Pada hakikatnya Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu dari rakyat Kuala Lumpur dalam PRU 12 yang lalu. Dari 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan (tidak termasuk WP Putrajaya dan WP Labuan), kecuali parlimen Setiawangsa, kesemua yang lain dibolot oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat! Kalau dikira dari peratusannya, PR memenangi 90.909 peratus kerusi di Kuala Lumpur!
Memang kita akui, bahawa kerusi parlimen tidak memberi apa-apa kuasa di peringkat negeri, ia adalah sebagai wakil kepada rakyat diperingkat dewan parlimen. Kalau di negeri-negeri yang lain kita ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dimana parti yang memperolehi kerusi terbanyak akan memerintah negeri tersebut. Berlainan pula apa yang berlaku di Kuala Lumpur, kemenangan yang begitu nyata oleh PR seolah-olah tidak memberi sebarang makna di peringkat pentadbiran Kuala Lumpur.
Kesemua pentadbir Kuala Lumpur tidak dipilih oleh rakyat Kuala Lumpur, sama ada ahli-ahli Dewan Bandaraya, mahupun Datuk Bandar. Kesemua mereka dipilih oleh BN! Jadi di manakah suara rakyat yang memilih wakil mereka dalam pentadbiran Kuala Lumpur? Mandat yang diterima oleh ahli-ahli parlimen PR sepatutnya diakui oleh pemerintah pusat. Paling tidak suara mereka seharusnya turut diambil kira dalam isu-isu pentadbiran Kuala Lumpur dan DBKL, kerana mereka dipilih oleh rakyat.
Kita lihat saja bagaimana sombong dan bongkaknya Datuk Bandar Kuala Lumpur memberi amaran kepada perhimpunan BERSIH 3.0. Sudah semestinya dia bersikap begitu kerana dia sedar bahawa majoriti rakyat Kuala Lumpur memang tidak bersama dengan gerombolan UMNO-BN, sedangkan dia dilantik oleh UMNO-BN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan