RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Selasa, 3 April 2012

TIADA APA YANG BARU DAN MENGEJUTKAN DALAM PENDEDAHAN HASAN ALI

Dato' Dr. Hasan Ali, ketua NGO JATI mungkin merasa teruja dengan pendedahan beliau sendiri, yang kita kirakan amat mengejutkan berasaskan kepada tempoh yang begitu lama yang dijanjikan untuk membuat suatu pendedahan ekslusif. Kita yang menunggu juga mungkin merasa sedikit teruja untuk mengetahui akan isi kandungan pendedahan yang dikatakan 'menggemparkan' itu.

Apabila terdedah sahaja video tersebut, ternyata tiada apa perkara baru dan mengejutkan, jauh sekali dari menggemparkan! Kisah bagaimana sekumpulan mubaligh Kristian datang berlegar-legar di negara kita, menghulurkan sedikit bantuan, membuat sedikit kebajikan, beramah mesra, dan akhirnya mengajak kepada Kristian. Apa yang baru? Apa yang mengejutkan? Memang sejak sekian lama, mungkin sejak dari sebelum merdeka lagi usaha ini telah mereka jalankan, bukan saja di Malaysia bahkan di serata pelusuk dunia!

Apa tujuan yang tersirat di sebalik penubuhan sekolah-sekolah seperti St. John, St Mary, Convent dan berbagai lagi jenama sekolah? Apa pula yang ingin ditonjolkan dengan St John Ambulance, Rotary Club dan segala macam lagi?

Bukan saja di Malaysia, di segala ceruk rantau dunia itulah yang mereka lakukan. Terjadi sahaja bencana, sama ada bencana alam atau bencana peperangan siapa yang muncul dulu menawarkan bantuan? Lihat sahaja di Afghanistan, di Somalia dan sebagainya. Atas nama 'charity' pasti mereka dulu yang ke depan, mana pertubuhan Islam, mana dermawan Islam? Amal kebajikan yang diajarkan oleh Islam tidak ternampak di kalangan umat Islam, mereka yang lebih menonjol dalam hal ini. Jangan kata kita nak membantu beramal di negara bukan Islam, di negara Islam sendiripun kita kurang menonjol!

Tambah diburukkan lagi, perlembagaan negara yang kita warisi kini memang membolehkan orang Islam menukar agama alias murtad. Lihat sahaja kes yang terjadi kepada Aishah Haji Bukhari, anak seorang imam masjid dan Hartina Haji Kamaruddin, anak seorang peniaga sate. Undang-undang telah menyebelahi dua orang yang murtad ini.

Apa perlembagaan kata tentang ini? Article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan tanah air kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut  kita sendiri. Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, maka undang-undang syara' akan terbatal, sesuai dengan Article 4 yang menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah   dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum  syara'.

Maksud agama rasmi Malaysia adalah Islam hanyalah kepada acara-acara rasmi yang hendaklah dibuat mengikut tatacara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dan lain-lain. Tak lebih dari itu. Bab  muamalat, politik, ekonomi tidak disentuh langsung!

Sebenarnya banyak lagi kes-kes murtad yang terjadi sejak sekian lama. Bagaimana kisah Joshua Jamaludin, bagaimana kisah seorang perempuan Melayu di Teluk Intan menganut Buddha dan akhirnya menjadi sami, bagaimana kisah seorang perempuan Melayu di Melaka yang berkahwin dengan seorang Cina, telah beranak bercucu dengan menjalani kehidupan sebagai seorang Cina dan mati sebagai seorang penganut Buddha.

Salah siapa sebenarnya gejala ini? Adalah sangat janggal kalau kita ingin menyalahkan pihak bukan Islam kerana pastilah penganut mana-mana agama akan mengatakan dan merasakan agama mereka yang paling betul dan baik dan berusaha menarik orang lain mengikuti agama masing-masing. Dan kalau penganut agama Islam di Malaysia yang dilindungi dengan berbagai undang-undang dan akta, didedahkan dengan segala kemudahan pembelajaran dan ilmu, masih juga ingin berpindah ke agama lain, salah siapa sebenarnya?

Perkara ini sebenarnya pernah disebut oleh Rasulullah SAW dengan berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita". Sahabat lalu bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi."Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ? Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Jadi dalam hal ini, APA KEJADAHNYA Hasan Ali menghalakan pelurunya kepada PAS, PKR dan DAP?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan