|
Salah sebuah klinik 1Malaysia yang meriah dengan bendera UMNO |
Diberikan oleh
Malaysiakini bahawa Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan National (NHF), Dr. Rozita Halina Hussein memberitahu bahawa semua rakyat Malaysia akan diwajibkan menyertai cadangan skim penjagaan kesihatan, yang belumpun dirangka pelan perlaksanaannya, dan diberi jenama "1 Care for 1 Malaysia".
Menurut Dr. Rozita, ini adalah untuk memastikan sumbangan dapat dimaksimumkan dan semua orang mendapat perlindungan yang sama rata.
Ini satu lagi jawak jenaka terbaharu dari sebuah agensi kerajaan (sudah tentulah sebagai penyambung lidah kerajaan). Pertamanya, kenapa semua benda nak dikaitkan dengan nombor 1, dan yang keduanya dia sendiri mengaku bahawa pelan perlaksanaannya belumpun dirangka. Apa kejadahnya benda yang belumpun dirangka nak diumumkan? Iya, mungkin juga sebagai peringatan awal bahawa poket kita akan bakal berkurangan lagi dalam sedikit masa nanti. Dan mungkin juga sebagai strategi nak test market, bila ramai yang marah, maka datanglah "dewa penyelamat" mengumumkan bahawa memandangkan kerajaan amat prihatin dengan nasib rakyat, maka kerajaan yang sudah terkenal dengan slogan "Tradisi Membela Rakyat" membatalkan cadangan tersebut, semuanya demi rakyat!
Ada khabar-khabar yang belum dapat dipastikan kebenarannya bahawa sumbangan untuk skim tersebut ialah sebanyak 10 peratus daripada gaji bulanan seseorang pekerja. Bagaimana pula halnya dengan yang tidak bekerja, budak-budak, mat rempit, mat pet, dan segala macam mat dan minah diambil sumbangan atau caruman untuk menyertai skim ini, wallahua'alam.
Bagaimana pula golongan pekerja yang telahpun mendapat kemudahan perubatan yang menyeluruh sama ada majikannya pihak kerajaan ataupun swasta? Bukankah ganjaran perubatan itu adalah termasuk sebagai kemudahan yang diterimanya hasil daripada sumbangan tenaga empat keratnya (termasuklah otaknya) kepada sang majikan? Apakah mereka juga akan diwajibkan lagi menyumbang kepada skim ini?
Tak habis-habis lagi mereka meroyan dengan angka 1 rupanya? Ramai yang dah naik geli dan alergik dengan angka 1 ni sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan