RENUNG-RENUNGKAN LAH WAHAI SAHABAT


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah A-Maidah ayat 8)


Rabu, 13 Mac 2013

HAMPIR RASMI WONG TACK ANTI LYNAS CALON DAP MEWAKILI PR DI BENTONG


KUALA LUMPUR, 12 MAC: Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dipilih bertanding di Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pemilihan Wong Tack itu dipersetujui sebulat suara semua Jawatankuasa Pemilihan DAP yang dianggotai beliau sendiri,  Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai.

“Pemilihan Wong Tack tidak timbul soal pertindihan calon dengan PKR yang bertanding di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum 2008 kerana pemilihan Wong turut mendapat persetujuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri: Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu: Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah; Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn; Bendahari DAP, Fong Kui Lun, Setiausaha Organisasi DAP, Antony Loke Siew Foke dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

WONG TACK PENGERUSI
HIMPUNAN HIJAU
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Wong Tack adalah anak jati Bentong itu yang menentang `gergasi’ Barisan Nasional (BN) daripada MCA yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memenangi kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Himpunan Hijau adalah gerakan massa yang memperjuangkan isu alam sekitar dan antara lain mendesak kuat agar loji memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang ditutup kerana membahayakan kesihatan penduduk.

“Wong Tack akan diperkenalkan sebagai calon kepada pengundi di Bentong dan akan mengadakan kempen bagi memastikan DAP mencipta sejarah memenangi Parlimen Bentong yang menjadi tradisi parti itu.

“Jika DAP dapat tumbangkan Timbalan Pengerusi MCA itu di Bentong, yang merupakan  kubu kuat BN, bermakna PR juga akan berjaya menawan Putrajaya.

“DAP memilih bertanding di Bentong bukan bertujuan untuk memotong telinga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, tetapi PR serius untuk menawan Pahang dengan matlamat untuk menutup kilang Lynas demi kepentingan alam sekitar,” katanya.

Pada PRU 2008, Liow menewaskan calon PKR, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.

Guan Eng berkata, DAP mencapai satu persefahaman bersama dengan Himpunan Hijau  iaitu sebuah organisasi yang memperjuangkan alam sekitar yang dapat menyatukan tenaga untuk menumbangkan BN. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan