RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 29 Mac 2012

PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DAN NALLA JAHIL MELAMPAU?


KUALA LUMPUR 29 Mac: Ugutan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah dan Senator S. Nallakarupan untuk mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menandakan mereka jahil undang-undang.

Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran (gambar) berkata, kenyataan Shafee dan Nalla menunjukkan kejahilan melampau berkenaan prosedur itu di Parlimen Malaysia dan negara Komanwel.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk.

“Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Bercakap lanjut, Surendran berkata rakyat tidak pernah percaya dengan pembohongan tanpa sebarang rasa malu yang dilakukan oleh Nallakaruppan dan konco-konconya yang sentiasa cuba menyerang peribadi Anwar.

“Mereka (rakyat) memberikan sokongan, kepercayaan, dan simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpin beliau,” kata Surendran.

Memetik laman Malaysiakini, 28 Mac lalu, Shafee dan Nalla, beserta Anuar Shaari, Umi Hafilda Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan penubuhan ‘Gerakan Anti-Anwar’.

Ia kononnya bertujuan menyekat kemaraan politik Anwar, dan salah satu caranya adalah dengan mengusulkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parlimen untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang - KeadilanDaily.com

KOMEN HUSAM MUSA TENTANG PENJUALAN LADANG TABUNG HAJI


RANCANGAN "SPONTAN" DI ASTRO BUAT LAWAK TENTANG KUBUR ORANG ISLAM

Malam semalam (28 mac 2012) aku termenonton siri lawak "Spontan" yang disiarkan oleh Saluran 132 Astro (Astro Warna) kerana siaran yang lain lebih memboringkan aku. Pada mulanya aku tertarikla juga dengan siri yang di hoskan oleh Sharifah Shahirah ni memandangkan artis-artis yang ditampilkan seperti Afdlin Shauki dan Bob Kuman memang aku minat.

Tetapi apabila ada satu segmen tu yang mempermainkan kawasan perkuburan orang Islam, maka aku segera tertanya-tanya....dah kering idea sangat ke engkorang ni ....

Cuba bayangkan, seorang artis jemputan dihadapan background kawasan tanah perkuburan, ditanya oleh para peserta yang lain... Apakah pakaian yang boleh dipakai untuk pergi ke situ? Jawab sang artis bingai tersebut antaranya adalah pakaian mandi kerana kawasan itu panas.... Bertanya pula yang lain nampak batu-batu kat situ (batu nesan le) dijawab pula olehnya...tu batu bersejarah....macam batu-batu di Candi Borobudur....Ditanya lagi....boleh tak buat parti kat situ ... dijawabnya boleh...seperti parti tupperware, parti pirex......

Apa punya idea lawak cam ni......bingai betul........

CERAMAH PERDANA DI WANGSA MAJU SABTU INI


CERAMAH PERDANA ISU FELDA DAN POLITIK SEMASA DI BANGI MALAM INI

Jom kita ramai-ramai ke perhimpunan ceramah perdana seperti berikut:

Tarikh: 29 Mac 2012

Tempat: Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Penceramah: Dato Seri Anwar Ibrahim
                    YB Khalid Samad
                     Saudara Suhaimi Said, Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR
                     Saudara Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK

Berita berkaitan di sini


NEGARA HAK RAKYAT, KALAU TAK NAK TANGGUNG BEBAN JANGAN JADI KERAJAAN!

Maka bermadah dan berhelahlah akan seorang memanda menteri yang menjaga hal ehwal orang-orang yang dok mengaji di peringkat tinggi, kalau kerajaan hapuskan PTPTN maka kerajaan akan menanggung beban!

Wahai tok menteri! kalau anda masih kurang faham, kenalah fahamkan betul-betul akan kenyataan ini, bahawa sesungguhnya semua negara adalah kepunyaan rakyatnya termasuklah segala hasil mahsulnya. Kerajaan dipilih atau dibentuk sebagai mewakili rakyat untuk mentadbir, mengadakan undang-undang dan segala peraturan serta mentadbir dan mengagihkan hasil negara kepada rakyatnya dengan adil dan amanah. Harta negara bukan kepunyaan pemerintah tetapi adalah kepunyaan rakyat seluruhnya!

Oleh itu segala tanggungan, subsidi dan belanja mengurus dan pembangunan bukanlah BEBAN tetapi adalah TANGGUNGJAWAB pemerintah. Seperti seorang bapa membelanjakan harta pencariannya untuk kebahagian dan membesarkan anak-anak. Tahukah anda negara miskin seperti Cuba dan negara yang dikatakan diperintah oleh diktator seperti Libya menyediakan peluang belajar setinggi yang boleh secara percuma kepada rakyatnya!

Kalau sudah merasakan bahawa amanah yang diberikan untuk memerintah negara ini sebagai beban maka anda sudah hilang kelayakan untuk menjadi kerajaan!

Selasa, 27 Mac 2012

BERHENTILAH BERHARAP KEPADA KU LI!

Ramai daripada kalangan penyokong PR sama ada dari PAS, PKR malahan daripada DAP, yang begitu terpesona dan amat mengharapkan supaya tokoh politik daripada BN, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, keluar UMNO dan berhijrah kepada kem Pakatan Rakyat.

Harapan mereka begitu membuak-buak berikutan dengan perkembangan pendirian politik Ku Li yang kelihatannya begitu kritis terhadap parti dukungannya sejak sekian lama, dan serentak dengan itu juga seolah-olah senada dan seirama dengan irama tari dan gendang politik yang dipalu oleh barisan pembangkang di peringkat nasional. Malahan pernah juga anak raja Kelantan tersebut berdiri megah sepentas dengan tokoh-tokoh penentang UMNO-BN dalam beberapa isu.

Melihat kepada situasi ini, ramai yang begitu ghairah dan terngiur dengan kelok dan lenggong politik Ku Li, dan pernah pula dikhabarkan kononnya beliaulah pilihan yang tepat untuk memimpin PR andai kata sesuatu berlaku kepada DSAI.

Dalam keghairahan 'memuja' Ku Li yang kononnya seorang politikus yang begitu teguh pendiriannya menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi, mereka terlupa bahawa Ku Li adalah seorang penyokong dan ahli politik tegar UMNO-BN. Dulu Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46 bukanlah kerana bencikan atau tidak percaya lagi kepada UMNO, akan tetapi adalah demi cintanya kepada UMNO! Inilah sepatutnya para pendokong PR harus halusi dan faham.

Dalam beberapa kesempatan, saya beberapa kali 'bertengkar' dengan rakan-rakan sesama pendokong PR mengenai Ku Li. Saya menyatakan, dalam banyak-banyak pemimpin UMNO, saya paling tidak 'hormati' pendirian politik Ku Li, dan saya tidak menganggap beliau hebat!

Wah bukan main marah lagi penyokong Ku Li dalam PR terhadap kenyataan saya tersebut sambil menghamburkan segala 'kebaikan' dan kehebatan Ku Li.

Setelah penat mereka bermadah, lalu giliran saya menjawab, di manakah hebatnya Ku Li? Seorang pemimpin politik yang tahu dan mengakui segala honar dan tidak betulnya tindakan UMNO, tahu akan kezaliman UMNO-BN terhadap isu petrolium Kelantan dan Terengganu (dulu), banyak bertentangan pendirian dengan UMNO-BN dalam banyak hal, dipinggirkan dari barisan kepimpinan, tetapi masih tegar mendokong perjuangan UMNO-BN, tidakkah pendirian tersebut bercanggah dengan tindakan beliau sendiri? Tidakkah boleh dianggap tindakan yang 'bikin tak serupa cakap'?

Malahan kata saya, beliau adalah lebih 'teruk' dari pemimpin UMNO-BN yang lain kerana terus mendokong UMNO-BN dalam keadaan beliau sedar sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti sanjungannya itu berbanding pemimpin yang lain yang belum celik dan sedar akan keburukan UMNO.

Oleh itu, wahai para pendokong dan penyokong Ku Li dalam PR, berhentilah dari bermimpi!

JOM RAMAI-RAMAI KE TAMAN KOSAS MALAM INI


NEGARA YANG MASIH DICENGKAM RUSSIA PUN BERSEMANGAT NAK LAKSANAKAN ISLAM!

Chechnya, sebuah negara kecil yang menjadi topik hangat suatu ketika dulu kerana terpaksa mengangkat senjata bagi membebaskan diri dari kuasa besar Russia. Nama-nama seperti Dzokar Dudayev, Zelimkhan Yenderviyev, Aslan Maskhadov dan lain-lain lagi menjadi nama yang saban hari menghiasi berita-berita antarabangsa atas kegigihan mereka mempertahankan tanah air dan akidah mereka. Dan kebanyakan daripada mereka kini tinggal sejarah kerana menemui syahid dalam perjuangan suci mereka.

Kini Chechnya dipimpin oleh bekas pejuang, Ramzan Kadyrov. Disebalik segala kekangan, beliau tetap bersemangat memimpin rakyatnya menjalani hidup yang bersendikan nilai-nilai Islam. Malahan beliau dengan beraninya mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam adalah lebih tinggi dari undang-undang Persekutuan Russia.

Beliau bukan bercakap kosong, tetapi lihatlah imej-imej isteri beliau, Medni Kadyrova, dan bandingkanlah dengan imej-imej sesetengan isteri pemimpin negara kita, yang kononya negara Islam contoh!



Mednin turut aktif mengadakan pertunjukan fesyen gaya Islam melalui yayasan yang ditubuhkannya iaitu Firdows Fashion House:


Chechen first lady unveils Islamic fashion in Dubai





Chechnya’s first lady, Medni Kadyrova, has displayed her Islamic fashion collection to a captivated audience in Dubai, faithful to the politics of her husband who has sought to impose Islamic dress codes in the Caucasus republic.

More than 20 veiled Chechen models paced the catwalk in a Dubai palace on Saturday evening, clad in silk and carefully embroidered muslin dresses that covered them from head to toe but also managed to outline their figures.

The show culminated in a display of wedding dresses.

Organized by the Firdaws (paradise in Arabic) fashion house, launched by Kadyrova three years ago, it was the first such show for the label outside Chechnya.

“With their beautiful eyes and their slender figures, they actually look like houris,” said Omar, a Palestinian working at the show, referring to the virgin angels who, according to the Koran, await faithful Muslims in the afterlife.

“But our young women who wear revealing tops and short skirts, will they agree to dress like this?” he asked.

Firdaws was founded by Kadyrova in 2009 “to lead Chechen women towards a new way of life, full of harmony and serenity, based on the national Islamic traditions,” according to a statement by the show's organizers.

“Dubai was chosen for the event because of the good relations between the two countries and between the Kadyrovs and the ruling family” in the emirate, said Zeina Habib, with the public relations agency who helped organize the show.

Dubai is considered “a fashion hub as well as being an Islamic country,” she added.

“My designs are inspired by natural beauty and the grace of Arab women, to whom I dedicate my collection,” Kadyrova said, adding that she hoped the show in Dubai would be “the first step towards the organisation of many others in the region.”

Kadyrova is married to the Kremlin-backed strongman Ramzan Kadyrov, a 35-year-old former Chechen rebel who took power in 2004 and has described Islamic law as superior “to the laws of the Russian federation.”

A father of seven, Kadyrov has sought to impose Islamic values by encouraging women to wear headscarves and men to take multiple wives, even though traditions like polygamy are in conflict with Russian law.

INI BUKTINYA BETAPA CEKAP DAN HEBATNYA POLIS MALAYSIA!


(Oleh Norutul Ilham)

TANAH MERAH 26 Mac: Dua beradik yang ditumbuk Pemuda Umno kini ditahan reman tujuh hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kejadian malang menimpa Ahmad Amin Deraman, 47 dan Talmizi Deraman, 30an itu berpunca apabila mereka melontarkan kata-kata sinis semasa ceramah anjuran Umno Tanah Merah dan Kemahang 11 Mac lalu.

“Talmizi melaungkan perkataan pembohong, menipu rakyat, cukup-cukup bohong, tiba-tiba Pemuda Umno datang menumbuk beliau, tetapi dibantu abangnya.

“Tidak puas hati dengan serangan itu, mereka menggunakan polis supaya menangkap Talmizi menyebabkan kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 455 iaitu melakukan pencerobohan dan Seksyen 148 mendatangkan pergaduhan gempar,” katanya.

Amran berkata, tindakan dwistandard polis membendung kekacauan itu sepatutnya berlaku apabila menangani perbuatan samseng upahan Umno ketika menganggu ceramah Pakatan Rakyat.
“Saya kesal apa yang berlaku, sedangkan ceramah Pakatan yang diganggu sehingga mendatangkan kecederaan dan kerosakan tidak diambil serius oleh polis.

“Kalau betul polis menjalankan tanggungjawab dengan telus, mereka mesti tangkap pemuda-pemuda upahan Umno seperti yang dibuat polis Kelantan,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-dua beradik itu turut akan dilibatkan insiden membakar bendera Umno di Tanah Merah baru-baru ini.

“Sebelum ini, saya sendiri berjumpa Ketua Polis Daerah Tanah Merah yang mengatakan kes dua beradik itu boleh dibebaskan dengan jaminan polis.

“Tapi ada maklumat mengatakan Pemuda Umno berjumpa pihak atasan supaya dua beradik itu ditahan lebih lama bagi menunjukkan bahawa jika kamu kacau ceramah Umno, ini padahnya,” katanya.

Terdahulu, beberapa siri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut diganggu samseng upahan Umno antaranya di Sembrong, Johor dan Melaka. Namun, sehingga kini polis masih tidak melakukan penangkapan, sedangkan insiden itu mendatangkan kecederaan kepada penyokong Pakatan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28593

Rabu, 21 Mac 2012

KENAPA PERLU DILAYAN HASAN ALI?

Kelihatannya seolah-olah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Rani begitu menunggu-nunggu peluang untuk membelasah mantan ahli PAS yang terbuang, Dr. Hasan Ali ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Selangor sekarang. Mungkin dia memikirkan inilah sebaik-baik peluang bagi wakil-wakil rakyat PR tertamanya PAS untuk menjawab segala tohmahan Hasan Ali selama ini terhadap PAS serta dakwaan-dakwaan murtad tanpa bukti yang menjadi modal air liur beliau berceramah di serata pelosok negara.

Sedarkah mereka bahawa Hasan Ali bukannya berminat untuk menyelesaikan masalah tersebut (masalah murtad) tetapi digunakan untuk merosakkan imej PAS serta mengganggu-gugat kerajaan PR Selangor semata-mata. Bagi beliau bukti-bukti dan hujah-hujah bernas tidak perlu dibawa untuk menyokong segala dakwaan dan tohmahan yang dihamburkan selama ini. Isu ini hanya beliau gunakan untuk menghalalkan segala tindak-tanduknya sahaja. Jadi perlu apa PAS melayan beliau di DUN Selangor. Pasti Hasan Ali akan menggunakan kepetahan pidato beliau untuk membelasah kembali wakil-wakil rakyat yang membangkitkan isu tersebut. Beliau tidak akan menjawab pertanyaan sebaliknya akan menggunakan kesempatan tersebut untuk membelasah balik orang yang bertanya. Kita harus sedar, beliau kini tidak perlu menjawab dan rasional dalam ucapannya. Fakta tidak lagi penting bagi beliau!

Alangkah baiknya kalau dibiarkan saja Hasan Ali, yang kini hanya sekadar ADUN Bebas, perlu apa cari gaduh dengan beliau. Biarkan saja Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya. Banyak isu-isu lain yang lebih berfaedah untuk rakyat yang perlu dibahaskan!

Selasa, 20 Mac 2012

KALAU PEMUDA PAS KEDAH KURANG CERDIK, PHAHROLRAZI LAGI TAK CERDIK!

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Kedah yang baru 'dipulihkan' jawatan EXCOnya, Dato' Phahrolrazi Zawawi mendedahkan kepada BERITA HARIAN bahawa ada konspirasi yang melibatkan pihak ketiga mendalangi Dewan Pemuda PAS Kedah untuk menggulingkannya dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Dato' Dr. Ismail Salleh daripada barisan kepimpinan PAS negeri.

Hairan sungguh bila difikir-fikirkan tentang apa yang berlaku di Kedah. Sedarkan mereka bahawa tindakan mereka itu bakal mengoyak-rabakkan imej PAS negeri di mata rakyat Kedah, dan malahan juga tempiasnya boleh menjalar ke seluruh negara. Sedarkah mereka bahawa sanya PRU 13 sudah hampir benar menjengah kita?

Ramai juga yang menempelak tindakan Dewan Pemuda PAS Kedah yang dikatakan membuat onar. Tapi jika difikirkan balik, tindakan mereka adalah mengikut saluran. Mereka bukannya mengadu kepada akhbar tali barut UMNO. Dan MB telahpun menolak usul tersebut. Apalah salahnya mereka mengemukakan usul yang sudah tentu dengan disertakan alasan-alasannya. Ini masalah dalaman, ramaipun yang tidak tahu akan perkara ini.

Namun apabila Dato' Phahrol 'berbual bicara' dengan BERITA HARIAN ini sudah jadi kes besar! Bila beliau mendedahkan adanya konspirasi menjatuhkan beliau dan sahabat sekapal beliau Dato' Dr. Ismail oleh Pemuda PAS Kedah dengan didalangi oleh pihak ketiga sudah pastilah isu ini akan dieksploit oleh UMNO untuk mencalarkan imej PAS Kedah dan Dato' Seri Azizan.

Siapakah yang lebih tidak cerdik dalam isu ini? Sudah pastilah Dato' Phahrol!

DATUK FATMI, LAIN KALI SEMAK FAKTA DAN CERMIN DIRI DULU!

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini Selasa 20 Mac 2012 (muka 10) berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu yang didakwa tergadai di Kelantan. 

Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang teliti di dalam membangunkan negeri sehingga menyebabkan tanah rizab Melayu tergadai.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kenyataan Fatmi tersebut yang tidak disertakan dengan fakta sangatlah tidak tepat dengan hakikat yang sebenar.

Saya amat hairan bagaimana seorang Setiausaha Politik yang paling kanan kepada Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan tanpa menyebut sandaran fakta yang kukuh.

Suka saya memaklumkan bahawa sekiranya Fatmi merujuk kepada Laporan Khas Utusan Malaysia pada 19 Mac 2012 yang meletakkan isu Tanah Rizab Melayu yang tergadai di Kelantan di muka hadapannya, terdapat beberapa kekeliruan yang sengaja ditimbulkan di dalam laporan tersebut. 

Ini termasuklah dakwaan bahawa beberapa projek pembangunan seperti Lembah Sireh, bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pusat Membeli Belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat kononnya melibatkan tanah rizab Melayu yang digadaikan.

Saya melihat bahawa kekeliruan ini sengaja ditimbulkan oleh UMNO melalui Utusan Malaysia dalam misi untuk menghakis kepercayaan orang-orang Melayu terhadap kerajaan negeri Kelantan. 

Kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin). 

Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun. 

Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menggadaikan tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. 

Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari pengkhianatan UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Fakta ini belum lagi mengambil kira pengkhianatan Umno kepada orang Melayu yang telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). 
Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Di Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. 

Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di dalam persidangan DUN Kedah pada bulan Ogos 1996,  Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu. 

Di Johor, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM. 
Lebih teruk lagi, tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Pembangunan Iskandar juga telah dijual kepada Cina Singapura. 

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas. 

Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar. 

Ini belum lagi mengambil kira tanah Keretapi Tanah Melayu yang dijual di Singapura dan rundingan Pulau Batu Putih yang memperlihatkan kecerdikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Justeru, di atas tajuk Tanah Rizab Melayu : Siapa Pengkhianat? saya mempelawa Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh untuk bersama-sama saya di atas pentas debat pada bila-bila masa sahaja. Saya kira beliau akan mempunyai peluang untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pengkhianatan kerajaan PAS Kelantan terhadap Tanah Rizab Melayu. 

Di atas pentas yang sama, pelbagai lagi fakta dan data boleh didedahkan di hadapan khalayak yang akan membuat penilaian yang bebas. Format debat dan aspek teknikal boleh dibincangkan kemudian setelah Fatmi bersetuju dengan pelawaan saya.



Salam hormat.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan

YANG NYATA UMNOLAH YANG GADAI TANAH REZAB! 
BUKTINYA LIHAT DI BAWAH NI:

 

Selasa, 6 Mac 2012

KALAU BANGANG ERTI DEMOKRASI ANDA TAK LAYAK LANGSUNG JADI MENTERI!

Diberitakan seorang menteri muda sebuah negeri di kepulauan Borneo dengan berani, angkuh dan tanpa ragu-ragu lagi telah mengaku secara terang-terangan bahawa beliaulah yang bertanggungjawab menghantar surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya bantuan kepada seorang OKU dihentikan kerana berliau merupakan seorang 'penyokong pembangkang tegar'.

Menurut anggota kabinet negeri yang 'bangang' politik dan demokrasi tersebut berkata beliau turut mengarahkan Jabatan Pertanian Sri Aman supaya tidak lagi memberi baja percuma dan benih pokok kepada petani cacat yang menjadi mangsa kebangangan demokrasi tersebut. Malahan ahli politik tersebut dengan yakin menganggap tindakan beliau tersebut sebagai betul dan benar belaka!

Dari satu sudut, tindakan ahli politik yang juga ketua pemuda salah sebuah parti komponen BN itu boleh dianggap sebagai berani dan ikhlas kerana mengaku melakukan tindakan tersebut ketika mana pemimpin politik BN yang lain sering kali menafikan segala 'salah laku demokrasi' yang mereka lakukan.

Walaupun ikhlas dan berani, namun ahli politik tersebut dirasakan tidak layak langsung menjadi seorang anggota kabinet sebuah negeri kerana terlalu bangang dengan nilai-nilai demokrasi yang diamalkan oleh negara-negara yang menerima konsep demokrasi sebagai asas politik mereka. Rasanya kita tidak perlu mengulas lanjut dan lebih terperinci apa yang dimaksudkan sebagai demokrasi dan hak-hak rakyat yang hidup di dalam sebuah negara demokrasi. Kebanyakan pembaca pastinya tahu dan dapat menghayati apa erti demokrasi yang gagal difahami oleh ahli politik tersebut.

Untuk membaca lebih lanjut tentang berita ini sila baca di sini.


Sabtu, 3 Mac 2012

LAPORAN SPRM TERHADAP 'DALANG' RAMPASAN KUASA PERAK


IPOH, 3 MAC: Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara-perkara kontroversi yang ada kaitan dengan rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.
Laporan itu telah dibuat oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan timbalannya V.Sivakumar di pejabat SPRM di sini semalam.

Menurut Sivakumar yang juga Adun Tronoh, rampasan kuasa yang berlaku di Perak tiga tahun lalu dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan yang telah didakwanya telah diperkudakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Katanya, peguam untuk BN ialah penasihat undang-undang UMNO, iaitu Datuk Hafarizam Harun manakala Ketua Hakim Negara pada masa itu ialah Tun Zaki Azmi; kedua-duanya memainkan peranan penting sewaktu rampasan kuasa tersebut.

Menurutnya, kontroversi timbul ekoran pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion kepada kedua-dua tokoh itu, secara langsung dan tidak langsung.

Sivakumar mempersoalkan bagaimana konsesi lebuh raya itu boleh diberikan kepada mereka dan kelaurga mereka sedangkan mereka terlibat secara lansung dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari 2009.

Beliau berkata terdapat tujuh pekara yang harus diketahui dalam skandal ini:

1) Datuk Hafarizam adalah merupakan pengarah dua syarikat yang menerima konsesi tersebut, iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

2) Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, iaitu isteri kepada Tun Zaki pula merupakan pengarah Syarikat Emrail.

3) Peguam UMNO dan isteri Ketua Hakim Negara (pada masa itu) merupakan pengarah-pengarah dalam syarikat yang sama diberi konsesi oleh kerajaan yang bernilai RM2.2 bilion. Terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam perkara ini.

4) Emrail tidak mempunyai rekod dalam pembinaan lebuh raya. Syarikat ini hanya berhasrat menjadi syarikat kejuruteraan rel utama di negara dan rantau ini.

5) Apakah sebab tender ini diberikan kepada kedua-dua syarikat ini? Apakah kriteria-kriteria yang telah diguna pakai dalam isu pemberian konsesi ini ? Adakah syarikat-syarikat lain juga dipertimbangkan? Adakah tender terbuka dibuat? Apakah terma-terma konsesi? Apakah kadar tol dan perkongsian keuntungan?

6) Hafarizam sendiri mengaku bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka adalah antara sebilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini.

7) Blogger Raja Petra Kamarudin dalam blognya mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan kronisme dalam menganugerahkan konsesi projek lebuh raya ini.

Menurut Sivakumar, sistem demokrasi tidak dihormati dan Perlembagaan Persekutuan juga telah dicemari serta Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia juga telah diceroboh oleh pihak polis dan samseng di atas arahan para pemimpin BN.

“Krisis negeri Perak hanya boleh diselesaikan oleh pihak legislatif yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Tetapi pihak eksekutif telah campurtangan dalam isu dewan perundangan untuk menjatuhkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menegaskan bahawa mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana ia harus memberi pengadilan kepada pihak-pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang dan perlembagan negara.

Jelasnya, Pakatan Rakyat kalah dalam semua kes-kes berkaitan rampasan kuasa Perak banyak kes-kes seumpama itu sebelum ini dan undang-undang negara lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.

“Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa pihak mahkamah kabur melihat undang-undang dan sanggup memberi keputusan berpihak kepada Barisan Nasional?” katanya. – Roketkini.com

Jumaat, 2 Mac 2012

SYABAS DATO' IR. AMIRUDDIN TIDAK IKUT TELUNJUK PHAHROLRAZI YANG SEMAKIN BONGKAK!

Syabas diucapkan kepada Dato' Ir. Amiruudin Hamzah kerana bertindak membelakangi ketuanya di Kuala Kedah, demi mempertahankan ketua yang lebih besar di peringkat negeri. Amiruddin telah menerima perlantikan sebagai ahli EXCO negeri Kedah, bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh PAS Kuala Kedah yang melarang kesemua ADUNnya menerima tawaran dilantik sebagai EXCO.

Diberitakan Yang Dipertua PAS Kuala Kedah, Dato' Ir. Phahrolrazi telah memberi kata-dua kepada Ir. Amiruddin sama ada melepaskan jawatan EXCO atau tidak boleh terlibat sama sekali dengan PAS Kuala Kedah.

Kemelut antara Phahrolrazi dengan MB Kedah yang pada mulanya kelihatan sebagai hanya perbezaan pendapat dan pendekatan di antara kedua-dua pemimpin kanan PAS Kedah kini semakin terserlah kebusukannya. PAS Kawasan telah diheret sama dalam menunjukkan kekuatan ketuanya. Kita amat sangsi dengan tindakan Phahrolrazi yang diberi kepercayaan sebagai timbalan kepada Ustaz Azizan dalam menerajui kepimpinan PAS Kedah. Kalau sekadar beliau mengundur diri sebagai EXCO kerana dikatakan berbeza pendapat dengan Ustaz Azizan kita amat menghormati pendirian beliau. Namun apabila beliau kelihatannya bertindak melebihi batas dengan 'mengancam' Ir. Amiruddin pula supaya melepaskan jawatan tentulah tindakan ini sudah keterlaluan dan kalau bahasa kasarnya adalah 'kurang ajar' kepada ketuanya, iaitu MB dan juga Peseruhjaya PAS Negeri.

Phahrol! bagaimana anda ingin supaya timbalan anda di Kuala Kedah supaya menyokong pendirian anda sedangkan anda sendiri tidak menyokong ketua anda di peringkat negeri? Sedarkah anda dengan bertindak seperti ini ada kemungkinan anda bakal meruntuhkan Kerajaan PR Negeri Kedah? Bayangkan kalau ingin menyokong anda, pemimpin PAS Kuala Kedah dikehendaki tidak menyokong MB (dengan tidak menerima jawatan EXCO), tidakkah ada kemungkinan kerajaan Kedah bakal tumbang apabila UMNO-BN pula mula masuk daun!

Aduhai Phahrol! anda sebagai golongan terpelajar dan profesional tidakkah dapat menilai dimana keutamaan tindakan anda ketika ini? Perlukah demi memuaskan ego anda, orang lainpun diheret sama? Demi memuaskan ego anda, sanggup melihat sebuah kerajaan rakyat bakal runtuh?

Kepada Ir. Amiruddin, syabas! Tindakan Dato' adalah tepat! Menghormati dan menyokong MB merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri adalah lebih aula berbanding menyokong ketua anda di Kuala Kedah, yang kelihatannya sudah mulai riak dan ego!