RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Isnin, 16 April 2012

JANGAN JADI PENGKHIANAT KEPADA ASPIRASI RAKYAT!

Suatu ketika dulu, setiap kali ada pilihan raya kecil, pastilah Hasan Ali akan muncul membawa seribu satu macam kerenah yang menjatuhkan wibawa Pakatan Rakyat. Beliau kelihatannya begitu bersungguh-sungguh cuba mengucar-kacirkan perpaduan yang terjalin di antara tiga parti tunggak PR, PKR, PAS dan DAP. Akhirnya terbuktilah bahawa beliau adalah seorang parasit yang ingin menghancurkan PR!

Sebulan dua yang lalu muncul pula dua sekawan dari Negeri Jelapang Padi, Ir. Phahrolrazi dan Dr. Ismail Salleh yang bertindak sehingga mencacatkan imej kerajaan PR Kedah, yang pada awalnya kelihatan sebagai kerajaan PR yang paling tenang dari segala kekacauan. Mereka menjustifikasikan tindakan mereka atas alasan tidak sebulu dengan MB, dan menggunakan saluran media perdana kepunyaan musuh sebagai wadah meluahkan segala yang 'termengkelan'. Walaupun kini isu tersebut telahpun reda hasil campur tangan PAS Pusat, namun luka dan kudis masih berbekas dengan parut yang hodoh.

Mutakhir ini, muncul pula dua watak pemusnah dari negeri Darul Iman, Azan Ismail dan Abu Bakar Chik! Abu Bakar entah atas kapasiti sebagai apa telah dengan sewenang-wenangnya mengisytiharkan bahawa PKR hanya layak diberi sekian-sekian banyak kerusi kerana dakwanya PKR tidak cukup kuat di Terengganu. Lantas dijawab pula secara sini oleh Azan, kami terimalah kalau kami ini pengemis! Kita merasa amat hairan, sebagai seorang ahli politik yang begitu matang yang sentiasa bergelumang dengan sepak terajang politik ala Malaysia, bagaimana Abu Bakar Chik boleh bertindak sebegitu rupa? Azan juga tidak sepatutnya bertindak mengikut gentang tari Abu Bakar Chik, kerana luka akan menjadi semakin parah!

Rata-rata rakyat marhaen di bawah yang begitu dambakan perubahan pemerintah seusai PRU 13 merasa amat kecewa dengan tingkah laku badut-badut politik yang berpencak dan menikan sesama sendiri. Kalau mereka yang mati bertikam, biarkanlah! Tetapi jika akibat dari tindakan kurang cerdik mereka sehingga menggagalkan aspirasi rakyat yang ingin menghumbankan UMNO-BN dalam PRU 13, maka merekalah yang berkhianat kepada rakyat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan