RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 29 Februari 2012

PROSES "MEMBANGANGKAN" RAKYAT MALAYSIA TERUS GIAT DIJALANKAN

Hari ini keluar lagi berita yang amat menggelikan hati, yang kadang-kala amat-amat memualkan pula. Mula-mula aku terbaca berita yang menukilkan bahawa Setiauasaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansur bermadah berhelah menyatakan bahawa sesungguhnya tiada makhluk yang berjenama UMNO terlibat dalam insiden pertembungan dengan kumpulan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang, Ahad lalu yang berakhir dengan dua orang petugas media dicederakan.


Menurut Bernama yang memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu.

"Kalau betul kita (Umno) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).

"Benda yang tiada, diada-adakan," katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Namun, bertentangan dengan apa yang diungkapkan oleh Adnan ini, sebenarnya Lim Guan Eng telahpun membuat laporan polis pada 28 Februari 2012, iaitu semalam. Sila lihat laporan polis yang dibuat oleh LGE di sini.


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini turut menafikan anggotanya telah mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera pada Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota di George Town Ahad lepas.

Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata anggota PERKASA berada di situ hanya untuk meninjau keadaan tetapi ada pihak yang membuat provokasi terhadap mereka sebaik Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba.

Namun ternyata PERKASA bukan sekadar meninjau keadaan (macam polis pulak puak-puak ni), tetapi turut berperanan aktif menonjolkan sikap buruk mereka (kurang ajar le tu) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Perkara ini diakui sendiri Mohd Rizuad seperti berikut:


Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan tindakannya menunjukkan kasut di hadapan kereta Ketua Menteri, Lim Guan Eng Ahad lalu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.


Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.


Rizuad berkata, Guan Eng mampu meluangkan masa untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 sebagai membantah projek Lynas di Gebeng, Pahang demi modal politiknya.


"Guan Eng didapati mengambil kesempatan dalam perhimpunan itu untuk berucap sambil memperkecilkan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi slogon 1 Malaysia yang dianggapnya sebagai satu pembohongan. - Sinar Harian


Kemudian keluar pula berita berikut: (Malaysiakini)


Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Menurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kanan), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.


Mereka tanpa segan silu berperangai "amat kurang ajar" pada kaca mata budaya Melayu, dengan menunjukkan kasut kepada seorang Ketua Menteri yang dilantik secara sah melalui proses demokrasi. Kalau mereka tidak bersetuju dengannya perlu apa melakukan sikap kurang ajar terserbut sedangkan mereka juga bebas sebebas-bebasnya boleh mengadakan sebarang perhimpunan. Kalau masih kurang puas hati mereka boleh bekerja keras mengalahkan LGE masa PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi.


Tetapi apabila ada pula warga lain yang bertindak mempertahankan Ketua Menteri mereka menyelarnya sebagai biadap dan boleh dicederakan. Apa saja tindakan mereka adalah betul belaka sementara orang yang tidak sebulu dengan mereka salah semua.

Adeeeeei tambi.....poooooorrrrrraaaaah!




Selasa, 28 Februari 2012

LAGI SPESIS SEPERTI NOVANDRI DITEMUI, KALI INI DI LEPAR PAHANG!


Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi


ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang  dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.


Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.


"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.


"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.


Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau. - dari Malaysiakini


Ulasan Tinta Tajam:

Lagi spesis "bangang" cuba menegakkan benang basah dan menyerlahkan lagi kebangangan diri sendiri. Kini kita semakin mengetahui jenis-jenis makhluk yang menjadi YB UMNO, dan kita semakin mengetahui tahap pemikiran mereka!

Konon-kononnya Asrullah Afendi Abdullah ingin menyelamatkan Nurul Izzah dari keadaan yang semakin tidak terkawal, sekumpulan belia ingin menyerbu ke pentas.

Yang bahalolnya kenyataan ini, yang bawa dan mengetuai gerombolan belia-belia tersebut adalah budak yang bernama Asrullah itu sendiri, mereka datang mengganggu dan memprovokasi program orang. MEREKA PROVOK, MEREKA NAIK MARAH DAN MEREKA SENDIRI BERTINDAK TANPA GUNAKAN OTAK DENGAN BETUL!

Apakah ada bahagian-bahagian tertentu bumi Malaysia ini yang menjadi hak mutlak UMNO yang orang lain diharamkan menjejaknya! Ayohlah YB, janganlah terlalu ingin menjaga anak buah anda sehinggakan anda bertindak begitu bodoh sekali! Atas apa alasan sekalipun juak-juak hulubangan anda tidak berhak untuk bertindak sedemikian kerana Malaysia adalah sebuah negara DEMOKRASI dan bukannya KUKU BESI!

Bak kata Tukar Tiub, CUKUP-CUKUPLAH MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU, KERANA RAMAI DAH ORANG MELAYU YANG MENJADI BODOH!

CERDIKKAH KENYATAAN DR. NOVANDRI INI? (AKU TAK MAU MAKI DIA)

DR. NOVANDRI - SEORANG PEJUANG MELAYU?

Umno dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar

Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.

Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh - menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya "Dr MiM".

Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.

"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam , tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.

Chew, 29, dilapor dibelasah semasa dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan. Rakannya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.

Chew mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas , yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan PERKASA.

Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama dengan samseng yang membuat kecoh dan provokasi.

Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal", Dr Novandri mendakwa media pro-pembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.

"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya.

Komen Al-Filfilan:

Hairan saya membaca komen Dr. Novandri ini, yang dikatakan golongan terpelajar dalam UMNO. Beliau menyatakan rakyat marah apabila Adam Chew menjadi "benteng" kepada Ketua Menteri PP. Kita nak bertanya kepada Novandri, Adam Chew menjadi benteng kepada LGE dari serangan siapa? Kalau tiada serangan masakan perlu Adam Chew menjadi benteng? Mana lebih kurang ajar menjadi benteng mempertahankan seorang Ketua Menteri yang dipilih rakyat atau gerombolan yang menyerang beliau? Apakah menceroboh program orang bukan sikap paling kurang ajar?

Kalau anda tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut, dan anda menyanjung kebebasan bersuara anda boleh buat perhimpunan sendiri dan jemput rakyat menyertainya, bukan dengan cara mencetuskan provokasi sebegini?

Dan atas apa alasan sekalipun apakah gerombolan anda berhak memukul orang? Apakah anda sudah tidak menyanjung lagi akan nilai-nilai Rukun Negara, Kedaulatan Undang-Undang? Anda harus ingat, anda yang menceroboh dan mencetuskan provokasi. Boleh anda bayangkan apakah akan terjadi kalau penyokong PR bertindak balas ke atas gerombolan anda seramai 50 orang itu?

Wahai Dr. Novandri, apakah 50 orang yang saudara bawa itu mewakili seluruh rakyat Melayu Pulau Pinang? Apatah lagi rakyat Pulau Pinang bukan Melayu yang lain? Jangan anda ingat semua orang Melayu Pulau Pinang menyokong perbuatan anda dan kuncu-kuncu anda? Jangan ingat semua anak Melayu Pulau Pinang menjadi pak turut UMNO dan Perkasa. Sebagai seorang yang "berilmu" hormatilah ilmu yang anda miliki, berfikirlah secara waras dan bukannya mengikut emosi kepartian melulu!


Hamzah Al-Filfilan
Anak Melayu Pulau Pinang.

Isnin, 20 Februari 2012

CERAMAH ISU ISRAEL OLEH DSAI DI TAMAN SERI GOMBAK MALAM INI

ISU ISRAEL
Tarikh             : 20 Februari 2012 (Isnin)
Masa              : 9 Malam
Tempat          : Dewan Beringin, Jalan Besar, Taman Seri Gombak

Penceramah : 
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, 
YB Mohamed Azmin Ali, 
Ustaz Salehuddin Nasir, 
Dr Mohd Nur Manuty, 
YB Amirudin Shari.




Lokasi Dewan Seri Beringin, sila klik di sini

STAR AKUI KESILAPAN, TAPI LOGIKKAH MEREKA TERSILAP TERJEMAH?

Akhirnya akhbar milik MCA, The Star mengakui kesilapan mereka menterjemah sehingga menerbitkan berita yang salah "Kami tidak bersetuju Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan" yang kononnya diucapkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng.


Akhbar tersebut telahpun menerbitkan ralat tersebut dan menyatakan kekesalan atas kesilapan TERJEMAHAN yang mereka lakukan, tanpa memohon maaf kepada LGE yang menjadi mangsa berita palsu mereka.

Walaupun kita berterima kasih di atas "kejujuran" mereka mengakui kesilapan yang dilakukan, namun kita merasa musykil juga. Bagaimanakah sebuah akhbar yang didominasikan oleh kaum Tionghua dan dimiliki pula oleh parti politik terbesar kaum berkenaan boleh terkhilaf dalam menterjemah bahasa mereka sendiri? Mungkin mereka akan menjawab bahawasanya mereka kurang fasih berbahasa Mandarin!

Kalau betullah mereka tersilap menterjemah apa yang dikatakan oleh LGE, sepatutnya mereka menyiarkan terjemahan yang sebenarnya supaya kekeliruan tersebut dapat dijernihkan. Sudah tentu mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka memang ingin rakyat Malaysia sentiasa dalam kekeliruan!

JANGAN SAMPAI ADA NYAWA YANG MELAYANG BARU NAK BERTINDAK!

"If you do it in the hornet's nest, then we will tell you not to and suggest another place. But if you say you like to get stung, then we will let you proceed," - Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob dilaporkan berkata sebagaimana yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider


Petikan kata-kata di atas adalah apa yang diucapkan oleh Ketua Polis Shah Alam ketika insiden serangan samseng-samseng taik minyak di Jalan Kebun terhadap satu ceramah ABU. Apa yang kita fahamkan dari ayat tersebut?

Kini insiden tersebut semakin menjadi-jadi. Yang terbaru adalah serangan kira-kira 200 orang liar terhadap kenderaan yang dinaiki oleh KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA ketika hendak menghadiri satu program di Semberong, Johor.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, "orang-orang liar dan tidak bertamaddun" yang dikatakan membawa bendera UMNO dan BN telah telah menyerbu kenderaan yang dinaiki oleh DSAI sambil menendang, membaling batu dan menghentak kenderaan tersebut. Sambil melakukan perangai keji tersebut mereka turut bersorak dan mengejek DSAI.


Diberitakan juga mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu.  Mereka melakukan perbuatan tersebut secara berleluasa di hadapan beberapa anggota polis!


Kita amat mengharapkan supaya pihak berwajib dapat menangani gejala samseng politik upahan seperti ini. 







Jangan sehingga ada nyawa yang melayang barulah pihak tu nak bertindah! Tapi bila dihayati akan kata-kata yang diluahkan oleh Ketua Polis Shah Alam maka saya rasa pihak PR yang akan dipersalahkan kerana "berani menjolok sarang tebuan". Sang tebuan tersebut pula yang akan dilindungi!



Sabtu, 18 Februari 2012

PEMIMPIN POLITIK YANG DERMAWANPUN TERIMA BR1M?

Berita yang amat melucukan yang aku baca di Malaysiakini  selepas menonton rancangan Raja Lawak sebentar tadi benar-benar telah menyebabkan lawak jenaka para peserta rancangan tersebut menjadi tawar setawar-tawarnya!

Manakan tidak! Berita tersebut benar-benar lucu dan lawak sehingga menyebabkan aku ketawa sampai sakit perut. Selepas habis ketawa aku rasa macam nak mencarut je kat pihak-pihak yang berkenaan, yang dok lebong kononnya BR1M tak ada kena mengena dengan politik. 


Dan kepada Datuk yang didakwa sangat dermawan tu, malulah sikit. (tapi memang dia muka tak malupun .....) Kononnya dia memohon BR1M tu kerana dia nak dermakan RM500 tu kepada orang miskin yang lain. Oiiiii Latuk, itu orang miskin sudah tentu sudah dapat itu 5 latut linggit, lagi lu mau kasi ka? Kalau lu mau kasi wang sama orang lu angkat lu senlili punya wang la Latuk?



Selasa, 14 Februari 2012

PAKAR "BANANA KICK" ABDULLAH ALI SERTA DUA BEKAS PEMAIN BOLASEPAK SERTAI PAS



Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.

Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10.

Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.

Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.

Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.

“Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur dengan penyertaan lagenda bola sepak negara itu untuk menyertai PAS.

Tuan Guru berharap, semoga dengan penyertaan Abdullah Ali akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PAS memandangkan tidak ada sebab rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berlandaskan Islam itu.

“Saya benar-benar berbangga dan bersyukur,” ujarnya sambil tersenyum.

Abdullah menyertai ahli PAS seumur hidup dan borang keahliannya diserahkan terus kepada Takiyuddin untuk diurus segera di peringkat PAS Pusat.

“Insya Allah bulan hadapan permohonan ini akan selesai,” ujarnya ketika ditemui pada majlis itu.

dari blog: Jalan Pulang

TENGKU SOPHIA PEREMPUAN YANG HINA ISLAM BUKAN ORANG MALAYSIA DAN BUKAN ORANG ISLAM?

Ada beberapa blog sahabat yang begitu marah terhadap seorang perempuan yang kelihatannya menyamar di twitter dengan menggunakan nama TENGKU SOPHIA dan menghamburkan kata-kata cacian, kata-kata lucah dan sebagainya terhadap Rasulullah s.a.w. dan Allah s.w.t. Malah ada cerita kononnya Tengku Sophia ini telahpun memeluk agama Keristian.

Sudah tentu kita merasa amat marah dan terkejut dengan perbuatan sebegitu keji yang kononnya dilakukan oleh seorang wanita Islam Malaysia seperti di bawah ini:



Namun apabila saya lihat tentang penggunaan bahasa dan pemilihan perkataan, ternyata BERUK ini gagal menyembunyikan identitinya kerana bau keIndonesiaan perkataan yang dipilihnya amatlah terselah seperti berikut:

DIBANGUNI, MENDING, TAK SEPANTASNYA, ISTRI, KARENA, BICARA, KAU BILANG, BENTAR LAGI, VAGINA: Semua perkataan ini adalah perkataan yang digunakan oleh orang Indonesia.

Saya percaya yang BERUK ini sebenarnya seorang Indonesia, dan sememangnya juga bukan beragama Islam, dan kemungkinan juga bukan seorang wanita. Dia hanya ingin menimbulkan kegemparan kononnya seorang wanita Islam Malaysia yang bergelar Tengku pula sanggup menghina agamanya sendiri!

Khamis, 9 Februari 2012

DR. MASZLEE CADANG HASAN JATI DAKWAH DI HARD ROCK CAFE

Amat tertarik sekali membaca surat terbuka dari seorang cendekiawan, Dr. Maszlee Malik dari UIAM kepada tokoh penjaga akidah umat Islam Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali @ Hasan JATI. Surat lengkap beliau seperti di sini.

Surat terbuka beliau amat sarat dengan pandangan dan hujah-hujah ilmiah dengan mengambil kira senario perubahan pendekatan yang diambil oleh kebanyakan gerakan-gerakan Islam, terutama selepas era Arab Spring. Hujah-hujah beliau amat meyakinkan dan boleh membuka mata dan minda "pemuja-pemuja" tokoh penjaga dan pembela akidah tersebut yang masih tersisa di dalam PAS.

Dan sudah pasti ramai yang bersetuju dengan pandangan Dr Maszlee, daripada Hasan JATI ke hulu ke hilir mengadakan perhimpunan untuk menjaga akidah umat Islam, lebih baik beliau menggunakan kepakaran motivator yang ada pada dirinya bagi membimbing semula para pemurtad kembali ke pangkal jalan. Sudah pasti Dr. Hasan ada senarai nama-nama yang terlibat yang didakwanya mencecah ratusan ribu. Dapat selamatkan 10 orangpun sudah memadai sebagai langkah awalnya.

Dan lebih tertarik lagi saranan Dr Maszlee kepada Dr Hasan, yang kini banyak masa terluang selepas dilucutkan jawatan EXCO, supaya menggunakan kepakaran beliau bagi membentung punca-punca gejala sosial seperti mat-mat rempit, mat-mat pet, remaja berpeleseran, kan lebih baik. Bawalah sekali sahabat-sahabat baru yang mendampingi beliau untuk membuat kerja-kerja amal menjaga akidah puak-puak ini.

Dr. Maszlee turut menyarankan Dr. Hasan membuat kerja amal yang lebih hebat iaitu berdakwah di Hard Rock Cafe menyeru agar umat Islam yang sedang enak dibuai kemabukan alkohol supaya bertaubat dan kembali menghayati Islam. Sudah pasti, kata Dr. Maszlee pemilik Hard Rock Cafe tidak akan menghalang kerja-kerja murni Hasan JATI tersebut. Kalau boleh kerahkan sekali 10,000 ribu orang yang berhimpun untuk menjaga umat akidah umat Islam mejalankan jihad murni ini. Sudah pastilah mereka yang tengah bersemangat jitu untuk mempertahankan akidah umat Islam akan bahu membahu membantu jihat terbaru Hasan JATI.

Dr. Maszlee amat yakin sekiranya Hasan JATI menyahut saranannya sudah pasti beliau akan dikenang kawan dan lawan sebagai "pejuang akidah yang sebenar."

Ye tak ye juga, nak jaga akidah umat Islam bukan melalui perhimpunan, tapi pergi ke punca masalah dan berdakwah di sana. Bukannya nak menyelamatkan akidah dengan menyerang PAS atau PKR!

"1 CARE FOR 1 MALAYSIA" DIWAJIBKAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Salah sebuah klinik 1Malaysia yang meriah dengan bendera UMNO
Diberikan oleh Malaysiakini bahawa Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan National (NHF), Dr. Rozita Halina Hussein memberitahu bahawa semua rakyat Malaysia akan diwajibkan menyertai cadangan skim penjagaan kesihatan, yang belumpun dirangka pelan perlaksanaannya, dan diberi jenama "1 Care for 1 Malaysia". 

Menurut Dr. Rozita, ini adalah untuk memastikan sumbangan dapat dimaksimumkan dan semua orang mendapat perlindungan yang sama rata.

Ini satu lagi jawak jenaka terbaharu dari sebuah agensi kerajaan (sudah tentulah sebagai penyambung lidah kerajaan). Pertamanya, kenapa semua benda nak dikaitkan dengan nombor 1, dan yang keduanya dia sendiri mengaku bahawa pelan perlaksanaannya belumpun dirangka. Apa kejadahnya benda yang belumpun dirangka nak diumumkan? Iya, mungkin juga sebagai peringatan awal bahawa poket kita akan bakal berkurangan lagi dalam sedikit masa nanti. Dan mungkin juga sebagai strategi nak test market, bila ramai yang marah, maka datanglah "dewa penyelamat" mengumumkan bahawa memandangkan kerajaan amat prihatin dengan nasib rakyat, maka kerajaan yang sudah terkenal dengan slogan "Tradisi Membela Rakyat" membatalkan cadangan tersebut, semuanya demi rakyat!

Ada khabar-khabar yang belum dapat dipastikan kebenarannya bahawa sumbangan untuk skim tersebut ialah sebanyak 10 peratus daripada gaji bulanan seseorang pekerja. Bagaimana pula halnya dengan yang tidak bekerja, budak-budak, mat rempit, mat pet, dan segala macam mat dan minah diambil sumbangan atau caruman untuk menyertai skim ini, wallahua'alam.

Bagaimana pula golongan pekerja yang telahpun mendapat kemudahan perubatan yang menyeluruh sama ada majikannya pihak kerajaan ataupun swasta? Bukankah ganjaran perubatan itu adalah termasuk sebagai kemudahan yang diterimanya hasil daripada sumbangan tenaga empat keratnya (termasuklah otaknya) kepada sang majikan? Apakah mereka juga akan diwajibkan lagi menyumbang kepada skim ini?

Tak habis-habis lagi mereka meroyan dengan angka 1 rupanya? Ramai yang dah naik geli dan alergik dengan angka 1 ni sebenarnya.

LAPORAN POLIS SUDAH, LAPORAN SKMMPUN SUDAH, BILA NAK BERTINDAK?


KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman-laman web Umno-Online, Pisau.net dan Papa Gomo.

Ini berikutan tindakan laman ini yang terus-terusan mengacau anak Lim Guan Eng dengan dakwaan yang bukan-bukan melalui blog mereka.

Walaupun sudah terbukti tidak bersalah, anak Ketua Menteri masih lagi dimangsakan dengan sindiran berunsur fitnah, kata Zairil Khir Johari dalam laporannya.

Laporan ini dibuat susulan daripada laporan polis yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 12 Januari 2012.

Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan isu ini, pada bulan Oktober tahun lepas beberapa laman web telah memainkan desas-desus kononnya anak Ketua Menteri Lim Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.

Tambahan pula, laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Ekoran daripada itu, pelbagai pihak telah muncul untuk menyangkal tuduhan-tuduhan tersebut sebagai fitnah yang langsung tidak berasas.

Misalnya, “pelajar perempuan” yang terbabit, Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

Kenyataan Anya telah diikuti dengan pengesahan daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

Tambahan pula, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu.

Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, laman-laman web tersebut masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, kata Zairil dalam kenyataannya.

Sehingga sekarang, katanya, artikel-artikel yang palsu dan fitnah itu masih lagi dipaparkan dalam laman-laman web tersebut.

"Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL - Ibrahim Ali”, di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:

"Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek... Memang SIAL”

Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah, dakwa Zairil.

Sehingga hari ini, katanya, tindakan daripada pihak berkuasa masih lagi ditunggu-tunggu.

Pada 12 Januari 2012, pihak polis telah menghubungi Ketua Menteri dan menasihati supaya beliau membuat laporan polis untuk memudahkan tindakan susulan ke atas pengendali-pengendali laman-laman web berkenaan.

Malah, Ketua Menteri telah diberitahu bahawa permintaan untuk membuat laporan ini telah datang daripada “pihak atasan”.

Namun demikian, setakat ini siasatan masih belum lagi menghasilkan sebarang tangkapan, katanya.

"Berikutan ini, saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Saya berharap dan memohon agar pihak SKMM dapat mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas pihak-pihak tersebut," kata Zairil lagi.

DR. ABDUL MU'TI, MUHAMMADIYAHPUN PERNAH DITUDUH KERJASAMA DENGAN ISRAEL, JADI JANGAN TERLALU "BIADAP"!

Mungkin kehabisan modal dan tenaga untuk menyerang DSAI maka dibawalah "tokoh ilmuan" import dari tanah seberang, Dr. Abdul Mu'ti, setiausaha sebuah organisasi Islam berpengaruh di Indonesia, Muhammadiyyah, untuk turut sama menibai dan menghentam Anwar. Pertubuhan ini amat dikenali oleh rakyat Malaysia ketika dipimpin oleh Dr. Amin Rais pada zaman reformasi republik itu.

Kitapun tidak tahu apa maksud Dr. Mu'ti bertindak sebegitu? Malahan ada penulis Malaysia menganggap tindakan Abdul Mu'ti itu boleh dianggap "biadap" seperti yang dInukilkan oleh MSO seperti di sini.

Sebagai seorang "cendekiawan" dan bukannya cendawan, Abdul Mu'ti seharusnya bersikap lebih berhati-hati dalam memberi komentar terhadap individu muslim yang lain, lebih-lebih lagi kamu adalah cendekiawan muslim. Apakah kamu faham sepenuhnya pokok pembicaraan Pak Anwar? Kita tidak mengira kamu telah dipergunakan oleh pihak media Malaysia yang memusuhi Pak Anwar, kerana mana bisa seorang yang tinggu ilmunya seperti kamu bisa dipergunakan!

Pak Abdul Mu'ti, lebih baik anda perhatikan apa yang berlaku di negara anda. Mengapa sampai ada sebuah pertubuhan yang sudah berusia sepuluh tahun khusus untuk mengadakan hubungan dengan Israel iaitu Indonesia Israel Public Affairs Committee (IIPAC)? Dan sehingga ada pula sambutan HUT Kemerdekaan Israel di Jakarta sebagaimana yang diberitakan di sini.

Dan harus juga diingat wahai saudaraku Pak Abdul Mu'ti! Sedangkan Muhammadiyah juga pernah difitnah mengadakan hubungan dengan Israel sehingga membuatkan ketua kamu terpaksa mempertahankan diri sebegitu rupa. Apakah Pak Anwar juga tidak difitnahkan sebagaimana kamu difitnahkan?

Cuba lihat berita di bawah ini:


Din Bantah Muhammadiyah Kerjasama Dengan Israel

muh_trans2
Merebaknya pemberitaan tentang kerjasama Muhammadiyah dengan Israel, membuat Din Syamsudin angkat bicara. Dikatakan dalam Situs Resmi Muhammadiyah, “Berita itu tidak benar. Tidak ada MoU antara Muhammadiyah dengan Israel dan tidak ada bantuan Israel kepada Muhammadiyah” tutur Presiden Asian Conference of Religions for Peace (ACRP) ini.
Din Bantah Muhammadiyah Kerjasama Dengan Israel.
Din yang juga penerima Award sebagai Ambassador for Peace atas prakarsa perdamaian yang dilakukan mengatakan bahwa penyebaran berita itu oleh pihak-pihak tertentu sangat tendensius.
Pernyataan Din ini menanggapi berita yang merebak di dunia maya, diantaranya yang dikeluarkan oleh Eramuslim.com dengan judul Muhammadiyah Jalin Kerjasama dengan Israel, dan beberapa media online lainnya.
Eramuslim sendiri mengangkat berita itu dari islamonine.com “Situs Islamonline melaporkan, lembaga Rescue and Emergency yang berada dibawah naungan Muhammadiyah telah menandatangani kesepakatan kerjasama di bidang kesehatan dengan Magen David Adom (MDA) sebuah organisasi layanan kesehatan nasional Israel. Kerjasama itu senilai 200.000 dollar dan penandatanganannya dilakukan oleh delegasi Muhammadiyah di Tel Aviv, ibukota Israel pada bulan Oktober 2007.”
Berikut ini adalah artikel yang diangkat oleh islamonline.com mengenai kerjasama muhammadiyah dengan israel:
Muhammadiyah divided on Israel ties
Israel Ties Divides Indonesians
Gaza’s Scary Nights
Referensi:
Muhammadiyah.or.id – Din : Tidak Ada Kerjasama Muhammadiyah dengan Israel
Eramusli.Com – Muhammadiyah Jalin Kerja Sama Dengan Israel



Rabu, 8 Februari 2012

DIA PUKUL ORANG, DIA YANG MENANGIS!

Ketika saya bersekolah rendah di awal tahun 70an dulu, salah seorang guru saya (dah lupa namanya, mungkin Cikgu Hatta) memberi perumpamaan tentang orang yang suka menyalahkan orang lain kalau dia  buat kesalahan. Cikgu menceritakan dengan memberikan contoh dua orang anaknya, seorang umur 6 tahun dan seorang 4 tahun.

Si abang suka mencari perhatian ibu dan bapanya. Kadang kala dia akan cubit atau pukul adiknya, tetapi dia yang akan menangis! Bila ibu atau bapanya tanya dia akan kata adik pukul. Mula-mula si ayah atau ibu percaya dan memarahi si adik. Namun apabila kerap sangat berlaku maka si ibu intai tengok apa yang sebenarnya berlaku. Maka ternyata si abang yang nakal.

Kisah ini juga berlaku di Madinah pada tahun 80an ketika saya menunaikan fardhu haji. Seorang jemaah haji wanita Malaysia telah dituris beg tangannya ketika baru selesai bersolat oleh seorang jemaah wanita disebelahnya dengan maksud untuk mencuri. Menyedari kejadian tersebut jemaah Malaysia itu menjerit, namun jemaah yang mencuri itu menjerit lebih kuat lagi sambil menunjukkan beg tangannya juga di toreh! Akhirnya polis tiba dan menahan kedua-duanya dan dibawa ke balai polis.

Punya cerdik si pencuri itu dia turut menorehkan baju yang dipakainya. Tambah malang lagi apabila diperiksa dalam beg tangan jemaah Malaysia itu terdapat pula sebilah gunting. Walau bagaimanapun selepas pegawai kita pergi ke balai dan meyakinkan pegawai polis tersebut maka jemaah kita dilepaskan. Pihak polis menyatakan dia lebih percaya cerita jemaah haji kita dari cerita si pencuri (jemaah haji dari Mesir) kerana berdasarkan pengalamannya belum pernah lagi jemaah haji Malaysia mencuri di Tanah Suci.

Apa yang nak saya kaitkan dua cerita di atas adalah tentang senario politik negara kita, terutamanya sejak akhir-akhir ini.

Lihatlah saja bagaimana "siparasit" sebuah parti yang membikin honar siang dan malam, apabila dipecat lantas dia melalak melolong menggelar orang lain parasit!

Begitu juga dengan sebuah lagi parti lain. Sedap jer mulut dia menuduh orang lain sokong Israel, tapi bila diselidiki mereka telah begitu lama menjalin hubungan tidak rasmi dengan negara Yahudi tersebut.

Yang terkini sebagaimana yang dihikayatkan oleh Cikgu Bard seperti di sini. Oleh itu kita semua hati-hatilah terhadap "orang yang suka menangis" dan menuduh orang lain pukulnya!

KEPALSUAN PERJUANGAN "HASAN JATI" MAKIN TERSERLAH!


Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor. Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti. 

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya. Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno. 

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang. 

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan. 

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno."Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan. 

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam. Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim - Malaysiakini

HASAN ALI MEROYAN NAK JADI MB!


Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN

Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.
Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.
Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);

Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),

“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

JAWAPAN PALING HANCUS DARI PRESIDEN MTUC

Ketika ditanya The Malaysian Insider mengenai penggunaan RM1.5 bilion wang KWSP bagi membiayai projek pemberian pinjaman perumahan bagi yang tidak berkemampuan, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata MTUC tidak mengetahui berkenaan dengan skim tersebut, oleh itu pihaknya "tidak mengingati" isu yang dibincangkan dalam mesyuarat bersama-sama dengan wakil kesatuan yang lain.

"Agak sukat untuk saya memberikan penjelasan. Saya kurang sihat sejak beberapa waktu tahun lepas, dan hanya baru-baru ini menyertai mesyuarat pada Jun atau Julai. Tapi sejak itu, saya tidak mengingati sama ada dimaklumkan berkenaan perancangan itu ketika mesyuarat."

"Ia tidak begitu jelas buat kami.... saya hanya mengetahuinya apabila ia dilaporkan akhbar .... " jelas Khalid sebagaimana yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider

Adoi mak !!!! Apa punya turrr jawapan dari seorang presiden sebuah kesatuan sekerja yang amat berpengaruh di negara ini. Jawapannya amat mudah, "saya tidak ingat, saya kurang sihat". Apakah mesyuarat KWSP tidak ada minit mesyuaratnya? Kalau memang tidak dibincangkan kenapa tak mahu cakap terus terang? Janganlah berbelit-belit!.

Ingat semua ahli-ahli MTUC, lain kali nah pilih pemimpin tu fikir-fikirlah!

Isnin, 6 Februari 2012

KITA PANGGIL DIA TIGA KALI TAK DATANG, TV3 PANGGIL DATANG PULAK!


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman menafikan kenyataan Hasan yang mendakwa tidak menerima sebarang pertuduhan dan juga arahan untuk hadir khusus bagi memberi keterangan.

Menurutnya, Pas Selangor menghantar sebanyak tiga surat bagi memintanya hadir untuk memberi keterangan.

“Tuduhan kita tak beri dia (Hasan) peluang itu tak betul kerana kita menghantar surat sebanyak tiga kali menjemputnya untuk bertemu pimpinan Pas Selangor.

“Malah kita ada bukti yang surat tersebut mempunyai cop penerima dan kita hantarnya sendiri secara terus.

“Yang kita hairan, kalau TV3 panggil dia pergi pulak? Tetapi kita panggil dia tak datang dan dia sendiri yang ‘menghitamkan’ suasana,” katanya.

Abd Rani turut menolak dakwaan Hasan yang mengatakan 72 peratus pemimpin Pas dijangkiti parasit.

Katanya, beliau hairan bagaimana Hasan mendapat statistik tersebut tanpa mengemukakan fakta dan bukti.

“Mana dia dapat statistik sebegitu? Adakah itu hasil kajiannya sendiri? Kalau nak tuduh kita perlu kemukakan bukti dan faktanya. Dalam Islam pun begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan keikhlasan Hasan dalam memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) kerana dilihat lebih condong mengkritik parti itu berbanding Umno.

“Kalau dia benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan pendiriannya mengapa tidak menegur kedua-duanya sekali iaitu Pas dan Umno. Tetapi dalam isu ini kita lihat dia hanya mengkritik Pas.

“Nampak seolah-olah dia memang budak suruhan Umno seperti yang didakwa oleh Khalid (Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor),” katanya.


Pihaknya juga tidak bercadang untuk mengadakan sebarang perdebatan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat Hasan.

“Ikut suka dialah nak cakap apa pun kerana dia bukan lagi ahli Pas, jadi terpulanglah kalau nak komen apa pun.

“Kalau dia nak meraung sekalipun terpulanglah kerana kita tak bercadang nak berdebat dan tak mahu beri ‘talian hayat’ kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.



Ahad, 5 Februari 2012

ANDA NILAIKAN SENDIRI TAHAP PEMIKIRAN MENTERI NI!


"Semalam, apabila saya pergi ke Perak, ramai (ahli Umno) Wanita memberitahu saya bahawa terdapat seorang ahli pembangkang muda yang sering mengendap saya sejak tiga bulan yang lalu.

"Mereka beritahu bahawa orang ini bercita-cita jadi ketua Wanita, jadi adalah sesuai jika kita hantar pakaian seragam merah dan putih kepadanya," katanya selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Ditanya wartawan jika beliau merujuk kepada ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar atau pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, Shahrizat menjawab: "Beliau seorang lelaki."

"Saya lihat jika dia memakai seragam wanita (Umno), dia akan kelihatan agak ‘cun’ kerana dia ini ‘jambu’ sedikit."

petikan dari Malaysiakini

Sabtu, 4 Februari 2012

FITNAH ANAK GUAN ENG: LAPORAN HAMPIR SEBULAN DAH, TINDAKAN TAK NAMPAK LAGI?


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Mohd Nasir Salleh telah menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng agar membuat laporan terhadap Umno-online, blogger Papagomo dan Pisau.net kerana didakwa telah memfitnah anaknya dengan dakwaan dia mencabul rakan sekelasnya.

Menurut Lim lagi, Naser telah memaklumkan kepadanya bahawa arahan meminta Lim membuat laporan tersebut "datang dari atas".

"Beliau membuat temujanji untuk berjumpa dengan saya pada 12 Januari di pejabat saya. Jadi mengikuti nasihat beliau saya telah membuat laporan itu pada hari yang sama," kata Lim kepada pemberita di Komtar.

Dakwaan tersebut, termasuk dakwaan bahawa anak Lim dipaksa berpindah ke sekolah lain, dan dakwaan bahawa ketua menteri itu telah membayar RM200,000 kepada pihak tertentu bagi menutup kes tersebut, di mana Lim telah menafikan sekeras-kerasnya.

Dakwaan yang dibuat pada bulan Oktober tahun lepas, telah terbukti tidak benar apabila "mangsa' dakwaan tersebut - bekas pemain catur kelahiran Hong Kong, Anya Corke - tampil menafikan tuduhan itu.Anya didakwa menjadi mangsa dakwaan itu apabila gambarnya telah digunakan dalam lamanweb-lamanweb berkenaan yang menuduh anak Lim dengan dakwaan salah laku seksual.

Menurut Lim, sehingga semalam, polis masih menyiasat perkara itu dan belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

Beliau melahirkan harapannya supaya polis akan melakukan seperlunya dan menangkap mereka yang terbabit melakukan fitnah jenayah itu.

rujukan: pemuda pas wangsa maju

Jumaat, 3 Februari 2012

KITA + JATI = KATI = DACING?

Diberitakan orang kuat parti pimpinan Zaid Ibrahim, KITA, bagi negeri Kedah, Zamil Ibrahim berang dengan tindakan bossnya itu untuk membubarkan parti mereka sebaliknya beliau menawarkan diri untuk mengambil-alih kepimpinan parti itu.

Bukan setakat mengambil-alih kepimpinan, malahan beliau bercadang untuk berdialog dengan orang buangan PAS, Dato' Dr. Hasan Ali bagi menjalin hubungan dengan NGO yang bakal ditubuhkan kelak, JATI. Beliau berkata, dengan itu mereka akan dapat memperkuatkan "kuasa ketiga" yang diuar-uarkan dewasa ini.

Beliau yang tidak bersetuju KITA dibubarkan, meminta Zaid Ibrahim meletakkan jawatan dan keluar darpada parti itu.

Eloklah tu..... sama-sama tungang-menunggang! KITA campaur JATI, jadi KATI dan bersamaan pula dengan DACING! Matlamat mereka hanya satu, iaitu mengganggu gugat Pakatan  Rakyat.

Khamis, 2 Februari 2012

SAYA AKAN MASUK BILA ROH DAN JASAD SAYA BERSATU KE DALAM PAS - CATRIONA ROSS

Seorang lagi selebriti dijangka akan bersama-sama dengan PAS dan kali ini ialah artis Catriona Norhayati Rose Bahrain Ross ataupun lebih dikenali sebagai Catriona Ross atau Cat.

Menurut beliau, ke mana-mana beliau pergi beliau sering ditanya sama ada beliau telah menjadi ahli PAS berikutan dengan perubahan keterampilan dirinya yang menonjolkan imej Islamik.

"Saya tidak kisah untuk menjawabnya, saya akan masuk bila roh dan jasad saya bersatu ke dalam PAS. Saya akan masuk PAS apabila saya yakin untuk menyumbang sesuatu kepada parti, saya tak nak sekadar isi borang kemudian tak buat apa-apa, itu tak guna juga," tegas pelakon jelita ini dalam satu majlis forum bersama dengan seorang lagi selebriti yang kini telah menjadi ahli PAS, Bob Lokman.

Kenyataan beliau itu lantas disambut Bob Lokman, "Saya sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar serta seluruh ahli PAS yang hadir pada hari ini menjemput Catriona Ross untuk masuk PAS."

"Insya Allah, insya Allah," balas Cat.

Mudah-mudahan hasrat Catriona Ross akan menjadi kenyataan dan beliau tidak diganggu dan difitnah lagi.


APAKAH KEBEBASAN AKADEMIK BERERTI MAHASISWA BEBAS BUAT APA SAJA?

Meneliti kemelut yang melanda rentetan daripada isu penggantungan lima orang mahasiswa KUIN, seakan-akan merobek sedikit sebanyak persepakatan dan persefahaman parti-parti yang bergabung di dalam PR, malahan juga tempiasnya turut dirasakan mengocak sedikit sebanyak ketenangan dalam PAS, parti yang menjadi tunjang kerajaan PR di Kedah.

Kemelut ini turut juga mengheret beberapa NGO dan tokoh-tokoh tertentu yang selama ini dilihat condong kepada PR, memberi komen-komen pedas kepada peneraju kerajaan Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak kerana diperkirakan tidak selari dengan pendirian rasmi PR.

Namun kita perhatikan, kebanyakan daripada pengkritik-pengkritik bukan berhadapan dengan Ustaz Azizan sendiri untuk meluahkan segala yang terbuku dan berkematu di hati, sebaliknya menjadikan gelanggang media sebagai tempat melampiaskan kemarahan. Para wartawan dijadikan sebagai orang tengah untuk melahirkan rasa hati. Akhirnya kemelut dan kemeluat menjadi semakin besar, kesalahfahaman menjadi semakin nyata dan ketara. Rakyat di bawah yang tidak tahu hujung pangkal menjadi keliru dan meluat.

Akhirnya Ustaz Azizan menjelaskan bahawa penggantungan lima orang mahasiswa tersebut bukan dibuat di bawah AUKU, akta yang ditentang secara total oleh PR, tetapi dibuat di bawah akta 555, akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Mungkin ada pihak akan mempertikaikan lagi, dan terus menerus menyemarakkan lagi isu ini dengan berkata akta mana yang digunakan tidak penting, tetapi soalnya lima orang mahasiswa ini telah digantung, dan tiada pembelaan?

Lantas apakah bermaksud, kekebasan akademik, kebebasan mahasiswa adalah kebebasan total dan mutlak melakukan apa saja di kampus mahupun di luar kampus? Atas nama kebebasan mahasiswa, apakah mereka boleh bertindak sehingga ke tahap mengganggu gugat kerajaan negeri?

Tentulah ada sesuatu peraturan, undang-undang mahupun akta yang boleh mengawal, membicarakan dan menghukum para mahasiswa yang terbabit melakukan apa-apa salah laku. Yang penting apakah dalam prosiding yang dijalankan itu mahasiswa diberi kesempatan dan peluang yang seluas-luasnya membela diri? Apakah tidak mungkin lima orang mahasiswa tersebut dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengganggu gugat kerajaan negeri?

Dalam kita menghentam Ustaz Azizan, takut-takut kita terperangkap dalam jerat yang disediakan oleh parti lawan. Oleh kerana terlalu ghairah untuk menonjolkan diri sebagai pejuang kebebasan dan pendokong kepada gerakan mahasiswa secara tidak sedar kita menjahanamkan sendiri reputasi salah satu kerajaan PR. Tenaga yang sepatutnya kita simpan untuk "bertempur" dalam peperangan yang lebih besar menghadapi musuh sebenar, kita kini menjadi lesu kerana kehabisan tenaga dan peluru bertempur sesama sendiri.

Ingat! gerbang PRU 13 juga mula menjengah kita!