RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 29 Mac 2012

NEGARA HAK RAKYAT, KALAU TAK NAK TANGGUNG BEBAN JANGAN JADI KERAJAAN!

Maka bermadah dan berhelahlah akan seorang memanda menteri yang menjaga hal ehwal orang-orang yang dok mengaji di peringkat tinggi, kalau kerajaan hapuskan PTPTN maka kerajaan akan menanggung beban!

Wahai tok menteri! kalau anda masih kurang faham, kenalah fahamkan betul-betul akan kenyataan ini, bahawa sesungguhnya semua negara adalah kepunyaan rakyatnya termasuklah segala hasil mahsulnya. Kerajaan dipilih atau dibentuk sebagai mewakili rakyat untuk mentadbir, mengadakan undang-undang dan segala peraturan serta mentadbir dan mengagihkan hasil negara kepada rakyatnya dengan adil dan amanah. Harta negara bukan kepunyaan pemerintah tetapi adalah kepunyaan rakyat seluruhnya!

Oleh itu segala tanggungan, subsidi dan belanja mengurus dan pembangunan bukanlah BEBAN tetapi adalah TANGGUNGJAWAB pemerintah. Seperti seorang bapa membelanjakan harta pencariannya untuk kebahagian dan membesarkan anak-anak. Tahukah anda negara miskin seperti Cuba dan negara yang dikatakan diperintah oleh diktator seperti Libya menyediakan peluang belajar setinggi yang boleh secara percuma kepada rakyatnya!

Kalau sudah merasakan bahawa amanah yang diberikan untuk memerintah negara ini sebagai beban maka anda sudah hilang kelayakan untuk menjadi kerajaan!

1 ulasan:

  1. kuasa mutlak pemerintahan ditangan rakyat melalui WAKIL rakyat (bukan raja & bukan sultan). tetapi wakil2 rakyat menganggap diri mereka raja2 & sultan2 bahkan maharaja umpama zaman feudal, cuma tak pakai crown saja. (contoh: sarawak). kekayaan negara adalah hak rakyat & utk diagihkan kpd rakyat melalui wakil2 rakyat, malangnya agihan2 ini terhenti pada wakil2 rakyat kerana mereka menerima bagi pihak rakyat. itu namanya WAKIL rakyat. hasil petronas umpamanya sudah menjadi hak pm bagi pihak rakyat, felda juga bagi pihak peneroka2. kita tengok wakil rakyat mana, baik bn atau pun pr yg papa kedana? hanya benda2 yg merugikan saja disalurkan terus kpd rakyat selari dgn slogan rakyat didahulukan, pencapaian (siapa yg paling bijak merompak hasil mahsul negara) diutamakan. inilah kenyataan, inilah apa yg dah terjadi, sedang berlaku & adakah kita masih mengizinkan ia terus berlaku? BEBASKAN PUTRAJAYA!

    BalasPadam