RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Jumaat, 15 Julai 2016

MAKA BENARLAH PENDIRIAN SALEHUDIN AYUB

Ketika diminta komen tentang huluran gencatan senjata sesama pembangkang oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Salehudin Ayub seakan tidak berselera untuk mengulasnya, manakala orang lain terloncat-loncat gembira. Bagi Salehudin, huluran persahabatan itu tidak mempunyai apa-apa makna selagi tuan presiden tidak bersuara.

Orang-orang seperti Salehudin dan Khalid Samad serta Mujahid Yusof Rawa pasti lebih mengenali kuasa-kuasa politik yang mencorakkan PAS dewasa ini. Maka tidak hairanlah mereka seakan-seakan tidak berapa yakin perkara ini boleh menjadi kenyataan.

Akhirnya hari ini ternyata benar telahan mereka. Para pemimpin kanan PAS memberikan kenyataan yang berbeza-beza, tetapi mafhumnya tetap sama, mereka tidakpun bersedia untuk melaksanakan apa yang TITM utarakan. Kalau bersediapun mesti mengikut acuan mereka.

Maka berhentilah mengharapkan "bulan jatuh ke riba"

Sabtu, 25 Jun 2016

PENCERAHAN ISU KAFIR HARBI OLEH DR MAZA, HARAP-HARAP MUFTI PAHANG BACALAH!

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin 

Isu kafir harbi kadang-kala disebut oleh sesetengah pihak tanpa memahami maksud sebenar istilah berkenaan. Istilah harb merujuk kepada peperangan. Dalam pembahagian silam tentang jenis-jenis negara; disebut dar al-Islam dan dar al-harb. Juga ditambah oleh sebahagian penulis pembahagian ketiga dar al- ‘ahd. 


Secara ringkasnya, dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; kekuasaan politik berada di tangan Muslimin, zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna atau pun sebahagian sahaja dan kaum muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah aman berdasarkan perjanjian mereka. 


Manakala negara-negara yang mempunyai perjanjian dengan umat Islam maka mereka adalah dar al-‘ahd. 


Atas asas ini Dr Yusuf al-Qaradawi menyimpulkan bahawa keseluruhan negara umat Islam yang wujud pada hari ini adalah dar al-Islam ataupun negara Islam termasuklah Malaysia. 


Sementara kesemua negara bukan dar al-Islam yang berada di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah dar al-‘ahd termasuklah Amerika. Hanya dikategori sebagai dar al-harb pada masa ini ialah Negara Zionis Israel disebabkan kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam (Lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Kaherah: Maktabah Wahbah, ms 888-908) 


Setelah memahami hal tersebut, maka dalam istilah awal, warga bukan Islam yang hidup dalam masyarakat Muslim ataupun bawah dar al-Islam (negara Islam) dengan mengikat perjanjian kewarganegaraan disebut sebagai ahl-zimmah. Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam dar al-islam itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya. Walaupun begitu, istilah ahl-al-zimmah itu boleh elakkan di zaman kini dengan menyebut rakyat atau warga negara bukan Islam. 


Sementara kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah bukan Islam yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan dar al-Islam dan mereka tinggal di negara mereka dar al-harb (Lihat: ibid, ms 912). Maka bukan Islam yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang negara Muslim, tidak dinamakan dengan kafir harbi. Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam. 


Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak boleh dikatagorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara! 


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 

mufti Perlis.

Jumaat, 17 Jun 2016

NAK BAYAR ZAKAT PAKAI HARTA ENGKAU BUKAN HARTA AKU KATA AHMAD NESFU

Amat menggelikan hati betul dengan persembahan lawak jenaka terbaru dengan kisah seorang pembesar negara yang telah mendermakan jumlah wang yang amat besar kepada sebuah NGO di luar negara menggunakan wang yang dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai dan penggadaian hartanah oleh empat keluarga malang di Sarawak (Hehe... kau orang yang bagi kemenangan besar kepada BN!)

TERINGAT ADEGAN FILM TIGA ABDUL DIMANA ABDUL WAHUB TELAH MENSEDEKAHKAN BARANG-BARANG KEDAI MILIK SADIQ SIGARAGA. BILA SADIQ SIGARAGA TANYA KENAPA BUAT MACAM TU, DENGAN SELAMBA ABDUL WAHUB JAWAB, ANAKDA BAYAR ZAKAT AYAHANDA.

NAK BAYAR ZAKAT PAKAILAH HARTA ENGKAU, BUKAN HARTA AKU..... KATA SADIQ SIGARAGA @ AHMAD NESFU!

Rabu, 15 Jun 2016

KITA TAK KATAPUN LOGO PAS PUN TIRU JUGA!

Apabila blog ini mengutarakan yang ada peguam tak buat homework ketika membuat laporan kepada SPR kononnya bendera AMANAH mengelirukan disebabkan warna yang digunakan tidak sama dengan warna logo yang diluluskan, ada pulak yang mempersoalkan logo tersebut adalah tiruan!

Apa yang diutarakan adalah tentang fakta, dan perkara itu telahpun dijelaskan oleh SPR sendiri. Tentang logo AMANAH yang dikatakan merupakan tiruan daripada logo sebuah stesen TV di India adalah perkara lain. Siapapun bebas untuk buat aduan sama ada kepada SPR atau ROS sekiranya ada hujahnya.

Sebenarnya kalau nak diikutkan kita juga boleh kata PAS juga meniru bendera negara seperti di bawah ini.

Bendera Bangladesh mulai 17 Januari 1972

Bendera Jepun mulai digunakan secara tidak rasmi mulai 27 Februari 1870 (as the civil ensign by Proclamation No. 57);
August 13, 1999 (as the national flag and slight modifications to the design of the flag)
Logo PAS mulai 24 Julai 1972
Namun, kita sebenarnya tidak berminat untuk membicarakan soal remeh temeh tentang logo. Kita tidak berminat juga untuk mengatakan logo PAS sama dengan bendera Bangladesh dan Jepun!

Selasa, 14 Jun 2016

KEPADA YANG MASIH BINGUNG (BENGONG) SILA AMATI BENDERA DAN LOGO AMANAH

Untuk tatapan seorang peguam dari sebuah parti politik, studylah betul-betul dulu barulah keriau!



IPIC RUJUK KES 1MDB KE MAHKAMAH TIMBANGTARA ANTARANGSA

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).
"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.
IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.
"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu. Baca selanjutnya di sini

Sabtu, 11 Jun 2016

USTAZ ABDULLAH TELAH MEMOHON MAAF ATAS KETELANJURANNYA

Alhamdulillah, akhirnya Ustaz Abdullah Khairi yang dikecam hebat kerana menghina Presiden AMANAH Haji Muhamad Sabu akhirnya memohon maaf menerusi rakaman video yang dipost sendiri oleh beliau.

Beliau memberi alasan kerana 'teremosional' ketika itu. Kita sebagai sesama Islam pasti gembira dengan tindakan beliau ini. Dan aku juga memohon maaf kepada beliau kerana mengecam beliau.

Rabu, 8 Jun 2016

INILAH WAJAH USTAZ YANG TIADA AKHLAK MEMPERMAINKAN NAMA AYAH ORANG LAIN!


Dengan bertopengkan busana seorang ulamak belum tentu anda mempunya akhlak seorang ulamak. Puak-puak ni aku kenal sangat dengan feel, tingkah laku dan akhlak mereka... tapi tak perlulah kita ikut perangai mereka, atau perangai pemimpin parti mereka

Mempermainkan nama ayah orang lain, apatah lagi orang itu telahpun meninggal dunia, bukanlah akhlak seorang Islam, jauh sekalilah nak dikaitkan dengan ulamak!

Inilah rupa seorang yang tidak berakhlak yang sanggup menghina nama ayah orang lain, Mohamad bin Sabu dipanggilnya Mat Sabun..... alahai PAS.....

Rabu, 1 Jun 2016

NIK ABDUH KATA DAP "BERI ARAK" MAKA TERTUBUHLAH AMANAH!

Menurut satu laporan dari Malaysiakini pada hari ini, Ketua
Pemuda PAS, Nik Abduh berkata tertubuhnya AMANAH adalah akibat daripada "pemberian arak" oleh DAP kepada beberapa orang bekas pemimpin dan ahli PAS yang menyebabkan mereka "mabuk" lalu menubuhkan AMANAH.

Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Mat Sabu dan lain-lain lagi telah "mabuk" belaka akibat "minum arak" yang disajikan oleh DAP.

Kita faham itu cuma kisan. Tapi tergamakkah seorang ulamak menggunakan kiasan arak dan mabuk kepada ulamak yang lain? Tapi nak buat macam mana kalau memang puak-puak ni suka sangat menggunakan istilah babi dan anjing, kini ditambah pula dengan bahasa kiasan arak dan mabuk pula.

Maka saki baki rasa hormatku kepada orang ini terhapus sama sekali!

GAMBAR-GAMBAR LAWAK MINGGU INI!




Selasa, 31 Mei 2016

#INILAH CONTOH YANG DIKATAKAN BADUT POLITIK!


No comment... sendiri fikir dan tafsifkan!




Rabu, 25 Mei 2016

BADUT-BADUT POLITIK SEDANG BERPESTA PORA!

Aku hampir saja menghumbankan pena ku ke lubang najis daripada menulis lagi berkaitan politik negara. Perasaan meluat begitu menebal sekali dalam hati ku. Apa yang mrnjadi harapan nampaknya dah semakin pudar.

Ruang lingkup politik kini hanya dipenuhi dengan badut-badut politik yang boleh bermain berbagai watak. Nak bagi orang ketawa boleh, nak bagi orang menangispun boleh!

Jadi apa pengharapan yang rakyat marhaen ada?

Rabu, 3 Februari 2016

ZAID IBRAHIM FAILKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP PEGUAM NEGARA

KENYATAAN AKHBAR OLEH DATUK ZAID IBRAHIM

SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA UNTUK TIDAK MENDAKWA NAJIB

Pada Selasa, 2 Februari 2016 saya telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk relief, melalui semakan kehakiman, ke atas perkara-perkara berikut:
  1. Keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah peruntukan Kanun Keseksaan yang sepatutnya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009); dan 
  2. Keputusan Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup fail penyiasatan mereka ke atas kesalahan-kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. 
Alasan substantif bagi permohonan saya adalah: Keputusan yang telah dibuat oleh Peguam Negara adalah tidak munasabah dan merupakan pelaksanaan budi bicara yang tidak berpatutan. Peruntukan yang diberikan oleh Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab ke atas Peguam Negara untuk melaksanakan budi bicaranya dengan pertimbangan yang sewajarnya, dengan munasabah demi kepentingan rakyat dan dengan pertimbangan keadilan.

Saya juga berpuas hati — berdasarkan laporan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SPRM and agensi-agensi lain yang menyiasat keadaan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International — bahawa terdapat keterangan dan bukti yang kuat tentang kemungkinan adanya salahlaku dari pihak Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, yang berkemungkinan juga melibatkan Pecah Amanah Jenayah dan lain-lain kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. 

Berdasarkan keadaan ini, saya memohon pelepasan dari pihak Mahkamah untuk mendengar permohonan saya untuk menyemak semula kedua-dua keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan arahan kepada SPRM untuk menutup fail penyiasatan mereka. 

Sekiranya Mahkamah bersetuju untuk memberikan relief yang saya mohon, maka saya meminta Mahkamah untuk melakukan 3 perkara:
  1. Mengeluarkan Perintah yang bersifat Certiorari untuk mengenepikan keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Dato’ Sri Najib Razak dan arahan yang diberikan kepada SPRM untuk menutup penyiasatan mereka. 
  2. Membuat Perintah selanjutnya yang bersifat Mandamus untuk mengarahkan Peguam Negara menggunakan budi bicaranya di bawah Artikel 145(3) untuk mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Dato’ Sri Najib Razak. 
  3. Mengisytiharkan bahawa keputusan Peguam Negara mengarah SPRM untuk menutup penyiasatan mereka adalah ultra vires kepada bidang kuasanya di bawah Artikel 145(3) dalam Perlembagaan Persekutuan. 
Saya terpaksa memulakan prosiding ini kerana saya terus-terang merasai khuatir tentang akibat teruk yang mungkin melanda kedaulatan undang-undang di negara ini sekiranya keputusan yang dilakukan oleh seorang individu tidak boleh dipertikaikan, tidak mengira fakta dan keadaan bagi sesuatu kes.

Sepanjang yang telah dinasihatkan kepada saya, konsep “budi bicara mutlak” tidak wujud di dalam undang-undang. Tanggapan budi bicara yang tidak terbatas ini adalah pada asasnya bertentangan dengan kedaulatan undang-undang, dan berdasarkan sebab inilah saya terpaksa bertindak.

Zaid Ibrahim
Kuala Lumpur
2 Feb 2016

Selasa, 2 Februari 2016

RAKYAT SARAWAK KENA LEBONG!

PM Najib berjanji kepada rakyat Sarawak untuk membina jambatan terpanjang di Malaysia yang merentasi Sungai Rejang, iaitu Jambatan Batang Lupar!

Woi! Jambatan Batang Lupar sepanjang 9,6o0 meter, Jambatan Pulau Pinang 24km, memanglah angka 9,600 tu lebih banyak dari 24, tapi kilometer dengan meter tak sama!




Ahad, 31 Januari 2016

PENDEDAHAN CERITA DI SEBALIK TABIR AGENDA HUDUD PAS OLEH HUSAM MUSA

PETALING JAYA: Dua individu penting dalam PAS perlu bertanggungjawab terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan yang hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.

Perkara itu ditegaskan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa apabila menyatakan dua individu terbabit adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya lapor Sinar Harian Online.

Husam berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di Kota Bharu.

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.

Terdahulu, Husam yang juga ADUN Salor mendakwa, matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik PAS dan UMNO.

Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden PAS ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.

“Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.

“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015)

“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan PAS Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” ujar beliau.

Rabu, 27 Januari 2016

BUAT RENUNGAN TOK GURU HAJI HADI DAN PARA WALAUNNYA, DANA RM2.6 BILION TU UNTUK MEMERANGI SIAPA AGAKNYA?

Salam hormat buat para pemimpin dan pendokong PAS terutama Tok Guru Haji Hadi. Kalau berdasarkan berita terbaru yang disiarkan oleh BBC, pihak Arab Saudi mendedahkan bahawa derma RM2.6 bilion tu bukanlah untuk memerangi Yahudi, ISIS jauh sekali DAP!

Yang didedahkan oleh sumber Kerajaan Arab Saudi, kononnya dana tersebut adalah untuk memerangi IKHWANUL MUSLIMIN!

Dalam konteks Malaysia, pihak manakah yang boleh dianggap daripada acuan Ikhwanul Muslimin atau paling mirip dengannya? Takkan PKR atau DAP dan tentulah jauh sekali AMANAH, kerana dia belumpun lahir!

Jadi apa yang tersirat, pihak yang ingin 'diperangi' adalah PAS!

Cuba baca berita di bawah ini:

Satu sumber Arab Saudi yang tidak dinamakan mengesahkan hari ini negara itu memberikan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, mengatakan ia untuk membantu perdana menteri memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia. 
Sumber kuat yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu BBC, derma itu diluluskan bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah – daripada poketnya sendiri dan wang negara itu. 
“Derma rahsia kepada Najib yang didakwa dipindahkan melalui transaksi bank di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, tidak berapa lama menjelang pilihan raya pada 5 Mei,” menurut laporan BBC itu. 
Menurut sumber Arab Saudi itu, derma itu diberikan disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, lapor BBC hari ini. 
BBC menyatakan pada masa itu, pakatan pembangkang termasuk PAS, yang "pengasasnya mengambil ilham daripada Ikhwan Muslimin, bagaimanapun, tidak terdapat bukti kuat menunjukkan pergerakan berasal dari Mesir itu mempunyai banyak sokongan di Malaysia". 
Sumber Arab Saudi itu juga memberitahu BBC, sumbangan itu adalah untuk membantu Najib dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya, mengupah pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memberi tumpuan kepada Sarawak, dan pembiayaan program-program sosial melalui kempen parti. 
"Tetapi mengapa Arab Saudi perlu ambil berat tentang pilihan raya terhadap bukan negara Arab yang terletak lebih 6,000 km (3,700 batu) jauhnya? 
"Jawapannya kata sumber itu, ia berhubung kebimbangan mereka terhadap kuasa Ikhwanul Muslimin yang semakin meningkat, yang dianggap sebagai organisasi pengganas," lapor BBC yang berpangkalan di United Kingdom itu. 
BBC melaporkan, Arab Saudi kecewa dengan beberapa kejadian di Mesir, di mana Presiden Mohammed Morsi sibuk menyatukan Ikhwan Muslimin di negara itu. 
"Ada 3 bulan lagi sebelum Morsi digulingkan tentera, dan Arab Saudi yakin pembangkang itu sedang disokong Ikhwan dan Qatar, yang menyokong Ikhwan dan kumpulan Islam lain di Timur Tengah, "katanya. 
Sumber Arab Saudi itu menyatakan bukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga Diraja Arab Saudi menyerahkan sejumlah wang tunai sebagai sumbangan peribadi kerana "Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan pernah mendapat manfaat lebih AS$100 juta derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi ". 
"Tiada apa yang luar biasa mengenai sumbangan ini kepada Malaysia," katanya kepada BBC, "Ia serupa dengan bagaimana Arab Saudi beroperasi di beberapa buah negara." 
BBC melaporkan Arab Saudi dengan segera menyokong penggulingan Morsi di Mesir, memberikan kerajaan yang disokong tentera berbilion-bilion dolar bagi bantuan dan pinjaman. 
Jordan mendapat manfaat lebih daripada AS$1 bilion pembiayaan pembangunan Arab Saudi, sementara Riyadh mendepositkan lebih AS$1 bilion dalam bank pusat Sudan dan menandatangani urus niaga membiayai empangan di Sungai Nil. 
Maghribi dibekalkan dengan minyak, pembiayaan, pelaburan dan pekerjaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 
"Bagaimanapun, soalan masih ditanya mengenai kerahsiaan dan aliran berbelit pemindahan wang serta hakikat perdana menteri memulangkan 91% daripadanya hanya 4 bulan kemudian. 
"Baki AS$61 juta tidak diambil kira," kata BBC, menyatakan peguam negara mengisytiharkan fail penyiasatan ditutup. 
Seorang penyiasat korporat British dengan pengalaman luas dengan Timur Tengah memberitahu BBC AS$681 juta dibayar melalui bank Switzerland cawangan Singapura yang dimiliki para pemerintah Abu Dhabi. 
"Ia sangat keruh," katanya kepada BBC dalam laporan hari ini. 
"Kes ini tidak akan dibersihkan sepenuhnya sehingga Arab Saudi dan rakyat Malaysia melepaskan semua data transaksi, dan ia tidak berlaku. " ~ The Malaysian Insider

Selasa, 19 Januari 2016

AWAS TANTAWI! PUTAR BELIT LAGI, BERTEMU LAGI DI MAHKAMAH

Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“Defendan”) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 (“Artikel tersebut”).

Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:- 

(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

(a) walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

(b) meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

(c) andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Isnin, 18 Januari 2016

NIK ABDUH BANGGA DENGAN TANTAWI!

Tahniah saya ucapkan kepada YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di atas ketegasan mempertahankan artikelnya yang telah mengherat beliau ke mahkamah berhadapan saman oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

YB Ustaz Nasrudin bertegas tidak memohon maaf dan tidak akan menarik balik artikelnya yang mengkritik keras ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tahniah juga diucapkan di atas penyelesaian yang dicapai oleh kedua-dua pihak yang bersedia tidak memanjangkan isu ini. 

Untuk penyelesaian itu, YB Ustaz bersetuju menarik balik beberapa butiran daripada artikelnya yang menimbulkan salah faham.

Semoga YB ustaz terus memimpin umat mendaulatkan Islam di negara tercinta. Saya bangga bersahabat lama dengan beliau di jalan Allah.

YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia -HARAKAHDAILY 18/1/2016

TANTAWI PUNYA CERITA, KITA RENUNGKANLAH SENDIRI


Aku tak mau komen apa-apa tentang ulamak besar PAS ni... Berjawatan Ketua Penerangan pasti yang memperjuangkan Islam, memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud!

Kalau mengikut hukum hudud fitnah orang tu apa hukumannya agaknya ye?

Aku teringat kisah masa zaman budak-budak dulu kat kampong. Kawan-kawan ajak curi buah mangga kat kebun Cina. Dia orang boleh buat fatwa sendiri, tak berdosa curi dari orang Cina sebab dia bukan Islam!

Takkan yang serban besar ni pun nak ikut 'fatwa' budak-budah tu kot?

Ahad, 17 Januari 2016

KALAU ROSMAH AJAK CERAMAH BANTAH NAJIB PUN SAYA DATANG, INIKAN PULAK AMANAH - RAFIZI RAMLI

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas. 

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat. 

"Jika Rosmah ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati. 

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu. 

Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat. 

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar. 

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

 "Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini. 

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu. Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR. 

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan. 

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. 

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu. 

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14. 

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno. Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka. – 17 Januari, 2016. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-sertai-majlis-amanah-tak-hirau-bantahan-rasmi-pas-kata-rafizi#sthash.PPA7slu2.dpuf


Sabtu, 16 Januari 2016

SIKAP DOUBLE STANDARD DUA PEMIMPIN PAS, DIA JER YANG BOLEH BUAT!

BACA DUA BERITA DIBAWAH INI, DAN NILAI SENDIRI SIKAP DUA ORANG ULAMAK INI.

DIA BUAT SEMUA BOLEH. DIA BEBAS BERKAWAN DENGAN SIAPA SAJA. KALAU ORANG LAIN MESTI IKUT CAKAP DIA KALAU NAK BERKAWAN DENGAN ORANG LAIN!

PAS berhak jalin kerjasama demi syiar Islam, kata Hadi 


PAS tidak akan berhenti bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini. Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam program Nadwah Ulama 2016 bertajuk “Politik Terkini & Hala Tuju PAS” di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) di Batu Enam di Kuala Nerus, hari ini. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Datuk Hussin Awang, dan Ketua Penerangan PAS Negeri Mohd Nor Hamzah. 

Kata Hadi, beliau sendiri pernah mewakili umat Islam di negara ini suatu ketika dahulu untuk menjadi orang tengah dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman. "Pada waktu itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut. 

"Dengan urusan diplomatik itu, saya berjumpa dengan para pemimpin puak-puak bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian. Maknanya pada masa itu kita (PAS) jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya Umno," katanya. 

Hadi juga berkata beliau pernah berkongsi pandangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa. "Antaranya saya beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh Islam negara itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama. 

"Kita juga sedang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalin, takkan tak boleh. "Takkanlah nak bersalam pegang tangan pun tak boleh," jelasnya. – Bernama, 16 Januari, 2016.

Kerjasama putus jika PKR khianati Pas


PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa. "(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor. [ARTIKEL BERKAITAN: PKR tetap jalin kerjasama DAP, Pas]

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah. Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya. "Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi.

BILA PEMUJA UMNO MEMUJI PAS, ADA SESUATU YANG TIDAK KENA!

Seorang penganalisis politik yang selama ini begitu pro-UMNO, Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari USM, berkata PAS akan menjadi parti yang paling kuat berbanding parti-parti lain termasuk UMNO, jika ia kekal solo, tidak bergabung dengan PH mahupun UMNO.

Andaian beliau bersandarkan kepada keupayaan PAS yang kononnya pernah menawan Perak, Kedah, Terengganu dan kekal memerintah Kelantan.

Malahan beliau begitu optimis para penyokong UMNO yang keciwa dengan parti mereka akan beralih arah menyokong PAS jika parti ini kekal bersendirian.

Namun apa yang sengaja dilupakan oleh Prof Atory, senario politik ketika kemenangan besar BA, dan selepas itu PR adalah disebabkan beberapa perkara yang berlaku seperti seruan reformasi dengan ikonnya Anwar Ibrahim, dan tsunami politik serta slogan ABU (Asal Bukan UMNO, Anything But UMNO).

Ketika itu, terutamanya masyarakat Cina dan Indian dengan slogan Makkal Sakhti beralih menyokong pembangkang,  tidak kira parti manapun asalkan bukan dari BN.

Keadaan inilah yang menyebabkan parti-parti pembangkang termasuk PAS meraih labanya.

Cuba kita renung kembali sejarah, ketika PAS bersendirian mereka hanya berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu buat seketika sebelum dikalahkan oleh BN.  PAS hanya berupaya bangkit semula bila bergabung dengan Semangat 46.

Kemenangan besar yang diraih PAS, terutama di pantai barat bukanlah atas kekuatan mereka semata-mata. Hal ini kita tidak perlu ulaspun semua orang tahu, kecuali Prof Atory yang sengaja buat-buat terlepas pandang!

Kita sendiri tidak tahu apa motif beliau sengaja mengutarakan analisis dangkal ini? Samada untuk membuaikan PAS supaya mereka syok sendiri, atau supaya PAS kekal bersendirian untuk melemahkan pakatan pembangkang dan menguntungkan UMNO-BN!

Jumaat, 15 Januari 2016

PAS JANGAN JADI BANGANG, PKR TIDAK TERTAKLUK KEPADA PENDIRIAN PAS!


PAS berkawan dengan UMNO, UMNO tu musuh PKR, PAS kata dia penasihat, dia berpegang cara berpolitik baru. Dia kata dia masih bertahaluf siyasi dengan PKR, tapi dalam masa yang sama dia berkawan dengan UMNO! Semuanya boleh sebab mereka tok lebai, mereka ada nas dan hujah!

Bila PKR hadiri program AMANAH di Kelantan, PAS marah dan hantar surat kepada PKR! Oi bangang! PKR tu adalah rakan AMANAH dalam gabungan Pakatan Harapan, memang seharusnya dia menghadirkan diri tanda setiakawan. Bukan macam kau, kau kawan makan kawan!

Kau keluar pekeliling melarang ahli PAS terlibat dengan program AMANAH, ahli PKR bukan ahli kau, bebal! Kali ni aku memang betul-betul marah!

Isnin, 11 Januari 2016

TIDAK NAMPAK AKHLAK ISLAM, RAFIZI TEMPELAK PAS!



Memang dua ekor ni sah bermulut longkang, suka sangat memperlekeh dan mempersendakan orang lain. Tak nampak langsung akhlak pemimpin parti Islam!

Syabas Rafizi yang berani mempertahankan Pakatan Harapan dari dipersendakan oleh rakan tahaluf siyasi PKR sendiri. Yang PKR bangang sangat dok berkawan dengan PAS tu pasal apa?

Harap-harap PKR berani mengkaji semula hubungan mereka dengan PAS yang nampaknya setiap hari tanpa segan silu membelasah Pakatan Harapan terutamanya Amanah dan DAP.

PKR sebagai ahli gabungan PH sepatutnya mempertahankan dan mengutamakan rakan-rakan dalam gabungan, bukannya berkawan dengan PAS. Tak serik-serik lagi ke?

Ahad, 10 Januari 2016

PAS SAHKAN MUSUH MEREKA BUKAN LAGI UMNO, TAPI AMANAH DAN DAP!

Pas hari ini menggariskan tiga larangan berkaitan keterlibatan ahli-ahli Pas dalam program dan kegiatan parti politik lain khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, larangan tersebut diputuskan oleh Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Jumaat lalu.

Menurut Takiyuddin, larangan pertama merupakan larangan penyertaan atau penglibatan ahli parti itu dalam mana-mana bahagian, memberi bantuan, kerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

“Ahli-ahli Pas perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program atau aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain.

“Secara umumnya ahli-ahli Pas diingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, penyertaan atau penglibatan dalam program Amanah dan DAP adalah larangan tanpa kompromi. Menurut Takiyuddin lagi, keputusan tersebut dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran perlembagaan dan arahan parti. #sumber

YANG NI ZUHDI TAK MAU KOMEN KE?



PAKAR STRATEGIK PAS MEMANG KASYAF!

Hebat betul manusia yang bernama Zuhdi ni sampai hati orangpun dia boleh baca!

Menurut beliau Pakatan Harapan tidak akan kekal lama kerana tidak di meterai di hati!

Memang dia bercakap dari pengalaman pasti PAS. Kalau kita renungkan kembali akan tindak tanduk dan sikap PAS ketika berada dalam Pakatan Rakyat memang sah dan nyata mereka tidak pernah menyertakan hati terutama Sang Presidennya!

Maka tidak hairanlah mereka boleh bertanding tiga penjuru menentang kawan sekandang! Mereka boleh boikot sesuka hati ketika rakan politik sedang bertarung dalam pilihanraya kecil, bersikap flip-flop dalam isu perlantikan MB Selangor.

Amat jelas sekali PAS sudah lama tidak ada hati dalam Pakatan Rakyat!

Kalau bukan kerana kuasa di Selangor adakah PAS masih mahu bertahaluf siyasi dengan PKR? Jawapannya tentulah tidak kerana PKRlah yang paling banyak dikhianati PAS! Contohnya, LU PIKIRLAH SENDIRI!

PENDAPAT ZUHDI PAS MEMANG BETUL!

Di antara intipati kandungan dokumen yang ditandatangi tiga parti yang bergabung di bawah panji-panji PAKATAN HARAPAN, iaitu PKR, DAP dan AMANAH, ialah tidak lagi berpegang kepada prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju". Dengan kata lain setiap keputusan mestilah dipersetujui secara konsensus.

Maka dengan penuh pesimis maka bermadahlah beliau ini:

Anggota jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki menempelak keputusan Pakatan Harapan untuk tidak lagi menerima dasar 'bersetuju untuk tidak bersetuju' kerana ia sesuatu yang mustahil dilakukan.

"Setiap manusia ada perbezaan pandangan masing-masing dan konsep Pakatan Harapan untuk 'unity in everything' (sepakat dalam setiap perkara) adalah sangat mustahil," katanya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat beliau ini jika Pakatan Harapan turut dianggotai oleh parti yang bongkak, sombong, pentingkan diri sendiri, khianati kawan sendiri (bertanding pilihanraya di tempat kawan lain contohnya), suka buat keputusan sendiri, maka memang mustahil lah dasar ini akan berjaya!

Selasa, 5 Januari 2016

CABARAN BODOH DARI PAS PUTRA JAYA, KITA CABAR BALIK HADI BERTANDING DI SARAWAK!

PETALING JAYA: Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dicabar untuk bertanding mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac ini. 

Pengerusi AMANAH Kelantan itu dicabar oleh PAS Putrajaya dengan tujuan untuk melihat sama ada parti itu diterima oleh rakyat di negeri berkenaan atau sebaliknya. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, PAS kawasan itu menyatakan PRN Sarawak akan menjadi penentu kepada masa depan parti tersebut. 

“AMANAH pernah menyatakan hanya akan bertanding di negeri Pantai Barat Semenanjung sahaja. Tetapi, hari ini telah membayangkan akan bertanding di Kelantan, Terengganu dan Kedah pula. 

“Kalau rasa kuat sangat, masuklah lawan di Sabah dan Sarawak. PRN Sarawak tidak sampai tiga bulan lagi,” kata kenyataan itu yang turut menuduh AMANAH ditubuhkan bagi membantu UMNO. 

Baru-baru ini sebuah laman portal melaporkan Wan Abdul Rahim sebagai berkata, beliau bakal bertanding di Kelantan sekiranya tidak mencapai kata putus menerusi rundingan dengan kerajaan negeri itu. Bagaimanapun katanya, keputusan muktamad untuk meletakkan calon atau tidak hanya akan dibuat oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. 

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan sebelum ini berjuang selama 30 tahun dalam PAS dan kemudian keluar dari parti berkenaan untuk menyertai AMANAH dan kini dilantik sebagai pengerusi parti itu di Kelantan.