RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 18 April 2012

LEBIH DUA TAHUN DUN KEDAH DAN KITA SEMUA KENA TIPU!

Bayangkanlah! Lebih dua tahun,atau tepatnya dua tahun 11 hari, kita semua kena tipu. Rupa-rupanya ADUN Kuala Nerang Kedah, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah diisytiharkan muflis sejak 7 April 2010, bukannya baru-baru ini sebagaimana pengakuan terbukanya. Kalau diikutkan sudah lama DUN berkenaan telah diisytiharkan kosong dan satu pilihanraya kecil perlu dipanggil. Namun entah dimana silapnya, atau sengaja 'disilapmatakan' Syed Sobri terus boleh menikmati segala kemudahan sebagai ADUN (halal ke tu?).

Kita amat yakin perkara ini sengaja disembunyikan bagi mengelakkan PRK diadakan, kerana kerusi berkenaan bukanlah selesa sangat buat BN memenanginya. Sama seperti kerusi Kota Siputih dimana kes berkenaan berlanjutan begitu lama, yang kita juga percaya sengaja dilengahkan juga bagi mengelakkan PRK diadakan. Ternyata sekarang UMNO-BN memang bacul untuk berhadapan rakyat Kedah!

Namun, apakah sengaja menyembunyikan fakta akan status diri yang muflis itu tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang? Tambahan lagi kesalahan yang memungkinkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai ADUN? Fikir-fikirkanlah ......


Dakwaan Adun Kuala Nerang Muflis Tidak Benar


ALOR SETAR: Dakwaan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.


Pegawai Khas Adun itu Sobri Sudin berkata isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekaligus mahu mengambil alih kerusi Adun itu melalui pilihan raya kecil.


Katanya Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Okt lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas Adun itu juga tidak benar.


“Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.


“Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi Adun daripada beliau, ” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Jumaat.


Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekaligus membuka ruang kepada pilihan raya kecil.


Sobri berkata isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.


“Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.


“Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.


Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej Adun Kuala Nerang itu. - BERNAMA 22/10/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan