RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 6 Mac 2012

KALAU BANGANG ERTI DEMOKRASI ANDA TAK LAYAK LANGSUNG JADI MENTERI!

Diberitakan seorang menteri muda sebuah negeri di kepulauan Borneo dengan berani, angkuh dan tanpa ragu-ragu lagi telah mengaku secara terang-terangan bahawa beliaulah yang bertanggungjawab menghantar surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya bantuan kepada seorang OKU dihentikan kerana berliau merupakan seorang 'penyokong pembangkang tegar'.

Menurut anggota kabinet negeri yang 'bangang' politik dan demokrasi tersebut berkata beliau turut mengarahkan Jabatan Pertanian Sri Aman supaya tidak lagi memberi baja percuma dan benih pokok kepada petani cacat yang menjadi mangsa kebangangan demokrasi tersebut. Malahan ahli politik tersebut dengan yakin menganggap tindakan beliau tersebut sebagai betul dan benar belaka!

Dari satu sudut, tindakan ahli politik yang juga ketua pemuda salah sebuah parti komponen BN itu boleh dianggap sebagai berani dan ikhlas kerana mengaku melakukan tindakan tersebut ketika mana pemimpin politik BN yang lain sering kali menafikan segala 'salah laku demokrasi' yang mereka lakukan.

Walaupun ikhlas dan berani, namun ahli politik tersebut dirasakan tidak layak langsung menjadi seorang anggota kabinet sebuah negeri kerana terlalu bangang dengan nilai-nilai demokrasi yang diamalkan oleh negara-negara yang menerima konsep demokrasi sebagai asas politik mereka. Rasanya kita tidak perlu mengulas lanjut dan lebih terperinci apa yang dimaksudkan sebagai demokrasi dan hak-hak rakyat yang hidup di dalam sebuah negara demokrasi. Kebanyakan pembaca pastinya tahu dan dapat menghayati apa erti demokrasi yang gagal difahami oleh ahli politik tersebut.

Untuk membaca lebih lanjut tentang berita ini sila baca di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan