddin tu setiausaha PAS Selangor. Tp dorang datang lambat supaya Khairuddin tak sempat nak selesaikan benda ni. Memang kerja dorang licik. Din ayam mastermindnya. Tahniah hadi ada menantu macam Din Ayam.

Bila Din Ayam berhujjah. Dia guna hujjah lawak. Alasan dia 7 ribu undi PAS itu tak akan undi calon PKR. Kata Din Ayam 7 ribu tak akan keluar mengundi kalau PAS tak bertanding. Mungkin Din ayam nak pakai logik. Kalau PKR tak bertanding mungkin 14 ribu undi tak akan undi PAS. Hujjah intelek Din Ayam lebih hebat dari hujjah seekor kambing.

Din Ayam ni sesuai sangat jadi penasihat Hizbut Tahrir atau ISMA. Din Ayam ni salah seorang Ahli majlis Syura Ulama. Dia buat keputusan. Dia dilantik sebab dia menantu Hadi. Kalau dia bukan menantu dia tak akan jadi Ahli Majlis Syura Ulama PAS punya. Majlis Syura Ulama PAS ni penentu dasar dan keputusan parti. Dia boleh buat desakan supaya PAS keluar dari PR dengan fatwa-fatwa dia. Islam Din Ayam, Islam kroni anak menantu Hadi.



Yang benar;

KD (Kambing Din)

Khamis, 23 Mei 2013

TIMBALAN MURSYIDUL AM PAS SOKONG PERHIMPUNAN AMAN!


SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri - Datuk Dr Haron Din


Aslani M

KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala
Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.

“SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.

Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.

Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut.

“Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinama dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan sebagai dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan menipu pengundi.

“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau menyokong mana-mana perrhimpunan aman yang tidak mengundang kepada malapetaka. Lagi pun kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada provokasi.

“Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan.

“Saya juga telah membuat komen secara peribadi menerima keputusan pilihan raya dengan protes kerana ada kelemahan yang nyata berlaku. Dan ia hendaklah diperbaiki dan perlu diberi penjelasan segera oleh SPR,” katanya.

Selasa, 21 Mei 2013