RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 29 Mac 2012

PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DAN NALLA JAHIL MELAMPAU?


KUALA LUMPUR 29 Mac: Ugutan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah dan Senator S. Nallakarupan untuk mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menandakan mereka jahil undang-undang.

Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran (gambar) berkata, kenyataan Shafee dan Nalla menunjukkan kejahilan melampau berkenaan prosedur itu di Parlimen Malaysia dan negara Komanwel.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk.

“Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Bercakap lanjut, Surendran berkata rakyat tidak pernah percaya dengan pembohongan tanpa sebarang rasa malu yang dilakukan oleh Nallakaruppan dan konco-konconya yang sentiasa cuba menyerang peribadi Anwar.

“Mereka (rakyat) memberikan sokongan, kepercayaan, dan simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpin beliau,” kata Surendran.

Memetik laman Malaysiakini, 28 Mac lalu, Shafee dan Nalla, beserta Anuar Shaari, Umi Hafilda Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan penubuhan ‘Gerakan Anti-Anwar’.

Ia kononnya bertujuan menyekat kemaraan politik Anwar, dan salah satu caranya adalah dengan mengusulkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parlimen untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang - KeadilanDaily.com

1 ulasan:

  1. Puak2 bodo.. namanya berpelajaran tp otak letak kt kepala lutut.. ishhh3

    BalasPadam