Ketua Pemuda MCA WP, Chiew Lian Keng dipetik oleh Malaysiakini menggesa penganjur Bersih 3.0 supaya membatalkan perhimpunan yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 28 haribulan ini kerana kononnya akan menjejaskan hak rakyat Malaysia yang lain.
Kenyataan bangangnya juga menimbulkan soal aliran trafik yang bakal terjejas sekiranya perhimpunan tersebut diadakan dan memberi masalah kepada penduduk Kuala Lumpur. Bagi beliau, BERSIH perlu menumpukan kepada soal pilihan raya yang bersih dan adil dan bukannya berhimpun di Dataran Merdeka. Kenyataan bangang selanjutnya boleh dibaca
di sini.
Aduhai...... apa punya bangang dan tongongnya kenyataan seorang pemimpin muda MCA! Selama ini berapa banyak program diadakan di Dataran Merdeka! Berapa banyak acara bersuka ria diadakan di Bukit Bintang! Malahan Chow Kit Roadpun pernah ditutup untuk memberi laluan kepada seorang penghibur untuk mengadakan konsert meganya di sana! Adakah semua itu mengambil kira soal hak rakyat yang lain? Adakah juga mengambil kira soal kesesakan lalu lintas?
Bagaimana pula hak rakyat yang ingin berhimpun sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia? Apakah Dataran Merdeka hak mak-bapak BN-UMNO?
Memang betul wahai Mr. Chiew ..... memang BERSIH hanya memfokuskan kepada perjuangan bagi menentukan pilihan raya diadakan secara bersih dan adil, sebab itulah perhimpunan tersebut diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan