RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 27 Mac 2012

BERHENTILAH BERHARAP KEPADA KU LI!

Ramai daripada kalangan penyokong PR sama ada dari PAS, PKR malahan daripada DAP, yang begitu terpesona dan amat mengharapkan supaya tokoh politik daripada BN, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, keluar UMNO dan berhijrah kepada kem Pakatan Rakyat.

Harapan mereka begitu membuak-buak berikutan dengan perkembangan pendirian politik Ku Li yang kelihatannya begitu kritis terhadap parti dukungannya sejak sekian lama, dan serentak dengan itu juga seolah-olah senada dan seirama dengan irama tari dan gendang politik yang dipalu oleh barisan pembangkang di peringkat nasional. Malahan pernah juga anak raja Kelantan tersebut berdiri megah sepentas dengan tokoh-tokoh penentang UMNO-BN dalam beberapa isu.

Melihat kepada situasi ini, ramai yang begitu ghairah dan terngiur dengan kelok dan lenggong politik Ku Li, dan pernah pula dikhabarkan kononnya beliaulah pilihan yang tepat untuk memimpin PR andai kata sesuatu berlaku kepada DSAI.

Dalam keghairahan 'memuja' Ku Li yang kononnya seorang politikus yang begitu teguh pendiriannya menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi, mereka terlupa bahawa Ku Li adalah seorang penyokong dan ahli politik tegar UMNO-BN. Dulu Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46 bukanlah kerana bencikan atau tidak percaya lagi kepada UMNO, akan tetapi adalah demi cintanya kepada UMNO! Inilah sepatutnya para pendokong PR harus halusi dan faham.

Dalam beberapa kesempatan, saya beberapa kali 'bertengkar' dengan rakan-rakan sesama pendokong PR mengenai Ku Li. Saya menyatakan, dalam banyak-banyak pemimpin UMNO, saya paling tidak 'hormati' pendirian politik Ku Li, dan saya tidak menganggap beliau hebat!

Wah bukan main marah lagi penyokong Ku Li dalam PR terhadap kenyataan saya tersebut sambil menghamburkan segala 'kebaikan' dan kehebatan Ku Li.

Setelah penat mereka bermadah, lalu giliran saya menjawab, di manakah hebatnya Ku Li? Seorang pemimpin politik yang tahu dan mengakui segala honar dan tidak betulnya tindakan UMNO, tahu akan kezaliman UMNO-BN terhadap isu petrolium Kelantan dan Terengganu (dulu), banyak bertentangan pendirian dengan UMNO-BN dalam banyak hal, dipinggirkan dari barisan kepimpinan, tetapi masih tegar mendokong perjuangan UMNO-BN, tidakkah pendirian tersebut bercanggah dengan tindakan beliau sendiri? Tidakkah boleh dianggap tindakan yang 'bikin tak serupa cakap'?

Malahan kata saya, beliau adalah lebih 'teruk' dari pemimpin UMNO-BN yang lain kerana terus mendokong UMNO-BN dalam keadaan beliau sedar sepenuhnya apa yang berlaku dalam parti sanjungannya itu berbanding pemimpin yang lain yang belum celik dan sedar akan keburukan UMNO.

Oleh itu, wahai para pendokong dan penyokong Ku Li dalam PR, berhentilah dari bermimpi!

2 ulasan:

  1. Terus terang sy pun antara yang tuan maksudkan iaitu penyokong PR yang mengharap KULI menyertai Umno... dan seperti kata Tuan kita seolah-olah tertipu buat masa sekarang dengan KULI ni, kah kah kah !

    BalasPadam
  2. Ralat... bukan (menyertai Umno)... tapi (menyertai PR)

    BalasPadam