RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Khamis, 28 Mac 2013

MAT SABU, GUAN ENG PERLU SAMAN RAZALI RAHMAN

Timbalan Presiden PAS dan Setiausaha Agung DAP perlu tampil membuat laporan polis dan menyaman individu yang bernama Mohamed Razali bin Abdul Rahman di atas fitnah melampau yang dihamburkan dalam program tajaan UMNO.

Makhluk perosak seperti ini wajar diajar secukup-cukupnya supaya faham erti ketamadunan dalam berpolitik.

Berita ini dikutip dati KELAB GREENBOC


Satu lagi projek membodohkan rakyat, kali ini mahasiswa jadi mangsa ketakutan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah disalahgunakan sebagai tempat indoktrinisasi yang berunsur politik kepartian.

Merujuk kepada laman sosial Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), pengisian yang berbentuk ceramah yang disampaikan kepada mahasiswa antaranya menyentuh berkenaan pendirian Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang disebut kononnya mengancam agama Islam serta hak keistimewaan orang Melayu.

Antara ucapannya, "..kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam..".

Mohamed Razali Bin Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong selaku penceramah jemputan bagi program tersebut dipercayai turut memberi ceramah berbaur hasutan ini di beberapa kampus lain.

Sebelum ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) didapati telah menyalahgunakan masjid untuk sesi ‘brainwash’ terhadap mahasiswa bagi menolak pembangkang.

Antara inti pati kandungan propaganda yang disebar adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap minggu terbang ke Singapura bertemu bekas perdana menteri republik itu, Lee Kuan Yew tanpa menjelaskan sebab dia berbuat demikian.

Berikut sedutan daripada propaganda dan fitnah yang disebarkan:

Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam.

“Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian.”

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya supaya laporan tersebut ditarik balik.

Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta beliau menarik balik laporan polis tersebut. Usaha demi usaha dilakukan sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis tersebut. Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik laporan tersebut.

Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:

1. Kristian sebagai Agama Rasmi.

2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.

5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.

6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. Contohnya PEKIDA dan PERKASA.

8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan, tanpa sebutan ‘raja’.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. Fokus kepada Kementerian Pendidikan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.

23. Seperti yang dijangka, DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib” dalam satu majlis tertutup. PAS telah berjaya diliberalkan.

25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Mereka ini dilatih oleh Israel sebahagian daripada agen perisikan, MOSSAD selama 3 tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Zionis’. Mengamalkan perjuangan mereka adalah segala-galanya, dan prinsip agama diketepikan.

Hal ini telah didedahkan oleh Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.

Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Beliau mengatakan bahawa, Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia, terutamanya dalam kawasan Sibu. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan.

Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP di atas kesedarannya kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja-Raja Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

HASAN JATI CALON ISMA DI SHAH ALAM?

APAKAH PERTEMBUNGAN DUA SETERU POLITIK INI
AKAN DAPAT KITA SAKSIKAN DI SHAH ALAM?
Bekas pemimpin PAS Selangor yang telah ditendang keluar oleh partinya, Dato' Dr Hasan Ali atau lebih popular dengan nama Hasan Jati sering mendabik dada bahawa beliau masih punya pengikut akar umbi di kalangan penyokong-penyokong PAS, malahan turut mendapat dokongan daripada beberapa orang pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau juga mendakwa telah mendapat pandangan dan cadangan daripada para penyokongnya di dalam PAS supaya bertanding di Parlimen Shah Alam yang kini disangdang oleh "seteru" politiknya YB Khalid Samad.

Amat mudah sekali kita menebak akan berahinya Hasan Ali untuk bertandang ke Shah Alam bagi mengadu untung nasibnya pada PRU kali ini adalah semata-mata atas dendam kesumatnya terhadap YB Khalid. Umum sudah mengetahui akan sebab musababnya kenapa beliau begitu mendendami Khalid.

Namun, apakah UMNO-BN akan menyediakan permaidani merah menyambut "perwira Melayu" tersebut bertandang ke Shah Alam? Jawapannya sudah pasti tidak! UMNO sendiripun menghadapi masalah untuk menyediakan kerusi kepada para pemimpin dan ahlinya yang begitu ramai berebutkan kerusi, mana mungkin mereka akan memberi kerusi percuma kepada orang yang bukan menjadi ahli partinya.

Kini pilihan yang ada, dan hampir pasti akan direbut oleh Hasan Jati adalah bertanding menggunakan lambang BERJASA di bawah panji-panji ISMA, pertubuhan yang begitu menyanjunginya. Oleh yang demikian besar kemungkinannya kita bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Shah Alam yang melibatkan PAS, BN dan Berjasa.

Jika ini terjadi bagaimana untung nasib Hasan Jati? Mungkin beliau tidak memikirkan sangat akan kalah menangnya. Mungkin beliau lebih berkehendakkan Khalid Samad kecundang walaupun beliau tidak menang!

Rabu, 27 Mac 2013

SATU DUNIA TAHU ENGKAU MEJAR BANGANG!

Amat memalukan apabila seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat mejar tidak tahu akan makna sumpah setia dan ikrar perwira terhadap Yang Dipertuan Agong! 'Kemaluan' mereka tambah membesar apabila melakukan tindakan bodoh dengan membuat laporan polis dimana satu dunia telah tahu akan kebodohan mereka itu.

Wahai sang mejar pencen! Tahukah anda bahawa sumpah setia perwira itu adalah terhadap Yang Dipertuan Agong dan bukannya kepada parti UMNO, BN atau perdana menteri! Takkan benda basic macam tupun payah sangat nak faham!

BERITA BERKAITAN:




Gesa siasat bekas jeneral ATM langgar sumpah perwira

KUALA LUMPUR 26 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendesak agar satu siasatan terperinci dilakukan terhadap bekas-bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa melanggar sumpah setia dan ikrar perwira mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Jawatankuasa JMM, Mejar (B) Harith Ismail berkata, sumpah setia serta ikrar yang dilafazkan mereka ketika mula perkhidmatan seharusnya ditaati sampai bila-bila. [ R ] 

Khamis, 21 Mac 2013

SEKARANG FAHAMLAH KITA KENAPA RCI SABAH DITANGGUHKAN!

Ramai mungkin tertanya-tanya kenapa RCI berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang di Sabah ditangguhkan kononnya akibat daripada serangan oleh penceroboh Sulu di Lahad Datu. Tentu ramai yang musykil, apa kena mengena kes di Lahad Datu sampai boleh memberi kesan urusan di Kota Kinabalu yang beratus batu jauhnya daripada Lahad Datu?

Akhirnya kita mendapat jawapannya seperti di bawah ini:


SPR: Malang PRU sebelum RCI selesai

Kuek Ser Kuang Keng
9:47AM Mac 21 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, "malang" sekali pilihan raya umum akan diadakan sebelum suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang di Sabah selesai, kerana pembersihan daftar pemilih hanya dapat dibuat selepas itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Wan Omar berkata, bawah peraturan pilihan raya, badan itu mempunyai hak membersihkan daftar pemilih sekiranya terbukti di mahkamah dan dalam kes ini termasuk RCI.

Bercakap dalam sesi taklimat di Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, selagi RCI belum selesai, pembersihan itu tidak dapat dilakukan walaupun terdapat pengundi yang meragukan.

Wan Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada SPR menyemak pemilih meragukan dalam daftar pemilih berdasarkan pengakuan saksi semasa sesi pendengaran RCI - Malaysiakini

PEMUDA GERAKAN SAYANG SANGAT KAT EXCO PAS KEDAH?

Baca dan tafsir sendiri lah beb......semua ini adalah natijah daripada tindakan bodoh kita sendiri yang mana akhirnya dieksploitasi oleh pihak musuh. Dalam saat-saat PRU begitu hampir, sepatutnya kita hentikanlah tindakan bodoh bangang!

Petikan dari Malaysiakini:


Pemuda Gerakan lapor polis kejadian exco 'dikunci'

Bernama
6:51PM Mac 20 2013

Pemuda Gerakan Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi 'dikunci' dalam kawasan sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Yan, Sabtu lepas.
Ketuanya Tan Keng Liang berkata laporan polis itu dibuat kerana pihaknya melihat perbuatan tersebut sebagai mengancam keselamatan Phahrolrazi yang juga anggota exco kerajaan negeri Kedah.

"Kita prihatin dengan apa yang terjadi... Kita tidak mahu beliau yang mungkin juga calon pada pilihan raya umum ke-13 terancam keselamatannya," kata Teng pada sidang media selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di Alor Setar.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang turut mengaitkan insiden itu dengan BN.

Ini membabitkan masalah dalaman parti PAS dan BN langsung tiada kaitan. Laporan polis ini kerana kami melihat insiden sebagai ancaman keselamatan terhadap Phahrolrazi, katanya.

Menurut Teng, perbuatan menghalang pergerakan seseorang itu adalah salah mengikut Seksyen 339 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sebulan dan denda tidak lebih RM1,000 jika sabit kesalahan.

Katanya pihak berkenaan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 340 kanun yang sama.

Akhbar sebelum ini melaporkan Phahrolrazi mendakwa beliau 'dikunci' dalam kawasan sekolah agama itu selama dua jam, bagi menghalang beliau daripada berucap di satu ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan, yang merupakan kawasan  Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dakwa Phahrolrazi, beliau sebelum itu dihubungi oleh pengetua sekolah agama tersebut namun sebaik masuk ke dalam kawasan sekolah berkenaan pintu pagar dikunci.

- Bernama

Rabu, 20 Mac 2013

UMNO SAH BERTANDING DI WANGSA MAJU DAN KUANTAN?

Menurut laporan akhbar China Press dan juga "rumours press" seakan-akan telah sah bahawa MCA akan melepaskan kerusi Parlimen Wangsa Maju dan juga Parlimen Kuantan.

Diberitakan bahawa MCA bersedia melepaskan kerusi-kerusi berkenaan tetapi tidak pula menyebut sama ada berlaku pertukaran kerusi atau penyerahan secara "percuma" sahaja.

Kalau begini keadaannya maka di Wangsa Maju kita bakal menyaksikan pertembungan di antara bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong yang mewakili PKR dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Datuk Shafie Abdullah mewakili UMNO.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa Datuk Tan Chai Ho yang tewas kerusi Bandar Tun Razak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim akan diberi kepercayaan sekali lagi untuk kembali merampas kerusi tersebut.

Jumaat, 15 Mac 2013

BERITA TERKINI: PI BALA MENINGGAL DUNIA!


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital Sungai Buloh kira-kira am 2.30 petang ini, kata peguam R Sivarasa.

Mendiang meninggal selepas mendapat saki jantung hari ini. 

Mendiang mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Subang pada Selasa lalu tetapi menghadapi masalah bernafas di rumahnya petang ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

dari Malaysiakini

Rabu, 13 Mac 2013

SISWA LETAK CALON DI PRU 13, APA KESANNYA KEPADA PR DAN BN?

Mohd Bukhairi Sufian
Diberitakan bahawa Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) akan meletakkan tujuh orang calon mereka untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung dalam sedikit masa lagi, dan mereka bersedia untuk mengumumkan calon-calon mereka apabila parlimen dibubarkan.

Penyelaras GM13, Mohd Bukhairi Mohd Sufian berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Dimensi Politik Baru Mahasiswa 2013 di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut menjadi panel forum itu ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Presiden Karisma Marwan Kahar.

Antara kawasan yang menjadi pertimbangan mereka untuk meletakkan calon adalah parlimen Pekan yang sudah pasti akan ditandingi PM Najib Razak.

Sudah tentulah sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, tiada siapa yang berhak menghalang mana-mana warga negara yang cukup syarat-syaratnya untuk bertanding dalam pilihanraya, sepertimana yang dibuktikan oleh "Nenek Penjual Kain" yang bertanding pada PRU 12 di Kuala Terengganu. Sementelahan pula, mahasiswa kini telahpun dibebaskan untuk bermain politik.

Namun begitu, adakah dua blok parti politik yang kini mendominasikan ruang politik negara akan bermurah hati memberi ruang untuk para siswa ini berpencak di gelanggang yang mereka turut idamkan. Malahan, sesama komponen baik di dalam PR mahupun BN, juga terjadi percakaran kerana berebut kerusi, mana mungkin mereka akan memberi ruang kepada anak-anak muda ini.

Kalau begitu keadaannya, sudah pasti akan berlaku pertembungan tiga penjuru yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada dua blok parti yang dominan tersebut.

Saya amat percaya bahawa kalau kumpulan siswa tersebut bertanding secara solo tanpa menjadi proksi atau gabungan mana-mana blok, mereka hanya sekadar akan menjadi "pengacau daun" !

Apakah pihak PR akan membiarkan GM13 ini mencabar Najib di Pekan, yang mana kelak pasti akan di momok-memekkan oleh BN bahawa mereka takut untuk bertemu Najib?

Hanya sekadar renungan ......... 

HAMPIR RASMI WONG TACK ANTI LYNAS CALON DAP MEWAKILI PR DI BENTONG


KUALA LUMPUR, 12 MAC: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dipilih bertanding di Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pemilihan Wong Tack itu dipersetujui sebulat suara semua Jawatankuasa Pemilihan DAP yang dianggotai beliau sendiri,  Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai.

“Pemilihan Wong Tack tidak timbul soal pertindihan calon dengan PKR yang bertanding di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum 2008 kerana pemilihan Wong turut mendapat persetujuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri: Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu: Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah; Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn; Bendahari DAP, Fong Kui Lun, Setiausaha Organisasi DAP, Antony Loke Siew Foke dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

WONG TACK PENGERUSI
HIMPUNAN HIJAU
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Wong Tack adalah anak jati Bentong itu yang menentang `gergasi’ Barisan Nasional (BN) daripada MCA yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memenangi kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Himpunan Hijau adalah gerakan massa yang memperjuangkan isu alam sekitar dan antara lain mendesak kuat agar loji memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang ditutup kerana membahayakan kesihatan penduduk.

“Wong Tack akan diperkenalkan sebagai calon kepada pengundi di Bentong dan akan mengadakan kempen bagi memastikan DAP mencipta sejarah memenangi Parlimen Bentong yang menjadi tradisi parti itu.

“Jika DAP dapat tumbangkan Timbalan Pengerusi MCA itu di Bentong, yang merupakan  kubu kuat BN, bermakna PR juga akan berjaya menawan Putrajaya.

“DAP memilih bertanding di Bentong bukan bertujuan untuk memotong telinga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, tetapi PR serius untuk menawan Pahang dengan matlamat untuk menutup kilang Lynas demi kepentingan alam sekitar,” katanya.

Pada PRU 2008, Liow menewaskan calon PKR, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.

Guan Eng berkata, DAP mencapai satu persefahaman bersama dengan Himpunan Hijau  iaitu sebuah organisasi yang memperjuangkan alam sekitar yang dapat menyatukan tenaga untuk menumbangkan BN. – Roketkini.com

Selasa, 12 Mac 2013

KALAU AKU IKUT PERANGAI "BUDAK BANGANG" TU, AKU NAK REPOT POLIS PASAL BENDERA MALAYSIA DAN BENDERA WP!

Ada sorang "budak bangang" kononnya atas semangat untuk menyatupadukan umat Nabi Muhammad yang kini kononnya berpecah belah maka beliau dengan beraninya ingin membuat laporan polis ke atas bendera dan logo PKR!

Kalaulah aku juga terikut dengan hujah "bangang" budak ni.....akupun nak membuat laporan polis kerana bendera Malaysia menyerupai bendera Negara Liberia yang diperkenalkan pada 26 Julai 1847 yang diilhamkan dari bendera USA sempena negara tersebut ditubuhkan oleh bekas-bekas hamba dari USA. Malu wooooi......bendera kita sama dengan bendera negara bekas hamba!

Bendera Liberia

Atas alasan yang sama juga aku rasa macam teruja jer nak buat repot polis pasal bendera Wilayah Persekutuan yang menyamai bendera Colombia, Venezuela dan Equador!

Bendera Wilayah Persekutuan







Bendera Equador





Bnedera Venezuela
Walaubagaimanapun oleh kerana aku ini masih waras dan tidak "bangang" maka aku tidaklah tergamak untuk melakukan tindakan bodoh tersebut!

Jumaat, 8 Mac 2013

MALAM SENI UNTUK PERUBAHAN DI KSS 16 MAC DEPAN!


JANGAN LUPA MALAM MINGGU DEPAN DI KSS ... HIMPUNAN TERBESAR ANAK-ANAK SENI DALAM PAKATAN! AYOH SEMUA.....!!!!!

Jumaat, 1 Mac 2013

"HUGUAN SIOU" TUNDUK KEPADA PARTI YANG MENJATUHKAN KERAJAAN PIMPINANNYA?

Sebagaimana yang didedahkan sepanjang RCI berkaitan pemberian kerakyatan dikatakan berlaku di Sabah pada tahun 90an, kerajaan persekutuan pimpinan UMNO adalah merupakan dalang operasi tersebut.

Terbaru, salah seorang bekas tahanan ISA mendedahkan secara terperinci bagaimana operasi tersebut dijalankan dan siapakan yang memberikan arahan seperti DI SINI

Sekiranya apa yang dinyatakan adalah benar, maka kita tertanya-tanya kenapa pemimpin Kadazandusun masa kini yang mendapat gelaran "Huguan Siou" atau "Paramount Leader" iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Jeseph Pairin Kitingan sanggup tunduk kepada UMNO-BN dengan membawa partinya bergabung dengan BN.

Kalau betullah apa yang didedahkan itu bahawa tujuan operasi tersebut adalah untuk menumbangkan parti PBS daripada menjadi kerajaan Negeri Sabah, tentulah amat memalukan seorang "Huguan Siou" boleh tunduk pula kepada UMNO-BN!

Wahai orang-orang Kadazandusun buka lah mata anda!