RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Sabtu, 3 Mac 2012

LAPORAN SPRM TERHADAP 'DALANG' RAMPASAN KUASA PERAK


IPOH, 3 MAC: Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara-perkara kontroversi yang ada kaitan dengan rampasan kuasa kerajaan negeri Perak pada Februari 2009.
Laporan itu telah dibuat oleh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan timbalannya V.Sivakumar di pejabat SPRM di sini semalam.

Menurut Sivakumar yang juga Adun Tronoh, rampasan kuasa yang berlaku di Perak tiga tahun lalu dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan yang telah didakwanya telah diperkudakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Katanya, peguam untuk BN ialah penasihat undang-undang UMNO, iaitu Datuk Hafarizam Harun manakala Ketua Hakim Negara pada masa itu ialah Tun Zaki Azmi; kedua-duanya memainkan peranan penting sewaktu rampasan kuasa tersebut.

Menurutnya, kontroversi timbul ekoran pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion kepada kedua-dua tokoh itu, secara langsung dan tidak langsung.

Sivakumar mempersoalkan bagaimana konsesi lebuh raya itu boleh diberikan kepada mereka dan kelaurga mereka sedangkan mereka terlibat secara lansung dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada Februari 2009.

Beliau berkata terdapat tujuh pekara yang harus diketahui dalam skandal ini:

1) Datuk Hafarizam adalah merupakan pengarah dua syarikat yang menerima konsesi tersebut, iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

2) Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, iaitu isteri kepada Tun Zaki pula merupakan pengarah Syarikat Emrail.

3) Peguam UMNO dan isteri Ketua Hakim Negara (pada masa itu) merupakan pengarah-pengarah dalam syarikat yang sama diberi konsesi oleh kerajaan yang bernilai RM2.2 bilion. Terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam perkara ini.

4) Emrail tidak mempunyai rekod dalam pembinaan lebuh raya. Syarikat ini hanya berhasrat menjadi syarikat kejuruteraan rel utama di negara dan rantau ini.

5) Apakah sebab tender ini diberikan kepada kedua-dua syarikat ini? Apakah kriteria-kriteria yang telah diguna pakai dalam isu pemberian konsesi ini ? Adakah syarikat-syarikat lain juga dipertimbangkan? Adakah tender terbuka dibuat? Apakah terma-terma konsesi? Apakah kadar tol dan perkongsian keuntungan?

6) Hafarizam sendiri mengaku bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka adalah antara sebilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini.

7) Blogger Raja Petra Kamarudin dalam blognya mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan kronisme dalam menganugerahkan konsesi projek lebuh raya ini.

Menurut Sivakumar, sistem demokrasi tidak dihormati dan Perlembagaan Persekutuan juga telah dicemari serta Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia juga telah diceroboh oleh pihak polis dan samseng di atas arahan para pemimpin BN.

“Krisis negeri Perak hanya boleh diselesaikan oleh pihak legislatif yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Tetapi pihak eksekutif telah campurtangan dalam isu dewan perundangan untuk menjatuhkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menegaskan bahawa mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana ia harus memberi pengadilan kepada pihak-pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang dan perlembagan negara.

Jelasnya, Pakatan Rakyat kalah dalam semua kes-kes berkaitan rampasan kuasa Perak banyak kes-kes seumpama itu sebelum ini dan undang-undang negara lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.

“Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa pihak mahkamah kabur melihat undang-undang dan sanggup memberi keputusan berpihak kepada Barisan Nasional?” katanya. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan